kuarantin – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 30 Dec 2021 11:23:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kuarantin – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jemaah Umrah & Individu Keluar Negara Sebelum 28 Disember Perlu Kuarantin Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/12/30/jemaah-umrah-individu-keluar-negara-sebelum-28-disember-perlu-kuarantin-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/12/30/jemaah-umrah-individu-keluar-negara-sebelum-28-disember-perlu-kuarantin-di-sabah/#respond Thu, 30 Dec 2021 11:23:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10490
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU : Rakyat Sabah yang menunaikan umrah dan keluar negara sebelum 28 Disember 2021 adalah dibenarkan untuk meneruskan perjalanan masuk ke negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mereka hendaklah menjalani kuarantin di negeri Sabah tertakluk kepada ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR) yang disahkan negative sebelum bertolak ke Sabah.

“Kerajaan Negeri memutuskan bahawa rakyat Sabah (Warganegara Malaysia) yang bertolak menunaikan umrah dan keluar negara sebelum 28 Disember 2021, sekembalinya ke Malaysia adalah dibenarkan meneruskan perjalanan masuk ke Negeri Sabah.

“Kerajaan Sabah juga akan menyediakan perkhidmatan Doktor Berdaftar bagi menjalani ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR) di pintu masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur secara percuma kepada rakyat yang bertolak menunaikan umrah dan keluar negara sebelum 28 Disember 2021,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Hajiji berkata, selain itu kerajaan negeri turut menyediakan tempat penginapan kepada rakyat Sabah yang bertolak menunaikan umrah dan keluar negara sebelum tarikh itu yang disahkan positif dan perlu menjalani tempoh kuarantin di Kuala Lumpur.

Katanya, bantuan melalui Yayasan Kebajikan Sabah akan turut disalurkan dan diselaraskan bersama dengan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur.

“Bagi rakyat Sabah yang bertolak menunaikan umrah dan keluar negara selepas 28 Disember 2021, sekembalinya ke Malaysia akan diwajibkan menjalani kuarantin 7 atau 10 hari di Kuala Lumpur.

“Kos kuarantin termasuk penginapan dan sebagainya adalah ditangung oleh para jemaah umrah atau agen pelancongan umrah masing-masing.

“Agen Pelancongan umrah hendaklah memasukkan kos kuarantin termasuklah penginapan dan sebagainya dalam pakej umrah yang disediakan.

“Kos kuarantin termasuk penginapan dan sebagainya bagi rakyat Sabah yang pulang kembali dari luar negara adalah atas tanggungan sendiri,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, syarat-syarat kuarantin adalah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah dari masa ke semasa.

“Walau bagaimanapun, kemasukan individu ke negeri Sabah adalah tertakluk kepada syarat-syarat Pihak Berkuasa Negeri yang sedia ada,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/30/jemaah-umrah-individu-keluar-negara-sebelum-28-disember-perlu-kuarantin-di-sabah/feed/ 0 10490
COVID-19 : Pengembara Dari Negara Berisiko Tinggi Perlu Jalani Kuarantin Wajib Bermula Esok https://sabahmedia.com/2021/12/27/covid-19-pengembara-dari-negara-berisiko-tinggi-perlu-jalani-kuarantin-wajib-bermula-esok/ https://sabahmedia.com/2021/12/27/covid-19-pengembara-dari-negara-berisiko-tinggi-perlu-jalani-kuarantin-wajib-bermula-esok/#respond Mon, 27 Dec 2021 09:29:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10341
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU : Semua pengembara dari luar negara yang ingin ke Sabah perlu menjalani kuarantin wajib selama tujuh hari sebaik tiba di Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke negeri ini berkuatkuasa esok.

Menteri Kerajaan Tempatan dn Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kuarantin mandatori itu perlu dipatuhi pengembara yang datang daripada negara yang disenaraikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini.

“Seperti yang diumumkan semalam, mulai esok (28 Disember), semua pengembara yang datang dari negara tertentu melalui penerbangan antarabangsa dan berhasrat ke Sabah atau dalam perjalanan balik ke Sabah akan melalui kuarantin mandatori tujuh hari di Kuala Lumpur sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan ke Sabah.

“Senarai negara-negara yang yang terlibat dengan peraturan terbaharu ini telahpun diumumkan semalam,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, rakyat negara asing yang tiada pengecualian khas memasuki Sabah juga perlu memohon kebenaran daripada Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Sabah untuk masuk ke negeri ini.

Peraturan itu dikenakan terhadap pengembara yang datang dari negara United Kingdom, Arab Saudi, Australia, Norway, France, Kanada, Denmark, Nigeria, United States, India dan Pakistan.

Senarai negara terbabit telah dikenal pasti berisiko tinggi jangkitan COVID-19 varian Omicron.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/27/covid-19-pengembara-dari-negara-berisiko-tinggi-perlu-jalani-kuarantin-wajib-bermula-esok/feed/ 0 10341
COVID-19: Akibat Gagal Patuhi Arahan Kuarantin Antara Punca Cetus Kluster Baharu di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/15/covid-19-akibat-gagal-patuhi-arahan-kuarantin-antara-punca-cetus-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/15/covid-19-akibat-gagal-patuhi-arahan-kuarantin-antara-punca-cetus-kluster-baharu-di-sabah/#respond Sun, 15 Aug 2021 13:35:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4697
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Akibat kegagalan individu yang tidak mematuhi arahan kuarantin antara punca tercetusnya kluster baharu di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat tiga kluster baharu direkodkan di Sabah iaitu iaitu Kluster Paka Kawiyan, Ranau, Kluster Segama Batu Satu, Lahad Datu dan Kluster Tangkuyan, Kinabatangan.

