kuih raya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 07 Mar 2026 06:05:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kuih raya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MUTIARA GRS sumbang kuih raya untuk pasukan keselamatan, petugas kesihatan https://sabahmedia.com/2026/03/07/mutiara-grs-sumbang-kuih-raya-untuk-pasukan-keselamatan-petugas-kesihatan-2/ https://sabahmedia.com/2026/03/07/mutiara-grs-sumbang-kuih-raya-untuk-pasukan-keselamatan-petugas-kesihatan-2/#respond Sat, 07 Mar 2026 06:05:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92792
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) meneruskan tradisi kebajikan dengan menyediakan sumbangan kuih raya kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di negeri ini sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Program pembungkusan kuih-muih Hari Raya Aidilfitri itu diketuai oleh isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang Dipertua MUTIARA GRS.

Program tahunan anjuran Biro Kebajikan MUTIARA GRS itu diadakan di Rumah MUTIARA GRS dengan penyertaan pemimpin serta ahli pertubuhan berkenaan yang bergotong-royong menyediakan bungkusan kuih raya untuk diagihkan kepada penerima.

Juliah berkata, inisiatif berkenaan merupakan tanda penghargaan kepada anggota keselamatan dan petugas kesihatan yang terus komited menjalankan tugas demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat, termasuk ketika musim perayaan.

Menurutnya, bagi program tahun ini, MUTIARA GRS menyediakan sebanyak 30 kotak yang mengandungi 300 bungkusan kuih raya selain 15 bakul tangan sumbangan untuk diagihkan kepada penerima.

Katanya, semua bungkusan itu akan diserahkan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada 10 Mac depan sempena Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 kepada Anggota Pasukan Keselamatan dan Petugas Kesihatan sebelum diagihkan kepada agensi berkaitan.

“Program ini bukan sahaja menjadi wadah menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan ahli MUTIARA GRS, malah turut memberi peluang kepada kita berkongsi kegembiraan Aidilfitri dengan mereka yang berkhidmat untuk masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua I merangkap Pengerusi Biro Kebajikan MUTIARA GRS Datin Seri Linda Ewit berkata, program pembungkusan kuih raya itu merupakan antara aktiviti tahunan pertubuhan berkenaan yang mencerminkan semangat kebajikan serta keprihatinan terhadap golongan yang sentiasa berada di barisan hadapan menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat Sabah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/07/mutiara-grs-sumbang-kuih-raya-untuk-pasukan-keselamatan-petugas-kesihatan-2/feed/ 0 92792
Perniagaan kuih raya kembali rancak https://sabahmedia.com/2022/04/25/perniagaan-kuih-raya-kembali-rancak/ https://sabahmedia.com/2022/04/25/perniagaan-kuih-raya-kembali-rancak/#respond Mon, 25 Apr 2022 02:41:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14711
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU : Peniaga-peniaga kuih raya khususnya di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini kini menarik nafas lega susulan beberapa kelonggaran diberikan pada fasa peralihan ke endemik bermula 1 April lalu.

Ini ditambah dengan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 18 April lalu yang turut merancakkan lagi perniagaan.

Para peniaga yang ditemui mengakui Wisma MUIS sebelum ini agak sepi dan lengang berikutan pandemik COVID-19 yang melanda sejak dua tahun lalu namun kini kembali menjadi tumpuan umat Islam termasuk dari beberapa buah daerah lain yang turut membeli persiapan Aidilfitri.

Menurut pemilik gerai Kak Muk Cookies, Madri Anwar berkata, beliau melahirkan rasa syukur dan gembira apabila selepas dua tahun dapat diberi peluang berniaga seperti biasa dan ia merupakan peluang yang dinantikan.

“Alhamdulillah selepas dua tahun kami tidak berniaga, memang agak risau namun pada tahun ini semua peniaga gembira dan bersyukur diberi peluang berniaga seperti sebelum ini, ini yang kami nanti-nantikan.

“Kami juga bersyukur apabila respon yang diterima sangat baik selepas kami turut mengiklankan produk di media sosial,” katanya ketika ditemui di Wisma MUIS disini semalam.

Bagi pemilik gerai Meh Rasa Johor, Mohd Ali Ahmad yang menjual produk kuih raya dari negeri Johor turut mengakui sambutan yang diterima amat memberangsangkan dari pembeli.

pemilik gerai Meh Rasa Johor, Mohd Ali Ahmad

“Kami mula mengambil kuih raya dari Johor sebelum sebelum puasa bermula lagi.  Ini juga merupakan tahun ke lima kami membawa masuk produk ini ke Sabah.

“Pada PKP (Perintah Kawala Pergerakan) sebelum ini, kami telah membuat pemasaran secara atas talian (online), pada masa itu sambutan agak kurang namun pada kali ini ianya amat baik,” katanya.

Sementara itu, bagi pengunjung Faisal Z Salleh berkata, beliau rasa teruja untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini selepas hampir dua tahun PKP.

“Apabila ada kelonggaran oleh kerajaan pada tahun ini, jadi saya dan keluarga rasa teruja, senang dan gembira untuk menyambut.

“Meskipun kita gembira, namun kita perlu sentiasa berhati-hati ketika memandu balik kampung dan berharap agar COVID-19 akan terus hapus selepas ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/25/perniagaan-kuih-raya-kembali-rancak/feed/ 0 14711