Kumpulan Sawit Kinabalu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 15 May 2026 10:23:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kumpulan Sawit Kinabalu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Masidi terima kunjungan hormat Kumpulan Sawit Kinabalu https://sabahmedia.com/2026/05/15/masidi-terima-kunjungan-hormat-kumpulan-sawit-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2026/05/15/masidi-terima-kunjungan-hormat-kumpulan-sawit-kinabalu/#respond Fri, 15 May 2026 10:19:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96733
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun menerima kunjungan hormat daripada Kumpulan Sawit Kinabalu di pejabatnya di sini pada Khamis.

Kunjungan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Kewangan Sabah itu diketuai oleh Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Hazem Mubarak Tun Dr. Musa.

Dalam kunjungan itu turut membincangkan pencapaian semasa syarikat, cabaran industri serta hala tuju strategik syarikat.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Victor Ationg, bersama ahli-ahli lembaga pengarah serta pengurusan kanan syarikat.

Kumpulan Sawit Kinabalu dalam satu kenyataan memaklumkan, kunjungan tersebut membuka ruang perbincangan mengenai prestasi semasa syarikat dan keutamaan operasi dalam memastikan kelangsungan perniagaan yang mampan.

Selain itu, sesi berkenaan turut meneliti strategi untuk memperkukuh daya saing syarikat agar terus berupaya menyumbang kepada pembangunan ekonomi serta kesejahteraan rakyat Sabah pada masa hadapan.

Dalam pertemuan itu, komunikasi dua hala antara pihak syarikat dan Menteri Kewangan Negeri berlangsung secara terbuka dan konstruktif, di samping pelbagai pandangan serta saranan dikemukakan bagi menambah baik operasi syarikat.

Kumpulan Sawit Kinabalu berharap hubungan strategik dengan Kementerian Kewangan Sabah akan terus diperkukuh dan diterjemahkan bukan sahaja melalui dasar serta perancangan, tetapi juga melalui kerjasama bersepadu dalam merealisasikan agenda pembangunan negeri yang berterusan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/15/masidi-terima-kunjungan-hormat-kumpulan-sawit-kinabalu/feed/ 0 96733
Kumpulan Sawit Kinabalu bayar zakat RM 6 juta https://sabahmedia.com/2023/04/11/kumpulan-sawit-kinabalu-bayar-zakat-rm-6-juta/ https://sabahmedia.com/2023/04/11/kumpulan-sawit-kinabalu-bayar-zakat-rm-6-juta/#respond Tue, 11 Apr 2023 04:24:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32536
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Kumpulan Sawit Kinabalu menunaikan kewajiban dengan membayar zakat perniagaan berjumlah RM6,253,196.00 kepada Tabung Zakat, Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS). Jumlah ini merupakan hasil kutipan bagi tahun berakhir 2022.

Majlis disempurnakan dengan penyampaian zakat oleh Datuk Bacho Jansie selaku Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu kepada Datuk Seri Yahya Hussin selaku Yang di-Pertua, Majlis Ugama Islam Sabah disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu.

Sehingga kini, Kumpulan Sawit Kinabalu telah membayar zakat berjumlah RM17,786,849.00 kepada MUIS melalui hasil pendapatan dari tahun 2020 sehingga 2022.

Selain itu, Sawit Kinabalu juga turut membuat sumbangan berjumlah RM100,000.00 kepada Yayasan Nur Juhar dipengerusikan oleh Briged Jeneral Datuk Haji Al Hambra Tun Juhar bagi membantu golongan asnaf di Sabah.

“Sawit Kinabalu menitikberatkan aspek tanggungjawab dalam menyumbang kembali kepada masyarakat dan akan terus menjalankan kewajiban membayar zakat mengikut hasil pendapatan syarikat tahunan yang diharap akan sentiasa menggalakkan.” kata Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu dalam kenyataannya hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/11/kumpulan-sawit-kinabalu-bayar-zakat-rm-6-juta/feed/ 0 32536