KPDNHEP – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 23 Aug 2024 13:27:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png KPDNHEP – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Armizan minta PM tambah pegawai penyiasat MyCC untuk banteras kartel https://sabahmedia.com/2024/08/23/armizan-minta-pm-tambah-pegawai-penyiasat-mycc-untuk-banteras-kartel/ https://sabahmedia.com/2024/08/23/armizan-minta-pm-tambah-pegawai-penyiasat-mycc-untuk-banteras-kartel/#respond Fri, 23 Aug 2024 13:27:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59549
Read Time:1 Minute, 42 Second

PUTRAJAYA – Datuk Armizan Mohd Ali meminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbang permohonan untuk menambah bilangan pegawai penyiasat Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi memerangi kewujudan kartel dalam negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata komponen penguatkuasaan kementerian berkenaan turut mencakupi peranan MyCC, justeru wujud keperluan untuk membangunkan kapasiti suruhanjaya tersebut

“Untuk pengetahuan, sejak tertubuhnya MyCC pada 1 April 2011 hingga kini, kita hanya mempunyai 17 pegawai penyiasat. Kita mohon agar dipertimbang kaedah bagaimana kita dapat memperkukuh pasukan MyCC,” katanya ketika menyampaikan hasrat itu kepada Anwar, yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Warga Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Peluncuran Portal Ihsan MADANI di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Fuziah Salleh serta Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar.

Armizan juga memohon agar Bahagian Penguat Kuasa dapat diperkasakan dengan menaik taraf ia sebagai antara jabatan di bawah KPDN.

Beliau berkata penguat kuasa KPDN turut bertindak sebagai ‘barisan hadapan’ ketika pandemik COVID-19 antaranya bagi memastikan bekalan makanan dan keperluan lain mencukupi namun tidak tersenarai sebagai penerima elaun khas.

Elaun Khas Barisan Hadapan itu diberikan kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan COVID-19 antaranya petugas kesihatan, polis, tentera serta anggota bomba.

Pada majlis hari ini, Anwar turut melancarkan Portal Ihsan MADANI yang merupakan usaha menyediakan platform khusus kepada pengguna bagi mendapatkan serta mengenal pasti pelbagai program dan inisiatif kerajaan dengan lebih cepat.

Portal itu sesuai diakses oleh semua rakyat Malaysia menerusi laman sesawang https://ihsanmadani.gov.my/ dan peranti mudah alih manakala maklumat yang diisi adalah bersifat umum serta tidak melibatkan sebarang maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan alamat rumah.

Antara inisiatif yang dipaparkan di portal itu ialah kluster kesihatan, pendidikan, perumahan serta pengangkutan dan pengguna hanya perlu mengisi maklumat asas sebelum dapat mengakses pautan laman sesawang kementerian atau agensi berkaitan.

— BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/23/armizan-minta-pm-tambah-pegawai-penyiasat-mycc-untuk-banteras-kartel/feed/ 0 59549
Program penyeragaman harga beri manfaat kepada rakyat https://sabahmedia.com/2022/04/09/program-penyeragaman-harga-beri-manfaat-kepada-rakyat/ https://sabahmedia.com/2022/04/09/program-penyeragaman-harga-beri-manfaat-kepada-rakyat/#respond Sat, 09 Apr 2022 08:58:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14091
Read Time:1 Minute, 57 Second

TAWAU : Pelaksanaan program penyeragaman harga yang dilaksanakan di enam buah negeri pada tahun ini merupakan suatu program yang sangat bermanfaat kepada rakyat di negeri-negeri terlibat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, menerusi program itu, Kerajaan menanggung kos pengangkutan dan Penghantar Barang (Transporter) untuk membawa tujuh barangan subsidi atau kawalan dari pembekal di bandar ke kawasan-kawasan pedalaman terpilih.

Antara negeri yang terlibat adalah di Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Sebagai makluman, Pulau Sebatik mempunyai 28 Point of Sales (POS) yang merupakan pusat jualan, kedai runcit yang membeli bekalan barangan yang dihantar oleh transporter dan menjual barangan tersebut kepada pengguna setempat dengan harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Manakala kuota bulanan bagi barangan perlu di Pulau Sebatik seperti beras adalah sebanyak 52,400 kilogram (kg), gula (13,300kg), tepung gandum (3,800kg), Minyak masak peket (10,500kg), gas cecair (1,400 tong), petrol RON95 (46,200 liter) dan diesel (25,600 liter).

