ksti stem – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 18 Jul 2024 15:03:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ksti stem – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KSTI cadang tambah jumlah peruntukan STEM tahun depan https://sabahmedia.com/2024/07/19/ksti-cadang-tambah-jumlah-peruntukan-stem-tahun-depan/ https://sabahmedia.com/2024/07/19/ksti-cadang-tambah-jumlah-peruntukan-stem-tahun-depan/#respond Thu, 18 Jul 2024 16:06:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57725
Read Time:2 Minute, 37 Second

Papar:   Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) bercadang untuk menambah jumlah peruntukan tahunan Program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), tahun depan.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, peruntukan yang disalur kepada setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) itu bertujuan untuk menggalakkan minat para pelajar dalam bidang STEM.

Katanya, ia sekali gus mencapai sasaran 30 peratus yang ditetapkan oleh kementerian berkenaan.

“Jumlah peruntukan tahunan yang kita sediakan ialah RM20,000 bagi setiap PPD, tahun hadapan kita akan cuba naikkan.

“Sebelum ini, peruntukan berjumlah RM15,000 dan kita akan lihat bagaimana pencapaian di semua PPD sangat baik dan anak-anak kita pun kebanyakannya mempunyai inovasi dan kreativiti yang bagus, ini sebabnya kita perlu asah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Perasmian Festival STEM dan TVET Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024 anjuran PPD Papar di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengalat di sini semalam.

Arifin yang juga Exco Pendidikan berkata, peruntukan yang dinaikkan itu adalah bagi tujuan  merancakkan lagi pelaksanaan pelbagai program STEM yang melibatkan pelajar sekolah menengah dan rendah di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau turut berpuas hati dan berharap agar festival seumpama itu dijadikan sebagai program tahunan di daerah terbabit.

“Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada PPD Papar kerana menyahut cabaran untuk anjurkan program ini dan saya berharap program ini dapat dijadikan program tahunan bagi PPD Papar.

“Yang kita harap ialah bagaimana anak-anak kita di seluruh Sabah meningkat minat mereka setiap hari agar sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus ke atas dapat kita capai. Di samping itu, kementerian dan kerajaan negeri khususnya akan membantu Sabah untuk menggalakkan anak-anak kita dalam bidang ini,” katanya.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, Arifin menyampaikan sijil dan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) STEM Bersepadu dan Pertandingan Microbotic Peringkat Negeri Sabah 2024.

Hadir sama Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Bakat), Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Sabah, Roslan bin Madisal dan Pegawai Pendidikan Daerah Papar, Bakri Sudin.

Bagi pertandingan PBL STEM Bersepadu Kategori Prasekolah dimenangi oleh SK Surati, dengan tajuk Mini Squeezer diikuti SK Buang Sayang yang meraih naib johan dan tempat ketiga menerusi projek Tong Sampah Robot dan Eco Stool.

Selain itu, SK Tampasak dengan projek  turut memenangi johan Kategori Sekolah Rendah Tahap 1 menewaskan SK Kaiduan (Salapa) adn SK Belatik (Eco-Pinyarn).

SK Tampasak turut menggondol gelaran johan dalam kategori sekolah rendah tahap 2 dengan projek bertajuk Ezi F-Feeder  mengalahkan pencabar terdekat, SK Kaiduan sebagai naib johan dan tempat ketiga masing-masing bertajuk Rombituon dan Kolumis.

Sementara itu, SMK Majakir terus mengungguli johan dan naib johan dalam kategori sekolah menengah (menengah rendah) dengan projek bertajuk Clean Hands, Healty Life dan Model CBS manakala, SMK Benoni di tempat ketiga (EcoVision).

Johan kategori sekolah menengah (menengah atas) pula diraih oleh tuan rumah, SMK Pengalat menerusi projek bertajuk Electricity Generation Model Using Rain Water and Solar Energy. 

Turut disampaikan, hadiah pemenang pertandingan robotic yang dimenangi oleh SK Kelanahan dan SMK St Joseph masing-masing bagi kategori sekolah rendah dan menengah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/19/ksti-cadang-tambah-jumlah-peruntukan-stem-tahun-depan/feed/ 0 57725
DUN Sabah : KSTI laksana pelbagai program outreach berkaitan STEM https://sabahmedia.com/2023/11/27/dun-sabah-ksti-laksana-pelbagai-program-outreach-berkaitan-stem/ https://sabahmedia.com/2023/11/27/dun-sabah-ksti-laksana-pelbagai-program-outreach-berkaitan-stem/#respond Mon, 27 Nov 2023 10:09:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45772
Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah telah berjaya melaksanakan beberapa program outreach khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada tahun ini.

Menterinya Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, antara program yang telah dilaksanakan adalah  Program Kembara Sains Borneo Siri satu di Kota Marudu, Pitas dan Kudat.

“Selain itu, turut diadakan adalah Kembara Sains Borneo Siri dua di Kimanis, Kalabakan dan Pensiangan ternasuk  STEM FIESTA di semua daerah.

