Kumpulan Yayasan Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 07 Apr 2024 02:35:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kumpulan Yayasan Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KYS santuni 30 asnaf di Kampung Payas-Payas https://sabahmedia.com/2024/04/07/kys-santuni-30-asnaf-di-kampung-payas-payas/ https://sabahmedia.com/2024/04/07/kys-santuni-30-asnaf-di-kampung-payas-payas/#respond Sun, 07 Apr 2024 02:35:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52295
Read Time:38 Second

Kota Belud : Seramai 30 asnaf sekitar Kampung Payas-Payas disantuni Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) menerusi Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara (ZPBU) dalam satu majlis berbuka puasa bersama masyarakat di sini baru-baru ini.

Majlis yang diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Amin itu turut dihadiri Pengerusi Tanjung Aru Eco Development (TAED) Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon KYS Zulkhairi Ismail.

Pada majlis itu, turut diadakan perkongsian ilmu agama menerusi tazkirah yang telah disampaikan Al-Fadhil Ustaz Daiman Salalah mengenai nilai-nilai dan hikmah Ramadan.

Seramai 150 orang penduduk Kampung Payas-Payas telah hadir dalam majlis yang bukan sahaja menjadi platform untuk mempererat silaturahim di antara masyarakat setempat, malah turut menjadi wadah bagi pembangunan sosiobudaya komuniti. – SABAH MEDIA / FOTO KYS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/07/kys-santuni-30-asnaf-di-kampung-payas-payas/feed/ 0 52295
Current electricity tariff needs to stay until Sabah gets stable power supply https://sabahmedia.com/2023/11/12/current-electricity-tariff-needs-to-stay-until-sabah-gets-stable-power-supply/ https://sabahmedia.com/2023/11/12/current-electricity-tariff-needs-to-stay-until-sabah-gets-stable-power-supply/#respond Sun, 12 Nov 2023 12:46:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45107
Read Time:2 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: If the Sabah Energy Roadmap and Master Plan 2040 is the answer to electricity stability in the State, then, probably, there is hope.

The SE-RAMP 2040 is a 17-year energy roadmap, and if implemented systematically and effectively, it would be able to meet Sabah’s immediate power needs by 2030 as it transitions to become a carbon neutral state.

Among its objectives is to ensure a dependable power supply, with equal access and comprehensive coverage at an affordable price, and would be monitored by the Sabah Energy Council chaired by Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor.

The council will also support and provide guidance in the implementation of the planned short, medium and long-term initiatives, which is also in line with the state government’s aspiration to continue making power accessible to the people while ensuring sustainability for the future of Sabah.

But another issue comes to mind – electricity tariff.

Sabah Electricity Sdn Bhd Chairman Datuk Seri Madius Tangau has described the 34 sen per-unit rate as outdated, and calls for a review.

Although he did not indicate that there would be an increase, he said the electricity tariff should be reviewed to show what the current rate should be.

Tangau noted Sabah’s electricity tariff rate had not been reviewed since SESB, then Sabah Electricity Board, was privatised about 20 years ago.

The rate had only increased by 10 sen for two decades ago, which by right, according to Tangau, should be at 47 sen per-unit by now.

Ultimately the government is the one to decide whether to update the tariff rate and other matters, not SESB, adding that although the utility company is government-owned, its operations are privatised which means it does not receive any funding to run its operations in generating or sourcing new power sources.

The federal government subsidy helps cover the costs, which is also used to operate SESB.

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, in his Budget 2024 speech, announced that the federal government would still support Sabah in terms of subsidy for SESB until 2030 after granting regulatory authority over its electricity to the state starting next year.

The challenge for SESB remains, which is to be able to generate enough power and have sufficient surplus reserve margin to fulfil the current demands and avoid possible outage in the future.

While the federal government is offering subsidies for another six years, SESB must learn to be a self-sufficient operating utility company before the time ends.

If these are materialised, the state’s businesses and economy will thrive, and people’s well-being will improve.

Only then, maybe, the government can consider increasing the electricity tariff.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/12/current-electricity-tariff-needs-to-stay-until-sabah-gets-stable-power-supply/feed/ 0 45107
Kumpulan Yayasan Sabah sertai Perkhidmatan Komuniti Bergerak anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah https://sabahmedia.com/2023/08/19/kumpulan-yayasan-sabah-sertai-perkhidmatan-komuniti-bergerak-anjuran-perbendaharaan-malaysia-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/08/19/kumpulan-yayasan-sabah-sertai-perkhidmatan-komuniti-bergerak-anjuran-perbendaharaan-malaysia-sabah/#respond Sat, 19 Aug 2023 10:18:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40364
Read Time:39 Second

KALABAKAN : Seiring dengan kluster Kesejahteraan Rakyat di bawah konsep Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya, Kumpulan Yayasan Sabah turut menjayakan program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah.

Program ini melibatkan lebih 35 buah jabatan dan agensi diadakan di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Kalabakan di sini hari ini.

Dalam program ini, Kumpulan Yayasan Sabah menawarkan beberapa perkhidmatan untuk orang ramai antaranya peluang melanjutkan pengajian di Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF).

Manakala Sabah Softwoods Bhd. juga turut serta dengan mengadakan temuduga pengambilan pekerjaan dan Benta Edible Oil Sdn. Bhd. menjual minyak masak rahmah jenama Bess.