“Sebanyak 845 POS diwujudkan di Sabah dan jumlah keseluruhan POS di seluruh negara adalah 2,005,” katanya dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan kerja ke Pulau Sebatik disini hari ini.

Lawatan itu meliputi kawasan pengedaran barang kawalan dan bersubsidi serta program penyeragaman harga di Kampung Sungai Tongkang dan Kampung Mentadak.

Rosol berkata, lawatan kerja itu juga adalah bertujuan untuk meninjau keberkesanan program yang telah dilaksanakan Kerajaan di Pulau Sebatik sejak 2012.

“Data dan informasi ini sangat penting untuk kementerian menambahbaik mekanisma penyaluran subsidi dan meneliti alternatif seperti pelaksanaan Subsidi Bersasar bagi menjamin penyaluran yang tepat kepada golongan sasar.

“Dalam masa yang sama dapat mengurangkan ketirisan dalam usaha Kerajaan mengurangkan beban fiskal Kerajaan dalam soal subsidi,” katanya.

Sementara itu, Rosol berkata, program yang dilaksanakan kerajaan itu merangkumi Program Pengedaran Barang Perlu.

Antaranya ialah beras, gula putih paket 1kg, tepung gandum kegunaan am paket 1kg/ tepung gandum bukan kegunaan am paket 1kg, minyak masak paket 1kg/ botol 1 liter, Gas Cecair Petroleum (LPG) dan Community Drumming (Petrol RON95 dan Diesel).

“Tanpa program ini, barang-barang tersebut pastinya terpaksa dijual mahal kerana faktor pengangkutan dan transporter yang kini ditanggung oleh Kerajaan.

“Pada tahun 2022 Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM240 juta untuk Program Penyeragaman Harga yang melibatkan Pengedaran Barang Perlu, Gas Petroleum Cecair dan Community Drumming, RM400 juta untuk Program Penstabilan Harga Minyak Masak dan RM40 juta untuk Subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/09/program-penyeragaman-harga-beri-manfaat-kepada-rakyat/feed/ 0 14091
Lima kes dikesan sepanjang Ops Pantau 2022 https://sabahmedia.com/2022/04/06/lima-kes-dikesan-sepanjang-ops-pantau-2022/ https://sabahmedia.com/2022/04/06/lima-kes-dikesan-sepanjang-ops-pantau-2022/#respond Wed, 06 Apr 2022 09:30:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13987
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah berjaya mengesan lima kesalahan membabitkan nilai kompaun sebanyak RM2,200 sepanjang pelaksanaan Ops Pantau 2022.

Pengarahnya, Georgie Abas berkata, Ops Pantau 2022 yang dilaksanakan bermula 3 April lalu turut memeriksa sebanyak 614 premis perniagaan di seluruh negeri.

Katanya, pemeriksaan di bawah Ops Pantau 2022 itu antara lain memfokuskan pemantauan ke atas beberapa perkara antaranya berkaitan bekalan barang, harga barang (aduan harga tinggi, unsur pencatutan) dan jualan murah.

“Selain itu, turut difokuskan adalah alat timbangan, penjualan barang tiruan atau cetak rompak, pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP), halal dan pematuhan SOP Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“KPDNHEP Sabah juga akan mempertingkatkan keberadaan hampir 200 anggota penguatkuasa di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pengguna bagi mewujudkan persekitaran perniagaan dan beli-belah yang selamat dan beretika,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Georgie berkata, pihaknya akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan dan pemantauan pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri menerusi Ops Pantau 2022.

Katanya, Ops Pantau 2022 bertujuan bagi memastikan pengguna berada dalam keadaan yang selesa dan mudah mendapatkan bekalan makanan serta keperluan harian pada harga yang munasabah.

Menurutnya, ia juga adalah bagi memastikan tiada unsur pencatutan yang dilakukan peniaga dalam penetapan harga barangan dan perkhidmatan mereka.  

