Kuasa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 04 Apr 2024 16:19:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kuasa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MUIS serah kepada peguam, dakwaan salah guna kuasa https://sabahmedia.com/2024/04/05/muis-serah-kepada-peguam-dakwaan-salah-guna-kuasa/ https://sabahmedia.com/2024/04/05/muis-serah-kepada-peguam-dakwaan-salah-guna-kuasa/#respond Thu, 04 Apr 2024 16:19:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52182
Read Time:1 Minute, 47 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Mesyuarat Majlis Tertinggi, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) hari ini memutuskan menyerahkan kepada pihak peguam mengenai dakwaan salah guna kuasa berkaitan penggunaan wang zakat yang tular di laman media sosial, baru-baru ini.

Yang di-Pertua MUIS, Datuk Yahya Hussin berkata, perkara itu diputuskan setelah tempoh tamat 24 jam pihak MUIS menuntut permohonan maaf secara terbuka sejak semalam sehingga kini tiada yang tampil untuk membuat permohonan maaf tersebut dari pihak yang bertanggungjawab menyebarkan dakwaan itu.

“Oleh itu, kita telah memutuskan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi, MUIS hari ini, kita serahkan kepada peguam kita. Kita telah dimaklumkan dia (penyebar dakwaan) juga telah melantik peguam. Jadi soal apa yang berlaku, peguam kita akan berbincang dengan peguam dialah.

“Maka tindakan seterusnya kita akan mendapat nasihat daripada peguam kita,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Majlis YDP MUIS Berbuka Puasa dan Menyampaikan Sumbangan kepada Anak-anak Yatim, di kediamannya di sini pada Khamis.

Menurut Yahya lagi, beliau serahkan semua perkara itu kepada pihak berkenaan.

“Saya tidak boleh bercakap lebih dari itu sebab kes itu kita sudah serahkan kepada pihak polis, pihak berkenaan dan kita pun sudah memanggil peguam kita.

“Harapan saya sebagai YDP MUIS, saya harap perkara seperti ini tidak akan berlaku lebih-lebih lagi melibatkan pegawai atau kakitangan MUIS sebab kita diberi amanah apa pun berlaku perlunya kita berbincang dari dalam sebab kita satu keluarga.

“Apatah lagi ianya berkaitan dengan agama, dan perkara zakat ini amat sensitif dan bila kita dituduh menyalahgunakan zakat, ini amat sensitif ia akan menjatuhkan imej MUIS, satu institusi agama yang dihormati.

“Baru juga dalam Dewan Undangan Negeri, Datuk Masidi Manjun memuji-muji kita empat tahun berturut-turut dapat sijil audit bersih dalam pengurusan kewangan yang cukup baik dan apabila dapat dakwaan perkara-perkara seperti ini memang tidak eloklah jadi begitu,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai majlis itu, seramai 50 orang anak yatim dari Madrasah Waqaf Islamiah Sabah (MAWIS), Tanjung Aru menerima sumbangan yang disampaikan oleh Datuk Yahya Hussin.

Sumbangan yang disampaikan berupa wang tunai RM200 setiap seorang dan barangan keperluan makanan masing-masing disumbangkan daripada MUIS dan Koperasi Tanjung Keramat.

Turut diraikan seramai 400 orang ibu-ibu qhatam Quran pada majlis itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/05/muis-serah-kepada-peguam-dakwaan-salah-guna-kuasa/feed/ 0 52182
Serah Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik Sabah & SESB secara berfasa https://sabahmedia.com/2024/01/04/serah-kuasa-kawal-selia-bekalan-elektrik-sabah-sesb-secara-berfasa/ https://sabahmedia.com/2024/01/04/serah-kuasa-kawal-selia-bekalan-elektrik-sabah-sesb-secara-berfasa/#respond Thu, 04 Jan 2024 09:23:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47475
Read Time:49 Second

PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam telah bersetuju dengan penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kepada Kerajaan Negeri Sabah dilaksanakan secara berfasa.

