kplb – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 17 Apr 2025 07:21:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kplb – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Permohonan jalan ke Tanah Perkuburan Islam Telupid dapat perhatian KPLB https://sabahmedia.com/2025/04/17/permohonan-jalan-ke-tanah-perkuburan-islam-telupid-dapat-perhatian-kplb/ https://sabahmedia.com/2025/04/17/permohonan-jalan-ke-tanah-perkuburan-islam-telupid-dapat-perhatian-kplb/#respond Thu, 17 Apr 2025 07:21:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72163
Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah memberi jaminan untuk mempertimbangkan permohonan pembinaan jalan akses ke tapak tanah perkuburan Islam yang telah digazetkan di Telupid.

Pembantu Menterinya, Datuk Samad Jambri berkata, Kementerian menyedari kepentingan segera akses ke kawasan tersebut, memandangkan ia satu-satunya tanah perkuburan Islam yang ada di kawasan pekan Telupid.

“Memandangkan jalan ini sangat penting, pihak kementerian akan memberikan pertimbangan atau mengangkat perkara ini agar ia dapat diambil perhatian dan diberikan kelulusan,” katanya semasa sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Terdahulu, Datuk Jonnybone J. Kurum (PBS – Telupid) dalam soalan tambahannya membangkitkan isu ketiadaan jalan akses ke kawasan perkuburan seluas 20 ekar yang telah digazetkan, menyebabkan ada jenazah terpaksa dikebumikan di kampung lain dengan kos tinggi, malah ada yang disemadikan di kawasan hutan simpan.

Beliau turut meminta penjelasan mengenai status terkini pembinaan jalan baharu tersebut yang menurutnya telah dikemukakan sejak sekian lama.

Menjawab persoalan itu, Samad memaklumkan bahawa Pejabat Daerah Telupid telah mengemukakan surat permohonan mengenai cadangan Projek Bina Baharu Jalan Ke Tanah Perkuburan Islam di daerah Telupid kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

“Maklumat mutakhir yang diterima Kementerian saya adalah jalan ke tanah perkuburan ini tidak termasuk dalam kriteria pembiayaan projek di bawah peruntukan JHEAINS. Peruntukan tanah perkuburan JHEAINS hanya membiayai pembinaan laluan jalan perkuburan di dalam kompaun tanah perkuburan dan bukannya akses ke kawasan tanah perkuburan.

“Kementerian saya mempunyai program di bawah peruntukan-peruntukan kecil. Walau bagaimanapun, memandangkan biayaan di bawah peruntukan ini terhad maka saya khuatir permohonan untuk pembinaan baharu akses jalan ke tanah perkuburan tersebut tidak mencukupi untuk menampung kos pembinaan projek berkenaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/17/permohonan-jalan-ke-tanah-perkuburan-islam-telupid-dapat-perhatian-kplb/feed/ 0 72163
KPLB Sabah diminta kemaskan pentadbiran Pejabat Daerah https://sabahmedia.com/2024/11/25/kplb-sabah-diminta-kemaskan-pentadbiran-pejabat-daerah/ https://sabahmedia.com/2024/11/25/kplb-sabah-diminta-kemaskan-pentadbiran-pejabat-daerah/#respond Mon, 25 Nov 2024 09:22:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64388
Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah diminta untuk memperkemaskan proses pentadbiran di semua pejabat daerah di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, KPLB merupakan kementerian penting yang bertanggungjawab untuk mentransformasi kawasan luar bandar dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Katanya, kerjasama daripada semua Pegawai Daerah adalah amat penting untuk memastikan agenda pembangunan Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan dengan cekap, tambahnya.

“Projek pembangunan luar bandar negeri dan persekutuan mesti dilaksanakan mengikut jadual. Ini juga merangkumi program kesedaran untuk penduduk luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa lawatan kerja ke KPLB di Sembulan, di sini hari ini.

Hajiji berkata, apa yang paling penting adalah tugas Pegawai Daerah untuk menyelesaikan masalah di daerah masing-masing.

Beliau turut mengarahkan agar kelewatan dalam pemberian elaun kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dapat diselesaikan segera.

