kpkm – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 27 Apr 2025 02:25:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kpkm – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga projek utama giat dilaksanakan di pedalaman Nabawan https://sabahmedia.com/2025/04/27/tiga-projek-utama-giat-dilaksanakan-di-pedalaman-nabawan/ https://sabahmedia.com/2025/04/27/tiga-projek-utama-giat-dilaksanakan-di-pedalaman-nabawan/#respond Sun, 27 Apr 2025 02:24:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72756
Read Time:1 Minute, 13 Second

Nabawan : Tiga projek utama bernilai RM2.5 juta kini giat dilaksanakan di Kampung Salong, Mukim Pagalungan, sebagai sebahagian daripada Projek Kampung Angkat Madani yang dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanana Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pelaksanakan projek itu antara lain bagi merapatkan lagi jurang pembangunan di kawasan pedalaman.

“Antara projek pembangunan yang dilaksanakan adalah pembinaan pusat jualan dan jeti nelayan di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan pembinaan Gerai Agrobazaar di bawah seliaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Selain itu turut dilaksanakan adalah pembinaan jambatan gantung konkrit baharu bagi menggantikan jambatan gantung sedia ada yang menjadi laluan utama penduduk dan para pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Salong.

“Projek ini bukan sekadar membina infrastruktur, tetapi juga membina harapan baharu. Dengan adanya peluang ekonomi yang lebih baik di kampung sendiri, penduduk, terutamanya generasi muda, tidak lagi perlu berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, kejayaan di Kampung Salong membuktikan bahawa pendekatan holistik melalui kerjasama erat antara kerajaan, masyarakat dan pihak swasta mampu membawa perubahan signifikan kepada kehidupan di kawasan pedalaman.

“Kita percaya bahawa dengan menyediakan infrastruktur asas yang berkualiti, potensi penuh masyarakat setempat dapat dibangunkan secara inklusif dan berdaya saing,” katanya.

Menurutnya, KPKM komited untuk meneruskan usaha ini melalui kerjasama pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dengan pemantauan berkala bagi memastikan semua projek membawa manfaat berterusan kepada rakyat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/27/tiga-projek-utama-giat-dilaksanakan-di-pedalaman-nabawan/feed/ 0 72756
KPKM salur lebih RM33.5 juta kepada Sabah, laksana projek tingkat hasil produk agromakanan negara. https://sabahmedia.com/2024/07/13/kpkm-salur-lebih-rm33-5-juta-kepada-sabah-laksana-projek-tingkat-hasil-produk-agromakanan-negara/ https://sabahmedia.com/2024/07/13/kpkm-salur-lebih-rm33-5-juta-kepada-sabah-laksana-projek-tingkat-hasil-produk-agromakanan-negara/#respond Sat, 13 Jul 2024 03:07:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57462
Read Time:1 Minute, 59 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperuntukkan sebanyak lebih RM33.5 juta kepada Sabah bagi tujuan pelaksanaan projek pembangunan bersama Kerajaan negeri.

KPKM dalam satu kenyataan berkata, peruntukan itu merupakan yang tertinggi disalurkan kepada Sabah berbanding negeri-negeri lain.

Tambah kenyataan itu, jumlah itu adalah sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM150 juta yang diluluskan Kerajaan Persekutuan yang merupakan inisiatif belanjawan khas bagi tahun 2024.

“Ia adalah bertujuan bagi membangunkan dan mengoptimumkan penggunaan tanah bagi meningkatkan lagi hasil produk agromakanan negara.

“Peruntukan sebanyak RM33,593,226 itu disalurkan secara berperingkat kepada Sabah pada 4 April lalu dan 14 Mei bagi memastikan program itu dapat dilaksanakan dengan jayanya,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Terdahulu, cek cura berjumlah RM33,593,226 diserahkan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ketika mengadakan kunjungan hormat di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya semalam.

Hadir sama pada kunjungan itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Jeffery G. Kitingan; Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup dan Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Hendrus Anding.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut mengadakan perbincangan yang menjurus kepada kerjasama KPKM dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi mengoptimumkan penggunaan tanah ke arah keterjaminan makanan negara.

Selain itu, turut dibincangkan kerjasama dalam melaksanakan projek pembangunan yang meliputi pemerkasaan sektor ternakan, tanaman dan aktiviti pengeluaran serta pemasaran produk hiliran di Negeri Sabah.