Menerusi satu kenyataan media kementerian berkenaan hari ini, fasa tersebut seperti Fasa 1 – penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah berkuat kuasa pada 3 Januari 2024; dan manakala Fasa 2 – penyerahan SESB dalam tempoh 7 tahun yang dijangka selesai pada tahun 2030.

Katanya, keputusan ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan
Persekutuan untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963.

“Dengan pelaksanaan pemindahan kuasa kawalselia tersebut, Kerajaan Negeri Sabah boleh melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri Sabah dengan sendiri.

“Walaupun demikian, Kerajaan Persekutuan bersedia untuk bekerjasama dan membimbing sekiranya pihak Sabah memerlukan bantuan dan khidmat nasihat daripada Kerajaan Persekutuan.

“Selepas penyerahan ini, adalah diharapkan Kerajaan Negeri Sabah akan sentiasa komited dalam menangani masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah, sekali gus memenuhi peningkatan permintaan elektrik di negeri berkenaan,” kata kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/04/serah-kuasa-kawal-selia-bekalan-elektrik-sabah-sesb-secara-berfasa/feed/ 0 47475
ECoS rasmi ambil alih Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik Sabah hari ini https://sabahmedia.com/2024/01/03/ecos-rasmi-ambil-alih-kuasa-kawal-selia-pembekalan-elektrik-sabah-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2024/01/03/ecos-rasmi-ambil-alih-kuasa-kawal-selia-pembekalan-elektrik-sabah-hari-ini/#respond Wed, 03 Jan 2024 11:05:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47437
Read Time:4 Minute, 14 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Detik bersejarah bermula hari ini 3 Januari 2024 dengan rasminya, kuasa pengawalseliaan pembekalan elektrik di seluruh negeri Sabah beralih tangan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) kepada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS).

Ketua Pegawai Eksekutif ST, Dato’ Ir. Ts. Abdul Razib Dawood berkata, kuasa kawal selia ini meliputi kawal selia ekonomi, teknikal dan keselamatan elektrik.

“Kuasa pengawalseliaan pembekalan elektrik Sabah diserah kepada ECoS secara rasminya hari ini berikutan lulusnya tiga Rang Undang Undang yang telah dibentangkan di Sidang Khas Dewan Undangan Negeri Sabah pada hari ini juga.

“Saya pasti pihak ECoS sudah bersedia dengan pengambilalihan kuasa ini, justeru, dalam usaha memastikan ketersediaan pihak ECoS untuk mengambil alih fungsi dan tugas ST, perancangan dan persediaan telah bermula lebih dua tahun yang lepas,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kuasa Kawal Selia Pembekalan Elektrik Sabah kepada ECoS di sini, hari ini.

Razib (kiri) bersama Nasser semasa sidang media selepas majlis serah kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah.

Sehubungan dengan itu, Razib berkata, beberapa sesi perkongsian pengetahuan seperti program shadow training, attachment dan perkongsian maklumat serta sesi bengkel pemindahan pengetahuan ST-ECoS juga telah dijalankan.

Selain itu, katanya, serahan teknologi maklumat, perisian dan dokumen turut dilaksanakan, disamping penyerapan beberapa pegawai ST ke ECoS.

“Persediaan rapi ini adalah penting bagi memastikan tiada gangguan bekalan ataupun operasi dialami oleh para pengguna, pemegang lesen serta pihak industri di Sabah setelah penyerahan kuasa ini dilaksanakan.

“Dengan itu, pihak ST yakin bahawa pihak ECoS telah bersedia sepenuhnya untuk mengambil alih pengawalseliaan pembekalan elektrik di Sabah dan akan tetap memberikan sokongan apabila perlu,” katanya.

Menurut Razib, susulan keputusan Kerajaan Persekutuan bahawa pembekalan elektrik bagi Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dikekalkan di bawah Kerajaan Persekutuan, pihak ST telah membuka sebuah pejabat di WP Labuan bagi memastikan kawal selia pembekalan elektrik di WP Labuan berjalan dengan lancar.

“ST mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Kawasan ST Pantai Barat Negeri Sabah (Kota Kinabalu) dan Pantai Timur Negeri Sabah (Sandakan) di atas segala perkhidmatan yang diberikan selama ini.

