Kuasa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 14 Aug 2021 11:10:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kuasa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga MP Bersatu Cabar PH Tidak Merancang Rebut Kuasa atau Bentuk Kerajaan dengan Sokongan Kleptokrat https://sabahmedia.com/2021/08/14/tiga-mp-bersatu-cabar-ph-tidak-merancang-rebut-kuasa-atau-bentuk-kerajaan-dengan-sokongan-kleptokrat/ https://sabahmedia.com/2021/08/14/tiga-mp-bersatu-cabar-ph-tidak-merancang-rebut-kuasa-atau-bentuk-kerajaan-dengan-sokongan-kleptokrat/#respond Sat, 14 Aug 2021 11:20:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4617
Read Time:2 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Tiga ahli Parlimen Bersatu hari ini mencabar Pakatan Harapan (PH) untuk menyatakan secara terbuka kepada rakyat bahawa mereka tidak merancang untuk merebut kuasa atau membentuk kerajaan dengan sokongan kleptokrat.

Gesaan itu dibuat hari ini oleh Anggota Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Ali Biju (Saratok), Datuk Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

Di dalam satu kenyataan bersama itu mereka merujuk kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak membenarkan kleptokrat memegang jawatan dalam pemerintahan.

“Hari ini, DAP (Parti Tindakan Demokratik) telah menyatakan calon Perdana Menteri mereka adalah Datuk Seri Anwar ibrahim. Walaupun mengakui hakikat bahawa Anwar tidak memiliki angka dan dia tentu akan bergantung kepada sokongan kleptokrat dan kelompok mahkamah, mereka tetap menyatakan sokongan mereka terhadap pencalonannya. “

“Setelah membuat penentangan terhadap pemerintahan kleptokrat pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14), apakah ini yang DAP, PKR (Parti Keadilan Rakyat), Amanah (Parti Amanah Negara) mahukan ? iaitu mengambil kuasa walau dengan apa cara sekalipun dengan menjalinkan kerjasama bersama bukan rakan seperjuangan, soal mereka lagi.

Menurut mereka lagi sekiranya tindakan untuk mengambil kuasa itu diteruskan, apakah harga yang dibayar untuk meneruskan kerjasama dengan kumpulan kleptocrat itu? sila nyatakan dan tentunya rakyat berhak untuk mengetahuinya.

Ahli Parlimen Bersatu itu menambah bahawa apa pun yang berlaku sekarang, Muhyiddin tetap gah menjalankan tanggungjawabnya , walaupun karier politiknya terancam dia tetap enggan menyerah kepada kleptokrat, enggan campur tangan dalam kes mahkamah dan enggan menjual masa depan negara kepada pembida tertinggi.

Sementara itu, dalam ucapan khas Muhyiddin yang disiarkan secara langsung di televisyen semalam, beliau telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak-pihak di luar gabungan Perikatan Nasional (PN) setelah undi percaya di Parlimen yang dijadualkan pada 7 September.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga mengatakan bahawa tidak seorang pun MP dapat membuktikan bahawa mereka mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat untuk menghadirkan diri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik mereka sebagai perdana menteri yang baru.

Terdahulu, Muhyiddin berkata tujuh cadangan bagi memastikan kerajaan sedia ada dapat menumpukan kepada usaha menangani krisis kesihatan negara dan tidak mahu kumpulan kleptokrat yang sedang merancang untuk menjatuhkannya kembali berkuasa.

Antara lain Perdana Menteri menjanjikan suatu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja dan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen, jika memperoleh sokongan bipartisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang melebihi majoriti dua pertiga.

Beliau juga berkata kerajaan memberi jaminan akan memperkukuhkan reformasi Parlimen dengan memastikan jumlah MP Kerajaan dan Pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adalah lebih seimbang.