“Saya mahu kementerian memantau prestasi pegawai di setiap pejabat daerah dan memastikan semua kerja dilaksanakan mengikut jadual, termasuk menyelesaikan isu elaun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengarahkan kementerian untuk mengadakan kursus berkaitan bagi semua kakitangan di setiap pejabat daerah untuk menyelesaikan masalah penting di daerah masing-masing.

Semasa lawatan kerja itu, Hajiji dan rombongannya telah diberi taklimat oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Norlijah Danin, mengenai program-program yang sedang dilaksanakan dan yang telah berjaya disempurnakan oleh kementerian itu.

Antara program tersebut ialah projek pembangunan kecil luar bandar, pembangunan usahawan luar bandar, ekonomi dan kemudahan luar bandar, pembasmian kemiskinan, satu daerah satu produk, aktiviti ekonomi tambahan, bekalan air alternatif luar bandar, bekalan elektrik alternatif luar bandar, dan Rumah Mesra SMJ.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Ariffin Arif. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/25/kplb-sabah-diminta-kemaskan-pentadbiran-pejabat-daerah/feed/ 0 64388
Jadikan Perayaan Sebagai Wadah Pupuk Semangat Muhibah, Persaudaraan Dikalangan Masyarakat https://sabahmedia.com/2022/01/23/jadikan-perayaan-sebagai-wadah-pupuk-semangat-muhibah-persaudaraan-dikalangan-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2022/01/23/jadikan-perayaan-sebagai-wadah-pupuk-semangat-muhibah-persaudaraan-dikalangan-masyarakat/#respond Sun, 23 Jan 2022 06:39:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11450
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Sambutan perayaan yang diraikan pelbagai kaum khususnya di negeri ini mampu menjadi wadah untuk masyarakat saling mengenali dan memahami budaya kaum lain yang ada di Sabah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, kesempatan menyambut Tahun Baru Cina seharusnya digunakan bagi memupuk perasaan muhibah dan persaudaraan, tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

“Justeru, gunakanlah kesempatan yang ada untuk mengetepikan segala perselisihan ideologi politik yang memudaratkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri CNY Walkabout anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) di Jalan Gaya, disini hari ini.

Katanya, mencampur adukkan unsur-unsur politik dengan budaya dan perayaan hanya akan memecah belahkan masyarakat.

“Politik melampau dan sempit dikhuatiri akan berterusan sekiranya ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan modal ini bagi meraih perhatian dan keuntungan politik semata-mata.

“Sokongan tanpa mengira kaum, memeriahkan program sambutan perayaan yang dianjurkan seperti Tahun Baharu Cina dapat mengukuhkan ikatan silaturrahim secara semulajadi antara warga Sabah yang berbeza latar belakang agama dan budaya, mahu pun ideologi politik,” katanya.

Menurutnya, perpaduan itu penting dan adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat negara ini untuk berusaha mengekalkannya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, sambutan-sambutan perayaan kini terpaksa diadakan dalam keadaan norma baharu di samping bilangan orang terlibat juga dihadkan bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19.

“Namun paling penting adalah semangat perpaduan paling penting agar hubungan kekeluargaan masyarakat pelbagai kaum dan agama dikekalkan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/23/jadikan-perayaan-sebagai-wadah-pupuk-semangat-muhibah-persaudaraan-dikalangan-masyarakat/feed/ 0 11450
KPLB Peruntukkan RM150 Juta Untuk Program Pasca Banjir https://sabahmedia.com/2022/01/16/kplb-peruntukkan-rm150-juta-untuk-program-pasca-banjir/ https://sabahmedia.com/2022/01/16/kplb-peruntukkan-rm150-juta-untuk-program-pasca-banjir/#respond Sun, 16 Jan 2022 08:02:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11158
Read Time:1 Minute, 22 Second

PADANG TERAP: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyediakan peruntukan sebanyak RM150 juta untuk bantuan pasca banjir termasuk inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia.

Menurut menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, peruntukan itu selain Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia, ia juga digunakan untuk baik pulih jalan perhubungan desa dan Ameniti Sosial seperti longkang, surau, dewan orang ramai dan masjid di kawasan luar bandar di negeri yang terkesan dalam bencana itu.

