Krismas hujan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 24 Dec 2024 07:48:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Krismas hujan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah dijangka alami hujan, ribut petir pada pagi Krismas esok https://sabahmedia.com/2024/12/24/sabah-dijangka-alami-hujan-ribut-petir-pada-pagi-krismas-esok/ https://sabahmedia.com/2024/12/24/sabah-dijangka-alami-hujan-ribut-petir-pada-pagi-krismas-esok/#respond Tue, 24 Dec 2024 07:48:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65945
Read Time:35 Second

Kota Kinabalu : Sabah dan tiga lagi negeri lain dijangka akan mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas, esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, tiga lagi negeri lain yang dijangka terlibat adalah Sarawak, Selangor dan Negeri Sembilan.

Cuaca sama juga dijangka akan berlaku pada sebelah petang di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Selain itu, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada malam.

MetMalaysia mengingatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan aktiviti, serta muat turun aplikasi myCuaca menerusi Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih di MetMalaysia. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/24/sabah-dijangka-alami-hujan-ribut-petir-pada-pagi-krismas-esok/feed/ 0 65945