krismas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 17 Jan 2026 04:39:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png krismas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah raikan perayaan bersama dalam suasana harmoni https://sabahmedia.com/2026/01/17/sabah-raikan-perayaan-bersama-dalam-suasana-harmoni/ https://sabahmedia.com/2026/01/17/sabah-raikan-perayaan-bersama-dalam-suasana-harmoni/#respond Sat, 17 Jan 2026 02:50:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89877
Read Time:1 Minute, 38 Second

TELUPID: Kerajaan Sabah terus komited menyokong penganjuran dan sambutan pelbagai perayaan di negeri ini sebagai platform memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta agama.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, rakyat Sabah amat bertuah kerana setiap perayaan yang diraikan sentiasa disambut bersama tanpa mengira latar belakang kaum, agama mahupun fahaman politik.

Menurut beliau, perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Hari Natal bukan sekadar acara keagamaan atau kebudayaan, sebaliknya menjadi simbol kesatuan rakyat Sabah.

“Walaupun berbeza dari segi fahaman politik, agama dan kaum, kita masih dapat duduk semeja untuk meraikan perayaan-perayaan ini bersama-sama. Inilah kekuatan dan keistimewaan Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Rumah Terbuka Hari Natal 2025 dan Tahun Baharu 2026 Peringkat DUN Telupid yang berlangsung di Dewan IPS Telupid, di sini pada Jumaat.

Dr Joachim yang juga Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, turut menegaskan bahawa kesatuan merupakan kunci utama dalam memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara.

“Jangan kerana perbezaan yang wujud, kita hidup dalam keadaan yang tidak harmoni, sebaliknya, perbezaan inilah yang perlu diraikan dan dijadikan asas untuk saling memahami serta menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Penganjur merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Datuk Dr Jonnybone Kurum, berkata rakyat Sabah telah membuktikan kemampuan hidup dalam suasana aman dan harmoni walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan.

“Keadaan aman dan harmoni ini merupakan keunikan Sabah, di mana masyarakatnya mampu hidup saling bertoleransi di sebalik perbezaan yang ada,” katanya.

Beliau turut mengajak semua pihak agar mengetepikan perbezaan politik selepas pilihan raya dan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan daerah Telupid.

“Pilihan raya telah selesai. Marilah kita buang segala perbezaan ideologi politik sepanjang kempen lalu dan bersama-sama bekerjasama membangunkan daerah Telupid demi kesejahteraan rakyat,” ujar beliau.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin tempatan, wakil jabatan kerajaan, pemimpin masyarakat serta penduduk setempat yang hadir di samping persembahan-persembahan pentas, bagi memeriahkan sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu dalam suasana penuh muhibah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/17/sabah-raikan-perayaan-bersama-dalam-suasana-harmoni/feed/ 0 89877
PM seru rakyat tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas https://sabahmedia.com/2025/12/25/pm-seru-rakyat-tolak-kebencian-semai-empati-sempena-hari-krismas/ https://sabahmedia.com/2025/12/25/pm-seru-rakyat-tolak-kebencian-semai-empati-sempena-hari-krismas/#respond Thu, 25 Dec 2025 03:29:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88816
Read Time:47 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bersempena sambutan Hari Krismas hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyeru seluruh rakyat Malaysia memperkukuh tekad untuk menolak kebencian dan menyemai empati demi keharmonian bersama.

Menerusi hantaran di Facebook semalam, beliau berkata kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara terletak pada kesatuan dalam kepelbagaian khususnya dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan kaum.

Beliau berkata Kerajaan MADANI percaya keharmonian tidak lahir secara kebetulan tetapi dibina melalui dasar yang adil, peluang yang saksama dan budaya saling memahami dalam kalangan rakyat.

“Dalam dunia yang berdepan ketidaktentuan ekonomi, konflik kemanusiaan dan perpecahan sosial, Malaysia memilih jalan perpaduan, dialog dan saling menghormati sebagai asas membina masa depan negara.

“Perpaduan yang tulen terzahir apabila setiap warga dihormati, dilindungi dan diberi ruang untuk menyumbang kepada masa depan negara,” katanya.