“Di samping premis-premis tradisi seperti pasar basah, pasar tani, pasar malam, pasaraya, hypermarket dan kedai runcit, Ops Pantau 2022 akan mempergiatkan pemantauan dan pemeriksaan meliputi Bazar Ramadan,  Kedai Makan yang menjual juadah berbuka puasa dan Bazar Aidilfitri di seluruh negara.

“KPDNHEP tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan siasatan dan semakan harga jika terdapat aduan yang banyak terhadap sesebuah premis atau gerai.

“Siasatan itu akan melibatkan semakan terhadap harga bahan mentah dari pembekal, kos pembuatan, kos operasi dan harga di peringkat pengeluar dan pemborong,” katanya.

Katanya, tindakan sewajarnya akan diambil jika peniaga didapati bersalah menyorok barang kawalan dan mencatut seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.

Dalam pada itu, Georgie berkata, KPDNHEP Sabah ingin mengingatkan kepada semua peniaga agar terus mematuhi segala perundangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan terutama sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas oleh pihak penguat kuasa Kementerian.

“Pengguna juga disarankan untuk merancang perbelanjaan serta memiliki pengetahuan berkenaan kedudukan harga barang bagi mengelakkan daripada dimanipulasi oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/06/lima-kes-dikesan-sepanjang-ops-pantau-2022/feed/ 0 13987
KPDNHEP Sandakan Rampas 19,920 Kg Minyak Masak Bersubsidi https://sabahmedia.com/2022/03/21/kpdnhep-sandakan-rampas-19920-kg-minyak-masak-bersubsidi/ https://sabahmedia.com/2022/03/21/kpdnhep-sandakan-rampas-19920-kg-minyak-masak-bersubsidi/#respond Mon, 21 Mar 2022 08:41:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13297
Read Time:2 Minute, 3 Second

SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sandakan merampas 19,920 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi menerusi satu serbuan pada 19 Mac lalu.

Serbuan yang dilakukan sepasukan penguatkuasa KPDNHEP Sandakan disebuah premis di Jalan Lintas Sibuga Sandakan itu adalah hasil risikan selepas mendapati berlakunya penyelewengan barang kawalan berjadual minyak masak paket 1 kilogram bersubsidi.

Ketua Cawangan KPDNHEP Sandakan Azdy Zukkry John berkata, premis berkenaan didapati melakukan aktiviti memotong sejumlah paket minyak masak bersubsidi di dalam kotak yang kemudiannya dimasukkan ke dalam lori tangki.

Ketua Cawangan KPDNHEP Sandakan Azdy Zukkry John

Katanya, hasil serbuan mendapati  sebanyak 19,920 kg (kg) minyak masak bersubsidi telah ditemui di dalam stor premis berkenaan.

“Siasatan awal mendapati punca bekalan disyaki diperolehi daripada beberapa buah kilang pembungkusan minyak masak bersubsidi di sekitar daerah Sandakan.

“Pasukan serbuan juga turut menyita sebuah lori jenama Nissan dengan had muatan 10 tan daripada  seorang lelaki warganegara tempatan berumur 38 tahun yang mengaku sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas barang kes dan stor tersebut,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Azdy berkata, anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk lori yang disita adalah sebanyak RM 106,322.50.

Katanya, kes ini akan disiasat di bawah Akta Kawalan  Bekalan 1961 atas kesalahan memiliki barang kawalan dalam keadaan menimbulkan syak munasabah selain daripada kegagalan menyenggara buku stok minyak masak terbabit.

“Justeru itu, KPDNHEP Sandakan memberi peringatan kepada semua pemborong dan pembekal barang kawalan bersubsidi agar tidak terlibat di dalam aktiviti penyelewengan barangan kawalan  bersubsidi.

“Pihak kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas untuk mendakwa kes di mahkamah dan akan mengesyorkan agar  kouta minyak masak bersubsidi pihak yang terlibat ditarik balik,” katanya

Azdy berkata, sekiranya disabitkan kesalahan, denda maksimum boleh dikenakan dengan nilai tidak melebihi RM 1 juta  atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan,bagi kesalahan kali kedua atau kemudiannya denda tidak melebihi RM 3 juta  atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi  lima  tahun atau kedua-duanya.

“Denda ke atas Syarikat adalah sebanyak RM 2 juta  bagi kesalahan pertama dan kesalahan kali  ke dua adalah sebanyak RM 5 juta,” katanya.

