Oleh Sitti Nor Azizah Talata
TAWAU: Kolej Komuniti diwujudkan sebagai platform untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir bagi memenuhi keperluan industri setempat, termasuk dalam bidang teknologi baharu seperti Kecerdasan Buatan (AI).
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sehubungan itu program yang ditawarkan mesti relevan dengan keperluan komuniti dan pasaran.
“ KPT kini dalam usaha menyediakan kursus-kursus baharu yang berasaskan AI dan teknologi kuantum, selaras dengan perubahan keperluan tenaga kerja masa depan.
“Sebagai contoh, UiTM telah pun memulakan langkah ke arah pendidikan AI, dan kini kita perluaskan lagi ke peringkat kolej komuniti. Ini akan memberi peluang yang lebih luas kepada anak-anak muda di luar bandar untuk melibatkan diri dalam bidang berteknologi tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan majlis penyampaian watikah pelantikan pengerusi-pengerusi Lembaga Penasihat Kolej Komuniti (JPENKK), bermula di Sabah, di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, KPT juga sedang memantau prestasi kolej-kolej komuniti seluruh negara dan tidak teragak-agak untuk menyemak semula operasi kolej yang tidak menunjukkan prestasi memuaskan, bagi memastikan tidak berlaku pembaziran sumber.
Beliau turut menyentuh mengenai keperluan kemudahan tempat tinggal di beberapa kawasan seperti Sabah dan Sarawak yang dilihat perlu untuk memudahkan penuntut kolej komuniti.
]]>Kota Kinabalu : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memastikan kebajikan pelajar dan ahli keluarga mangsa yang terbabit dalam kemalangan bas yang terbalik di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, Perak awal pagi tadi dijaga sepenuhnya.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, pihaknya turut berduka cita atas tragedi yang menimpa 44 penumpang termasuk pemandu dan kelindan di dalam bas berkenaan.
“Saya bagi pihak KPT dan warga Sabah khususnya, kami mengucapkan takziah kepada semua mangsa terlibat dan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi sememangnya amat bersedih sebab kejadian ini berlaku dalam keadaan kita ingin mendidik terutama bakal-bakal cikgu.
“Jadi Kementerian akan minta Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terutamanya supaya menjaga kebajikan-kebajikan pelajar ini dan keluarga mereka. Kita akan uruskan dari segi penghantaran jenazah sumbangan yang diperlukan daripada Yayasan Perkasa Siswa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Madani Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Parlimen Sepanggar di sini pada Isnin.
Mustapha berkata, pihaknya juga akan memastikan insuran yang dibayar oleh mangsa akan diuruskan dan diberikan kepada ahli keluarga terlibat.
“Setakat ini saya belum terima maklumat lagi tetapi kalau ada saya akan secara peribadi mengurus perkara ini. Kalau ada pelajar Sabah terlibat, kita akan uruskan dengan bantuan Kerajaan negeri,” katanya.
Terdahulu, dilaporkan 15 individu maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi.
Sementara itu, UPSI telah membuka bilik gerakan dan sebarang maklumat boleh menghubungi ditalian05-450 7148 (Pejabat) atau 019-571 9977 (Hotline).
Dalam pada itu, KPT dalam satu kenyataan berkata akan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan susulan tragedi kemalangan bas yang setakat ini mengorbankan 15 pelajar UPSI. – SABAH MEDIA
]]>KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai universiti terbaik di Malaysia dengan pencapaian cemerlang dalam ranking QS World University Rankings 2025. UM berada di tangga ke-60 universiti terbaik dunia dan menjadi universiti tempatan dengan jumlah kursus terbanyak dalam ranking tersebut, dengan 20 daripada 46 kursusnya berada dalam kelompok 100 teratas dunia.