Perdana Menteri turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut Kristian yang akan meraikannya dan berharap sambutan itu membawa kedamaian, keharmonian serta kemakmuran kepada Malaysia dan seluruh rakyat. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/25/pm-seru-rakyat-tolak-kebencian-semai-empati-sempena-hari-krismas/feed/ 0 88816
Bantuan anak yatim tidak terhad musim perayaan – Arifin https://sabahmedia.com/2025/12/25/bantuan-anak-yatim-tidak-terhad-musim-perayaan-arifin/ https://sabahmedia.com/2025/12/25/bantuan-anak-yatim-tidak-terhad-musim-perayaan-arifin/#respond Thu, 25 Dec 2025 03:24:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88812
Read Time:1 Minute, 3 Second

BEAUFORT :  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif menegaskan komitmennya untuk terus membantu anak-anak yatim di kawasan tersebut sepanjang tahun tanpa mengira musim perayaan.

Beliau berkata, usaha menyantuni golongan anak yatim bukan hanya tertumpu kepada sambutan Krismas semata-mata, sebaliknya melibatkan bantuan berterusan merangkumi pelbagai perayaan utama seperti Aidilfitri, Tahun Baharu Cina serta keperluan persekolahan.

“Sekiranya ada anak-anak yatim yang tercicir, kita akan kumpul dan senaraikan mereka untuk dibantu.

“Bukan sahaja membeli pakaian sempena perayaan seperti Aidilfitri, Krismas dan Tahun Baharu Cina, malah kita juga akan membantu keperluan persekolahan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Program Santuni Anak-Anak Yatim Menyambut Hari Natal yang melibatkan lebih 30 anak yatim bagi kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) Membakut di Beaufort, baru-baru ini.

Menurutnya, perhatian berterusan perlu diberikan kepada anak-anak yatim kerana mereka merupakan golongan yang memerlukan sokongan bukan sahaja dari segi kebendaan, malah sokongan moral dan kasih sayang masyarakat.

Sementara itu, anak-anak yatim yang disantuni meluahkan rasa gembira dan bersyukur atas keprihatinan yang ditunjukkan, selain berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

Program tersebut turut menceriakan anak-anak yatim dengan pemberian pakaian baharu, kasut dan barangan keperluan lain bagi memastikan sambutan Krismas mereka lebih bermakna dan meriah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/25/bantuan-anak-yatim-tidak-terhad-musim-perayaan-arifin/feed/ 0 88812
Program sentuhan kasih eratkan muhibah masyarakat Lumadan https://sabahmedia.com/2025/12/22/program-sentuhan-kasih-eratkan-muhibah-masyarakat-lumadan/ https://sabahmedia.com/2025/12/22/program-sentuhan-kasih-eratkan-muhibah-masyarakat-lumadan/#respond Mon, 22 Dec 2025 02:32:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88693
Read Time:1 Minute, 21 Second

BEAUFORT :  Program Sentuhan Kasih sempena sambutan Krismas terus menjadi platform penting dalam memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam berkata, program tersebut bukan sekadar menyampaikan sumbangan kebajikan, malah menjadi simbol kebersamaan rakyat Sabah yang saling menghormati kepelbagaian agama dan budaya.

Menurutnya, melalui program itu, sumbangan telah disalurkan kepada gereja-gereja, pemimpin masyarakat serta lebih 300 keluarga daripada golongan B40 yang menyambut perayaan Krismas tahun ini.

“Kita sentiasa bersama rakyat, bukan sahaja ketika mereka berdepan kesusahan, tetapi juga dalam meraikan perayaan.

“Inisiatif seperti ini mampu mengeratkan hubungan dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan penyerahan sumbangan sempena Program Sentuhan Kasih dan Penyampaian Sumbangan Kepada Gereja DUN Lumadan di sini pada Ahad.

Hadir sama Ahli Parlimen Sipitang Dtauk Matbali Musah.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah berkata, program tersebut telah dilaksanakan secara berterusan selama enam tahun dan menjadi amalan tahunan dalam menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang agama.