Dalam pada itu, Azdy berkata, KPDNHEP Sandakan telah melaksanakan sebanyak 1,322 pemeriksaan premis dan menghasilkan 23 kes melibatkan jumlah rampasan sebanyak RM 838,204.10 atas pelbagai kesalahan di bawah akta yang dikuatkuasakan oleh KPDNHEP sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 20 Mac lalu.

Katanya, sebanyak 23 aduan orang awam telah diterima dan berjaya diselesaikan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/21/kpdnhep-sandakan-rampas-19920-kg-minyak-masak-bersubsidi/feed/ 0 13297
KPDNHEP Sabah Berjaya Selesai Aduan Kepenggunaan Sepanjang Tahun Lalu https://sabahmedia.com/2022/03/12/kpdnhep-sabah-berjaya-selesai-aduan-kepenggunaan-sepanjang-tahun-lalu/ https://sabahmedia.com/2022/03/12/kpdnhep-sabah-berjaya-selesai-aduan-kepenggunaan-sepanjang-tahun-lalu/#respond Sat, 12 Mar 2022 07:41:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12907
Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU : Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah telah menerima sebanyak 1,453 aduan melibatkan pelbagai aduan kepenggunaan  di negeri ini sepanjang tahun lalu.

KPDNHEP Sabah dalam satu kenyataan berkata, dari jumlah itu sebanyak 546 aduan atau 37.58 peratus adalah melibatkan aduan berkaitan dengan transaksi atas talian.

“Semua aduan yang diterima termasuk aduan transaksi atas talian telah disiasat dan diselesaikan.

“Manakala bagi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Cawangan Sabah, sebanyak 32 kes tuntutan pada tahun lalu adalah melibatkan ‘online shopping’,” kata kenyataan itu sempena Sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022.

Pelancaran sambutan itu disempurnakan Pengarah KPDNHEP Sabah Georgie Abas yang mewakili Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya.

KPDNHEP Sabah dalam kenyataan itu turut berkata, daripada 32 kes tuntutan, sebanyak 30 kes tuntutan ‘online shopping’ telah diselesaikan membabitkan nilai tuntutan berjumlah RM42,952.50.

Katanya, adalah menjadi harapan KPDNHEP agar para pengguna khasnya di Sabah dapat sama-sama memainkan peranan masing-masing untuk menyokong semua inisiatif Kerajaan dan aktiviti yang telah dirangka.

“Usaha bersama pihak Kerajaan dan orang ramai akan mewujudkan komuniti pengguna yang menyedari hak mereka, mampu membuat keputusan yang tepat terutamanya apabila berkaitan dengan transaksi wang ringgit dan lebih bijak berbelanja.

“KPDNHEP juga berharap agar pengguna turut serta bersama arus teknologi digital dan seterusnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kepenggunaan digital lebih-lebih lagi dari sudut keselamatan dan perlindungan dari ancaman scam, penipuan, penggodam dan sebagainya,” kata kenyataan itu.

KPDNHEP telah menetapkan sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan di seluruh negara pada bulan Mac 2022. Bulan ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti dan program berkenaan kepenggunaan.

Objektif Bulan Pengguna Kebangsaan adalah untuk memperkasa pengguna agar menjadi lebih cakna dan berdaya upaya dalam pelbagai aspek terutamanya aspek perlindungan pengguna.

Tema bagi Hari Pengguna Kebangsaan pada tahun ini yang telah ditetapkan adalah Digitalisasi Pengguna bersesuaian dengan tema sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia (HHPS) iaitu “Fair Digital Finance” atau kesaksamaan dalam kewangan digital.

Ia menumpukan kepada kesaksamaan dan perlindungan dalam aktiviti kewangan secara dalam talian.

Pemilihan tema ini bertepatan dengan senario pandemik COVID-19 di mana sebahagian besar transaksi bayaran, jual beli dan sebagainya dilakukan tanpa sentuhan dan transaksi dalam talian adalah platform yang paling selamat dan efisien.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/12/kpdnhep-sabah-berjaya-selesai-aduan-kepenggunaan-sepanjang-tahun-lalu/feed/ 0 12907
Tiga Premis Diserbu Disyaki Jual Barangan Tiruan Berjenama https://sabahmedia.com/2022/03/10/tiga-premis-diserbu-disyaki-jual-barangan-tiruan-berjenama/ https://sabahmedia.com/2022/03/10/tiga-premis-diserbu-disyaki-jual-barangan-tiruan-berjenama/#respond Thu, 10 Mar 2022 10:32:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12854
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Tiga premis perniagaan diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah selepas disyaki menjual barangan mewah tiruan dalam satu operasi yang dijalankan selama dua hari berakhir semalam.

