KPWKM – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 25 May 2025 07:11:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png KPWKM – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kembara Kasih KPWKM 2025 berjaya tamatkan misi merentasi enam daerah di Sabah https://sabahmedia.com/2025/05/25/kembara-kasih-kpwkm-2025-berjaya-tamatkan-misi-merentasi-enam-daerah-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/05/25/kembara-kasih-kpwkm-2025-berjaya-tamatkan-misi-merentasi-enam-daerah-di-sabah/#respond Sun, 25 May 2025 07:08:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74470
Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Program Kembara Kasih anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berjaya melengkapkan misi kembara sejauh hampir 400 kilometer merentasi enam daerah di Sabah tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri dalam ucapan penutup di Tawau malam tadi, menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut yang berlangsung dari 16 Mei lalu.

“Saya amat berbesar hati dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang sudi merasmikan program ini di Tuaran serta Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang turut bersama kita pada malam ini.

“Sesungguhnya orang Sabah memang terbaik… Teruslah menyokong segala aktiviti yang Kementerian kami laksanakan,” katanya sambil menzahirkan terima kasih kepada rakyat Sabah atas sambutan hangat sepanjang program berlangsung.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Setiausaha (Operasi) KPWKM, Farah Adura Hamidi pada majlis penutupan program itu yang disempurnakan Dr. Joachim di Dewan Tertutup Stadium Kompleks Sukan Tawau, malam tadi.

Program Kembara Kasih tahun ini melibatkan perjalanan sejauh hampir 400km meliputi Tuaran, Papar, dan Penampang (Zon 1), serta Lahad Datu, Kunak dan Tawau (Zon 2), dengan 10,119 rakyat Sabah menerima manfaat secara langsung melalui 34 program yang dijalankan.

Antara pencapaian utama program tahun ini termasuk pelancaran Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Bergerak pertama di Sabah, serta ziarah kebajikan ke atas 14 klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sepanjang laluan konvoi.

“Program seumpama ini menuntut komitmen yang tinggi. Namun, dengan sokongan daripada semua pihak termasuk Kerajaan Negeri Sabah, segalanya berjalan lancar.

“Kami berharap kolaborasi antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri ini dapat mempercepatkan usaha pembangunan sosial kepada kumpulan sasar.

“Semoga kembara kali ini mendatangkan impak yang positif kepada semua pihak khususnya golongan di peringkat akar umbi dan dapat dikembangkan ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia, ” tambah Nancy.

Beliau turut menyeru agar sokongan padu daripada rakyat Sabah diteruskan demi kejayaan pelbagai inisiatif kebajikan pada masa hadapan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/25/kembara-kasih-kpwkm-2025-berjaya-tamatkan-misi-merentasi-enam-daerah-di-sabah/feed/ 0 74470
50 Remaja Terima Kit SERI https://sabahmedia.com/2022/01/20/50-remaja-terima-kit-seri/ https://sabahmedia.com/2022/01/20/50-remaja-terima-kit-seri/#respond Thu, 20 Jan 2022 06:31:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11320
Read Time:58 Second

KOTA BELUD: Seramai 50 remaja perempuan di Pondok Fi Dzilail Quran menerima kit Social Empowerment of Reproductive Health Initiatives (SERI) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). 

Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, pemberian kit tersebut merupakan kesinambungan daripada pembentangan bajet 2022 dalam usaha mengatasi kemiskinan haid di kalangan wanita Malaysia. 

“Antara tapisan yang dilakukan adalah para penerima berasal daripada keluarga berpendapatan rendah atau kumpulan B40. 

“Setakat ini, seramai 130,000 remaja perempuan yang layak bakal menerima bekalan kit ini yang akan diedarkan melalui 1,124 buah sekolah di seluruh negara.

“Bagi negeri Sabah pula, seramai 14,970 orang remaja perempuan bakal menerima manfaat ini,” katanya dalam Majlis Penyerahan Kit SERI dan Bengkel Kulinari di sini, baru-baru ini.

Pada majlis sama, peserta yang hadir juga didedahkan dengan taklimat penjagaan kebersihan diri bertajuk ‘Kekal Positif Dengan Pengurusan Haid Berkesan’ yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan Bahagian Reproduktif Manusia LPPKN, Dr Wan Hilya Munira Mustapha. 

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha KPWKM, Mohd Yusri Mohd Yusoff, Ketua Pengarah LPPKN, Abdul Shukur Abdullah dan Pengarah LPPKN Sabah, Chai Cheng Ho.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/20/50-remaja-terima-kit-seri/feed/ 0 11320
Hajiji Terima Kunjungan Hormat Timbalan Menteri KPWKM https://sabahmedia.com/2022/01/14/hajiji-terima-kunjungan-hormat-timbalan-menteri-kpwkm/ https://sabahmedia.com/2022/01/14/hajiji-terima-kunjungan-hormat-timbalan-menteri-kpwkm/#respond Fri, 14 Jan 2022 10:19:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11106
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff di Kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.

Hajiji diberi taklimat oleh Siti Zailah berhubung Program Turun Padangnya bersama ketua-ketua jabatan dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Sabah bermula 13 Januari hingga 18 Januari 2022.

Antara daerah yang akan dilawati ialah Kota Belud, Kota Marudu, Beluran,Sugut, Kota Kinabalu dan Labuan. Semalam (Khamis) beliau berada di Tawau.