Menurut Masidi, kes individu yang gagal mematuhi arahan kuarantin mengakibatkan penularan jangkitan COVID-19 itu mencetuskan satu kluster baharu iaitu Kluster Paka Kawiyan, Ranau.

Katanya, hasil siasatan mendapati kes indeks, wanita, 32, yang disahkan positif RT-PCR hasil saringan rentas negeri hari ke-10, telah berinteraksi dengan penduduk kampung di sebuah kawasan kebun getah ketika cuba mendapatkan akses talian internet.

“Hasil beberapa siri saringan kontak rapat pada 29 Julai hingga 14 Ogos 2021, terdapat pertambahan bilangan kes dalam kalangan kontak rapat dan kontak sosial kes indeks.

“Daripada 132 orang yang disaring, Kluster Paka Kawiyan, Ranau ini merekodkan 41 kes positif COVID-19 termasuk 13 kes baharu pada hari ini,”katanya.

Manakala Kluster Segama Batu Satu, Lahad Datu pula adalah merupakan kluster tempat kerja yang berlaku di sebuah syarikat perusahaan tayar.

Kes indeks adalah pekerja lelaki, bukan warganegara, 40, yang didapati positif COVID-19 (RTK-Ag) hasil saringan tempat kerja pada 12 Ogos 2021 di sebuah klinik swasta.

Bagaimanapun, punca jangkitan dari Kluster Segama Batu Satu, Lahad Datu ini masih dalam siasatan namun risiko jangkitan didapati tinggi seperti keadaan rumah kongsi yang sesak serta aktiviti sosial dalam kalangan pekerja setiap petang.

Dalam pada itu, Kluster Tangkuyan, Kinabatangan adalah penularan jangkitan dalam komuniti, dimana kes indeks merupakan kerani wanita, 27, di sebuah ladang sawit di Beluran dan disahkan positif RTK-Ag (keputusan positif 63%) dalam saringan tempat kerja pada 9 Ogos 2021.

Hasil siasatan mendapati kes indeks mempunyai sejarah menghadiri upacara pengebumian ahli keluarga di Kg Tangkuyan, Kuamut.

Aktiviti siasatan kontak seterusnya mendapati seramai 128 kontak keluarga, sosial dan tanggungan telah didapati positif COVID-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/15/covid-19-akibat-gagal-patuhi-arahan-kuarantin-antara-punca-cetus-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 4697
Polis buru empat tahanan lelaki melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/08/01/polis-buru-empat-tahanan-lelaki-melarikan-diri-dari-pusat-kuarantin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/08/01/polis-buru-empat-tahanan-lelaki-melarikan-diri-dari-pusat-kuarantin-covid-19/#respond Sun, 01 Aug 2021 02:03:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3881
Read Time:43 Second

PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang sedang giat memburu empat tahanan lelaki melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19 di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) Penampang pada 1 Ogos 2021, jam 3.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Supritendan Mohd Haris Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini, kesemua tahanan lelaki tersebut telah dipindahkan dari lokap Balai Polis Penampang ke Pusat Kuarantin COVID-19 ILMAN, Penampang secara berperingkat bermula 24 Julai 2021 setelah disahkan positif COVID-19 namun mereka telah melarikan diri.

Keempat-empat tahanan yang telah melarikan diri ialah Mohd Rahman Basir, 24, Arippian Abdul, 27, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20 dan Salman Arip,19.

Kata Mohd Haris, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kesemua tahanan terlibat untuk segera menghubungi Bilik Gerakan IPD Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/01/polis-buru-empat-tahanan-lelaki-melarikan-diri-dari-pusat-kuarantin-covid-19/feed/ 0 3881
KKTP Sedia Beri Laluan PPR Digunakan Sebagai Pusat Kuarantin COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/06/24/kktp-sedia-beri-laluan-ppr-digunakan-sebagai-pusat-kuarantin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/06/24/kktp-sedia-beri-laluan-ppr-digunakan-sebagai-pusat-kuarantin-covid-19/#respond Thu, 24 Jun 2021 02:15:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1837
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah bersedia memberi laluan bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini digunakan sebagai pusat kuarantin pesakit COVID-19.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasneh berkata, pihaknya juga turut bersedia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pengurusan penyediaan kemudahan prasarana berkaitan COVID-19.

“Sehingga kini, kerjasama antara pihak kementerian bersama kerajaan negeri dan pusat khususnya dalam penyediaan prasarana berhubung COVID-19 berjalan lancar.

“Kita mahu pastikan semua pesakit COVID-19 di Sabah tidak tercicir dalam menerima rawatan dan sudah pasti kemudahan terutama tempat kuarantin juga akan terus diperkukuh,”katanya ketika dihubungi disini semalam.

Isnin berkata, kemudahan yang disediakan disetiap PPR amat mencukupi bagi digunakan sebagai pusat kuarantin mahupun keperluan yang berkaitan.

“Setakat ini kita belum menerima sebarang aduan dari pesakit atau penghuni-penghuni yang mendiami pusat-pusat kuarantin manakala kapasiti atau kemudahan yang tersedia juga amat memuaskan,”katanya.

Sehingga kini, sebanyak dua PPR di Sabah digunakan sebagai pusat kuarantin iaitu PPR Bubul Ria Semporna dan PPR Taman Batu Putih Sandakan yang menempatkan seramai 200 orang penghuni.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/24/kktp-sedia-beri-laluan-ppr-digunakan-sebagai-pusat-kuarantin-covid-19/feed/ 0 1837