Kpm sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 14 Nov 2024 06:35:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kpm sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KPM setuju luluskan tuntutan berkaitan fleksibiliti, autonomi dalam penggunaan peruntukan bencana di Sabah https://sabahmedia.com/2024/11/14/kpm-setuju-luluskan-tuntutan-berkaitan-fleksibiliti-autonomi-dalam-penggunaan-peruntukan-bencana-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/11/14/kpm-setuju-luluskan-tuntutan-berkaitan-fleksibiliti-autonomi-dalam-penggunaan-peruntukan-bencana-di-sabah/#respond Thu, 14 Nov 2024 06:35:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63736
Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju untuk meluluskan tuntutan Sabah berkaitan fleksibiliti dan autonomi dalam penggunaan peruntukan bencana berdasarkan keperluan sebenar atau kesegeraan. 

Perkara itu adalah antara yang dipersetujui pada mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan (JTBPP) Negeri Sabah Bilangan 1 2024 di Putrajaya, kelmarin.

Dalam satu kenyataan hari ini, KPM bersetuju dengan tuntutan itu dan akan menambah baik prosedur pengendalian standard (SOP) sedia ada untuk perolehan kecemasan bagi menentukan peruntukan serta kaedah perolehan. 

“Ini dapat membantu penyelesaian segera ketika bencana dan mengatasi isu-isu berbangkit,” menurut kenyataan itu di sini.

Mesyuarat JTBPP Negeri Sabah itu dipengerusikan bersama oleh Fadhlina dan Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi Sabah yang juga EXCO Pendidikan negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Dalam mesyuarat itu, KPM bersetuju untuk memasukkan citra Sabah dalam kurikulum dan dasar pendidikan negara. 

Dalam pada itu, Fadhlina berkata mesyuarat itu juga memutuskan perkara berkaitan pengambilan guru baharu yang dipecahkan mengikut tiga wilayah iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 

“KPM turut meluluskan lima tuntutan tambahan yang dikemukakan oleh Kerajaan Sabah sebagaimana yang diluluskan kepada Kerajaan Sarawak.

“Ia melibatkan perancangan projek, perkongsian maklumat mengenai perpindahan pegawai kanan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) ke ibu pejabat KPM dan perkongsian data pendidikan,” katanya.

Fadhlina berkata, mesyuarat JTPBB Negeri Sabah berlangsung lancar dalam suasana harmoni, mencerminkan kesepakatan KPM dan Kerajaan Sabah. 

“KPM komited menterjemahkan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menerusi usaha berterusan memperkasakan pendidikan di Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/14/kpm-setuju-luluskan-tuntutan-berkaitan-fleksibiliti-autonomi-dalam-penggunaan-peruntukan-bencana-di-sabah/feed/ 0 63736
Aspek pembangunan semula sekolah di Sabah perlu diberi ‘Extra Attention’ https://sabahmedia.com/2024/10/29/aspek-pembangunan-semula-sekolah-di-sabah-perlu-diberi-extra-attention/ https://sabahmedia.com/2024/10/29/aspek-pembangunan-semula-sekolah-di-sabah-perlu-diberi-extra-attention/#respond Tue, 29 Oct 2024 11:22:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63003
Read Time:1 Minute, 30 Second

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memberi perhatian tambahan dan lebih kepada Sabah terutama dalam aspek pembangunan semula sekolah di negeri itu.

Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ini kerana Sabah masih ramai pelajar sekolah diselubungi dengan masalah sekolah daif yang sehingga kini menjejaskan aturan pembelajaran harian mereka.

Katanya, perhatian itu perlu meliputi mekanisme penyaluran peruntukan yang lebih lancar serta saiz pembiayaan yang lebih signifikan. 

“Agenda untuk merealisasikan ‘Reformasi Pendidikan’ secara menyeluruh seharusnya digalas dengan penuh bertanggunjawab. Tanggungjawab yang perlu diukur dengan impak yang realistik menerusi peruntukan RM1 bilion yang didedikasikan untuk dua wilayah khususnya Sabah yang masih dibelenggu dengan senario jurang infrastruktur berbanding dengan di Semenanjung.

“Selain mengundang implikasi negatif kepada persembahan akademik pelajar, masalah kedaifan infrastruktur sekolah juga boleh menduga motivasi setiap warga kerja sekolah untuk meneruskan bakti kepada anak-anak pelajar. 

“Untuk pengetahuan, ramai dari kalangan guru serta kakitangan Sekolah Kebangsaan Petagas sudah lama mengharapkan bangunan pentadbiran yang baru bagi sekolah mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat di sini semalam.

Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, keperluan semasa yang diperlukan oleh kebanyakan sekolah termasuklah di kawasan Parlimen Putatan juga perlu diberi perhatian.

Katanya, ia termasuklah keperluan bagi membina sejumlah bilik kelas yang baharu dan keperluan menggantikan serta menambah kerusi, meja pelajar dan kemudahan-kemudahan asas bilik kelas yang lain.

“Selain itu, KPM juga diminta untuk memeriksa dan melihat semula kerja-kerja pendawaian elektrik bagi sekolah-sekolah yang telah melebihi 15-tahun umur.

“Setiap satu keperluan yang diperincikan tersebut saya sifatkan sebagai ‘top priority’ yang perlu diberi pertimbangan serius oleh Kementerian Pendidikan dalam aspek pembiayaan pembangunan. 

“Pembangunan semula atau penaikan taraf bilik kelas serta penggantian kemudahan-kemudahan lain yang saya sebutkan tadi penting untuk dilaksanakan secara berfasa bagi menyelesaikan krisis ‘bloated classroom’,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/29/aspek-pembangunan-semula-sekolah-di-sabah-perlu-diberi-extra-attention/feed/ 0 63003