Kuasai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 14 Dec 2021 02:41:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kuasai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemimpin Muda Perlu Kuasai Kemahiran Pengucapan Awam – Andi https://sabahmedia.com/2021/12/14/pemimpin-muda-perlu-kuasai-kemahiran-pengucapan-awam-andi/ https://sabahmedia.com/2021/12/14/pemimpin-muda-perlu-kuasai-kemahiran-pengucapan-awam-andi/#respond Tue, 14 Dec 2021 02:41:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9852
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah menganjurkan Bengkel Pengucapan Awam yang melibatkan para pimpinan mahasiswa/pelajar Sabah, pemimpin/aktivis belia dan badan bukan kerajaan (NGO) serta para penggiat media sosial bertempat di Hotel Palace dekat sini.

Bengkel yang berlangsung selama tiga hari bermula 12 Disember hingga 14 Disember 2021 dirasmikan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Andi Muhamad Suryady Bandy.

Andi dalam ucapan perasmiannya berkata, para pimpinan belia, NGO, pelajar, mahasiswa dan penggiat media sosial merupakan pemimpin di peringkat akar umbi yang perlu memiliki dan menguasai kemahiran dan seni pengucapan awam bagi memudahkan mereka menyampaikan setiap dasar dan polisi kerajaan bagi memastikan rakyat bukan sahaja memahami malah mendapat manfaat daripadanya.

Beliau turut berharap para peserta dapat terus mempraktikkan ilmu yang diperolehi melalui bengkel tersebut dengan mencari platform seperti forum, wacana, syarahan, dialog dan sebagainya.

Terdahulu, Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah, Azrul Ibrahim, dalam ucapannya menyatakan bengkel yang diadakan merupakan sebahagian daripada usaha IKRAR untuk mendekati rakyat khususnya anak muda bagi menyemarakkan lagi kebersamaan antara kerajaan dan rakyat.

Bengkel tersebut dikendalikan oleh Roslie Hussien, seorang fasilitator yang berpengalaman dalam bidang pengucapan awam, komunikasi dan kepimpinan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/14/pemimpin-muda-perlu-kuasai-kemahiran-pengucapan-awam-andi/feed/ 0 9852
PRO Perlu Kuasai PR Digital https://sabahmedia.com/2021/10/15/pro-perlu-kuasai-pr-digital/ https://sabahmedia.com/2021/10/15/pro-perlu-kuasai-pr-digital/#respond Fri, 15 Oct 2021 10:17:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7548
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Pegawai Perhubungan Awam (PRO) perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan menguasai kemahiran Perhubungan Awam (PR) Digital.

Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah berkata pengetahuan serta kemahiran tersebut amat penting dalam skop tugas sebagai PRO seiring dengan keperluan perkhidmatan masyarakat dalam era digital masa kini.

“Selain penulisan korporat dan media, PRO mesti menguasai kemahiran teknologi digital khususnya dalam media sosial.

“Paling penting, mereka perlu mempunyai kepekaan yang super tinggi dan super sensitif terhadap isu-isu semasa di jabatan tempat bertugas, di samping berkeupayaan menganalisis dan menyelesaikan isu tersebut,” ujarnya.

Beliau memaklumkan, salah satu tugas PRO adalah mengurus persepsi dan aduan awam yang diterima dan membangun imej korporat organisasi mewakili fungsi-fungsi utama jabatan yang berkaitan.

Oleh itu, peranan PRO dilihat mustahak dalam setiap jabatan terutama dalam memberi nasihat, pandangan, meningkatkan imej jabatan dan mengurus persepsi organisasi.

Beliau ditemui media selepas mempengerusikan mempengerusikan Mesyuarat PRO JaPen Sabah Bil.1/2021 di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Sabah di sini, pada Jumaat.

Menurut Nadzerah, mesyuarat dwitahunan yang diadakan dengan pematuhan SOP itu adalah sebagai platform penyaluran dan perkongsian maklumat di antara JaPen Sabah dengan jabatan tempat PRO bertugas.

“Kita membincangkan program-program kolaborasi di antara JaPen dan di jabatan tempat PRO ditugaskan untuk memastikan program yang dianjurkan mendapat impak besar.

“Mesyuarat ini juga adalah sebagai medium dua hala dan sebagai saluran PRO dalam menyuarakan pandangan atau pendapat dengan idea yang bernas untuk kepentingan kedua-dua organisasi,” jelasnya.

Pada mesyuarat itu, Nadzerah menyerahkan bahan promosi kepada Ketua Penolong Pengarah Keurusetiaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Supian Musa yang mewakili PRO dan menyampaikan Anugerah PRO Terbaik Tahun 2021 kepada Penolong Pegawai Penerangan Bahagian Unit Perubatan Transfusi, Hospital Kanak-Kanak Sabah, Yahya Abdul Rajak.

Untuk rekod, seramai 31 kader PRO jabatan itu kini bertugas di kementerian serta jabatan kerajaan di Sabah yang terdiri daripada Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah (PSUPS), Kolej Komuniti Tawau, Hospital Beaufort, Hospital Kudat, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Hospital Queen Elizabeth, Hospital Queen Elizabeth II, Politeknik Kota Kinabalu, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP), Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Hospital Duchess of Kent Sandakan, Hospital Tuaran, Hospital Beaufort dan Hospital Keningau, selain Esscom.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah (KPP) Media dan Komunikasi Korporat, Peter Tong Ah Pin, KPP Penerbitan Dasar Negara, Busmin Brahim, KPP Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka (BKVS), Razif Che Hashim dan KPP Unit Keurusetiaan, Ahmad Fauzi Lamsin. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/15/pro-perlu-kuasai-pr-digital/feed/ 0 7548