Kpm pdpr – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 16 Mar 2026 11:32:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kpm pdpr – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sesi persekolahan berjalan seperti biasa, tiada ketetapan PdPR https://sabahmedia.com/2026/03/16/sesi-persekolahan-berjalan-seperti-biasa-tiada-ketetapan-pdpr/ https://sabahmedia.com/2026/03/16/sesi-persekolahan-berjalan-seperti-biasa-tiada-ketetapan-pdpr/#respond Mon, 16 Mar 2026 11:32:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93392
Read Time:46 Second

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa sesi persekolahan di seluruh negara ketika ini berjalan seperti biasa dan tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, kementerian mengambil maklum kegusaran masyarakat susulan berita tular mengenai kemungkinan pelaksanaan PdPR.

Menurutnya, KPM sentiasa memantau situasi semasa dan memberi perhatian terhadap setiap perkara yang dibangkitkan oleh masyarakat.

“Kementerian Pendidikan prihatin terhadap semua kegusaran yang dibangkitkan masyarakat berhubung berita yang tular mengenai kemungkinan pelaksanaan PdPR.

“Pada masa ini, sesi persekolahan berjalan seperti biasa dan tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan PdPR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keutamaan KPM adalah untuk memastikan proses pembelajaran murid tidak terjejas, di samping menjaga kebajikan serta kesejahteraan semua pihak termasuk murid, guru dan ibu bapa.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan merujuk kepada saluran rasmi kementerian bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/16/sesi-persekolahan-berjalan-seperti-biasa-tiada-ketetapan-pdpr/feed/ 0 93392