Dalam operasi itu, sebanyak 437 barangan aksesori wanita yang terdiri daripada beg tangan, beg sandang, tali pinggang, dompet, selipar, kasut, topi dan gelang jenama ‘Louis Vuitton (LV)’ dan ‘Chanel’ yang disyaki tiruan berjaya dirampas.

Pengarah KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata, semua barangan yang dirampas dianggarkan bernilai RM10,573.30 dan tindakan kes telah diambil di bawah Akta Cap Dagang 2019.

Katanya, serbuan telah dijalankan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP Sabah yang terdiri daripada 10 orang anggota bersama-sama wakil pemilik cap dagang berdaftar untuk jenama ‘Louis Vutton (LV)’ dan ‘Chanel’.

“Operasi terbabit adalah hasil maklumat yang diterima daripada Global Trade Shield Consultancy Sdn. Bhd. yang bertindak sebagai wakil kepada pemilik cap dagang berdaftar untuk jenama ‘Louis Vuitton (LV)’ dan ‘Chanel’ yang disita di dalam kes ini.

“Ketiga-tiga pemilik premis perniagaan terbabit adalah disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan kes ini akan disiasat mengikut seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00 bagi setiap barang atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000.00 bagi setiap barangan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Georgie berkata, pihaknya akan terus menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Cap Dagangan 2019 bagi membanteras penjualan barangan tiruan dan aktiviti cetak rompak di pasaran.

Katanya, para peniaga adalah diingatkan agar lebih bertanggungjawab serta menghormati harta intelek orang lain di samping sentiasa berusaha membuat semakan status kesahihan dan ketulenan barangan yang dibekalkan.

“Pengguna juga dinasihati supaya tidak menyokong jualan barangan tiruan di pasaran yang belum tentu terjamin dari segi kualiti dan keselamatannya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/10/tiga-premis-diserbu-disyaki-jual-barangan-tiruan-berjenama/feed/ 0 12854
RM2.7 Juta Hasil Jualan PJKM Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/03/02/rm2-7-juta-hasil-jualan-pjkm-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/03/02/rm2-7-juta-hasil-jualan-pjkm-di-sabah/#respond Wed, 02 Mar 2022 08:34:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12645
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak RM2.718 juta berjaya direkodkan menerusi Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang dilaksanakan sebanyak 97 kali di semua 25 kawasan Parlimen seluruh Sabah.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah Georgie Abas berkata, PJKM yang dilaksanakan sejak 2 Disember 2021 yang lalu itu turut dikunjungi pengunjung seramai 228,132 orang.

“Dari maklum balas yang diterima, rata-rata pengunjung menyambut baik dan meminta PJKM ini dilaksanakan secara berkala serta mengakui bahawa harga barang-barang yang dijual di PJKM dapat meringankan bebanan kos sara hidup rakyat dalam situasi sekarang ini.

“Pejabat KPDNHEP Sabah telah menggerakkan cawangan-cawangan kami di seluruh negeri dengan kerjasama agensi-agensi dari Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) serta rakan strategik sektor peruncitan di Sabah,” katanya dalam kenyataan disini baru-baru ini.

Georgie berkata, PJKM menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga berpatutan yang lebih murah.

Katanya, ia termasuklah Ayam, Ikan, Telur, Sayur-sayuran, Minyak masak, Gula, Tepung, Beras, dan Barangan Keperluan Rumah terpilih.  

“Kita menggalakkan rakyat negeri Sabah untuk merebut peluang ini dalam merancang pembelian keperluan rumah dan seterusnya berjimat dari tawaran yang diberikan melalui PJKM di lokasi yang berdekatan dengan mereka.

“Selain itu, kita juga ingin mengingatkan kepada semua peniaga agar sentiasa beretika mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan.

