kuala penyu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 21 May 2026 05:34:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kuala penyu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PSPN 2026-2030 perkukuh kerjasama tentera dan masyarakat di Kuala Penyu https://sabahmedia.com/2026/05/21/pspn-2026-2030-perkukuh-kerjasama-tentera-dan-masyarakat-di-kuala-penyu/ https://sabahmedia.com/2026/05/21/pspn-2026-2030-perkukuh-kerjasama-tentera-dan-masyarakat-di-kuala-penyu/#respond Thu, 21 May 2026 05:30:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97076
Read Time:1 Minute, 6 Second

KUALA PENYU: Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Divisyen) melaksanakan Program Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 Peringkat 5 Divisyen di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Kuala Penyu, di sini, baru-baru ini.

Program itu dirasmikan Komander Artileri 5 Divisyen, Kolonel Hizamuddin Haris.

Pelaksanaan program berkenaan memfokuskan kepada Teras 4 PSPN 2026–2030 iaitu Pengukuhan Kerjasama Awam-Tentera atau Civil-Military Cooperation (CIMIC) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan serta tanggungjawab bersama dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Selain itu, program berkenaan turut menjadi platform mempererat hubungan antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan masyarakat setempat menerusi pendekatan Whole of Government, Whole of Society (WoGoS) seperti digariskan dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-31.

Program terbabit mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat dengan pelbagai pengisian menarik disediakan sepanjang pelaksanaannya.

Antara aktiviti yang diadakan termasuk pameran ketenteraan, promosi Askar Wataniah, persembahan pancaragam, demonstrasi tempur tanpa senjata, Jualan MADANI serta pelbagai aktiviti lain yang memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai peranan dan fungsi TDM.

Antara objektif utama program itu ialah menyokong pelaksanaan PSPN 2026–2030 peringkat Kementerian Pertahanan, meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai tanggungjawab TDM ketika aman serta memperkukuh hubungan antara pihak tentera dan masyarakat awam, khususnya di kawasan pedalaman dan sempadan negara.

Program itu juga menjadi medium pelaksanaan inisiatif WoGoS bersama pelbagai agensi kerajaan dalam usaha memperkukuh aspek keselamatan dan pertahanan negara secara menyeluruh.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/21/pspn-2026-2030-perkukuh-kerjasama-tentera-dan-masyarakat-di-kuala-penyu/feed/ 0 97076
Limus pertahan kerusi DUN Kuala Penyu, hadapi saingan enam penjuru https://sabahmedia.com/2025/11/15/limus-pertahan-kerusi-dun-kuala-penyu-hadapi-saingan-enam-penjuru/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/limus-pertahan-kerusi-dun-kuala-penyu-hadapi-saingan-enam-penjuru/#respond Sat, 15 Nov 2025 10:50:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85962
Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh Rhea Dharmin

BEAUFORT: Calon Gagasan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi DUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury berazam untuk meneruskan visi dan misi membangunkan kawasan Kuala Penyu sekiranya diberi mandat sekali lagi dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN).

Katanya, visi dan misi terbabit berpaksikan kepada slogan ‘Aspirasi Menuju Transformasi’ yang diperkenalkannya sejak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada tahun 2013.

Disamping itu, katanya kerajaan negeri juga telah merangka agenda pembangunan Pelan Strategik Pembangunan Daerah Kuala Penyu dan Daerah Kecil Menumbok yang dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, baru-baru ini.

“Pelan pembangunan ini adalah komitmen jangka panjang kita membawa kemajuan bagi kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penamaan calon bertempat di Dewan Pa Musa, di sini, hari ini.

Dalam PRN kali ini, Limus bakal berdepan dengan lima calon lain iaitu Ginsik @ Annie Ginsik (PIS), Dr Monih Epin (WARISAN), Datuk Awang Aslee Lakat (BN-UMNO), Walther Philip Michael (STARSABAH) dan Jonehtan Matheus (PKS).

Dalam pada itu, Limus menzahirkan penghargaan kepada Hajiji selaku Pengerusi GRS kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya.

Menurutnya, pencalonan beliau mempertahankan kerusi itu adalah satu amanah dan tanggungjawab yang akan digalas dengan sebaik mungkin.

“Saya komited untuk meneruskan visi dan misi memajukan daerah ini dalam semua aspek termasuk prasarana, pendidikan, pelancongan dan sebagainya,” katanya.

