Kukusan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 26 Nov 2025 08:12:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kukusan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Calon GRS Kukusan fokus isu tanah, belia dan peluang pekerjaan https://sabahmedia.com/2025/11/26/calon-grs-kukusan-fokus-isu-tanah-belia-dan-peluang-pekerjaan/ https://sabahmedia.com/2025/11/26/calon-grs-kukusan-fokus-isu-tanah-belia-dan-peluang-pekerjaan/#respond Wed, 26 Nov 2025 08:12:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87110
Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh Normimie Diun

TAWAU: Perjuangan perwartaan tanah kampung, pemerkasaan belia dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan menjadi antara fokus utama manifesto calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan, Samsiah Usman, dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17 ini.

Samsiah berkata perwartaan tanah menjadi keutamaan kerana masih terdapat kampung di kawasan Kukusan yang belum melalui proses itu, dan pihaknya berhasrat meneruskan usaha berkenaan secara lebih teratur sekiranya diberikan mandat.

“Kita mahu memastikan mana-mana kampung yang masih belum diwartakan dapat diselesaikan. Insya-Allah usaha ini akan diteruskan bagi memastikan kepentingan penduduk terpelihara,” katanya ketika ditemui Sabah Media di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan komitmen untuk memastikan semua bentuk bantuan kerajaan disalurkan tepat kepada golongan yang memerlukan, selain memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan belia yang kini semakin aktif dalam pelbagai aktiviti termasuk sukan.

Samsiah berkata pihaknya juga akan membawa masuk pelaburan dan industri baharu bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, di samping merancang pembangunan infrastruktur bagi mewujudkan bandar Kukusan yang lebih tersusun dan selesa.

“Banyak kemudahan seperti bangunan kedai dan pasar yang sudah tidak ada atau telah dirobohkan. Kita akan usahakan untuk membinanya semula dengan lebih teratur dan sesuai dengan keperluan kawasan,” katanya.

Mengulas jangkaan jumlah keluar mengundi pada 29 November ini, Samsiah optimis peratusan itu mampu melebihi 70 peratus berdasarkan pemerhatiannya semasa hari pengundian awal kunjungan ke Markas KD Sri Tawau yang menunjukkan pengundi keluar awal bagi melaksanakan tanggungjawab mereka.

Menjawab mengenai sambutan sepanjang kempen, beliau berkata respon yang diterima amat memberangsangkan termasuk daripada golongan belia, dengan kehadiran kira-kira 700 orang pada program belia di Kampung Jawa.

“Walaupun saya calon baharu, penduduk kampung yang berjumpa saya dapat mengenali siapa saya dan menilai kesungguhan yang ingin saya bawa. Alhamdulillah sambutan sangat baik,” katanya.

Beliau turut merayu sokongan pengundi untuk memastikan kesinambungan pentadbiran GRS di N.70 Kukusan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/26/calon-grs-kukusan-fokus-isu-tanah-belia-dan-peluang-pekerjaan/feed/ 0 87110
Samsiah janji utamakan rakyat, sedia pikul amanah di DUN Kukusan https://sabahmedia.com/2025/11/21/samsiah-janji-utamakan-rakyat-sedia-pikul-amanah-di-dun-kukusan/ https://sabahmedia.com/2025/11/21/samsiah-janji-utamakan-rakyat-sedia-pikul-amanah-di-dun-kukusan/#respond Fri, 21 Nov 2025 08:22:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86615
Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi DUN Kukusan, Samsiah Usman, memberi jaminan bahawa beliau akan mengutamakan amanah rakyat dan pucuk pimpinan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri kali ini.

Menurutnya, keyakinan yang diberikan oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor dan Presiden PHRS, Tan Sri Liew Yun Fah, adalah satu tanggungjawab besar yang akan dipikul sebaik mungkin.

Beliau berkata, tradisi perkhidmatan Yun Fah di peringkat kampung menjadi teladan kepadanya dalam menjalankan tugas.

“Saya sudah diberi mandat untuk memegang amanah dan mengutamakan rakyat. Seperti kata Tan Sri Liew, kalau calon tidak bekerja, beliau tidak akan ragu-ragu untuk tukarkan pada bila-bila masa.