Beliau turut menekankan keunikan Sabah yang sentiasa meraikan perayaan secara bersama, bermula dengan Krismas, diikuti Tahun Baharu Cina dan seterusnya Hari Raya Aidilfitri.

“Inilah kekuatan kita di Sabah. Kita hidup dalam suasana harmoni dan saling meraikan perayaan sebagai satu keluarga besar,” katanya.

Menurut beliau, usaha berterusan melalui program seumpama ini diyakini dapat mengukuhkan lagi semangat muhibah serta menjadikan kepelbagaian sebagai asas kekuatan masyarakat di kawasan DUN Lumadan.

Beliau berharap Program Sentuhan Kasih akan terus menjadi wadah penyatuan rakyat dan diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan serta keharmonian bersama. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/22/program-sentuhan-kasih-eratkan-muhibah-masyarakat-lumadan/feed/ 0 88693
Yayasan PETRONAS bawa keceriaan Krismas kepada 100 keluarga di Labuan https://sabahmedia.com/2025/12/19/yayasan-petronas-bawa-keceriaan-krismas-kepada-100-keluarga-di-labuan/ https://sabahmedia.com/2025/12/19/yayasan-petronas-bawa-keceriaan-krismas-kepada-100-keluarga-di-labuan/#respond Fri, 19 Dec 2025 08:11:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88591
Read Time:54 Second

LABUAN: Yayasan PETRONAS menyantuni 100 keluarga di Labuan sempena sambutan Krismas menerusi Program Uplifting Lives dengan menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas dan biskut perayaan, hasil kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan.

Majlis penyerahan sumbangan berlangsung hari ini di dewan pejabat JKM Labuan, melibatkan pengagihan barangan keperluan asas dan biskut perayaan kepada 20 penerima. Selebihnya, seramai 80 penerima lagi mengambil sumbangan masing-masing di pejabat jabatan berkenaan pada hari yang sama.

Penyerahan sumbangan disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Chemicals Methanol Sdn Bhd, Hiffani M. Jalil bersama Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan, Maradona Lawrence.

Turut hadir ialah Pengurus Kanan Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan, Nellie Ramiza Busu serta Penolong Pengarah Jabatan Sosioekonomi Perbadanan Labuan, Luqman Hakim.

Menerusi inisiatif ini, PETRONAS meneruskan komitmennya dalam menyokong pendidikan, memperkukuh daya tahan komuniti serta memacu kemajuan sosioekonomi, selaras peranannya sebagai rakan tenaga yang prihatin dan komited untuk memberi kembali kepada masyarakat serta menyumbang secara bermakna kepada pembangunan jangka panjang komuniti setempat.

Program Uplifting Lives dilaksanakan sepanjang tahun di seluruh Malaysia bersempena sambutan perayaan utama termasuk Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Gawai dan Kaamatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/19/yayasan-petronas-bawa-keceriaan-krismas-kepada-100-keluarga-di-labuan/feed/ 0 88591
Sambutan Krismas Sabah 2025 platform kukuhkan perpaduan rakyat – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/12/17/sambutan-krismas-sabah-2025-platform-kukuhkan-perpaduan-rakyat-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/12/17/sambutan-krismas-sabah-2025-platform-kukuhkan-perpaduan-rakyat-hajiji/#respond Wed, 17 Dec 2025 01:33:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88432
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Sambutan Krismas Sabah 2025 bukan sekadar diraikan sebagai upacara keagamaan, sebaliknya menjadi platform penting untuk menyatukan rakyat Sabah dalam semangat muhibah, saling menghormati dan kebersamaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sambutan Krismas peringkat negeri itu mencerminkan kematangan sosial serta keindahan keharmonian rakyat Sabah, sekali gus membuktikan kepelbagaian agama, budaya dan latar belakang bukan pemisah, malah kekuatan yang menyatukan rakyat sebagai satu keluarga besar.