“Pihak ST juga memanjangkan ucapan selamat maju jaya kepada ECoS selaku badan kawal selia pembekalan elektrik negeri Sabah yang baharu,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, pada sidang media sama, Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, pengambilalihan kuasa kawal selia ini hanya melibatkan negeri Sabah dan tidak termasuk Labuan yang masih di bawah kawal selia ST, namun masih mengekalkan kerjasama dengan ST.

“Ini adalah kerana di negeri Sabah ia ada keunikan di mana ada penyambungan dan bekalan menerusi kabel dasar laut ke Labuan, maksudnya kita akan mengawal selia utiliti yang sama iaitu Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

“Kita akan meneruskan usaha-usaha dan berkongsi idea-idea, pendapat dan sebagainya untuk menyelesaikan isu-isu bekalan elektrik secara menyeluruh di Sabah dan Labuan,” katanya.

Menurut Nasser, pihak ECoS juga telah melancarkan satu Pelan Induk dikenali sebagai Sabah Energy Roadmap and Master Plan 2040 (SE-RAMP 2040).

“Pelan ini kita telah merangka 16 strategi inisiatif ke arah untuk kita memastikan kemampan, kedayaharapan bekalan tenaga iaitu gas dan elektrik dan ada juga dari segi mampu milik serta mengambil kira impak alam sekitar,” katanya.

Mengulas mengenai tenaga kerja ECoS, beliau berkata, setakat ini lebih 70 orang kakitangan ECoS yang merupakan tenaga kerja mahir dalam bidang industri yang sama membabitkan anak-anak tempatan Sabah.

“Sepanjang tahun lalu ECoS telah merekrut anak-anak tempatan Sabah yang berpengalaman dan berkemahiran dalam industri yang sama seperti dari SESB, Sabah Gas, ST, Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA Malaysia) dan Sabah Energy Corporation (SEC).

“Maksudnya ECoS telah mengambil pekerja yang ‘ready-made’ dan mahir, mereka yang berpengalaman ini akan melatih lagi yang di bawah, di sini kita kena seimbang di mana kita juga beri peluang kepada pekerja baharu bertujuan untuk menambah kemahiran kepada anak-anak tempatan kita dalam bidang ini.

“Ini juga sebagai salah satu teras ECoS iaitu menambah kemahiran anak-anak Sabah dalam menyertai ECoS,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nasser turut memaklumkan kepada orang awam bahawa info mengenai pengambilalihan kuasa kawal selia ini ada diwar-warkan di laman sesawang Energy Commission of Sabah (ECoS).

“Orang awam boleh layari laman sesawang Energy Commision of Sabah dan mana-mana pihak yang memerlukan penjelasan lebih lanjut bolehlah menghubungi pihak ECoS melalui emel [email protected] atau telefon/WhatsApp di +6088-205 774 bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengawalseliaan pembekalan elektrik di Sabah,” jelasnya.

Terdahulu, Dewan Undangan Negeri telah meluluskan tiga Rang Undang-Undang (RUU) dalam sidang khas hari ini yang memberi ruang kepada Sabah untuk secara rasmi mengambil alih kuasa mengawal selia sektor bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada Kerajaan Persekutuan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor membentangkan RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024 berkata, pindaan itu bertujuan memasukkan fungsi dan kuasa mengenai bekalan elektrik serta tenaga boleh baharu kepada ECOS.

Tiga RUU diluluskan membabitkan Rang Undang-Undang Bekalan Elektrik 2024; Tenaga Boleh Baharu 2024 dan Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024. Selepas pewartaan enakmen itu, ECoS akan menjadi badan berkuasa yang mengawal selia sektor bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu di Sabah berkuat kuasa serta-merta.

ECoS telah pun memperoleh kuasa kawal selia ke atas sektor bekalan gas daratan sejak 10 Januari tahun lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/03/ecos-rasmi-ambil-alih-kuasa-kawal-selia-pembekalan-elektrik-sabah-hari-ini/feed/ 0 47437