kualiti udara – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 01 Sep 2026 04:19:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kualiti udara – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kurangkan aktiviti luar rumah, sentiasa pantau bacaan IPU – Nizam https://sabahmedia.com/2026/09/01/kurangkan-aktiviti-luar-rumah-sentiasa-pantau-bacaan-ipu-nizam/ https://sabahmedia.com/2026/09/01/kurangkan-aktiviti-luar-rumah-sentiasa-pantau-bacaan-ipu-nizam/#respond Tue, 01 Sep 2026 04:18:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102606
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Orang ramai khususnya golongan kanak-kanak, belia dan warga emas dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti fizikal serta aktiviti luar rumah sekiranya kualiti udara berada pada tahap tidak sihat.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, ia termasuklah mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan pernafasan.

“Dalam konteks aktiviti sukan dan rekreasi, saya turut menyeru persatuan sukan, akademi, kelab, jurulatih dan penganjur program supaya sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan masing-masing.

Nizam Titingan

“Saya juga mahu semua yang terlibat membuat penyesuaian sewajarnya terhadap latihan atau aktiviti luar.  Kesihatan dan keselamatan atlet, pemain serta peserta hendaklah menjadi keutamaan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Nizam berkata, aktiviti berintensiti tinggi di kawasan terbuka wajar dikurangkan, ditangguhkan atau dipindahkan ke lokasi tertutup yang bersesuaian sekiranya keadaan tidak mengizinkan.

Beliau turut menyeru seluruh masyarakat agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka yang boleh memburukkan lagi keadaan kualiti udara.

“Sebarang kejadian pembakaran terbuka atau kebakaran hendaklah segera dilaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan dapat diambil.

“Kerajaan Negeri melalui agensi berkaitan akan terus mengikuti perkembangan semasa. Saya percaya Jabatan Alam Sekitar serta agensi-agensi berkenaan sedang mengambil langkah sewajarnya termasuk meningkatkan pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan.

“Saya berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama, mengikuti nasihat pihak berkuasa dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai bacaan IPU melalui saluran rasmi,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/01/kurangkan-aktiviti-luar-rumah-sentiasa-pantau-bacaan-ipu-nizam/feed/ 0 102606