Katanya, tema sambutan tahun ini, “Pengharapan Damai dalam Kasih” amat bersesuaian kerana mengajak seluruh rakyat kembali kepada nilai asas kemanusiaan seperti kedamaian, kasih sayang, harapan dan tanggungjawab bersama.

Beliau menegaskan, harapan adalah keyakinan bahawa melalui kasih sayang, kehidupan yang lebih aman, makmur dan bermakna dapat dibina, manakala kedamaian sejati dizahirkan melalui rasa saling menghormati serta diperkukuhkan dengan perbuatan ihsan.

“Kasih sayang menjadi asas kepada semua bentuk perhubungan sama ada dalam keluarga, komuniti, masyarakat serta hubungan kita dengan alam sekitar. Inilah falsafah yang ingin kita semai sepanjang penganjuran Sambutan Krismas Sabah 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Sambutan Sabah Christmas Celebration 2025 di Padang Merdeka, di sini, pada Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Majlis itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman bersama isteri Toh Puan Faridah Tusin.

Hajiji berkata, selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), sambutan ini turut menjadi wadah mengukuhkan nilai perpaduan sosial dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, pembangunan yang dihasratkan kerajaan negeri bukan hanya diukur melalui kemajuan fizikal dan ekonomi, tetapi juga melalui keharmonian hubungan sesama insan, kekuatan institusi kekeluargaan, keprihatinan sosial serta rasa tanggungjawab terhadap ciptaan Tuhan.

“Saya amat berbesar hati kerana pelbagai program dan aktiviti telah dianjurkan sepanjang sambutan ini dengan penekanan kepada aspek keluarga, komuniti dan sosial yang saling melengkapi dalam membentuk masyarakat seimbang dan berdaya tahan.

“Sambutan ini mengingatkan kita bahawa keluarga adalah tempat bermulanya kasih sayang dan harapan. Dalam komuniti pula, semangat muafakat dan kerjasama menjadi kunci kepada kehidupan bermasyarakat yang harmoni,” katanya.

Hajiji percaya sambutan seperti ini mampu menjadi jambatan yang menghubungkan rakyat Sabah yang berbilang bangsa dan agama, sekali gus menampilkan wajah sebenar negeri ini yang kaya dengan kepelbagaian, namun kekal bersatu dalam nilai kemanusiaan.

Beliau berharap nilai murni yang diterapkan melalui sambutan ini akan terus memberi inspirasi kepada rakyat untuk mengekalkan keharmonian, kestabilan dan kesejahteraan negeri.

“Bagi pihak seluruh kepimpinan negeri, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada seluruh rakyat Sabah yang meraikannya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/17/sambutan-krismas-sabah-2025-platform-kukuhkan-perpaduan-rakyat-hajiji/feed/ 0 88432
Sambutan Krismas Peringkat Negeri Sabah 2025 dijangka tarik 50,000 pengunjung https://sabahmedia.com/2025/12/15/sambutan-krismas-peringkat-negeri-sabah-2025-dijangka-tarik-50000-pengunjung/ https://sabahmedia.com/2025/12/15/sambutan-krismas-peringkat-negeri-sabah-2025-dijangka-tarik-50000-pengunjung/#respond Mon, 15 Dec 2025 12:35:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88336
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Kira-kira 50,000 pengunjung termasuk pelancong dijangka hadir memeriahkan Sambutan Krismas Peringkat Negeri Sabah 2025 yang diadakan selama empat hari bermula Selasa.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ewon Benedick berkata sambutan itu akan berlangsung di Padang Merdeka bermula esok dan dijadual akan disempurnakan Yang d-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

“Ini mencerminkan keterbukaan Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyokong perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama. Sambutan tersebut dianjurkan sejak 19 tahun lalu kini memasuki tahun ke-20 dan buat julung kalinya diangkat sebagai sambutan di peringkat negeri.

“Selain pelbagai pengisian pentas sepanjang sambutan, Jamuan Rakyat turut diadakan melibatkan 100 usahawan tempatan dari kalangan penjaja dan peniaga kecil sebagai pembekal pelbagai juadah kepada pengunjung, sebagai sokongan kepada perusahaan mikro dan kecil di negeri ini. 

