kuasa kawal selia elektrik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 03 Jan 2024 07:25:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kuasa kawal selia elektrik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah : Kuasa kawal selia elektrik dan tenaga boleh baharu kembali ke Sabah https://sabahmedia.com/2024/01/03/dun-sabah-kuasa-kawal-selia-elektrik-dan-tenaga-boleh-baharu-kembali-ke-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/01/03/dun-sabah-kuasa-kawal-selia-elektrik-dan-tenaga-boleh-baharu-kembali-ke-sabah/#respond Wed, 03 Jan 2024 07:25:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47413
Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan tiga Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pengambilalihan kuasa kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada Kerajaan Persekutuan oleh Kerajaan Sabah.

RUU yang disokong sebulat suara oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah itu adalah melibatkan Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan); Bekalan Elektrik 2024; Tenaga Boleh Baharu Sabah 2024.

Ketiga-tiga RUU itu dibentangkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada persidangan DUN Khas di sini hari ini

Hajiji berkata, pengambilalihan kuasa kawal selia ke atas bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu oleh Kerajaan Sabah akan memudahkan pelan mantap bagi bekalan tenaga stabil di negeri ini.

“Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri melalui penyediaan bekalan tenaga yang mencukupi, stabil, berpatutan dan mampan seperti dalam Pelan Induk Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040) yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan dilancarkan pada September tahun lalu bagi menyokong pelan hala tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri melalui ECoS akan memastikan proses pengambilalihan kuasa kawal selia bekalan elektrik dilaksanakan secara berkesan dan teratur tanpa sebarang gangguan kepada pihak pemegang taruh dalam industri bekalan elektrik di negeri ini.

Katanya, inisiatif itu juga adalah sebahagian daripada penurunan kuasa di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Selepas pewartaan enakmen itu, ECoS akan menjadi badan berkuasa yang mengawal selia sektor bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu di Sabah berkuat kuasa serta- merta.

ECoS telah pun memperoleh kuasa kawal selia ke atas sektor bekalan gas daratan sejak 10 Januari tahun lalu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/03/dun-sabah-kuasa-kawal-selia-elektrik-dan-tenaga-boleh-baharu-kembali-ke-sabah/feed/ 0 47413