Sebagai perbandingan, dua universiti dari Singapura, National University of Singapore (NUS) dan Nanyang Technological University (NTU), masing-masing berada di tangga ke-8 dan ke-15 terbaik dunia. Pencapaian UM ini mencerminkan komitmennya terhadap kecemerlangan akademik dan penyelidikan, namun masih ada cabaran besar yang perlu diatasi.
| Kategori | Universiti | Jumlah | |
| Universiti Penyelidikan | Memberi tumpuan kepada bidang penyelidikan | Universiti MalayaUniversiti Kebangsaan MalaysiaUniversiti Teknologi MalaysiaUniversiti Sains MalaysiaUniversiti Putra Malaysia | 5 |
| Universiti Komprehensif | Menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian | Universiti Teknologi MARAUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaUniversiti Malaysia SabahUniversiti Malaysia Sarawak | 4 |
| Universiti Berfokus | Memberi tumpuan kepada bidang khusus berkaitan dengan penubuhannya seperti teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan | Universiti Utara MalaysiaUniversiti Pendidikan Sultan IdrisUniversiti Tun Hussein Onn MalaysiaUniversiti Teknikal Malaysia MelakaUniversiti Malaysia PerlisUniversiti Malaysia TerengganuUniversiti Malaysia PahangUniversiti Sains Islam MalaysiaUniversiti Sultan Zainal AbidinUniversiti Malaysia KelantanUniversiti Pertahanan Nasional Malaysia | 11 |
Selain QS World University Rankings, Times Higher Education Ranking 2025 turut meletakkan UM sebagai satu-satunya Universiti Awam tempatan dalam kelompok 251–300 universiti terbaik dunia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula berada dalam kelompok 401–500.
Menurut data Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Malaysia mempunyai 20 Universiti Awam yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu Universiti Penyelidikan, Universiti Komprehensif, dan Universiti Berfokus. UM bersama empat universiti lain iaitu UKM, UTM, USM, dan Universiti Putra Malaysia (UPM) diklasifikasikan sebagai Universiti Penyelidikan.

Namun, di sebalik kejayaan akademik, Laporan Ketua Audit Negara 1/2025 (LKAN 1/2025) membongkar kelemahan pengurusan kewangan beberapa Universiti Awam. UiTM, sebagai penerima geran terbesar sebanyak RM2.826 bilion pada 2023, mencatatkan kerugian operasi sebanyak RM0.212 bilion. Begitu juga dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan UPM yang masing-masing mengalami kerugian RM0.141 bilion dan RM0.128 bilion.
Selain itu, tiga universiti – UMS, UPM, dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) – disenaraikan antara lima agensi persekutuan dengan kerugian tertinggi sepanjang tempoh 2021–2023, dengan jumlah kerugian terkumpul mencecah RM708.45 juta.

Dalam pada itu, isu pengurusan Dana Penyelidikan Fundamental (DPF) turut mencuri tumpuan. melalui projek penyelidikan yang di laksanakan oleh 5 Universiti Penyelidikan berkenaan, majoriti (61.2%) berada pada tahap Kurang Memuaskan (53.9%) dan Bermasalah (7.3%), melibatkan 1,270 projek bernilai RM 171.73 juta.
UTM telah merekodkan tahap kemajuan projek Kurang Memuaskan tertinggi (83.8%: 263 projek: RM 23.42 juta). Manakala UKM pula telah merekodkan tahap kemajuan projek Bermasalah tertinggi (16.5%: 111 projek: RM 13.24 juta).
Sebaliknya, USM telah merekodkan tahap kemajuan projek Baik tertinggi (37%: 206 projek: RM 31 juta).
Tambahan lagi, LKAN 1/2025 melaporkan bahawa daripada 1,668 projek DPF yang telah tamat bagi tempoh masa 2021 – 2023, 42.1% (702 projek) belum mencapai KPI yang telah di tetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
UPM telah merekodkan pencapaian KPI terburuk, di mana 85.1% projek belum mencapai KPI. UTM pula merekodkan pencapaian KPI tertinggi (95.4%).
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi bagaimanapun menegaskan bahawa universiti bukan entiti perniagaan dan istilah kerugian serta defisit tidak seharusnya digunakan dalam konteks pendidikan. Menurut beliau, geran kerajaan hanya merangkumi 80% keperluan dan universiti digalakkan menjana pendapatan sendiri bagi menampung baki 20%.