Muhyiddin dalam ucapannya juga menjemput semua pimpinan parti politik untuk bersama membincangkan cadangan tersebut dan sekiranya dipersetujui akan memanggil sidang khas untuk membentang usul undi percaya dengan segera.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/14/tiga-mp-bersatu-cabar-ph-tidak-merancang-rebut-kuasa-atau-bentuk-kerajaan-dengan-sokongan-kleptokrat/feed/ 0 4617
Sabah-Sarawak memeterai perjanjian bekalan kuasa elektrik https://sabahmedia.com/2021/08/06/sabah-sarawak-memeterai-perjanjian-bekalan-kuasa-elektrik/ https://sabahmedia.com/2021/08/06/sabah-sarawak-memeterai-perjanjian-bekalan-kuasa-elektrik/#respond Fri, 06 Aug 2021 05:02:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4127
Read Time:2 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Sabah menerusi syarikat utiliti Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) membuat perjanjian pada Jumaat untuk mendapatkan bekalan elektrik dari Sarawak.

Buat permulaan, Sabah akan mengimport 30MW sehingga 50MW untuk jangka masa 15 tahun melalui talian transmisi litar berkembar 275kV sepanjang 31km (yang berkeupayaan dari segi kapasiti rekabentuk sehingga 300MW) dari Lawas di Sarawak ke Mengalong, Sipitang di Sabah.

Sambungan itu dijangka akan mula beroperasi pada akhir tahun 2023 setelah projek Sambungtara 31km siap bersesuaian dengan pelan pembesaran grid rentas negeri Sabah oleh SESB beserta pelan pembesaran grid di bawah Agenda Bahagian Utara Sarawak Energy yang menghubungkan Miri dengan bandar-bandar di utara Limbang dan Lawas di Sarawak.

SESB menandatangani perjanjian itu dengan anak syarikat Sarawak Energy Berhad (SEB), Syarikat SESCO Berhad. Menyaksikan majlis menandatangani perjanjian Sabah-Sarawak Power Exchange Agreement dan Perjanjian Sambungtara secara maya di sini pada Jumaat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kerajaan negeri menyambut baik inisiatif itu kerana ia akan meningkatkan sistem pembekalan elektrik di Sabah.

“Usaha ini akan membantu memacu pembangunan Sabah seperti yang digariskan dalam pelan pembangunan lima tahun, Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilancarkan pada awal tahun ini.

“Ini kerana bekalan elektrik yang stabil amat penting untuk menjayakan agenda pembangunan SMJ yang berpaksikan kepada tiga teras utama iaitu Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan,” katanya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini hari ini.

Perjanjian itu akan menjadi langkah permulaan yang penting ke arah merealisasikan visi bersama (Common Goal) BIMP-EAGA iaitu untuk menghubungkan infrastruktur di antara negara-negara ASEAN dengan pembinaan Asean Power Grid (APG) yang secara langsung akan memperbaiki tahap ekonomi negara-negara terlibat.

Ketua Menteri berkata pembekalan elektrik yang lebih stabil secara langsung akan meningkatkan pelaburan dari dalam dan luar negara dan menyokong pertumbuhan sektor perindustrian pengilangan serta hiliran (upstream) di samping membuka peluang pekerjaan dalam sektor industri berat dan ringan.

Lebih penting lagi katanya, ia akan memperbaiki tahap sosio-ekonomi terutama di kawasan luar bandar.

Hajiji berkata bahawa perjanjian itu sesuai dengan visi SESB untuk menjadi sebuah syarikat tenaga yang efektif, berwibawa dan pemangkin kepada pembangunan negeri Sabah.

“Justeru dalam persekitaran industri tenaga yang semakin mencabar dan harapan pengguna yang semakin tinggi untuk mendapatkan perkhidmatan yang berdaya harap, usaha-usaha seperti ini adalah sesuatu yang amat penting kepada SESB.

“Menerusi perjanjian ini, kerajaan negeri berharap hubungan yang lebih erat antara negeri Sabah dan Sarawak serta lebih banyak kerjasama menyusul untuk kebaikan dan faedah bersama kedua-dua kerajaan negeri serta rakyatnya,” katanya.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB, Datuk Sharbini Suhaili yang mewakili Syarikat SESCO Berhad.

Majlis secara maya itu turut disaksikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg dari Wisma Bapa Malaysia Petra Jaya di Kuching.

Turut hadir menerusi Zoom ialah Pengerusi Tenaga Nasional Berhad/SESB, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din dan Pengerusi SEB, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/06/sabah-sarawak-memeterai-perjanjian-bekalan-kuasa-elektrik/feed/ 0 4127