Kpkt – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 05 Oct 2026 22:21:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kpkt – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kebersihan kawasan tanggungjawab bersama – Arifin https://sabahmedia.com/2026/10/06/kebersihan-kawasan-tanggungjawab-bersama-arifin/ https://sabahmedia.com/2026/10/06/kebersihan-kawasan-tanggungjawab-bersama-arifin/#respond Mon, 05 Oct 2026 22:18:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104806
Read Time:1 Minute, 51 Second

MEMBAKUT: Semua pihak termasuk masyarakat, penjaja dan peniaga perlu memainkan peranan bersama dalam memastikan kebersihan serta keindahan kawasan masing-masing sentiasa terpelihara.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Arif berkata, aspek kebersihan tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa tempatan, sebaliknya memerlukan penglibatan aktif komuniti.

Katanya, kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan perlu terus dipupuk bagi membudayakan nilai kecintaan terhadap alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

“Saya menekankan tadi berhubung dengan perlunya semua pihak untuk memastikan kebersihan kawasan masing-masing.

“Di seluruh daerah saya minta agar perkara ini dijadikan keutamaan, kebersihan dan keindahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Komuniti Lestari yang dianjurkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) dengan kerjasama Pejabat Daerah di sini pada Isnin.

Menurutnya, program berkenaan antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap usaha melestarikan alam sekitar, selain membudayakan nilai kecintaan terhadap kebersihan dan menyediakan persekitaran serta kemudahan awam yang lebih selesa.

Arifin berkata, kerjasama antara kementerian, agensi kerajaan dan komuniti amat penting bagi memastikan usaha menjaga kebersihan serta kelestarian alam sekitar dapat dilaksanakan secara berterusan.

Katanya, persekitaran yang bersih, indah dan mempunyai landskap yang baik bukan sahaja memberi keselesaan, malah menyumbang kepada ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan masyarakat.

“Alam sekitar yang bersih, indah, landskap yang cantik, dapat dimanfaatkan oleh masyarakat untuk ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan,” katanya.

Beliau berkata, usaha berkenaan juga selari dengan penekanan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 terhadap aspek kesejahteraan rakyat yang merangkumi kesejahteraan fizikal, rohani dan persekitaran.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak supaya tidak mengambil mudah aspek kebersihan, khususnya di kawasan tumpuan orang ramai seperti pekan, kawasan perniagaan dan lokasi yang menjadi tumpuan komuniti.

“Perlu peranan semua masyarakat termasuk penjaja dan peniaga, tamu dan sebagainya untuk memastikan kebersihan itu adalah tanggungjawab kita bersama,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin berkata, usaha menjaga kebersihan dan keindahan kawasan turut mempunyai kaitan dengan pembangunan ekonomi setempat kerana persekitaran yang terurus mampu mewujudkan suasana lebih menarik kepada pengunjung.

Katanya, penglibatan komuniti secara menyeluruh penting bagi memastikan inisiatif kelestarian alam sekitar tidak hanya bergantung kepada program atau kempen tertentu, tetapi menjadi amalan berterusan dalam kehidupan seharian.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur dan semua pihak yang menjayakan Program Komuniti Lestari di Membakut, sambil berharap pendekatan sama dapat diteruskan di kawasan lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/06/kebersihan-kawasan-tanggungjawab-bersama-arifin/feed/ 0 104806
KPKT peruntukkan RM211,898,427 laksana projek di Sabah https://sabahmedia.com/2024/07/26/kpkt-peruntukkan-rm211898427-laksana-projek-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/07/26/kpkt-peruntukkan-rm211898427-laksana-projek-di-sabah/#respond Fri, 26 Jul 2024 05:14:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58062
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM211,898,427 untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di Sabah tahun ini.

Menteri KPKT, Nga Kor Ming secara simbolik menyerahkan peruntukan itu kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya pada Jumaat.

Peruntukan itu bagi melaksanakan pelbagai projek dibawah KPKT dan jabatan sertaagensi dibawahnya di negeri ini.

Hajiji turut menyaksikan penyerahan Projek Menaik Taraf Tapak Pelupusan SanitariSisa Pepejal Baru Kayu Madang Kota Kinabalu yang telah siap dibina kepada kerajaan negeri.

Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Wira M Noor Azman Taib menyerahkan dokumen siap projek kepada Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Lifred Wong.