“Sebab itu saya harap media bantu saya, jika mendapat mandat daripada rakyat, berikan teguran supaya dapat melakukan yang lebih baik seperti yang kita impikan,” katanya ketika temui selepas program Ceramah Berkelompok di Kampung Sri Menanti, di sini semalam.

Mengulas persepsi bahawa beliau dikatakan baharu dalam politik, Samsiah menjelaskan beliau sebenarnya sudah lama terlibat dan berpengalaman sejak 2001.

“Saya pernah menjadi Ketua Puteri cawangan sejak 2001. Jadi bekerjasama dengan rakyat bukan satu masalah. Jika diberi mandat, saya akan teruskan perkhidmatan untuk belia, ibu tunggal dan hak wanita. Semua golongan akan kita rangkumkan supaya mendapat manfaat,” ujarnya.

Beliau menegaskan kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan dan komitmennya adalah memastikan bantuan itu sampai kepada rakyat.

Sementara itu, Yun Fah berkata, beliau yakin Samsiah mampu menjalan tugas dengan baik berdasarkan sentimen rakyat yang mahukan perubahan dan bukan lagi `pak turut’.

“Saya yakin rakyat Kukusan suka pada perubahan. Mereka sudah tahu nilai kuasa mereka menentukan siapa pemimpinnya. Itu sebab saya berani letakkan Samsiah,” katanya.

Menurutnya, keputusan memberi peluang kepada calon muda adalah selari dengan kepercayaannya bahawa belia wajar diberi ruang lebih besar dalam kepimpinan.

“Banyak pemimpin bercakap mahu bagi peluang kepada belia, tetapi tidak pernah diberi. Kali ini kita benar-benar beri. Saya harap beliau bantu parti supaya impian membawa lebih banyak pembangunan di kawasan ini menjadi kenyataan,” jelas beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/21/samsiah-janji-utamakan-rakyat-sedia-pikul-amanah-di-dun-kukusan/feed/ 0 86615
Rekod kerja sebelum PRN jadi bukti, bukan janji kosong https://sabahmedia.com/2025/11/19/rekod-kerja-sebelum-prn-jadi-bukti-bukan-janji-kosong/ https://sabahmedia.com/2025/11/19/rekod-kerja-sebelum-prn-jadi-bukti-bukan-janji-kosong/#respond Wed, 19 Nov 2025 12:18:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86415
Read Time:1 Minute, 46 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Pilihan Raya Dewan Undangan Sabah kali ini memperlihatkan perubahan besar dalam pemikiran rakyat, khususnya pengundi muda yang tidak lagi mahu menilai calon berdasarkan janji semata-mata tetapi berdasarkan rekod kerja nyata.

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan, Samsiah Usman berkata, GRS berada pada kedudukan kukuh untuk terus diberikan mandat kerana kerajaan itu telah membuktikan komitmen menyelesaikan isu rakyat sebelum pilihan raya diadakan.

“Saya sangat yakin kerajaan GRS akan terus memerintah. Kenapa? Sebab kerja-kerja penting sudah dilaksanakan sebelum PRN. Contohnya pewartaan tanah, rumah SMJ, semua ini dibuat awal, bukan ketika kempen.” katanya ketika ditemui pada program di Kampung Barisan 2 di sini, hari ini.

Samsiah juga menolak tanggapan bahawa GRS menabur janji semata-mata, sebaliknya menekankan bahawa dasar serta program yang dijalankan sudah bermula sejak awal penggal.

“Kita bekerja sebelum pilihan raya. Ini bukan janji, ini kerja yang sudah dibuat.” tegasnya.

Mengulas bagaimana meyakinkan pengundi muda, Samsiah berkata, asas keyakinan itu terletak pada potensi pembangunan Kukusan yang bakal membuka peluang pekerjaan meluas.

“Ramai belia lepasan universiti tidak bekerja dan terpaksa ke Kota Kinabalu atau Kuala Lumpur. Jika pembangunan dipercepatkan di Kukusan, peluang kerja akan terbuka dan mudahlah mereka bekerja serta tinggal dekat dengan keluarga,” katanya.

