Kreatif – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 29 Mar 2025 10:25:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kreatif – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Industri kreatif, pemangkin promosi pelancongan Sabah https://sabahmedia.com/2025/03/29/industri-kreatif-pemangkin-promosi-pelancongan-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/03/29/industri-kreatif-pemangkin-promosi-pelancongan-sabah/#respond Sat, 29 Mar 2025 10:25:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71295
Read Time:59 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

PENAMPANG: Industri kreatif memainkan peranan penting dalam memperkukuh promosi budaya dan pelancongan Sabah dengan mengetengahkan keindahan destinasi luar bandar melalui karya berkualiti.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, berkata muzik dan filem bukan sahaja menyerlahkan bakat tempatan, tetapi juga menjadi medium efektif dalam memperkenalkan budaya serta lokasi menarik di negeri ini kepada khalayak lebih luas.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran Album Digital MTV FH Idol 2 oleh F Harmthon Production Sdn Bhd, yang turut memperkenalkan FH Cinema sebagai platform baharu bagi penggiat seni tempatan di Dewan Perpustakaan Penampang, hari ini.

Projek ini melibatkan penggambaran di beberapa lokasi luar bandar seperti Karanahan View, Kota Belud; Jurassic Land Kiulu; Kokol Haven Resort; dan Mandalipau White Water View & Fish Pond, yang berpotensi menarik lebih ramai pelawat.

Joniston menegaskan bahawa visual sinematik yang berkualiti dalam karya tempatan dapat menarik perhatian pelancong serta memperkenalkan destinasi Sabah yang kurang dikenali.

Menurutnya, kejayaan FH Cinema membuktikan bahawa industri kreatif boleh bekerjasama dengan pemegang taruh pelancongan untuk membuka peluang baharu kepada komuniti setempat.

“Saya berharap FH Cinema terus menjadi platform utama bagi penggiat seni tempatan sambil melengkapi usaha memperkenalkan keunikan Sabah kepada dunia,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/29/industri-kreatif-pemangkin-promosi-pelancongan-sabah/feed/ 0 71295
Persatuan-persatuan Perfileman & Kreatif Sambut Baik Seruan Ketua Menteri Agar RTM Perbanyakkan Program Berkaitan Sabah https://sabahmedia.com/2022/04/03/persatuan-persatuan-perfileman-dan-kreatif-sambut-baik-seruan-ketua-menteri-agar-rtm-perbanyakkan-program-berkaitan-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/04/03/persatuan-persatuan-perfileman-dan-kreatif-sambut-baik-seruan-ketua-menteri-agar-rtm-perbanyakkan-program-berkaitan-sabah/#respond Sun, 03 Apr 2022 04:08:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13860
Read Time:2 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Persatuan-persatuan perfileman dan kreatif Sabah menyambut baik seruan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor agar RTM memperbanyakkan program berkaitan Sabah.

Presiden Persatuan Penggiat Perfileman Sabah (FILEMS) Datuk Deddy M.Borhan berkata, selama ini memang ada usaha yang dilakukan oleh penggiat-penggiat seni di Sabah agar diberikan ruang lebih besar untuk menampilkan karya mereka dalam stesyen RTM khususnya di siaran TV Okey tetapi hasil usaha tersebut akan berubah setiap kali apabila menteri bertanggungjawab bertukar.

Deddy berkata, dengan adanya perhatian daripada Kerajaan Sabah dibawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor, diharapkan industri kreatif dan perfileman Sabah dapat terus berkembang selaras dengan hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya dalam keluarga Malaysia.
 
Manakala Presiden Persatuan Penerbit Filem dan Televisyen Sabah (PROFIT) Norsahar Ahmad  mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah kerana mendengar rintihan penggiat-penggiat seni Sabah.

“Sabah mempunyai pelbagai khazanah peninggalan daripada pelbagai etnik di Sabah yang belum didokumentasikan yang semakin ditelan zaman. Dengan adanya peluang atau tawaran dari RTM maka sudah tentu akan dapat menambahbaik pengisian terbitan kami.

“Selaku Presiden PROFIT, beliau mencadangkan agar K-KOMM lebih tulus dan sudah tiba masa K-KOMM membuka tander pembekalan kandungan yang khusus untuk penerbit Sabah sahaja bagi menyahut seruan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor.

