KPK – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 24 Sep 2026 01:04:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png KPK – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerjasama KPK, Sabah perkukuh sektor komoditi Ranau https://sabahmedia.com/2026/09/24/kerjasama-kpk-sabah-perkukuh-sektor-komoditi-ranau/ https://sabahmedia.com/2026/09/24/kerjasama-kpk-sabah-perkukuh-sektor-komoditi-ranau/#respond Thu, 24 Sep 2026 01:04:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104020
Read Time:55 Second

RANAU: Kerjasama erat antara Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), Kerajaan Negeri Sabah serta komuniti setempat penting bagi memastikan sektor perladangan dan komoditi di daerah ini terus berkembang secara mampan.

Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Johari Suhaimin berkata, kerjasama itu penting bagi memastikan keperluan dan cabaran yang dihadapi pengusaha komoditi di Ranau mendapat perhatian sewajarnya.

Beliau berkata, lawatan kerja Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad ke Kampung Lipasu mencerminkan perhatian KPK terhadap pengusaha tembakau yang telah mengusahakan tanaman berkenaan secara turun-temurun sebagai sumber ekonomi penduduk setempat.

“Lawatan tersebut mencerminkan komitmen KPK untuk mendengar suara serta memahami dengan lebih dekat usaha dan cabaran yang dihadapi masyarakat, khususnya pengusaha tembakau di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Datuk Seri Masidi Manjun pada Lawatan Kerja ke kawasan tanaman tembakau di Kampung Lipasu, Ranau.

Johari turut merakamkan penghargaan kepada Noraini dan KPK atas perhatian yang diberikan kepada pengusaha tembakau di Ranau.

Beliau berharap kerjasama antara KPK, Kerajaan Negeri Sabah dan komuniti setempat dapat terus diperkukuh bagi memastikan sektor komoditi di Ranau berkembang secara mampan serta memberi manfaat kepada masyarakat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/24/kerjasama-kpk-sabah-perkukuh-sektor-komoditi-ranau/feed/ 0 104020
KPK tegas larang guna label “Antiminyak Sawit” https://sabahmedia.com/2025/01/02/kpk-tegas-larang-guna-label-antiminyak-sawit/ https://sabahmedia.com/2025/01/02/kpk-tegas-larang-guna-label-antiminyak-sawit/#respond Thu, 02 Jan 2025 09:57:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66384
Read Time:1 Minute, 3 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menggesa semua pihak supaya mematuhi larangan penggunaan sebarang pernyataan, ungkapan, atau petunjuk “antiminyak sawit” dalam urusan perdagangan dan perniagaan di negara ini.

Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPK, Datuk Azman Adam, menegaskan perkara ini semasa Seminar Kesedaran Melibatkan Pelabelan Produk Bersifat Diskriminasi Terhadap Minyak Sawit yang berlangsung di Hotel Zenith, Putrajaya baru-baru ini.

Menurut kenyataan rasmi KPK, peraturan tersebut tertakluk di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) yang berkuat kuasa sejak 15 Mac 2022. Akta ini memperuntukkan denda sehingga RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun bagi mana-mana pihak yang melanggar peraturan.

“Ribuan pemeriksaan telah dijalankan oleh KPDN di seluruh negara, namun masih terdapat premis yang menjual produk berlabel DLPO (antiminyak sawit).

“Sepatutnya tempoh dua tahun sebagai tempoh bertenang sudah mencukupi untuk pihak terlibat mengeluarkan produk-produk DLPO secara sukarela daripada rak jualan,” katanya.

Beliau turut menggesa semua pihak yang terlibat untuk menghentikan sepenuhnya pengimportan dan penjualan produk dengan label tersebut.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia disarankan agar lebih berhati-hati ketika membeli barangan di pasaran.

Sebarang aduan berkaitan boleh disalurkan melalui WhatsApp di 019-2794317 atau 019-848800, portal e-Aduan di http://eaduan.kpdn.gov.my, talian bebas tol 1-800-88-6800, atau aplikasi mudah alih Ez ADU KPDN.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/02/kpk-tegas-larang-guna-label-antiminyak-sawit/feed/ 0 66384