KSKK NIZAM – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 15 Jan 2026 10:50:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png KSKK NIZAM – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerja penyelenggaraan bumbung KSKK giat dilaksanakan – Nizam https://sabahmedia.com/2026/01/15/kerja-penyelenggaraan-bumbung-kskk-giat-dilaksanakan-nizam/ https://sabahmedia.com/2026/01/15/kerja-penyelenggaraan-bumbung-kskk-giat-dilaksanakan-nizam/#respond Thu, 15 Jan 2026 10:16:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89777
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Kerja-kerja penyelenggaraan bumbung di Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) yang mengalami kebocoran dan tular di media sosial sebelum ini dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kerja-kerja penyelenggaraan bumbung berkenaan kini sedang dilaksanakan dan isu berkenaan berada dalam pengetahuan pihak kementerian serta pengurusan kompleks sukan.

Beliau berkata, konsultan yang dilantik memaklumkan bahawa pembaikan bumbung dilaksanakan mengikut perancangan.

“Apabila siap pembaikan bumbung, barulah kerja-kerja membaik pulih bahagian yang terjejas akibat kebocoran akan dilakukan termasuklah di Dewan Gimnastik yang tular sebelum ini.

“Sebenarnya kekeliruan ini timbul apabila ada pihak tertentu menularkan keadaan gimnasium tanpa merujuk kepada pengurusan kompleks, sedangkan kerja pembaikan telah pun bermula ketika rakaman dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat ke beberapa fasiliti sukan di KSKK di sini pada Khamis.

Nizam berkata, kementerian melalui Lembaga Sukan Sabah (LSS) turut mengadakan perbincangan dengan persatuan gimnastik dan telah mencapai persetujuan agar isu berkenaan dapat ditangani dalam tempoh terdekat tanpa menjejaskan keselamatan serta latihan atlet.

Selain KSKK, beliau turut melawat Kompleks Sukan Penampang dan Arena Belia Kepayan.

Sementara itu, Nizam turut mengarahkan Setiausaha Tetap kementerian serta LSS menyediakan laporan terperinci mengenai keadaan aset dan kemudahan sukan bagi memastikan fasiliti sentiasa berada pada tahap baik dan berkualiti.

Beliau menegaskan, sebarang keperluan tambahan termasuk peruntukan akan dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan sewajarnya.

“Insya-Allah, dalam tahun ini isu yang dibangkitkan termasuk kemudahan Dewan Serbaguna KSKK akan dapat diselesaikan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/15/kerja-penyelenggaraan-bumbung-kskk-giat-dilaksanakan-nizam/feed/ 0 89777