Para pemerhati berpendapat bahawa universiti perlu meningkatkan pengurusan kewangan dan penyelidikan agar lebih mampan. Menjana pendapatan melalui projek komersial, sumbangan dana dari alumni dan korporat, serta pengurusan penyelidikan yang lebih cekap adalah kunci untuk memperkukuh kedudukan universiti di peringkat global.
Penyelidikan yang dihasilkan juga perlu lebih relevan dan dapat dikomersialkan bagi menyelesaikan isu dan cabaran negara. Dengan meningkatkan daya saing dan kebolehan menjana pendapatan, universiti tempatan boleh menjadi pusat kecemerlangan akademik dan penyelidikan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
]]>PUTRAJAYA, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa pihaknya menyediakan bantuan dan memantau keadaan lapan pelajar Malaysia yang terlibat dalam kemalangan semasa perjalanan dari Kaherah ke Port Said, Mesir, pada 25 Januari lalu.
Dalam kenyataan pada Selasa, KPT mengesahkan lima pelajar mengalami kecederaan ringan dan sedang menerima rawatan di wad pesakit luar Hospital Sayed Galal, Kaherah. Tiga lagi pelajar telah dimasukkan ke wad kecemasan untuk rawatan lanjut.
“Kementerian sedang memantau rapat perkembangan situasi ini dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri,” menurut kenyataan itu.
Smeentara itu, KPT turut menggesa semua pelajar untuk mengemas kini maklumat peribadi dan akademik mereka di portal rasmi Jabatan Pendidikan Tinggi bagi memastikan akses maklumat yang cepat dan tepat sekiranya berlaku kecemasan.
Sebarang maklumat boleh disalurkan atau diperoleh menerusi Education Malaysia Mesir (EME) di:
Alamat: Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK),
26, Sabil Alkhazender St, From Abdou Basha Square, Abbasiah, Kaherah, Mesir.
Telefon: +00 202 2487 3858
E-mel: [email protected]
]]>Oleh: Wan Azrain Adnan
Prestasi siswazah Malaysia pada tahun 2023 menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Walaupun masih terdapat cabaran yang perlu diatasi, laporan Statistik Siswazah 2023 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mencerminkan pengukuhan ekonomi negara. Artikel ini membincangkan perkembangan penting dalam guna tenaga siswazah, kadar pengangguran, dan isu underemployment yang terus menjadi perhatian utama.

Menurut laporan DOSM, jumlah siswazah di Malaysia meningkat sebanyak 4.2%, daripada 5.51 juta pada tahun 2022 kepada 5.74 juta pada tahun 2023. Peningkatan ini lebih ketara dalam kalangan pemegang ijazah (5.1%) berbanding diploma (3.1%).
Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Siswazah (KPTBS) juga menunjukkan peningkatan 0.3%, daripada 85.4% kepada 85.7%. Ini bermaksud lebih ramai siswazah memasuki pasaran buruh, dengan jumlah siswazah bekerja meningkat 4.9%, iaitu dari 4.53 juta kepada 4.76 juta orang.
Menariknya, jumlah siswazah wanita bekerja lebih tinggi berbanding lelaki, dengan peningkatan masing-masing sebanyak 5.1% dan 4.6%. Fenomena ini seiring dengan peratusan kemasukan lebih tinggi pelajar wanita ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), di mana 64.6% daripada kemasukan ke Universiti Awam (UA) sesi akademik 2023/2024 adalah wanita.
Satu perkembangan positif yang dicatatkan ialah kadar pengangguran siswazah menurun daripada 3.7% kepada 3.4%, menjadikannya selari dengan definisi guna tenaga penuh (full employment). Jumlah siswazah menganggur juga berkurang sebanyak 4.3%, daripada 174,800 kepada 167,300 orang.
Jika dilihat mengikut kelayakan, kadar pengangguran siswazah ijazah menurun dari 3.6% kepada 3.3%, manakala kadar pengangguran siswazah diploma menurun dari 3.8% kepada 3.6%. Walaupun ini menunjukkan penambahbaikan, masih terdapat cabaran besar dalam memastikan semua siswazah mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan mereka.