“Kerajaan menyeru agar rakyat  bersabar dan terus bersama kerajaan dalam waktu sukar yang luar biasa ini yang turut melanda dunia dan memberi kesan kepada rantaian bekalan global dan negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 280 orang Pegawai Penguat Kuasa dan Pegawai Pemantau Harga KPDNHEP Negeri Sabah akan terus melaksanakan pemantauan dan pemeriksaaan bagi memastikan bekalan sentiasa stabil dan tiada elemen pencatutan dalam pasaran.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/02/rm2-7-juta-hasil-jualan-pjkm-di-sabah/feed/ 0 12645
KPDNHEP Terus Pantau, Periksa Bekalan Kit Kendiri COVID-19 Mencukupi https://sabahmedia.com/2022/02/23/kpdnhep-terus-pantau-periksa-bekalan-kit-kendiri-covid-19-mencukupi/ https://sabahmedia.com/2022/02/23/kpdnhep-terus-pantau-periksa-bekalan-kit-kendiri-covid-19-mencukupi/#respond Wed, 23 Feb 2022 08:27:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12475
Read Time:1 Minute, 57 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan berkala pada setiap hari bagi memastikan bekalan Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 (Ujian Kendiri) (RTK) mencukupi.

KPDNHEP dalam satu kenyataan berkata, ia termasuklah pemantauan dan pemeriksaan di peringkat pengimport, pengilang, pemborong dan peruncit agar bekalan kit ujian sentiasa stabil dalam pasaran dan mudah diperolehi oleh pengguna.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan mewartakan RTK sebagai barang kawalan di bawah Perintah Kawalan Bekalan (Barang- Barang Kawalan) (No.6) 2021 pada 24 November 2021 yang lalu dan telah dikuatkuasakan pada 1 Disember 2021.

“Berdasarkan statistik penguatkuasaan dan pemantauan yang telah dilakukan, sehingga kini terdapat kira-kira 18 juta unit RTK tersedia dalam pasaran.

“Sejumlah 8,084 premis runcit telah diberi kelulusan kebenaran menjual RTK yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA).

“Sebagai makluman, lapan pengilang Establismen yang mendapat kebenaran bersyarat menghasilkan RTK di Malaysia telah mengeluarkan sejumlah 4.306 juta unit RTK sehingga Februari 2022,” kata kenyataan itu disini semalam.

KPDNHEP berkata, negara telah mengimport sejumlah 2.34 juta unit RTK dari tujug buah negara dan jumlah keberadaan RTK tambahan di pasaran sehingga hujung Februari adalah 6.647 juta unit.

“Berdasarkan statistik, aduan berhubung kekurangan bekalan RTK menunjukkan peratus yang sangat rendah di mana pada tahun ini bermula 1 Januari sehingga 21 Februari 2022 hanya tiga aduan sahaja diterima oleh pihak Kementerian berhubung kekurangan bekalan kit ujian ini.

“Julat harga RTK di pasaran adalah antara RM4.90 hingga RM19.90 pada ketika ini dan 80 peratus RTK dijual di bawah RM10.00 seunit,”katanya.

Sementara itu, KPDNHEP turut memberi amaran kepada peniaga agar terus mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan penjualan RTK.

Kata kenyataan itu, ia adalah bagi mengelak tindakan tegas akan diambil oleh pihak kementerian.

“Peniaga yang dikesan melakukan kesalahan berhubung perkara ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 22, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan selain boleh dikenakan penalti.

“KPDNHEP juga ingin menasihati pengguna agar tidak panik dengan situasi yang berlaku ini dengan membuat pembelian panik atau berlebihan dari keperluan dan sentiasa berwaspada dengan kehadiran RTK yang tidak mendapat kelulusan MDA.

