Krt – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 01 Nov 2025 08:18:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Krt – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KRT Inderasabah galak perpaduan masyarakat melalui program sukaneka dan jualan rahmah https://sabahmedia.com/2025/11/01/krt-inderasabah-galak-perpaduan-masyarakat-melalui-program-sukaneka-dan-jualan-rahmah/ https://sabahmedia.com/2025/11/01/krt-inderasabah-galak-perpaduan-masyarakat-melalui-program-sukaneka-dan-jualan-rahmah/#respond Sat, 01 Nov 2025 08:11:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84686
Read Time:1 Minute, 58 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Program Sukaneka Sembang Santai Bersama Komuniti Kampung Inderasabah bukan sekadar aktiviti riadah, malah menjadi wadah memperkukuh perpaduan dan mempererat hubungan antara penduduk kampung.

Abit Sulaiman

Menurut Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Inderasabah, Abit Sulaiman, penganjuran program sebegini adalah antara usaha berterusan KRT untuk menghubungkan masyarakat melalui aktiviti santai dan inklusif.

“Program ini bertujuan mengeratkan perpaduan. Setiap program seperti jualan rahmah, sukaneka dan pertandingan-pertandingan lain dianjurkan oleh KRT dengan perbelanjaan sendiri.

“Sebagai pengerusi, saya ambil inisiatif untuk memperbesarkan program ini supaya dapat libatkan lebih ramai penduduk,” katanya ketika ditemui semasa program tersebut di sini, hari ini.

Beliau berkata, setiap kali program diadakan, masyarakat kampung turut mengambil peluang menjalankan aktiviti jualan bagi menambah pendapatan mereka.

“Anak muda pun ramai terlibat. Kalau lihat hari ini, termasuk kanak-kanak, ada lebih kurang 200 orang yang mengambil bahagian,” ujarnya.

Tambahnya, KRT digalakkan melaksanakan sekurang-kurangnya 12 program setahun bagi menggalakkan perpaduan dan penglibatan komuniti, menjadikan KRT Kampung Inderasabah antara yang aktif di daerah Tawau.

Kemudahan asas seperti jalan dan mini astaka di Inderasabah yang semakin baik selepas dinaiktaraf. Foto Sabah Media/ Sitti Nor Azizah Talata

Dalam pada itu, Abit yang juga Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua PDM Kampung Inderasabah, menzahirkan penghargaan terhadap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang disifatkan banyak membawa kemajuan kepada penduduk kampung.

“GRS memang terbukti membantu rakyat daripada bantuan sekolah, pembinaan rumah SMJ, jalan kampung, hingga kepada kemudahan lampu dan solar. Semua ini sudah ada di Inderasabah,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa kerajaan GRS kini sedang giat menyiapkan pelbagai projek asas termasuk jalan raya dan bekalan air yang sebelum ini terjejas akibat kelewatan pelaksanaan oleh kerajaan terdahulu.

“Masalah air dan jalan raya ini bukan baharu, tapi kini sudah hampir siap. Kalau GRS terus diberi mandat, saya yakin dalam tempoh setahun ini masalah itu dapat diselesaikan sepenuhnya,” ujarnya.

Abit turut menyatakan harapan agar pembangunan kampung terus diperkasakan termasuk penambahan rumah SMJ bagi membantu lebih ramai keluarga memerlukan.

“Masih banyak yang perlu diteruskan dan kami harap kerajaan GRS kekal untuk memastikan pembangunan di kampung ini berterusan,” tambahnya.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang disifatkan sebagai wakil rakyat prihatin dan sentiasa turun padang.

“Datuk Nizam memang terbaik, selalu bersama rakyat walaupun jadualnya padat. Beliau banyak membantu kampung kami dan tetap dekat di hati penduduk Inderasabah,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/01/krt-inderasabah-galak-perpaduan-masyarakat-melalui-program-sukaneka-dan-jualan-rahmah/feed/ 0 84686
1,027 KRT terima Geran Rukun Tetangga https://sabahmedia.com/2022/03/26/1027-krt-terima-geran-rukun-tetangga/ https://sabahmedia.com/2022/03/26/1027-krt-terima-geran-rukun-tetangga/#respond Sat, 26 Mar 2022 00:29:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13493
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU :  Sebanyak 1,027 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang aktif di negeri ini menerima Geran Rukun Tetangga `Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia’ berjumlah RM6.16 juta.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ianya bagi memperkukuhkan peranan Komuniti Rukun Tetangga dalam komuniti setempat.

Katanya, geran yang diberikan dari Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah yang bernaung di bawah kementeriannya itu juga untuk memberi pengiktirafan kepada komuniti yang sentiasa bergerak aktif.

“Tahun ini, Kerajaan menyediakan Geran Rukun Tetangga sebanyak RM6.16 juta kepada KRT Negeri Sabah iaitu RM6,000 kepada setiap KRT yang aktif di negeri ini.

“Ia adalah bagi memperkukuhkan peranan KRT dalam komuniti melalui pelaksanaan Agenda Kerja Komuniti Rukun Tetangga yang merangkumi gerak kerja KRT Sejahtera, KRT Sihat, KRT Selamat serta KRT Bersih dan Indah,” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Geran Rukun Tetangga “Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia” dan Pelancaran Gerak Kerja Komuniti KRT Tahun 2022 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah di Kota Kinabalu disini semalam.