KPKT melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) melaksanakan projek pembinaan sel baharu di tapak pelupusan sanitari sisa pepejal Kayu Madang pada Februari 2024 dengan kos keseluruhan sebanyak RM44.14 juta.

Tapak yang baharu siap dibina itu mampu menerima 850 metrik tan sisa pepejal sehari, dilengkapi dengan system linear, system collection leachate, sistem pelepasan gas.

JPSPN telah menaik taraf “Leachete Treatment Plant” dengan menggunakanteknologi nano filteration yang canggih dan membolehkan air larut resap (leachate) melepasi kesemua 24 parameter yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum air terawat ini dilepaskan ke punca air.

Projek itu akan memberikan manfaat kepada penduduk di lima Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu DBKK, Majlis Daerah Putatan, Majlis Daerah Tuaran, Majlis Daerah Kota Belud dan Majlis Daerah Penampang.

Selain itu, KPKT melalui JPSPN juga sedang mereka bentuk 2 lagi projek baharu bernilai RM77 juta iaitu Projek Pembinaan Tapak Pelupusan Sanitari Sisa pepejal Pantai Barat Selatan dengan kos RM47 juta dan RM30 juta untuk projek menaik taraf Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Labuk, Sandakan.

Sementara itu KPKT juga memohon peruntukan kepada Kementerian Ekonomi bagi kelulusan Rolling Plan Kelima (RP5) Tahun 2025 bagi 4 lagi projek baharu pengurusan sisa pepejal khusus untuk negeri Sabah bernilai hampir RM105 juta.

Projek-projek tersebut ialah pembinaan Fasa 1 Tapak Pelupusan Sanitari Sisa PepejalBerpusat Lahad Datu Landfill Level 4 dengan kos RM40,995,364.86; penutupan selamat Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Kampung Langkawit, Papar dengan kos sebanyak RM17,010,000.00; pembinaan Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Kota Marudu (RM21,011,898.48) dan pembinaan Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Keningau (RM25,956,844.95).

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/26/kpkt-peruntukkan-rm211898427-laksana-projek-di-sabah/feed/ 0 58062
RM63.3 juta diperuntukkan kepada 26 PBT di Sabah https://sabahmedia.com/2024/07/25/rm63-3-juta-diperuntukkan-kepada-26-pbt-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/07/25/rm63-3-juta-diperuntukkan-kepada-26-pbt-di-sabah/#respond Thu, 25 Jul 2024 09:27:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58021
Read Time:1 Minute, 21 Second

Putatan : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM63.3 juta kepada semua 26 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sabah bagi tahun ini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukan itu adalah untuk pelaksanaan projek BP1 Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) meliputi skop projek infrastruktur, kemudahan awam, sosioekonomi dan keselamatan demi kesejahteraan penduduk setempat.

“Selain itu, di bawah peruntukan Inisiatif Belanjawan 2024 oleh Kementerian Kewangan, sebanyak RM14.1 juta juga diperuntukkan untuk semua PBT di Sabah yang membabitkan projek menaik taraf sistem perparitan dan pasar awam serta menyelenggara kolam takungan.

“Bagi tahun 2024, KPKT turut memfokuskan kepada projek menaik taraf tandas awam, pasar awam yang uzur, gerai MADANI dan juga membina kiosk perniagaan baharu,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Tapak Tamu Daerah Putatan, di sini, hari ini.

Program itu adalah bersempena jelajah Sentuhan Kasih KPKT di Sabah yang bermula hari ini hingga esok.

Hadir dama Timbalan Ketua Menteri Sabah II yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Timbalan Ketua Menteri Sabah IaiI yang juga Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Kor Ming berkata, selain itu, PBT di Sabah turut menerima RM85.32 juta bagi bantuan peruntukan mengurus pada tahun lalu melalui Pemberian Geran Tahunan termasuk untuk membayar bil elektrik bagi lampu jalan dan lampu isyarat.

Terdahulu, beliau menyempurnakan penyerahan bangunan tapak pasar tamu baharu Putatan kepada Majlis Daerah Putatan (MDPTn) yang disiapkan dalam tempoh tiga tahun dengan kos RM10 juta.

Kemudahan itu dilengkapi sebanyak 239 lot gerai yang lebih selesa dan mesra kepada peniaga serta pengguna bagi kemudahan aktiviti perniagaan dan meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat. – SABAH MEDIA / FOTO KPKT

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/25/rm63-3-juta-diperuntukkan-kepada-26-pbt-di-sabah/feed/ 0 58021