“Orang ramai juga dinasihati supaya meningkatkan penjagaan kesihatan dan sentiasa mematuhi SOP Kesihatan serta melakukan pemantauan awal ke atas diri dan keluarga bagi mengelakkan daripada dijangkiti oleh wabak COVID-19,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/23/kpdnhep-terus-pantau-periksa-bekalan-kit-kendiri-covid-19-mencukupi/feed/ 0 12475
Pastikan Kit Ujian Kendiri COVID-19 Mencukupi Dipasaran https://sabahmedia.com/2022/02/16/pastikan-kit-ujian-kendiri-covid-19-mencukupi-dipasaran/ https://sabahmedia.com/2022/02/16/pastikan-kit-ujian-kendiri-covid-19-mencukupi-dipasaran/#respond Wed, 16 Feb 2022 06:51:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12257
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah meminta pihak berkuasa memastikan bekalan Kit Ujian Kendiri COVID-19 cukup dipasaran bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Presidennya, David Chan berkata, permintaan terhadap alat berkenaan dilihat semakin meningkat susulan penularan varian baharu COVID-19 iaitu Omicron.

Katanya, pihak berkuasa turut digesa untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barangan tersebut yang telah dikawal oleh kerajaan.

“Dalam isu ini kita tidak pasti mengapa ada laporan bekalan kit ujian tidak cukup sama ada penjual mendapatkan sendiri daripada pengeluar atau berpunca daripada orang tengah.

“Sehubungan itu, kita akan mengadakan pertemuan dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi mendapatkan gambaran lebih jelas,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai agar lebih bijak dalam mendapatkan bekalan tersebut dengan membeli di farmasi dan kedai-kedai yang dibenarkan oleh pihak berkuasa.

Jelasnya, kedai-kedai berkenaan mendapat kebenaran khas daripada KPDNHEP dan tidak sepatutnya berlaku kenaikan harga atau kekurangan bekalan.

“Kita harap dalam keadaan masyarakat yang bimbang dengan peningkatan kes positif COVID-19, kit ujian ini cukup bekalannya di pasaran bagi membolehkan ujian pantas dilakukan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/16/pastikan-kit-ujian-kendiri-covid-19-mencukupi-dipasaran/feed/ 0 12257
Orang Ramai Diminta Tidak Buat Pembelian Ayam,Telur Secara Berlebihan https://sabahmedia.com/2022/02/13/orang-ramai-diminta-tidak-buat-pembelian-ayamtelur-secara-berlebihan/ https://sabahmedia.com/2022/02/13/orang-ramai-diminta-tidak-buat-pembelian-ayamtelur-secara-berlebihan/#respond Sun, 13 Feb 2022 06:35:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12165
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Orang ramai diminta untuk tidak membuat pembelian berlebihan selain tidak panik berikutan berlaku masalah kekurangan bekalan ayam dan telur yang melanda negara termasuk di negeri ini.

Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah David Chan berkata, bekalan ayam dan telur adalah mencukupi khususnya untuk keperluan harian pengguna dan peniaga.

“Saya telah mengadakan pertemuan dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah baru-baru ini dimana kita telah diberi jaminan bahawa bekalan tersebut masih stabil dan mencukupi.

“Meskipun diakui bahawa bekalan ayam dan telur berkurangan sekitar 10 hingga 20 peratus, namun penternak dan pemborong memberi jaminan bahawa barangan tersebut masih mencukupi untuk keperluan penduduk di Sabah,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

David berkata, Sabah turut mempunyai alternatif bekalan makanan laut yang banyak dimana ia boleh didapati untuk dijadikan makanan harian dengan harga berpatutan.

Katanya, pihak berkuasa juga perlu sentiasa membuat pemantauan dan pemeriksaan agar tidak ada peniaga yang menyorok bekalan ayam dan telur atau menaikkan harga sesuka hati.

“Selain itu saya turut meminta orang ramai memberi kerjasama dengan melapor kepada pihak berkuasa khususnya KPDNHEP jika mendapati ada pasar raya atau peniaga yang melanggar undang-undang termasuk menjual melepasi harga kawalan atau harga maksimum yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, pihak persatuan juga berharap agensi penguat kuasa yang lain seperti Polis Marin, APMM dan sebagainya terus mengawal ketat cubaan menyeludup barangan keperluan dan bersubsidi terutama di perairan negeri Sabah yang sangat luas.

“Kita harap pihak bertanggungjawab mengetatkan kawalan supaya bekalan keperluan bagi rakyat Sabah khususnya barangan bersubsidi tidak seludup keluar bagi memastikan keperluan rakyat Sabah mencukupi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/13/orang-ramai-diminta-tidak-buat-pembelian-ayamtelur-secara-berlebihan/feed/ 0 12165