Beliau turut berharap agar semua KRT di negeri ini untuk terus aktif agar dapat membangunkan komuniti yang bermuafakat.

“Kita amat mengharapkan agar KRT yang ada di negeri Sabah semua turut aktif dalam usaha untuk membangunkan komuniti, mengeratkan perpaduan dan juga mengeratkan integrasi nasional,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/26/1027-krt-terima-geran-rukun-tetangga/feed/ 0 13493
KRT Perlu Terus Diperkukuh, Pastikan Kesejahteraan Komuniti Terbela https://sabahmedia.com/2021/08/21/krt-perlu-terus-diperkukuh-pastikan-kesejahteraan-komuniti-terbela/ https://sabahmedia.com/2021/08/21/krt-perlu-terus-diperkukuh-pastikan-kesejahteraan-komuniti-terbela/#respond Sat, 21 Aug 2021 09:24:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5026
Read Time:1 Minute, 44 Second

PUTATAN: Peranan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) perlu terus diperkukuhkan dalam memastikan kesejahteraan komuniti terus terbela.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Ir Shahelmey Yahya berkata, ini bagi memastikan kelangsungan dan kesejahteraan hidup komuniti terutama ketika berdepan Pandemik COVID-19.

“Kita menyeru semua KRT agar menjalankan program RT Cares ini bagi kita sama-sama menjalankan tanggungjawab sosial dan juga melahirkan rasa prihatin kita kepada golongan terkesan akibat pandemik.

“Ia merupakan satu tanggungjawab sosial kementerian dan juga memupuk kesedaran rakyat agar menghargai erti kemerdekaan,” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika menghadiri program RT Cares dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Daerah Putatan di Putatan disini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah menyeru orang ramai agar memberi kerjasama dalam usaha melandaikan penularan COVID-19 di negara ini.

“Kita sudah melihat tanda-tanda pemulihan dengan kadar kemasukan ke ICU yang semakin rendah dan juga peningkatan jumlah pemberian vaksin yang begitu baik sekali.

“Kita harap rakyat sama-sama berkerjasama untuk jayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) ini agar kita dapat keluar daripada pandemik yang kita sedang harungi sekarang.

“Utamakan kestabilan negara, fokus kepada mengharungi pandemik dan memulihkan ekonomi negara. Berilah sokongan padu,” katanya. 

Program RT Cares ini merupakan sebuah program penyampaian bakul makanan kepada penduduk terkesan pandemik COVID-19 dikawasan rukun tetangga yang dikelolakan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN)  melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang bernaung dibawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Negeri Sabah.

Shahelmey turut menyeru orang ramai agar mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan pada tahun ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/21/krt-perlu-terus-diperkukuh-pastikan-kesejahteraan-komuniti-terbela/feed/ 0 5026
KRT Bantu Kerajaan Bendung Pandemik Covid-19 https://sabahmedia.com/2021/06/25/krt-bantu-kerajaan-bendung-pandemik-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/06/25/krt-bantu-kerajaan-bendung-pandemik-covid-19/#respond Fri, 25 Jun 2021 05:42:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1925
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA MARUDU: Komuniti Rukun Tetangga (KRT) memainkan peranan penting dalam membantu pihak kerajaan membendung penularan Pandemik Covid-19 di kawasan mereka masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, sumbangan KRT di peringkat akar umbi amat penting terutamanya dalam menyebarkan informasi berkenaan kempen vaksinasi Covid-19.

“Setiap KRT boleh melaksanakan program-program yang bersesuaian seperti kempen pendaftaran vaksin melalui kaedah media sosial, memberi penerangan mengenai pandemik Covid-19 dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa kepada masyarakat setempat.

“Ini adalah norma baharu yang perlu kita adaptasi, dan saya berharap kesemua KRT dapat membantu kerajaan dalam menyebarkan mesej yang positif, serta menyokong usaha perintah kawalan pergerakan dan mematuhi semua SOP yang ditetapkan,” jelas Maximus semasa merasmikan Seminar Gerak Kerja Perpaduan Negara dan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tertangga 2021-2030 bagi daerah Kota Marudu secara maya, disini, hari ini.

“Mereka telah didedahkan kepada empat agenda kerja KRT yang mana merupakan inisiatif kearah usaha memperkasa kepimpinan KRT,” tambah beliau.

Terdahulu, Maximus telah mengumumkan peruntukan sejumlah RM 53,000 dan turut menyumbangkan sejumlah 200 kotak pelitup muka untuk KRT di daerah ini, sumbangan tersebut adalah dari Pejabat Parlimen P168 Kota Marudu.

“Di Kota Marudu, kita mempunyai 53 buah KRT dan selaras dengan norma baharu, mereka masih boleh melaksanakan program-program yang bersesuaian berdasarkan tempoh pergerakan terkini di negeri Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/25/krt-bantu-kerajaan-bendung-pandemik-covid-19/feed/ 0 1925