Salah satu cabaran utama yang masih membelenggu pasaran buruh siswazah adalah underemployment atau guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran. Walaupun kadar underemployment menurun daripada 34.2% kepada 32.4%, satu daripada tiga siswazah masih bekerja dalam sektor separuh mahir atau berkemahiran rendah.
Faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini termasuk:


Dari segi pendapatan, purata gaji siswazah meningkat sebanyak 4%, daripada RM4,747 pada tahun 2022 kepada RM4,933 pada tahun 2023. Penengah gaji juga meningkat 3%, daripada RM4,265 kepada RM4,409.
Namun, terdapat perbezaan ketara antara kategori pekerjaan:
Negeri-negeri yang mencatat purata gaji siswazah melebihi kadar nasional (RM4,933) termasuk:
Sementara itu, negeri seperti Pahang, Perlis, dan Sarawak juga mencatat penengah gaji melebihi kadar nasional.

Sabah mencatat jumlah siswazah ke-6 tertinggi di Malaysia dengan 346,100 orang, serta menduduki tempat ke-5 bagi jumlah siswazah bekerja (277,400 orang). Walaupun kadar penyertaan tenaga buruh siswazah di Sabah tinggi (87%), negeri ini mencatat kadar pengangguran siswazah tertinggi di Malaysia, iaitu 7.9%.
Punca utama kadar pengangguran tinggi di Sabah termasuk:

Bagi menangani isu ini, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dalam merangsang pelaburan dan memperbaiki infrastruktur. Pada Disember 2024, Ketua Menteri Sabah mengumumkan bahawa Majlis Tenaga Sabah telah meluluskan 15 projek Large Scale Solar (LSS) dengan kapasiti 199 Megawatt bagi meningkatkan bekalan elektrik yang lebih stabil di Sabah. Usaha ini diharap dapat menarik lebih banyak pelaburan dan membuka peluang pekerjaan baharu kepada siswazah.
Dengan penurunan kadar pengangguran dan peningkatan penyertaan tenaga buruh, prestasi siswazah Malaysia pada tahun 2023 boleh dikatakan positif. Namun, isu underemployment dan ketidaksepadanan kemahiran masih menjadi cabaran utama.
Persoalannya, apakah trend ini akan berterusan pada tahun 2024? Adakah pasaran buruh akan terus menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan mahir kepada siswazah? Langkah-langkah pembaharuan dalam sistem pendidikan tinggi dan pembangunan industri akan menjadi faktor penentu dalam memastikan siswazah Malaysia mendapat manfaat sepenuhnya daripada pertumbuhan ekonomi negara.
]]>PUTRAJAYA, – Festival of Ideas Putrajaya, yang berlangsung dari 27 hingga 29 November, dijangka menawarkan sehingga 10,000 peluang pekerjaan berbanding anggaran awal sebanyak 2,000 ujar Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.
Katanya Perkembangan ini dilihat sebagai satu lonjakan signifikan yang bakal memberi impak positif kepada golongan belia dan graduan universiti.
“Seperti yang dinyatakan, peluang kerjaya ini melibatkan penyertaan syarikat-syarikat industri yang semakin ramai. Kami mengajak golongan muda, graduan universiti, serta masyarakat umum untuk hadir dan memanfaatkan peluang ini,” katanya ketika meninjau persiapan karnival yang akan bermula esok di PICC Putrajaya hari ini.

Tambah Zambry lagi, sesi temuduga turut akan diadakan secara langsung sepanjang festival tiga hari tersebut. Peluang ini merupakan hasil kerjasama erat antara institusi pendidikan tinggi, syarikat-syarikat industri, dan pihak kerajaan dalam usaha meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan.