“Seperti anda sedia maklum, pembekal-pembekal kandungan di Sabah kini semakin banyak dan mampu menghasilkan karya yang berkualiti yang bersesuaian dengan stesyen televisyen khususnya stesyen milik RTM,” kata Norsahar.
 
Sementara, Presiden Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu (KKFVA), Katak Chua turut melahirkan rasa syukur dan terima kepada Ketua Menteri Sabah diatas ucapan sempena Sambutan Hari RTM ke-76 Peringkat Negeri Sabah itu amat bertepatan dengan masa selaras dengan pembukaan sempadan untuk menarik lebih ramai pelancong dari luar negara.

“Ahli-ahli kami dan pembekal-pembekal program TV di Sabah sudah bersedia untuk bersama-sama menyahut seruan Ketua Menteri untuk membekalkan program berkualiti dan berinformasi untuk memperkenalkan kecantikkan alam fauna serta kebudayaan etnik untuk menarik lebih ramai pelancong dari luar Sabah sekiranya diberikan lebih banyak peluang oleh stesyen penyiar tempatan seperti RTM.

“Kerancakan penggambaran di Sabah akan dapat membantu penggiat-penggiat seni di belakang tabir untuk menjana pendapatan dan juga ekonomi setempat seperti pembekal makanan, penginapan, pengangkutan dan banyak lagi akan turut mendapat faedah,” ujarnya.
 
Persatuan perfileman dan kreatif di Sabah memberi respon positif apabila diminta mengulas  ucapan Datuk Seri Hajiji Noor, sempena Sambutan Hari RTM ke-76 Peringkat Negeri Sabah di lobi Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-Komm) pada Jumaat lepas.

Teks ucapan Hajiji telah dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II/ Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/03/persatuan-persatuan-perfileman-dan-kreatif-sambut-baik-seruan-ketua-menteri-agar-rtm-perbanyakkan-program-berkaitan-sabah/feed/ 0 13860
ASTiF Latih Pelajar Kemahiran Kreatif https://sabahmedia.com/2021/11/01/astif-latih-pelajar-kemahiran-kreatif/ https://sabahmedia.com/2021/11/01/astif-latih-pelajar-kemahiran-kreatif/#respond Mon, 01 Nov 2021 08:38:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8102
Read Time:2 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Penubuhan Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada bulan Mei 2021 tepat pada masanya dalam memastikan graduan UMS bersedia merebut peluang dalam pekerjaan perniagaan atas talian serta melibatkan diri sebagai penyedia kandungan kreatif media baharu.

Dekan ASTiF, Prof. Madya Dr. Zairul Anuar Md. Dawam berkata, penubuhan ASTiF sesuai dengan perubahan akibat pandemik Covid-19 yang kini memerlukan kemahiran kreatif dan inovatif seseorang untuk beradaptasi dengan senario baru dalam peluang pasaran kerja semasa.

Dekan ASTiF, Prof. Madya Dr. Zairul Anuar Md. Dawam.

“Pandemik menyebabkan kemahiran-kemahiran kreatif seperti penyuntingan, kemahiran fotografi, grafik dan pembikinan video yang melibatkan penciptaan kandungan kreatif semakin diperlukan dalam usaha mempromosi dan menjual pelbagai produk perniagaan.

“Ia sekali gus mencipta peluang pekerjaan baru kepada pelajar dan graduan universiti. Sehubungan itu, di ASTiF selain kursus-kursus berteraskan kemahiran bakat dalam bidang seni, akademi ini juga menawarkan kursus-kursus berteraskan pengurusan dan keusahawanan kreatif seperti Pengurusan Industri Kreatif, Pengurusan Produksi dan Pemasaran Karya.

“Ia bertujuan memastikan graduan yang dilahirkan mampu menceburi pelbagai bidang perniagaan yang berkait secara langsung dengan industri kreatif ataupun sebaliknya,” katanya.

Zairul berkata demikian dalam satu wawancara khas bersama pemberita di sini, hari ini.

Menurut Zairul, kursus-kursus yang ditawarkan ASTiF adalah berdasarkan keperluan semasa industri dengan mengambil kira maklum balas pelajar yang menjalani latihan industri di beberapa syarikat yang mencadangkan beberapa kemahiran penting perlu diterapkan.