Hajiji mengalu-alukan lawatan dan Program Turun Padang Siti Zailah dan rombongan KPWKM serta sukarelawan Khidmat Malaysia ke daerah-daerah yang dilanda bencana bajir baru-baru ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KPWKM, Yusry Mohd.Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Strategic) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Rosmahwati Ishak,. Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Dr.Zurina Abdul Hamid, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdullah dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jai’s Asri.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/14/hajiji-terima-kunjungan-hormat-timbalan-menteri-kpwkm/feed/ 0 11106
YKN Cadang Wujudkan Anjung Kasih Di Setiap Negeri https://sabahmedia.com/2021/12/13/ykn-cadang-wujudkan-anjung-kasih-di-setiap-negeri/ https://sabahmedia.com/2021/12/13/ykn-cadang-wujudkan-anjung-kasih-di-setiap-negeri/#respond Mon, 13 Dec 2021 10:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9824
Read Time:1 Minute, 37 Second

SANDAKAN: Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bercadang untuk mewujudkan Anjung Kasih di setiap negeri bagi memberi kemudahan penginapan sementara kepada ahli keluarga yang mengiringi pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pada masa ini sebanyak 16 buah Anjung Kasih YKN telah beroperasi sepenuhnya di beberapa buah hospital di seluruh negara.

Katanya, kemudahan ini telah dapat memberi manfaat kepada 80,574 orang penghuni semenjak ia mula beroperasi pada tahun 2006 secara berperingkat hingga sekarang.

“Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan serta keperluan setiap golongan masyarakat di negara ini.

“Dalam hal ini juga YKN bercadang untuk mewujudkan Anjung Kasih di setiap negeri. Meskipun jumlah Anjung Kasih yang ada secara relatifnya kecil, namun ianya berjaya menjimatkan kos perbelanjaan mereka yang dianggarkan secara purata di antara RM100 hingga RM120 sehari jika mereka menginap di hotel dan rumah tumpangan berbayar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Anjung Kasih YKN di Hospital Duchess Of Kent Sandakan disini semalam.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Rina yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN Malaysia berkata, Anjung Kasih itu terbukti memberi pulangan faedah sosial dan kewangan yang tinggi kepada mereka yang terlibat.

Katanya, ia juga telah menjadi penjana atau penyumbang kasih sayang kerana waris dapat menemani ahli keluarga dengan menginap di Anjung Kasih YKN.

“Anjung Kasih dapat membantu pihak hospital mengurangkan kepadatan di wad-wad dengan penyediaan tempat menginap yang selesa kepada waris pesakit.

“Hal ini juga membantu mengurangkan risiko jangkitan penyakit kepada penjaga dan juga pesakit di wad.

“Sehubungan itu saya berharap supaya kemudahan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan dijaga dengan baik oleh masyarakat dan golongan sasar,” katanya.

Katanya, usaha YKN untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan pasti berjaya dan memberi implikasi positif terhadap sosial dan ekonomi apabila disokong oleh semua pihak samada kerajaan, syarikat swasta atau korporat, NGO mahupun orang peseorangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/13/ykn-cadang-wujudkan-anjung-kasih-di-setiap-negeri/feed/ 0 9824
MyKasih Kapital Galak Wanita Ceburi Bidang Perniagaan https://sabahmedia.com/2021/12/13/mykasih-kapital-galak-wanita-ceburi-bidang-perniagaan/ https://sabahmedia.com/2021/12/13/mykasih-kapital-galak-wanita-ceburi-bidang-perniagaan/#respond Mon, 13 Dec 2021 08:01:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9815
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU : Pemberian insentif menerusi Program MyKasih Kapital merupakan salah satu usaha bagi menggalakkan golongan wanita berniaga khususnya dalam bidang e-dagang dan perniagaan lain.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, program itu juga mampu memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemic COVID-19 melalui modal perniagaan.

Katanya, ia juga mampu membantu meningkatkan taraf hidup golongan sasar yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.

“Pada tahun hadapan, kementerian saya melalui Belanjawan 2022 diberi peruntukan tambahan sebanyak RM6.25 juta dan kita akan salurkan kepada golongan wanita untuk kita bantu memulakan perniagaan.

“Program ini bukan sekadar untuk menjadikan usahawan perniagaan tetapi lebih kepada motivasi untuk bangkit dan memulakan sesuatu yang baharu yang sebelum ini tidak pernah dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Geran MyKasih Kapital Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Siri 1 negeri Sabah di sini hari ini.

Rina berkata, inisiatif ini juga memfokuskan kepada aktiviti penjanaan pendpaatan melalui sektor formal dan informal dimana wanita dihubungkan kepada peluang perniagaan atau keusahawanan.

“Dengan pelaksanaan program ini, golongan wanita dilatih dan digalakkan untuk menjana pendapatan dari rumah.

“Insentif bantuan yang akan diberikan adalah dalam bentuk bantuan asas modal perniagaan serta program bimbingan bagi menggalakkan perniagaan secara dalam talian,” katanya.

Dalam pada itu, Rina berkata, seramai 250 orang peserta dari negeri Sabah menerima bantuan geran MyKasih Kapital YKN bagi tahun ini.

“Pada hari ini saya telah menyampaikan geran kepada 250 orang penerima bantuan dan ini merupakan hasil inisiatif di bawah YKN bagi membantu golongan wanita yang terjejas dan ingin memulakan perniagaan.

“Manakala bagi peserta seluruh negara pula adalah seramai 5,000 orang dan program ini berterusan sehingga tahun hadapan serta dilaksanakan secara berperingkat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/13/mykasih-kapital-galak-wanita-ceburi-bidang-perniagaan/feed/ 0 9815