“Turut dilaksanakan ialah Program Outreach STEM luar bandar; dan Mini Teater STEM di Beaufort,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Jaffari aliam [ADUN Dilantik] pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Selain itu, Arifin berkata, kementerian juga berkolaborasi bersama Akademi Sains Malaysia (ASM) melalui Program National Science Challenge yang telah diadakan di World Trade Centre, Kuala Lumpur pada 31 Oktober lalu.

Katanya, program itu bertujuan untuk memupuk minat dikalangan pelajar sekolah bagi mendalami bidang STI seterusnya menyemai kecenderungan mereka untuk meneruskan pengajian dan kerjaya dalam bidang tersebut.

Menurutnya lagi, Sabah berjaya mendapat pengiktirafan penyertaan terbanyak pelajar luar bandar iaitu seramai 2,454 orang.

“Bagi Karnival Sains Sabah (KSS) iaitu program flagship KSTI telah dianjurkan sejak tahun 2021 dan merekodkan seramai 1.8 juta penyertaan bagi tempoh 2021 hingga 2022. Pada tahun ini, Program KSS yang telah diadakan pada tahun 2023 adalah Karnival STEM, STEM4U, Science & Art Educamp dan 3S Stem Speaker Series.

“Untuk makluman, selaras dengan Memorandum Perjanjian yang telah ditandatangani pada 11 Julai 2023 di antara KSTI bersama China Science Technology Museum dan Guangxi Science Technology Museum, sebanyak 60 buah bahan pameran Sains bernilal lebih RM3.0 juta telah ditempatkan di Sabah bagi tempoh tiga tahun. 

“Pameran bergerak bertemakan “Experiencing Science; Enlightened Innovation” ini menjelajah termasuk ke 13 lokasi luar bandar di seluruh negeri. Berdasarkan perancangan, jelajah di luar bandar ini melibatkan daerah Kudat, Tambunan, Ranau, Beaufort, Tenom, Sipitang dan Kota Belud,” katanya. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/27/dun-sabah-ksti-laksana-pelbagai-program-outreach-berkaitan-stem/feed/ 0 45772
Peranan PNS terus diperkasa, tarik minat murid ikuti STI https://sabahmedia.com/2023/09/15/peranan-pns-terus-diperkasa-tarik-minat-murid-ikuti-sti/ https://sabahmedia.com/2023/09/15/peranan-pns-terus-diperkasa-tarik-minat-murid-ikuti-sti/#respond Fri, 15 Sep 2023 07:20:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41883
Read Time:1 Minute, 35 Second

Membakut : Peranan Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) terus diperkasa khususnya dalam menarik minat murid di Sabah bagi mengikuti Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah membina Pusat STI di Perpustakaan Keningau dengan kos sebanyak RM3 juta yang dijangka beroperasi pada penghujung tahun ini.

“Pusat STI Keningau ini dilengkapi dengan pengisian teknologi terkini berkonsepkan asas Sains iaitu Matematik, Fizik, Biologi dan Kimia dengan diorama persekitaran yang menyeronokkan dan berinformasi.

“Selain itu, KSTI juga turut merancang melaksanakan projek berimpak tinggi iaitu pembinaan Pusat Sains Sabah di Kota Kinabalu,” katanya ketika berucap merasmikan Program Kembara Sains Borneo Siri 2,2023 di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Datuk Arthur Joseph Kurup.

Arifin berkata, kementeriannya juga telah berjaya mendapatkan persetujuan bagi pembinaan Pusat STI Tawau dan Pusat STI Sandakan yang masing-masing bernilai RM5.1 juta.

“Ingin saya tekankan bahawa subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menyediakan peluang pekerjaan yang besar di masa hadapan.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri mengalu-alukan kerjasama rakan-rakan strategik dalam usaha menarik minat para pelajar terhadap bidang STI di samping memberikan pendedahan awal kepada mereka sebagai persediaan dan titik tolak bagi perancangan kerjaya,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin berkata, KSTI juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif pembudayaan STEM dengan rakan-rakan strategik dalam dan luar negara bagi menarik minat murid di Sabah.

Katanya, ia termasuklah telah menandatangani Memorandum Perjanjian dengan Guangxi Science and Technology Museum dan melalui kerjasama ini, Kerajaan Republik China bersetuju untuk menempatkan lebih kurang 60 buah bahan pameran sains bergerak yang akan ditempatkan di Cawangan PNS seluruh negeri secara bergilir selama tiga tahun.

“Pameran ini akan dilancarkan pada 27 September 2023 di PNS Tanjung Aru sebagai lokasi pertama. InsyaAllah, pameran ini akan turut di tempatkan di daerah Membakut bagi melahirkan anak-anak Membakut yang bijak dalam bidang sains dan teknologi,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/15/peranan-pns-terus-diperkasa-tarik-minat-murid-ikuti-sti/feed/ 0 41883