“Bantuan pasca banjir yang diluluskan itu melibatkan negeri Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor dan Sabah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan Naka di sini hari ini.

Tambah Mahdzir, bantuan inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia untuk kerja-kerja membaik pulih rumah dan membina rumah baharu melibatkan peruntukan sebanyak RM38.5 juta setakat 9 Januari lalu.

“Peruntukan itu melibatkan kerja-kerja pembaikan sebanyak 1,879 buah rumah manakala 165 buah membina rumah baharu.

“Kerajaan Keluarga Malaysia, menetapkan kos siling bagi baik pulih rumah pasca banjir adalah RM15,000 dan RM56,000 bagi bina baharu setiap unit rumah yang rosak teruk,” jelasnya.

Setakat ini, KPLB telah menerima sejumlah 2,044 permohonan untuk membaik pulih dan membina semula rumah membabitkan kawasan luar bandar di negeri yang terjejas banjir itu.

Beliau turut menyatakan jumlah permohonan membaik pulih rumah dan membina semula rumah itu dijangka meningkat selepas pihaknya mendapat data dan maklumat terbaharu daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap daerah yang terlibat.

Dalam pada itu, sebanyak RM50 juta daripada peruntukan itu akan digunakan untuk membaik pulih jalan kampung dan jalan perhubungan desa yang rosak.

“Kementerian juga menyediakan peruntukan RM50 juta lagi untuk membaik pulih projek ameniti sosial seperti surau dan masjid,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/16/kplb-peruntukkan-rm150-juta-untuk-program-pasca-banjir/feed/ 0 11158
Tahun 2022 Sasaran KPLB Mempercepatkan Projek Pembangunan Di Luar Bandar https://sabahmedia.com/2022/01/14/tahun-2022-sasaran-kplb-mempercepatkan-projek-pembangunan-di-luar-bandar/ https://sabahmedia.com/2022/01/14/tahun-2022-sasaran-kplb-mempercepatkan-projek-pembangunan-di-luar-bandar/#respond Fri, 14 Jan 2022 11:35:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11112
Read Time:2 Minute, 18 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) meletakkan sasaran tahun 2022 sebagai tahun menyegerakan setiap projek pembangunannya di luar bandar.

Tegas Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, KPLB perlukan anjakan paradigma dalam proses kerjanya bagi mengelakkan tempoh masa terlalu lama diambil dalam pelaksanaan projek sehingga menjejaskan kepentingan rakyat.

“Sekarang ini masa untuk kita fikirkan dengan dunia teknologi digital, bagaimana kaedahnya untuk kita mempercepatkan proses pelaksanaan projek, bagaimana kita nak buat, sekarang ni kita tak boleh buat, semua orang kata sekarang tak boleh buat, jadi bagaimana kita nak mengubah paradigma ini.

“Ini menjadi satu cabaran baharu kepada kita untuk nak mempercepatkan proses dan Insya Allah kita boleh deliver kepada rakyat lebih baik kalau kita sama-sama dapat memikirkan, sebab kita nak masuk tahun baharu, kita nak masuk dalam RPII (Rolling Plan 2) Rancangan Malaysia Ke-12.” Katanya.

Mahdzir berkata demikian dalam ucapan Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 KPLB di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri I KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri II KPLB, Datuk Hasbi Habibollah, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun, ketua-ketua agensi dan pengurusan tertinggi KPLB.

Jelas Mahdzir, semua warga KPLB perlu bergerak sebagai satu pasukan untuk merealisasikan anjakan paradigma untuk mengelakkan daripada terus berada di dalam kepompong yang sama.

“Jadi bagaimana kita nak capainya, sudah tentulah kita memerlukan satu pasukan task force yang benar-benar boleh deliver untuk mencapainya, saya fikir kita semua berada dalam satu pasukan sama ada di kementerian ataupun di agensi, di Bahagian Prasarana, Kesejahteraan Rakyat, pasukan teknikal ataupun di MARA, FELCRA, RISDA, JAKOA, KEMAS atau di agensi wilayah KEJORA, KETENGAH, KESEDAR, PERDA dan juga KEDA di Kedah,”

Beliau turut membayangkan untuk KPLB meningkatkan lagi pencapaiannya dengan meletakkan tagline baharu iaitu Luar Bandar, Luar Biasa. Pencapaian luar biasa itu boleh digapai oleh KPLB berdasarkan kejayaan melaksanakan perbelanjaan pembangunan lebih 99 peratus pada tahun lalu.