Festival of Ideas ini juga dijangka menarik sekurang-kurangnya 250,000 pengunjung, dengan angka ini berpotensi meningkat berdasarkan sambutan luar biasa daripada pihak industri. Selain peluang pekerjaan, festival ini juga menawarkan ruang kepada peserta untuk menjalin rangkaian dengan pelbagai pihak dan meneroka peluang-peluang pembangunan kerjaya.
Festival of Ideas Putrajaya, yang berlangsung dari 27 hingga 29 November, bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan tetapi juga menjadi wadah pertemuan pelbagai pihak dalam usaha membina masyarakat yang progresif dan bertamadun.
]]>KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mengadakan kunjungan hormat ke atas Kementerian Pendidikan Tinggi di sini, hari ini.
Pada kunjungan beliau disambut oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud.
Kunjungan itu adalah bertujuan bagi membincangkan penyelarasan aktiviti pendidikan tinggi anak Sabah di Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
Arifin turut memaklumkan kerajaan negeri banyak menyumbang dalam bidang pendidikan yang melibatkan anak sabah di IPT seperti bantuan BUDI, BAIK dan bantuan subsidi tiket penerbangan serta biasiswa dan dermasiswa.
Selain perbincangan sekitar pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Menurut Arifin, Sabah akan menubuhkan Majlis TVET Negeri Sabah pada penghujung tahun ini.
“Sabah juga turut memberikan peruntukan kepada semua 24 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di sabah untuk menganjurkan Festival STEM di setiap daerah,” katanya.
]]>KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengambil pelbagai langkah bagi memastikan para pelajar yang kembali ke kampus berada dalam keadaan selamat.
Ia selaras dengan pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang membenarkan pelajar berkeperluan untuk kembali ke kampus.
Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, antara langkah tersebut adalah dengan membangunkan sistem aplikasi UMS Shields bagi tujuan pengesanan tahap kesihatan pelajar yang akan tinggal di asrama.
“Sistem aplikasi yang dibangunkan kumpulan penyelidik dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Pusat Pengurusan Data dan Maklumat (PPDM) ini diguna pakai di kampus induk Kota Kinabalu, Kampus Cawangan Sandakan dan Kampus Antarabangsa Labuan.
“Sistem aplikasi berasaskan web ini mampu membantu mengenal pasti risiko seseorang berdasarkan gejala dan sejarah pendedahan yang hanya membenarkan individu memasuki dan bekerja di UMS sekiranya berisiko rendah.
“Selain itu, sistem ini juga digunakan bagi pemantauan gejala harian serta pemantauan kendiri oleh semua pelajar yang kembali dan menetap di asrama kampus,” katanya.
Menurut Taufiq, sistem tersebut juga dipantau oleh Pusat Kesiapsagaan dan Tindakan COVID-19 (PKTC) UMS bagi pengesanan awal gejala dan pengasingan pelajar untuk mencegah penularan wabak yang cepat dalam persekitaran asrama.
“Sistem aplikasi ini juga mempunyai satu modul dikenali sebagai UMS Passport yang berfungsi mengesan lokasi seseorang sepanjang berada dalam kampus, dan sistem ini juga boleh beroperasi bersama aplikasi Smart Hadir yang dibangunkan untuk membantu pendaftaran kehadiran para pelajar di kelas menggunakan pengimbasan kod QR.
“Dengan pengesanan lokasi individu, modul UMS Passport ini boleh membantu pihak PKTC UMS dalam melakukan pengesanan kontak sekiranya terdapat kes positif di kalangan pelajar dan staf,” ujar Taufiq.
Sejumlah 5,268 pelajar termasuk 13 pelajar dari luar negara telah disenaraikan sebagai pelajar berkeperluan untuk kembali ke kampus, melibatkan 4,847 pelajar di kampus Kota Kinabalu, 219 di Kampus Antarabangsa Labuan dan 202 di kampus Cawangan Sandakan.
]]>KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) menganjurkan Program Pengurusan Acara Karnnival dan Jualan baru-baru ini.
Pengarah PKPKP UMS, Dr. Soon Singh Bikar Singh berkata, penganjuran program itu diadakan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
“Program yang berlangsung secara dalam talian ini menerima seramai 50 penyertaan terdiri daripada graduan lepasan ijazah sarjana muda pelbagai bidang.