Beliau percaya faktor ini akan memberi keyakinan besar kepada pengundi generasi muda yang inginkan penyelesaian jangka panjang.

Mengulas hubungan antara parti gabungan, Samsiah memuji kehadiran serta komitmen rakan komponen termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pakatan Harapan (PH) yang hadir membantu kempen setakat ini.

“Alhamdulillah parti komponen sentiasa bersama kami. Bila mereka lapang, mereka turun membantu. Pagi tadi wakil PH pun turun bantu di sini,” ujarnya.

Ditanya mengenai cabaran sepanjang lima hari berkempen, beliau berkata proses mendekati pengundi berjalan lancar kerana dirinya telah aktif bersama masyarakat sejak dua tahun lalu.

“Tidak ada penolakan. Ada yang sokong pembangkang tetapi tetap sambut baik. Malaysia ni demokrasi, undi adalah rahsia.” katanya.

Samsiah turut menekankan fokus khas kepada wanita, khususnya surirumah, untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan kecil.

“Saya sendiri ahli perniagaan. Suri rumah pun boleh berniaga, dapat tambah pendapatan sambil menjaga anak. Banyak peluang boleh diwujudkan di kampung-kampung,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/19/rekod-kerja-sebelum-prn-jadi-bukti-bukan-janji-kosong/feed/ 0 86415
Calon GRS Kukusan janji pembangunan di Kg. Sri Menanti jika diberi mandat https://sabahmedia.com/2025/11/19/calon-grs-kukusan-janji-pembangunan-di-kg-sri-menanti-jika-diberi-mandat/ https://sabahmedia.com/2025/11/19/calon-grs-kukusan-janji-pembangunan-di-kg-sri-menanti-jika-diberi-mandat/#respond Wed, 19 Nov 2025 06:29:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86371
Read Time:1 Minute, 47 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi DUN Kukusan, Samsiah Usman, bertekad membawa perubahan besar di Kampung Sri Menanti, jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17 kali ini.

Katanya, ia termasuklah menaik taraf infrastruktur asas dan memperluaskan skim perumahan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).  

Menurutnya, Kampung Sri Menanti sebelum ini terbiar kerana berstatus penempatan tidak sah, namun pewartaan tanah oleh kerajaan negeri membuka ruang kepada perancangan pembangunan lebih sistematik.

“Dulu kampung ini tak dipandang sebab dianggap bukan penempatan sah. Malah ada yang label penduduk sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Sedangkan ramai pengundi Kukusan tinggal di sini dan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) pun ada dua cawangan aktif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meluangkan masa meninjau kira-kira 30 rumah dalam program ziarah kasih di kampung berkenaan hari ini.

Samsiah berkata aduan paling banyak diterima berkaitan jalan kampung yang sempit dan sistem perparitan yang tidak teratur berikutan rumah dibina rapat antara satu sama lain.

“Kalau diberi mandat, kita akan susun semula rumah-rumah di sini supaya lebih teratur. Parit, jalan raya dan kemudahan asas lain memang akan jadi fokus kita,” katanya.

Beliau turut mendedahkan beberapa kawasan terutama bahagian atas kampung langsung tidak diberi perhatian oleh wakil rakyat terdahulu.

“Penduduk sendiri cakap kawasan atas tak pernah dijenguk. Bila saya turun padang, barulah ada pihak lain datang membantu. Jalan di atas pun sudah mula dibaiki,” katanya.

Mengulas keperluan perumahan, Samsiah berkata GRS komited memperluaskan pembinaan Rumah Mesra SMJ di seluruh Kukusan.

“Rumah SMJ memang antara agenda utama. Insya-Allah kalau diberi mandat, kita akan tambah lagi supaya lebih ramai dapat rumah selesa,” katanya.

Sebagai satu-satunya calon wanita GRS di Pantai Timur selain Kunak, Samsiah turut mahu memperkasakan wanita terutama ibu tunggal untuk lebih berdikari.

“Dalam ekonomi sekarang yang semakin keras, wanita tak boleh terlalu bergantung pada suami. Kita mahu mereka berniaga dan ada pendapatan sendiri,” katanya.

Ditanya peluangnya pada PRU Sabah ke-17, Samsiah berkata beliau semakin yakin berdasarkan sambutan baik daripada penduduk.