Dalam amanatnya juga Mahdzir berkata, KPLB mempunyai mandat dalam bidang pendidikan iaitu Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Sudah sampai masanya semua kementerian berkaitan duduk bersama dalam satu task force untuk memikirkan pelan Pendidikan Awal Kanak-kanak 2.0 supaya lebih sesuai dengan keperluan dan perkembangan dunia semasa. Antaranya termasuk menaiktaraf Guru Tabika KEMAS lulusan Diploma kepada Ijazah Sarjana Muda.

“Bagi bidang pendidikan TVET jelas Mahdzir, institusi TVET, KPLB perlu mengelakkan terlalu banyak pertindihan kursus yang sama dan tidak bersesuaian dengan kehendak pasaran pekerjaan.

“Kita tidak mahu timbul masalah pelajar ambil kursus kemudian dapat sijil tetapi tidak mendapat pekerjaan. Kita tidak boleh ambil pendirian hanya mahu penuhkan institusi pengajian tetapi tidak dapat memenuhi kehendak industri,” ujarnya.

Turut disentuh mengenai peningkatan capaian internet di sekolah Tadika KEMAS yang sekaligus akan membolehkan kawasan sekitarnya mendapat manfaat. Justeru, pihak KPLB akan terus berusaha untuk meningkatkan ketersambungan (connectivity) di sekolah-sekolah KEMAS yang ada di seluruh negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/14/tahun-2022-sasaran-kplb-mempercepatkan-projek-pembangunan-di-luar-bandar/feed/ 0 11112
KPLB Peruntukkan RM5O Juta Rumah Kasih Keluarga Malaysia Untuk Mangsa Banjir https://sabahmedia.com/2022/01/11/kplb-peruntukkan-rm5o-juta-rumah-kasih-keluarga-malaysia-untuk-mangsa-banjir/ https://sabahmedia.com/2022/01/11/kplb-peruntukkan-rm5o-juta-rumah-kasih-keluarga-malaysia-untuk-mangsa-banjir/#respond Tue, 11 Jan 2022 09:04:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11006
Read Time:1 Minute, 3 Second

BANTING: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan RM50 juta di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia untuk pembaikan dan bina baharu rumah pasca banjir dengan kadar bantuan RM15 ribu untuk kerja-kerja pembaikan rumah, RM56 ribu untuk membina baharu di Semenanjung dan RM68,000 untuk bina baharu di Sabah dan Sarawak.

Menurut Ketua Setiausaha KPLB, Dato’ Ramlan Harun, KPLB mengambil inisiatif ini untuk membantu melicin dan mempercepatkan proses pendaftaran dalam menyegerakan bantuan kepada mangsa banjir yang layak.

Katanya, KPLB menerima lebih 300 permohonan dan semakan kelayakan untuk pembaikan dan bina baharu rumah pasca banjir di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia di Pusat Sehenti Tabika Kemas, Bukit Changgang dekat sini.

“Pusat Sehenti ini dibuka tiga hari bermula hari ini bagi menyedia saluran bagi memudah cara mangsa banjir mendaftar kelayakan melalui borang yang disediakan sebelum diserahkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah untuk diperaku Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

“KPLB juga telah memulakan kerja-kerja pembaikan Sabtu lalu membabitkan sembilan buah rumah mangsa banjir di Kuala Klawang, Chennah dan Jelebu, Negeri Sembilan. Empat buah rumah lagi di Mentakab dan Temerloh, Pahang.