“Melalui maklum balas yang diterima, syarikat-syarikat menyatakan keperluan terhadap pelajar-pelajar kreatif dan inovatif yang mempunyai kemahiran menghasilkan video, copywriting, reka bentuk grafik serta berkebolehan melakukan penyuntingan video untuk tujuan mempromosikan produk,” katanya.

Lantaran itu Zairul memaklumkan, ASTiF sangat menggalakkan pelajar menggunakan kemahiran daripada kursus-kursus yang ditawarkan untuk menceburi pelbagai bidang perniagaan sebagai persiapan menghadapi realiti peluang kerjaya dan pasaran sebenar apabila tamat pengajian kelak.

“Seperti yang kita ketahui, kemahiran kreatif ini tidak terhad kepada industri yang berkait secara langsung seperti industri muzik, tarian, teater, perbukuan, perfileman dan seni halus sahaja, namun ia mencakupi pelbagai bidang lain seperti pembungkusan, grafik dan percetakan.

“Justeru, terdapat graduan ASTiF yang menggunakan kemahiran kreatif dan pengurusan yang dipelajari untuk menceburi bidang perniagaan seperti perniagaan restoran, bakeri dan perniagaan produk lain secara dalam talian,” jelasnya lagi.

Menyentuh mengenai peluang pekerjaan dalam penyediaan kandungan kreatif melalui media sosial, Zairul memaklumkan ASTiF juga menawarkan kursus-kursus seperti teknik penulisan media baru, pengurusan penerbitan media dan penyuntingan kopi.

“Ia sebagai pendedahan kepada pelajar dengan kemahiran asas untuk menjadi pencipta atau penyedia kandungan kreatif dalam platform seperti Youtube, Facebook, dan Tik Tok.

“Kita tahu nilai kandungan kreatif yang disiarkan melalui aplikasi media sosial ini mencecah jutaan ringgit dan telah melahirkan ramai usahawan kreatif sekali gus menyediakan peluang pekerjaan baru kepada masyarakat.

“Justeru menyedari peluang ini, pihak ASTiF sedang mempergiatkan lagi inisiatif untuk memastikan pelajar didedahkan dengan pengetahuan berkaitan dengan media baru, serta pada masa yang sama memastikan nilai kandungan yang dibangunkan memberi impak positif kepada masyarakat,” tambahnya.

Beliau turut menyuarakan harapan agar penubuhan ASTiF akan memberi dimensi baru kepada para pelajar dan graduan untuk berfikir lebih kreatif dan inovatif.

“Kita mahu lebih ramai pelajar yang merebut peluang menceburi bidang industri kreatif yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan baru sesuai dengan perubahan semasa,” kata Zairul.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/01/astif-latih-pelajar-kemahiran-kreatif/feed/ 0 8102
FINAS serah 200 bakul makanan kepada penggiat industri kreatif Borneo https://sabahmedia.com/2021/07/31/finas-serah-200-bakul-makanan-kepada-penggiat-industri-kreatif-borneo/ https://sabahmedia.com/2021/07/31/finas-serah-200-bakul-makanan-kepada-penggiat-industri-kreatif-borneo/#respond Sat, 31 Jul 2021 03:41:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3836
Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Cawangan Sabah menyerahkan 200 bakul makanan kepada penggiat industri kreatif Borneo.

Ahli Perbadanan FINAS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri Sabah, Dr. Rose Patsy Tibok berkata, bantuan disampaikan bagi meringankan beban para penggiat seni yang terjejas oleh pandemik Covid-19.

“Selain itu, FINAS turut mengumpul data mana-mana penggiat industri kreatif yang memerlukan bantuan,” katanya ketika ditemui media selepas Program Agihan Bakul Makanan Pandu Lalu Kepada Penggiat Industri Kreatif Sabah di Kompleks Bersepadu KKMM, pada Khamis.

Lima persatuan yang terlibat dalam penyerahan bakul makanan itu ialah Persatuan Penggiat Perfileman Sabah (FILEMS), Persatuan Penggiat Filem dan Kadazan Dusun Murut Sabah (KDMFM), Persatuan Penggerak Kreatif dan Inovasi Sabah, Karyawan Seni Sabah (KERIS) dan Sabah Photo.Video.MUA (Sabah PVM). – Penerangan

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/31/finas-serah-200-bakul-makanan-kepada-penggiat-industri-kreatif-borneo/feed/ 0 3836