Penyaluran peruntukan yang disalurkan kepada Kerajaan Sabah itu adalah meliputi tujuh buah projek yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Ia adalah melibatkan pemerkasaan ternakan bersepadu ruminan, pembangunan 23 buah Pusat Pengumpulan Hasil Tani, pemulihan sawah-sawah padi terbiar seluas 534.55 hektar, pembinaan kilang kopi dan pembangunan tanaman kontan (Keladi Cina) yang melibatkan pelbagai daerah di Negeri Sabah.

Kesemua projek tersebut akan dilaksanakan dan diselia oleh Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) melalui Jabatan Pertanian Negeri Sabah (DOA Sabah) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sabah (DVS Sabah).

Peruntukan tersebut secara tidak langsung akan memberi manfaat dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di Negeri Sabah seterusnya meningkatkan pendapatan dan membaiki taraf sosio ekonomi negeri Sabah

Mohamad dalam rangka lawatan kerja ke Sabah selama empat hari bermula semalam akan mengadakan lawatan kerja melibatkan Konvoi Jelajah Road to MAHA@Sabah 2024 di Kota Kinabalu, Kota Belud, Kundasang, Telupid dan Sandakan. – SABAH MEDIA / FOTO KPKM

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/13/kpkm-salur-lebih-rm33-5-juta-kepada-sabah-laksana-projek-tingkat-hasil-produk-agromakanan-negara/feed/ 0 57462
645 Tan Beras Berjaya Dirampas Dari Gudang Tiada Lesen Di Sarawak https://sabahmedia.com/2024/05/22/kementerian-pertanian-dan-keterjaminan-makanan-kpkm-memaklumkan-hasil-pemeriksaan-mendapati-premis-perniagaan-terbabit-tiada-lesen-di-bawah-akta-kawalan-padi-dan-beras-1994-akta-522/ https://sabahmedia.com/2024/05/22/kementerian-pertanian-dan-keterjaminan-makanan-kpkm-memaklumkan-hasil-pemeriksaan-mendapati-premis-perniagaan-terbabit-tiada-lesen-di-bawah-akta-kawalan-padi-dan-beras-1994-akta-522/#respond Wed, 22 May 2024 04:24:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54821
Read Time:1 Minute, 56 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan Melalui Op TARING BRAVO 3 yang dilancarkan Kawal selia Padi dan Beras (KPB) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA), pada 15 dan 16 Mei lalu berjaya merampas beras putih Import yang dianggarkan bernilai RM2.1Juta.

Rampasan  Sebanyak 645.75 tan beras pelbagai gred, termasuk Beras Putih Import (BPI) dirampas dari sebuah gudang di Sibu, Sarawak, minggu lalu.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati premis perniagaan terbabit tiada lesen di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

“KPB menyita stok beras terbabit serta dokumen berkaitan bagi siasatan lanjut di bawah Akta 522 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996 PU (A) 624.

“Siasatan turut dijalankan terhadap syarikat terbabit, sama ada terbabit dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi, iaitu BPI,” menurut satu kenyataan hari ini.

Menurut KPKM, penyelewengan barang bersubsidi adalah tindakan tidak bertanggungjawab yang membawa kerugian kepada negara, sekali gus menyebabkan rakyat tidak dapat membeli barangan itu.

Ini kerana, kerajaan bersetuju memberi subsidi BPI bernilai RM950 setiap tan di peringkat borong bagi Sabah, Sarawak dan Labuan dengan harga jualan runcit tidak melebihi RM31 setiap kampit 10 kilogram, mulai 5 Oktober lalu.

“KPB sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan negara iaitu MCBA, PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Kerjasama itu dalam mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan bagi mengekang cubaan menyeleweng BPI di Sabah dan Sarawak. Ia termasuk cubaan membawa keluar beras terbabit dari sempadan negara. 

“KPB memberi peringatan kepada semua pemegang lesen supaya mematuhi perundangan di bawah Akta 522 dan peraturan di bawahnya. Tindakan tegas akan diambil jika pemegang lesen gagal mematuhinya,” menurut kenyataan itu lagi.

Mereka yang ada maklumat berkaitan sebarang pelanggaran undang-undang mengenai padi dan beras, diminta menyalurkannya melalui Portal Aduan KPB https://skpb.kpkm.gov.my/adu.

Boleh juga hubungi Ibu Pejabat KPB di Putrajaya di talian 03-88701751/1748/1183.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/22/kementerian-pertanian-dan-keterjaminan-makanan-kpkm-memaklumkan-hasil-pemeriksaan-mendapati-premis-perniagaan-terbabit-tiada-lesen-di-bawah-akta-kawalan-padi-dan-beras-1994-akta-522/feed/ 0 54821