Pada PRN tahun 2020, Limus memenangi kerusi DUN Kuala Penyu dengan majoriti sebanyak 3,273 undi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/limus-pertahan-kerusi-dun-kuala-penyu-hadapi-saingan-enam-penjuru/feed/ 0 85962
Menumbok, Kuala Penyu berpotensi jadi hab pelancongan baharu Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/11/06/menumbok-kuala-penyu-berpotensi-jadi-hab-pelancongan-baharu-sabah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/11/06/menumbok-kuala-penyu-berpotensi-jadi-hab-pelancongan-baharu-sabah-hajiji/#respond Thu, 06 Nov 2025 07:15:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85100
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Normimie Diun

KUALA PENYU: Daerah Kecil Menumbok dan Kuala Penyu berpotensi besar menjadi kawasan pelancongan baharu Sabah sekiranya pembangunan strategik yang dirancang termasuk pembinaan Jambatan Labuan–Menumbok dapat direalisasikan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, pelan pembangunan yang dilancarkan melalui Pelan Strategi Pembangunan Daerah Kuala Penyu dan Daerah Kecil Menumbok akan menjadi panduan hala tuju pembangunan ekonomi setempat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Menumbok dan Kuala Penyu mempunyai kelebihan dari segi geografi, keindahan pantai, serta kedudukan berdekatan pulau-pulau pelancongan. Apabila jambatan menghubungkan Labuan ke Menumbok siap kelak, ia akan membuka lebih banyak peluang ekonomi termasuk pelancongan, perkhidmatan dan pekerjaan untuk penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Buku Pelan Strategik Pembangunan Daerah Kuala Penyu dan Daerah Kecil Menumbok, Penyerahan Kunci Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ), Perasmian Masjid Nur Ihsan Menumbok serta Penyampaian Bantuan Yayasan Datuk Limus Jury, di sini hari ini.

Hajiji berkata, projek pembinaan Club Med Resort Kuala Penyu, yang kini dalam pelaksanaan, turut menjadi pemangkin pertumbuhan pelancongan dan akan menarik kedatangan pelancong antarabangsa.

“Apabila sektor pelancongan berkembang, rantaian ekonomi akan turut meluas  termasuk perniagaan kecil, perhotelan, pengangkutan, produk kraftangan, serta peluang pekerjaan. Ini adalah pembangunan yang memberi manfaat terus kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri memberi jaminan bahawa pembangunan Menumbok dan Kuala Penyu akan terus dirancang secara teratur dan menyeluruh supaya masyarakat tempatan menikmati hasil kemajuan itu secara adil.

Hadir sama pada majlis itu, penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu Datuk Limus Jury.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/06/menumbok-kuala-penyu-berpotensi-jadi-hab-pelancongan-baharu-sabah-hajiji/feed/ 0 85100
Kejohanan Golf Jemputan Kuala Penyu Golf & Country Club 2024 berlangsung 28 Sept ini https://sabahmedia.com/2024/08/30/kejohanan-golf-jemputan-kuala-penyu-golf-country-club-2024-berlangsung-28-sept-ini/ https://sabahmedia.com/2024/08/30/kejohanan-golf-jemputan-kuala-penyu-golf-country-club-2024-berlangsung-28-sept-ini/#respond Fri, 30 Aug 2024 12:43:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59946
Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Kejohanan Golf Jemputan Kuala Penyu Golf & Country Club (KPGCC) 2024 yang berlangsung pada 28 September depan bakal menghimpunkan seramai 120 pemain golf tempatan dari seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Yussof J. Imbang berkata, lapangan golf, Sabah Golf & Country Club (SGCC), Bukit Padang di sini menjadi venue pada kejohanan berprestij itu yang menawarkan hadiah utama sebuah motosikal untuk pemenang pukulan ‘hole in one’.

” Kami telah memutuskan, jika tiada pemenang hadiah ‘hole in one’ maka hadiah utama (motosikal) akan menjadi rebutan untuk cabutan tiket bertuah kepada peserta yang mengambil bahagian, ” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa KPGCC 2024 di Kota Kinabalu, kelmarin.

Setakat ini katanya, lebih RM20 ribu hadiah terkumpul bakal menjadi rebutan kepada para pemenang untuk kejohanan itu termasuk 50 cabutan bertuah.

Empat kategori turut dipertandingkan iaitu net dan gross untuk lelaki, wanita dan Senior (60 tahun ke atas).