“Penganjurannya antara lain bertujuan meningkatkan taraf hidup para peserta, mewujudkan tenaga kerja teknikal yang mahir serta proaktif, serta mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja buruh asing.
“Di samping itu, ia bagi mengurangkan kadar pengangguran serta gejala sosial yang kurang sihat dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Soon, program tersebut yang berlangsung selama sebulan sehingga penghujung Ogos lalu dilaksanakan dengan kerjasama KK Event House Sdn Bhd.
“Sepanjang program dilaksanakan, pelajar diberi pendedahan secara nyata berkaitan pengurusan acara karnival dan jualan yang sebenar dalam pelbagai keadaan.
“Beberapa penceramah dijemput untuk menyampaikan sesi perkongsian dan taklimat kepada peserta yang bertujuan memberi gambaran yang jelas dan juga perkongsian umum kepada peserta.
“Secara keseluruhannya boleh dikatakan program ini memberikan impak yang positif di kalangan peserta yang telah mengatakan hampir keseluruhan slot yang mereka hadiri telah menarik minat dan membangkitkan semangat mereka untuk menceburi bidang event management ini,” jelasnya.
Soon turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
“Saya ingin merakamkan setinggi ucapan khususnya kepada PENJANA KPT-CAP, UMS dan KK Event House Sdn Bhd atas kerjasama dan komitmen yang jitu sehingga terlaksananya Program Pengurusan Acara Karnival dan Jualan ini.
“Diharapkan agar kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang agar graduan-graduan tempatan mampu bersaing di alam pekerjaan sekali gus mengatasi masalah pengangguran di negara ini,” ujarnya.
Untuk rekod, PENJANA KPT-CAP merupakan inisiatif kerajaan dalam menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran akibat wabak COVID-19.
]]>KOTA KINABALU Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyambut baik pengumuman Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, untuk membenarkan pelajar yang lengkap vaksin kembali ke kampus bermula 15 Oktober ini.
Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata, UMS sudah bersiap sedia dengan pelan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) mengikuti ketetapan pihak berkuasa agar sesi pembelajaran dan pengajaran dibuat secara selamat.
“Buat permulaan, pihak UMS akan memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar yang bekeperluan khas.
“Antaranya, mereka yang tinggal di pedalaman dan mempunyai isu capaian berupa masalah talian internet, isu keterbatasan peranti dan isu ketidakmampuan pelajar membeli kapasiti data yang diperlukan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Taufiq, pelajar yang dibenarkan untuk memasuki kampus akan diberikan surat pengesahan keperluan kembali ke UMS.
“Surat ini adalah untuk kegunaan pelajar, sebagai dokumen pembuktian memohon kebenaran rentas daerah atau negeri daripada pihak berkuasa.
“Apabila berada di dalam kampus, pelajar akan sentiasa diingatkan untuk merujuk dan mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan sama ada di kolej kediaman, di kawasan fakulti serta kawasan-kawasan lain,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Taufiq turut memaklumkan bahawa lebih 81 peratus pelajar UMS telah pun lengkap menerima vaksin sehingga hari ini.
“Kita juga telah menghubungi pelajar yang masih belum divaksin agar berbuat demikian secepat mungkin.
“Bagi mereka yang berada di sekitar Kota Kinabalu, boleh datang terus ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) UMS.
“Bagi yang berada di Semenanjung dan Sarawak, kita bekerjasama dengan semua PPV IPT dan mereka boleh mendapatkan vaksin di sana ataupun PPV di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Semua kakitangan pentadbiran dan akademik termasuk pekerja luar seperti pihak pembekal dan mereka yang kerap berurusan di dalam universiti juga telah menerima vaksin bagi mengelakkan berlakunya penularan kes Covid-19 di dalam kampus,” tambahnya.
Untuk rekod, UMS kini mempunyai 14,472 pelajar prasiswazah dan 3,209 pelajar pascasiswazah.
]]>