“Setakat ini KPLB telah menerima jumlah 1,879 unit rumah untuk baik pulih di kawasan banjir seluruh negara. Manakala 165 adalah untuk bina baharu rumah,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/11/kplb-peruntukkan-rm5o-juta-rumah-kasih-keluarga-malaysia-untuk-mangsa-banjir/feed/ 0 11006
KPLB Jadikan Premis & Tabika KEMAS Pusat Sehenti Semakan Kelayakan Bantuan Pembaikan Rumah Pasca Banjir https://sabahmedia.com/2022/01/07/kplb-jadikan-premis-tabika-kemas-pusat-sehenti-semakan-kelayakan-bantuan-pembaikan-rumah-pasca-banjir/ https://sabahmedia.com/2022/01/07/kplb-jadikan-premis-tabika-kemas-pusat-sehenti-semakan-kelayakan-bantuan-pembaikan-rumah-pasca-banjir/#respond Fri, 07 Jan 2022 11:39:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10850
Read Time:1 Minute, 43 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menjadikan premis dan Tabika KEMAS sebagai Pusat Sehenti semakan kelayakan bantuan pembaikan rumah pasca banjir.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bancian jumlah rumah yang perlu dibaiki dan dibina semula sedang dilakukan dan kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan sebaik data bancian lengkap.

“KPLB memutuskan untuk menjadikan premis dan Tabika KEMAS di lokasi banjir sebagai pusat sehenti mulai Selasa depan untuk memudahkan semakan dan pendaftaran kelayakan.

‘Sebagai permulaan KPLB akan berada di Tabika KEMAS Bukit Changgang, Banting Selangor selama tiga hari bermula Selasa ini untuk mengemas kini dan menyemak data pemohon yang layak untuk bantuan pembaikan rumah pasca banjir.”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media di sini hari ini.

Menurut Mahdzir, semua permohonan Ketua Isi rumah (KIR) untuk pembaikan rumah perlu dibuat melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana, PKOB Daerah dan Pejabat Daerah sebelum disah dan didaftarkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, ICU, Jabatan Perdana Menteri.

KPLB juga menggerakkan semua Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi membantu mengumpul data penduduk yang terkesan dengan bencana banjir untuk diserahkan kepada PKOB daerah.

“Tempoh pembaikan semula bergantung kepada tahap kerosakan dan akan dilaksanakan oleh Agensi Pelaksana, manakala bagi pembinaan semula rumah tempoh masa yang diambil adalah antara tiga hingga empat bulan bergantung kepada kesediaan tapak”.

Tambah beliau, di bawah Program Bantuan Rumah KPLB, peruntukan sebanyak RM15 ribu disediakan untuk baik pulih rumah dan RM56 ribu untuk bina baharu rumah di Semenanjung Malaysia.

Manakala RM68 ribu bagi wilayah Sabah dan Sarawak untuk bina baharu rumah.

“Untuk program pembaikan rumah mangsa banjir, saya dimaklumkan bahawa hari ini KPLB telah memulakan penilaian kerosakan, dijangka kerja-kerja pembaikan akan bermula esok membabitkan sembilan buah rumah mangsa banjir di Kuala Klawang dan Chennah, Jelebu, Negeri Sembilan”.

Pada masa sama, KPLB juga kata Mahdzir, menjemput Kementerian dan agensi lain yang terlibat dengan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi memudahkan proses menyalurkan bantuan pasca banjir di Pusat Sehenti premis dan Tabika Kemas yang disediakan KPLB.

Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan melalui laman web rasmi KPLB, media sosial rasmi dan Bilik Gerakan Bencana KPLB di talian 03-88915827.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/07/kplb-jadikan-premis-tabika-kemas-pusat-sehenti-semakan-kelayakan-bantuan-pembaikan-rumah-pasca-banjir/feed/ 0 10850
KPLB Segerakan Inisiatif Menyokong Bantuan Banjir Keluarga Malaysia https://sabahmedia.com/2022/01/02/kplb-segerakan-inisiatif-menyokong-bantuan-banjir-keluarga-malaysia/ https://sabahmedia.com/2022/01/02/kplb-segerakan-inisiatif-menyokong-bantuan-banjir-keluarga-malaysia/#respond Sun, 02 Jan 2022 12:23:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10608
Read Time:2 Minute, 9 Second

PUTRAJAYA: Memahami kesengsaraan dan kerugian yang ditanggung mangsa bencana banjir, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengambil serius untuk menyegerakan bantuan banjir Keluarga Malaysia berdasarkan inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perutusan tahun baru 2022.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, KPLB bersama lapan agensinya iaitu MARA, RISDA, FELCRA, KEJORA, KESEDAR, KETENGAH, KEDA dan PERDA, sedia melaksanakan inisiatif bantuan Keluarga Malaysia pada kadar segera mengikut peruntukan sedia ada.

