KTYS SABAH – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 11 May 2024 01:52:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png KTYS SABAH – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KTYS buka ruang kerjasama mantapkan kursus ditawarkan https://sabahmedia.com/2024/05/11/ktys-buka-ruang-kerjasama-mantapkan-kursus-ditawarkan/ https://sabahmedia.com/2024/05/11/ktys-buka-ruang-kerjasama-mantapkan-kursus-ditawarkan/#respond Sat, 11 May 2024 01:52:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54245
Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu:  Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) berhasrat untuk membuka ruang kerjasama dengan institusi lain yang bertujuan memantapkan lagi kursus yang ditawarkan kepada para pelajar.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KYTS Sdn. Bhd., Datuk Tah Nia Jaman berkata, pihaknya kini sedang melaksanakan kajian untuk memperkasakan lima kursus di peringkat diploma dan satu kursus persediaan jangka pendek untuk para pelajar melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Pahang.

“Setakat ini, kita tidak ada penambahan kursus kerana kita sedang mengkaji dan memantapkan kursus-kursus yang kita tawarkan kepada para pelajar terutama pengambilan baharu untuk tahun 2024.

“Jadi, kita sentiasa mengkaji dan tentulah membuka peluang seluas-luasnya kepada mana-mana institusi dan juga pihak yang ingin bekerjasama dengan KTYS.

“Ini kerana kita sedang melihat masa depan yang lebih baik jadi, mana-mana badan yang ingin bekerjasama dengan kita, kita sentiasa membuka ruang itu cuma kita kena mengkaji sejauh mana ia boleh dilaksanakan sama ada dari segi sumber manusia, aset dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis  Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan 2024, di sini semalam.

Mengenai sambutan tersebut, Tah Nia berkata, tujuan program tersebut adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan warga KTYS yang berbilang kaum serta agama.

“Program hari ini adalah gabungan Aidilfitri dan juga Pesta Kaamatan tujuannya ialah agak jelas iaitu untuk silaturahim antara pelbagai kaum yang berada di kolej ini, warga  KTYS yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bukan sahaja warga KTYS tetapi juga rakan strategik kita,” katanya.

Antara yang hadir, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar dan Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd., Naib Canselor University College Sabah Foundation (UCSF) dan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah Hanafiah Diman.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/11/ktys-buka-ruang-kerjasama-mantapkan-kursus-ditawarkan/feed/ 0 54245
Simpan cita-cita untuk raih kejayaan, bukan sekadar lulus – Samin https://sabahmedia.com/2023/07/04/simpan-cita-cita-untuk-raih-kejayaan-bukan-sekadar-lulus-samin/ https://sabahmedia.com/2023/07/04/simpan-cita-cita-untuk-raih-kejayaan-bukan-sekadar-lulus-samin/#respond Tue, 04 Jul 2023 11:22:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37634
Read Time:1 Minute, 31 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Para pelajar khususnya yang berada di peringkat kolej mahupun universiti perlu menyimpan cita-cita tinggi untuk terus berjaya.

Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) Samin Ongki berkata, para pelajar juga perlu berusaha untuk mencapai sebanyak mungkin anugerah bagi terus mengekalkan kejayaan.

“Saya berharap selepas sahaja majlis ini berlangsung, apabila kita keluar dari dewan yang mulia ini, maka kita perlu menyimpan cita-cita yang tinggi untuk berjaya, bukan sekadar untuk lulus.

“Biar seramai mungkin pelajar dapat anugerah dekan, anugerah pelajar terbaik dan macam-macam lagi.  Selain itu, para pelajar juga perlu bersedia untuk mencipta pekerjaan, bukan semata-mata bekerja untuk makan gaji,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Malaysia Madani KTYS yang bertajuk Malaysia Madani Pada Perspektif Pendidikan di sini pagi tadi.

Majlis itu dirasmikan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Abdul Rahman Md Yakub.

Forum itu dibarisi Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan Datuk Dr Amin Senin; Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia Sabah Mohd Nur Hilmie Milus dan Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Cawangan Sabah Mohammad Izuddin Hassanudin.

Dalam pada itu, Samin memuji kehebatan rakyat di negeri ini yang telah berjaya menjawat beberapa jawatan tinggi dalam beberapa kementerian, jabatan dan agensi di peringkat Persekutuan termasuk negeri.

“Ini terbukti apabila Sabah sebelum ini telah ada yang dilantik sebagai Ketua Pengarah di Kementerian Pendidikan iaitu  Datuk Dr Amin Senin.

“Beliau telah membuktikan, bukan sebab namanya tetapi kerana kecemerlangan,” katanya.

Sementara itu, Samin berkata, meskipun KTYS mempunyai pelbagai kekurangan namun telah berjaya melahirkan para alumni dalam pelbagai bidang kerjaya.

“Petang ini saya akan melawat alumni kita di Inanam, beliau telah membuka sebuah bengkel kereta mewah dan beberapa minggu lalu juga saya turut bertemu seorang alumni di Sandakan dimana beliau juga terlibat dalam bidang perniagaan iaitu restoran,” katanya.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/04/simpan-cita-cita-untuk-raih-kejayaan-bukan-sekadar-lulus-samin/feed/ 0 37634