“Penduduk nampak usaha kita dari awal. Mereka tahu apa yang kampung ini perlukan, dan sokongan yang saya dapat memang menguatkan semangat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/19/calon-grs-kukusan-janji-pembangunan-di-kg-sri-menanti-jika-diberi-mandat/feed/ 0 86371
Samsiah tekad pastikan pembangunan menyeluruh di DUN Kukusan https://sabahmedia.com/2025/11/14/samsiah-tekad-pastikan-pembangunan-menyeluruh-di-dun-kukusan/ https://sabahmedia.com/2025/11/14/samsiah-tekad-pastikan-pembangunan-menyeluruh-di-dun-kukusan/#respond Fri, 14 Nov 2025 11:22:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85773
Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talats

TAWAU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan, Samsiah Usman, menegaskan bahawa tumpuan utamanya jika diberi mandat oleh rakyat adalah memastikan pembangunan menyeluruh dapat direalisasikan di kawasan tersebut.

“Ini satu tanggungjawab besar. Terima kasih kepada pimpinan tertinggi GRS, khususnya Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor dan Tan Sri Liew kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi calon DUN Kukusan.

“Segala apa yang ingin saya bawa adalah bersandarkan suara rakyat, apa yang rakyat inginkan, itulah yang saya perjuangkan,” katanya pada sidang media di Pejabat PHRS, di sini hari ini.

Menurutnya, potensi pembangunan di Kukusan kini semakin luas selepas tanah di kawasan itu diwartakan, membuka ruang kepada pelaksanaan projek-projek baharu untuk manfaat jangka panjang.

“Dengan pewartaan tanah ini, lebih banyak pembangunan boleh dimajukan. Semua pembangunan yang selama ini tiada, kita akan usahakan supaya wujud di Kukusan. Fokus saya adalah pembangunan menyeluruh, bukan untuk satu kelompok tetapi untuk semua,” tegasnya.

Samsiah berkata, pembangunan yang dimaksudkannya meliputi aspek ekonomi, kebajikan rakyat, peluang pekerjaan dan pengukuhan peranan wanita serta belia dalam masyarakat.

“Kita akan merangkumi semua iaitu wanita, belia, pesara, golongan 40-an. Daripada segi kebajikan, ekonomi dan hak wanita, semuanya akan diberi perhatian,” jelasnya.

Mengulas mengenai persaingan dengan penyandang DUN Kukusan, Datuk Rina Jainal, Samsiah menyifatkan pertandingan sebagai sebahagian daripada proses demokrasi yang sihat.

“Yang menentukan adalah rakyat. Dalam demokrasi, sesiapa pun boleh bertanding. Siapa yang dipilih, dialah yang akan bekerja. Tanggungjawab wakil rakyat adalah untuk memajukan dan membantu rakyat, itu sahaja,” katanya.

Samsiah menegaskan bahawa beliau kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha mendengar dan memahami keperluan penduduk Kukusan demi memastikan pembangunan holistik dapat dicapai sekiranya diberi mandat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/14/samsiah-tekad-pastikan-pembangunan-menyeluruh-di-dun-kukusan/feed/ 0 85773
Jentera DUN Kukusan sedia hadapi PRU17, fokus tambah baik persiapan https://sabahmedia.com/2025/10/04/jentera-dun-kukusan-sedia-hadapi-prn-fokus-tambah-baik-persiapan/ https://sabahmedia.com/2025/10/04/jentera-dun-kukusan-sedia-hadapi-prn-fokus-tambah-baik-persiapan/#respond Sat, 04 Oct 2025 09:48:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82527
Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal, menegaskan bahawa jentera pilihan raya bagi kawasan DUN Kukusan telah lama bersiap sedia dan kini hanya memperkukuh kekuatan bagi menghadapi saingan sengit pada Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Sabah akan datang.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, persiapan di peringkat akar umbi tidak pernah berhenti sejak diberikan mandat untuk berkhidmat, malah kerja lapangan dilakukan secara konsisten sepanjang tempoh perkhidmatan.