Yussof berkata, setiap kategori bakal menerima hadiah antara RM3,000 hingga RM2,000 selain hadiah sampingan (goodies) kepada setiap pemain yang mengambil bahagian.

Jelasnya, selepas empat hari pendaftaran dibuka, kejohanan berprestij itu kini telah meraih lebih 80 peserta dan memerlukan lebih 30 peserta lagi untuk mencapai sasaran 120 pemain.

Sistem pertandingan, secara 36 handicap stableford dan tee off akan berjalan secara serentak (gun shoot).

Turut dipertandingkan ialah acara novelty menawarkan hadiah RM1,500 kepada pemain yang berjaya melakukan pukulan bull’s eye, longest drive dan nearest to the centre line.

Penyertaan untuk Kejohanan KPGCC 2024 masih terbuka kepada pemain dan mereka boleh berhubung dengan Simat Juslin (019 588 3303), Patrick J. Angkee (016 829 6412), Walter W. Angang (019 881 0099) dan Dulimin Ajak (019 333 7011).

Senator Datuk Nelson Angang yang mendermakan hadiah utama diberi penghormatan melakukan ‘tee off’ pertama sebagai sembolik perasmian sempena kejohanan itu.

Menurutnya, KPGCC kini dalam proses membangunkan lapangan golf bertaraf 18 lubang di tapak seluas 107 ekar di Bukit Nuri, Kuala Penyu berdekatan Menumbok dan Pulau Labuan.

Yussof berkata, kejohanan tahunan itu merupakan sebagai mempromosikan daerah Kuala Penyu dalam industri pelancongan sukan golf.

Presiden KPGCC, Tan Sri Wences Angang dan aktivis masyarakat, Dato’ Sri Sahran Untai antara 18 ahli KPGCC yang turut menghadiri mesyuarat jawatankuasa kejohanan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/30/kejohanan-golf-jemputan-kuala-penyu-golf-country-club-2024-berlangsung-28-sept-ini/feed/ 0 59946
KePKAS sokong cadangan bina padang golf di Kuala Penyu https://sabahmedia.com/2023/09/20/kepkas-sokong-cadangan-bina-padang-golf-di-kuala-penyu/ https://sabahmedia.com/2023/09/20/kepkas-sokong-cadangan-bina-padang-golf-di-kuala-penyu/#respond Wed, 20 Sep 2023 08:25:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42140
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar menyokong cadangan Kuala Penyu Golf and Country Club untuk membina padang golf pertama di daerah itu sebagai pelancongan golf.

Menterinya Datuk Christina Liew memuji kelab yang diketuai oleh Tan Sri Wences Angang atas inisiatifnya mencadangkan padang golf dibina di sekitar hotel 5 bintang antarabangsa yang akan datang.

“Ia adalah lokasi yang ideal memandangkan kedudukannya yang berdekatan dengan hotel eksklusif yang dijangka dibuka tahun depan. Kementerian saya akan menghulurkan bantuan yang diperlukan untuk memastikan kelab merealisasikan padang golf yang diimpikan.

“Kemudahan sukan ini akan mengubah landskap Kuala Penyu sekaligus menarik pelancong antarabangsa dan domestik,” katanya semasa kunjungan hormat rombongan terdiri daripada enam anggota kelab itu yang diketuai oleh presidennya Wences, pada Selasa.

Memberi taklimat kepada Menteri, Wences berkata pelan pembangunan itu termasuk rumah kelab untuk tujuan pentadbiran dan padang golf di atas kawasan seluas 107 ekar tanah utama berhadapan pantai.

“Kami tidak mempunyai tanah semasa Kuala Penyu Golf and Country Club didaftarkan pada 1996. Kami telah merancang untuk mendapatkan sebidang tanah yang sesuai untuk sekian lama. Saya telah mengejarnya selama ini, dan baru-baru ini kami memperolehnya dan mendapat kelulusan daripada kerajaan,” katanya.

Menurut Wences, sasaran kelab itu adalah untuk menyiapkan bangunan rumah kelab dan padang golf dalam tempoh lima tahun akan datang.

Turut hasir bersama rombongan ialah Setiausaha Agung Patrick J. Angkee, Penolong Setiausaha Agung Joshua Gantai, Bendahari Thomas Kaling dan Ahli Jawatankuasa Herman Tiongsoh dan Monih Epin.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/20/kepkas-sokong-cadangan-bina-padang-golf-di-kuala-penyu/feed/ 0 42140