“Ketika ini dalam fasa pasca banjir, KPLB dan semua agensi kita sedang melaksanakan kerja-kerja penilaian kerosakan yang dialami oleh mangsa banjir selain menjalankan kerja-kerja pembersihan menerusi pasukan sukarelawan kita yang turun padang di Bentong, Hulu Langat dan juga Banting untuk membantu mangsa banjir.

Kita juga komited dalam memastikan segala bantuan disalurkan segera bagi memastikan kebajikan dan keperluan mangsa banjir terutama di luar bandar terjamin,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelas Mahdzir, lebih tiga ribu sukarelawan KPLB dan agensinya digerakkan bagi membantu kerja-kerja pembersihan rumah mangsa banjir termasuk membaiki pendawaian dan barangan elektrik di Kawasan Angkat di Bukit Changgang, Banting, Huala Langat dan Kampung Karak Setia, Bentong, Pahang.

KPLB juga katanya, memperuntukkan sejumlah RM4 juta dalam bentuk sumbangan barangan keperluan seperti bakul makanan dan kit pembersihan diri kepada mangsa banjir.

Bagi bantuan baik pulih rumah, KPLB menyediakan peruntukan RM15 ribu bagi setiap rumah penduduk luar bandar yang layak menerima bantuan itu.

Manakala RM56 ribu diperuntukkan bagi bantuan bina baharu rumah mangsa banjir yang kehilangan kediaman sepenuhnya.

“Lima insentif pemberian tunai disediakan oleh kerajaan Keluarga Malaysia seperti yang diumumkan oleh YAB. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mana keseluruhannya mencecah RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah, malah mencapai sehingga RM61,000 bagi individu yang mengalami kemusnahan rumah.”

KPLB juga tambah Mahdzir, sedang mengumpul data di seluruh negeri yang terjejas banjir untuk pelan pembaikan dan peruntukan kos untuk perumahan rakyat termiskin, PPRT, jalan kampung, jalan perhubungan desa, jambatan, longkang surau, taska, tabika serta ameniti sosial yang lain di bawah seliaan KPLB.

Selain itu, MARA turut meringankan beban kewangan mangsa banjir dengan memberi kelonggaran penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran dan perniagaan selain pengecualian bayaran sewaan premis perniagaan kepada peniaga yang terjejas.

MARA juga tidak akan meneruskan sebarang tindakan penguatkuasaan ke atas peminjam kemudahan MARA yang terkesan dengan bencana banjir luar biasa yang melanda kali ini.

Bagi penyewa premis perniagaan MARA pula, pertimbangan pengecualian bayaran sewa adalah berdasarkan kerosakan dan kerugian yang ditanggung oleh penyewa.

“KPLB berharap program bantuan yang menyeluruh ini akan dapat membantu melegakan kebimbangan terhadap komitmen kewangan di waktu yang sungguh mencabar ini sambil mengekalkan simpanan KWSP masing-masing,” kata Mahdzir.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/02/kplb-segerakan-inisiatif-menyokong-bantuan-banjir-keluarga-malaysia/feed/ 0 10608
Kerajaan Pusat Diminta Beri Penekanan Pembangunan Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/12/24/kerajaan-pusat-diminta-beri-penekanan-pembangunan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/12/24/kerajaan-pusat-diminta-beri-penekanan-pembangunan-di-sabah/#respond Fri, 24 Dec 2021 03:01:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10251
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Pusat diminta untuk memberi penekanan terhadap pembangunan di Sabah khususnya yang melibatkan kemudahan asas agar negeri itu dapat membangun seiring dengan negeri-negeri lain.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata peruntukan yang lebih besar berbanding sebelumnya perlu diberikan kepada Sabah dengan mengambil kira faktor geografi negeri tersebut.

“Isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat di negeri ini khususnya di luar bandar membabitkan insfrastruktur asas seperti bekalan air, jalan raya dan elektrik agak kritikal dimana pembangunan ini sangat penting selain memerlukan peruntukan yang agak besar untuk dilaksanakan.

“Kemudahan asas merupakan keperluan utama rakyat Sabah, ianya memerlukan peruntukan yang agak besar yang tidak mampu disediakan oleh kerajaan negeri sebagai contoh untuk membaiki dan menaik taraf bekalan air bersih sahaja kita memerlukan sekitar 27 bilion untuk memulihkan  kerosakan pada loji air di seluruh Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Dato’ Ramlan Harun di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya baru-baru ini.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, kerajaan Sabah berharap bantuan dari kerajaan pusat dapat disalurkan dengan lebih banyak peruntukan ke negeri ini selaras dengan konsep Keluarga Malaysia dan memenuhi aspirasi rakyat Sabah dalam semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, peruntukan yang lebih besar  perlu difokuskan juga kepada isu kemudahan air terawat, kerana isu berkenaan telah berlarutan sejak sekian lama dan menjadi isu yang agak kritikal ketika ini selain kemudahan sistem perhubungan jalanraya.

Dalam pertemuan itu, beliau turut mengemukakan beberapa cadangan dan permohonan kepada KPLB terutamanya untuk kemudahan bekalan air bersih dan jalanraya di Sabah.

“Dengan pertemuan ini kita berharap banyak  masalah dapat di atasi berhubung pelaksanaan projek luar bandar di Sabah terutama pelaksanaan bekalan air, elektrik dan jalan luar bandar secara beperingkat-peringkat mengikut keutamaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/24/kerajaan-pusat-diminta-beri-penekanan-pembangunan-di-sabah/feed/ 0 10251
DUN Sabah : KPLB Sabah Hanya Terima 400 Unit Agihan Rumah PPRT https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-kplb-sabah-hanya-terima-400-unit-agihan-rumah-pprt/ https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-kplb-sabah-hanya-terima-400-unit-agihan-rumah-pprt/#respond Tue, 07 Dec 2021 04:53:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9452
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah hanya menerima 400 unit agihan rumah dibawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Sabah pada tahun ini.

Menterinya Datuk Jahid Jahim berkata, jumlah agihan PPRT yang telah diperuntukkan  selama ini masih jauh kurang daripada keperluan sebenar.

“Untuk makluman, jumlah keperluan PPRT secara purata setiap tahun adalah sebanyak 4,500 unit. Untuk tahun ini, agihan PPRT yang diterima oleh Kementerian saya hanyalah 400 unit sahaja.

“Sememangnya Kementerian saya telah sedia maklum dengan keperluan untuk menambah kuota PPRT.

“Kementerian saya telah mengambil usaha-usaha untuk menambah kuota PPRT di Sabah termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  Liawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaa Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub (STAR-Liawan) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Jahid berkata, usaha bagi menambah kouta itu termasuklah mengemukakan surat makluman kepada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan (KPLBP) ekoran daripada keputusan Jemaah Menteri Sabah.

Katanya, susulan daripada keputusan Jemaah Menteri Sabah, Kementeriannya telah bekerjasama dengan pejabat-pejabat daerah untuk membuat unjuran keperluan pembinaan rumah PPRT bagi tempoh lima tahun.

“Ssurat berkaitan perkara ini juga telah dikemukakan kepada pihak KPLBP,” katanya.

Dalam pada itu, Jahid berkata, usaha dan tekad untuk menambah kuota PPRT juga telah dibuat melalui lawatan kunjungan hormat beliau kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Persekutuan.

“Saya telah membawa isu berkenaan penambahan kuota PPRT untuk perhatian beliau. Sekali lagi, cadangan untuk menambah kuota PPRT juga dibangkitkan semasa Menteri KPLBP membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah yang mana saya juga turut hadir,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-kplb-sabah-hanya-terima-400-unit-agihan-rumah-pprt/feed/ 0 9452