“Kami tetap bekerja sejak dulu lagi. Apabila diberikan mandat untuk menjadi calon pada pilihan raya kali ini, kami sudah bersedia dengan konsistensi kerja di lapangan. Cuma sekarang kita memperkukuhkan jentera bagi menghadapi perlawanan (PRU) yang dijangka sengit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Karnival Perpaduan Komuniti peringkat Majlis Perbandaran Tawau di Dewan Terbuka Taman Victoria di sini, hari ini.

Mengulas mengenai spekulasi bahawa DUN Kukusan bakal menjadi antara kerusi ‘panas’ dalam PRU kali ini, Rina berkata, beliau tidak terkejut dengan perkara tersebut.

“Saya ada juga dapat maklumat bahawa Kukusan antara kerusi fokus menjelang pilihan raya tahun ini. Bagi saya, semua orang berhak dan mempunyai peluang untuk menjadi wakil rakyat di tempat masing-masing,” ujarnya.

Beliau menegaskan, siapa pun calon terpilih nanti, semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum di Kukusan perlu terus dipelihara agar hala tuju pembangunan kawasan itu sejajar dengan keperluan penduduk.

“Siapa pun yang terpilih nanti, harus turun padang, menjaga kebajikan rakyat, bekerja dan mengambil kira setiap masalah di peringkat lapangan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/04/jentera-dun-kukusan-sedia-hadapi-prn-fokus-tambah-baik-persiapan/feed/ 0 82527
ADUN Kukusan Nafi Keluar Warisan https://sabahmedia.com/2021/10/18/adun-kukusan-nafi-keluar-warisan/ https://sabahmedia.com/2021/10/18/adun-kukusan-nafi-keluar-warisan/#respond Mon, 18 Oct 2021 12:16:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7638
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal yang didakwa akan meninggalkan Warisan tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan. “Saya masih lagi bersama Warisan dan akan terus menjadi wakil rakyat di bawah payung Warisan.

“Tiada istilah keluar parti dalam hidup saya kerana perjuangan politik saya masih teguh bersama kepimpinan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan juga Warisan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, fitnah sebegini bertujuan melemahkan sokongan terhadapnya di DUN Kukusan namun, beliau yakin penyokong Warisan di kawasan itu tidak mudah terpedaya dengan khabar angin yang disebarkan melalui portal yang dikendalikan pihak lawan.

Mengulas lanjut katanya, dakwaan kononnya beliau keluar parti disebabkan kecewa dengan perjuangan Mohd. Shafie yang semakin hilang arah adalah palsu dan bersifat fitnah.

“Saya melihat visi dan misi yang diperjuangkan presiden parti masih lagi jelas dan Presiden Warisan itu tidak pernah akur dengan tekanan luar.

“Ia jelas terbukti menerusi pendirian Warisan untuk tidak menandatangani perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) yang ditawarkan kerajaan.

“Sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pihak lawan sentiasa melatah, malah sanggup tukar parti dan membeli ADUN Warisan semata-mata mahu terus berkuasa,” katanya.

Naib Ketua Wirawati Sabah berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut melihat laporan dalam portal berkenaan yang cukup jelas dikendalikan tentera siber (cybertrooper).

Dalam portal itu menyatakan, Rina bakal menjadi ADUN Warisan yang terbaru meninggalkan parti dalam tempoh terdekat kerana kecewa dengan perjuangan Presiden Warisan yang dilihat semakin hilang arah.

Ketua Wirawati Bahagian Kalabakan ini memenangi kerusi DUN Kukusan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu dengan majoriti tipis 10 undi dalam pertandingan tujuh penjuru.

Beliau memperoleh 2,834 undi menewaskan pencabar terdekatnya, Chaya Sulaiman mewakili Barisan Nasional yang mendapat 2,824 undi.

Ketika ini, Warisan mempunyai 20 kerusi selepas ADUN Bugaya, Manis Muka Mohd. Darah meninggal dunia pada November tahun lalu dan dua ADUN keluar parti iaitu ADUN Sindumin yang keluar pada 8 Oktober lalu dan ADUN Sebatik, Hassan A. Gani Pg. Amir yang keluar pada Februari lalu. – UTUSAN ONLINE

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/18/adun-kukusan-nafi-keluar-warisan/feed/ 0 7638