“Kerajaan Negeri Sabah mengangkat Sambutan Krismas yang sebelum ini dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama Sabah Council of Churches (SCC) sebagai Sambutan Krismas Peringkat Negeri Sabah 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengetuai rombongan Jawatankuasa Induk Sambutan Krismas Peringkat Negeri Sabah 2025 menghadap Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.

Ewon berkata, majlis penutupan akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada 19 Disember ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan berkata, meskipun tempoh persiapan agak singkat selepas dipertanggungjawabkan menguruskan jawatankuasa induk pada Mesyuarat Kabinet Sabah 3 Disember lalu, perancangan awal oleh jawatankuasa terdahulu melibatkan Kementerian Belia dan Sukan, DBKK serta SCC banyak membantu kelancaran persiapan.

“Cadangan untuk mengangkat sambutan ini sebagai sambutan peringkat negeri telah dipersetujui Kabinet Sabah pada mesyuarat 10 Disember lalu,” katanya.

Tambahnya, tema sambutan ‘Pengharapan Damai Dalam Kasih’ menekankan nilai perpaduan, keharmonian, kebersamaan dan saling menghormati dalam kalangan rakyat Sabah selaras dengan agenda Sabah First dan Sabah Maju Jaya.

Hadir sama, Setiausaha Tetap MIDET Datuk Thomas Logijin; Pengerusi Penganjur Bersama SCC, Father Thomas Yip; Ketua Pengarah DBKK Datuk Sr Lifred Wong serta Timbalan Ketua Pengarah DBKK Faradillah Abdul Rani.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/15/sambutan-krismas-peringkat-negeri-sabah-2025-dijangka-tarik-50000-pengunjung/feed/ 0 88336
Sambutan Krismas Sabah 2025 perkukuh identiti negeri aman dan harmoni https://sabahmedia.com/2025/12/12/sambutan-krismas-sabah-2025-perkukuh-identiti-negeri-aman-dan-harmoni/ https://sabahmedia.com/2025/12/12/sambutan-krismas-sabah-2025-perkukuh-identiti-negeri-aman-dan-harmoni/#respond Fri, 12 Dec 2025 00:51:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88111
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU : Pelbagai persembahan akan diadakan sempena Sambutan Krismas Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 di Padang Merdeka bermula 16 sehingga 19 Disember ini.

Pengerusi Penganjur Bersama Majlis Gereja-gereja Sabah, Father Thomas Yip berkata sambutan tarian dan hiburan tersebut bukan sekadar perayaan tetapi juga menjadi wadah memperkukuh identiti Sabah sebagai negeri yang aman dan harmoni.

“Sambutan ini bukan sekadar acara perayaan,  ia memperkukuh identiti sabah sebagai negeri yang aman dan harmoni. 

“Apabila masyarakat berkumpul dalam suasana penuh harmoni dan keamanan, masyarakat dapat melihat keharmonian, kasih sayang serta hubungan antara satu sama lain dapat dieratkan. 

“Detik-detik beginilah yang membentuk jiwa sesebuah negeri, bukan sekadar infrastrukturnya,” katanya semasa sesi temubual Bah Atur Kupi-kupi FM bersama juruhebah Boy Vanz, di sini.

Menurutnya sambutan tersebut  membawa tema Hope for Peace In Love mencerminkan perpaduan serta keharmonian masyarakat berbilang kaum yang ada di negeri ini.

“Tema ini membawa mesej bahawa keamanan dan kemajuan hanya akan dapat dicapai apabila masyarakat bersatu padu serta saling menyokong dengan kasih sayang, persefahaman dan rasa hormat.

“Ia juga menekankan bahawa kasih adalah asas kepada perpaduan, manakala keamanan membolehkan harapan tumbuh” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/12/sambutan-krismas-sabah-2025-perkukuh-identiti-negeri-aman-dan-harmoni/feed/ 0 88111
75 Kes Dengan Kompaun RM8,600 Dikesan Sepanjang SHMMP Krismas – KPDN https://sabahmedia.com/2024/12/30/75-kes-dengan-kompaun-rm8600-dikesan-sepanjang-shmmp-krismas-kpdn/ https://sabahmedia.com/2024/12/30/75-kes-dengan-kompaun-rm8600-dikesan-sepanjang-shmmp-krismas-kpdn/#respond Mon, 30 Dec 2024 03:50:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66150
Read Time:1 Minute, 7 Second

Sebanyak 74 kes gagal meletakkan tanda harga khas merah jambu dan satu kes tiada tanda harga, melibatkan nilai kompaun RM8,600 dikesan sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam berkata kesalahan itu dikesan menerusi 2,748 pemeriksaan yang dijalankan terhadap premis runcit, borong dan pengeluar di seluruh negara bermula 23 hingga 27 Dis lepas.

“Berdasarkan pemantauan dan penguatkuasaan KPDN serta maklum balas orang ramai, pelaksanaan SHMMP Krismas 2024 berjalan dengan baik dan lancar.

“Kementerian tidak menerima sebarang aduan semasa pelaksanaan SHMMP Krismas 2024 … tiada kes melibatkan penjualan melebihi harga yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata majoriti peniaga yang diperiksa komited serta mematuhi perundangan harga maksimum yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim itu. 

Beliau berkata KPDN merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta agensi di bawahnya, pihak industri dan semua peniaga atas komitmen serta kerjasama dalam menjayakan pelaksanaan SHMMP Krismas 2024.

Pelaksanaan SHMMP Krismas 2024 selama lima hari yang dijalankan dua hari sebelum perayaan, sehari semasa perayaan dan dua hari selepas perayaan, merupakan langkah kerajaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang tidak beretika sepanjang sambutan Krismas.

Sebanyak 14 jenis barangan harga terkawal berserta harga maksimum telah diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2024. 

— BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/30/75-kes-dengan-kompaun-rm8600-dikesan-sepanjang-shmmp-krismas-kpdn/feed/ 0 66150
30 penduduk Kg Tamoi Lama Batu LD disantuni sempena Krismas https://sabahmedia.com/2024/12/24/30-penduduk-kg-tamoi-lama-batu-ld-disantuni-sempena-krismas/ https://sabahmedia.com/2024/12/24/30-penduduk-kg-tamoi-lama-batu-ld-disantuni-sempena-krismas/#respond Tue, 24 Dec 2024 08:16:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65943
Read Time:1 Minute, 1 Second

Lahad Datu : Seramai 30 penduduk sekitar Kampung Tamoi Lama Batu, di sini disantuni dalam majlis santai sempena sambutan Hari Krismas.

Majlis yang dihadiri Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Datuk Mizma Appehdullah itu turut menyerahkan hamper kepada penduduk yang hadir.

Mizma berkata, setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan penting terutama dalam memelihara keamanan, kerukunan serta sentiasa mengamalkan semangat bersatu padu.

Katanya, budaya dan sifat yang berbaur kebencian dan cubaan untuk mengapi-apikan perbedaan mesti dibenam dengan sikap kasih sayang.

“Selamat Menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian. Hari Krismas atau Hari Natal adalah hari besar buat penganut Kristian dan mereka meraikannya dengan keluarga dan sahabat setiap tahun.

“Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan rencam budaya, adalah menjadi kebiasaan dan kewajiban setiap kita untuk mengambil kesempatan ini untuk mengeratkan silaturahmi antara rakyat dengan mengucapkan kata-kata yang indah buat mereka.

“Membenih dan menyemai budaya perpaduan tidak hanya terletak di bahu pemerintah, tetapi setiap rakyat mesti memainkan peranan yang ampuh dan berterusan dalam memelihara keamanan, kerukunan serta semangat bersatu padu,” katanya.

Beliau turut berharap agar sambutan Krismas pada tahun ini lebih meriah serta dapat membawa keamanan, keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kepada negara dan negeri Sabah yang terbilang dan rakyatnya yang cintakan keadilan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/24/30-penduduk-kg-tamoi-lama-batu-ld-disantuni-sempena-krismas/feed/ 0 65943