Program ini dihadiri oleh Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan merangkap Ahli Parlimen P191 Kalabakan dan Ahli Dewan Undangan Negeri N71 Tanjung Batu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/19/kumpulan-yayasan-sabah-sertai-perkhidmatan-komuniti-bergerak-anjuran-perbendaharaan-malaysia-sabah/feed/ 0 40364
Masidi hadiri Majlis Iftar Kumpulan Yayasan Sabah di Ranau https://sabahmedia.com/2023/04/02/masidi-hadiri-majlis-iftar-kumpulan-yayasan-sabah-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2023/04/02/masidi-hadiri-majlis-iftar-kumpulan-yayasan-sabah-di-ranau/#respond Sun, 02 Apr 2023 10:11:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32031
Read Time:45 Second

RANAU: Menteri Kewangan merangkap Wakil Rakyat Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun menzahirkan penghargaan beliau kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana memilih Surau Kampung Terelobou sebagai tapak penganjuran program Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat di sini pada Sabtu.

“Hampir setiap tahun Kumpulan Yayasan Sabah melaksanakan program Iftar seperti ini dengan hasrat mengeratkan hubungan silaturahim di antara komuniti setempat dan agensi kerajaan.

“Acara seperti ini memang baik untuk kita semua. Saya memuji keprihatinan dan kesungguhan Kumpulan Yayasan Sabah menyantuni segenap lapisan masyarakat di Sabah dan ini sememangnya peranan dan identiti Kumpulan Yayasan Sabah,” katanya semasa berucap pada majlis itu.

Majlis tersebut turut menyaksikan Kumpulan Yayasan Sabah memberikan sumbangan kepada golongan Asnaf dan Surau Kg. Terelobou.

Majlis yang dihadiri sekitar 200 orang penduduk Kg Terelobou tersebut dimulakan dengan sesi berbuka puasa sebelum solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

Majis turut dihadiri Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abd. Ghani dan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Hanafiah Diman.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/02/masidi-hadiri-majlis-iftar-kumpulan-yayasan-sabah-di-ranau/feed/ 0 32031
Majlis Iftar Kumpulan Yayasan Sabah, santuni penduduk Kg Tangkee https://sabahmedia.com/2023/04/02/majlis-iftar-kumpulan-yayasan-sabah-santuni-penduduk-kg-tangkee/ https://sabahmedia.com/2023/04/02/majlis-iftar-kumpulan-yayasan-sabah-santuni-penduduk-kg-tangkee/#respond Sun, 02 Apr 2023 04:02:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31995
Read Time:59 Second

SANDAKAN: Kira-kira 200 orang penduduk sekitar Kg Tangkee menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Kumpulan Yayasan Sabah telah bertempat di Masjid Nur Al-Laili, Kampung Tangkee, dekat sini pada Jumaat.

Antara yang hadir ke majlis tersebut, Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sam Mannan.

Pengerusi Masjid Nur Al-Laili, Suna Dori Hamsan menzahirkan penghargaan beliau kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana memilih Masjid Nur El-Nizam sebagai tapak penganjuran program tersebut.

“Kumpulan Yayasan Sabah memainkan peranan penting dalam pembangunan prasarana Masjid Nur Al-Laili.

“Program berbuka puasa hari ini menjalinkan semula hubungan antara masyarakat kita dan Kumpulan Yayasan Sabah.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada
Kumpulan Yayasan Sabah kerana menjayakan program ini di samping memperbaharui ikatan silaturrahim dan kerjasama yang telah lama terjalin selama ini,” katanya semasa berucap pada majlis itu.

Majlis tersebut turut menyaksikan Kumpulan Yayasan Sabah menyumbang kepada dana
pembangunan Masjid Nur Al-Laili.

Majlis dimulakan dengan sesi berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

Program Berbuka Puasa merupakan acara tetap dalam takwim tahunan Kumpulan Yayasan Sabah dalam mengutamakan kebajikan golongan yang kurang bernasib baik, menyediakan bahan makanan dan minuman kepada golongan yang memerlukan di samping memupuk semangat persaudaraan dan persahabatan antara Kumpulan Yayasan Sabah dan masyarakat
setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/02/majlis-iftar-kumpulan-yayasan-sabah-santuni-penduduk-kg-tangkee/feed/ 0 31995
95 peratus inisiatif SMJ Kumpulan Yayasan Sabah telah dilaksanakan https://sabahmedia.com/2023/02/08/95-peratus-inisiatif-smj-kumpulan-yayasan-sabah-telah-dilaksanakan/ https://sabahmedia.com/2023/02/08/95-peratus-inisiatif-smj-kumpulan-yayasan-sabah-telah-dilaksanakan/#respond Tue, 07 Feb 2023 22:50:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29208
Read Time:3 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 95 peratus daripada 17 inisiatif Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya Kumpulan Yayasan Sabah telah berjaya dilaksanakan setakat ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, berkata sebanyak 17 inisiatif itu telah dilaksanakan pada tahun 2022 yang membabitkan dua teras di dalam SMJ iaitu modal insan dan kelestarian hijau.

“Prestasi ini amat membanggakan dan tahniah kepada semua warga Kumpulan Yayasan Sabah yang terlibat dengan pelaksanaan inisiatif ini. Sebagai jentera strategik kerajaan negeri, Kumpulan Yayasan Sabah perlu terus memacu pelbagai program sejajar dengan Hala Tuju SMJ. Namun, usaha tersebut masih belum sampai ke penghujungnya.

“Pembangunan modal insan perlu terus dipertingkatkan khususnya dalam aspek pendidikan. Saya mahu Kumpulan Yayasan Sabah terus memberi fokus kepada pendidikan dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke pengajian tinggi. Saya berharap pelancaran Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) pada bulan Jun tahun lalu, ia dapat meringankan bebanan kewangan Kumpulan Yayasan Sabah dalam membiayai komitmen itu.

“Pada tahun 2022 sebanyak RM28.5 juta telah dibelanjakan untuk memberi tajaan dalam bentuk biasiswa, dermasiswa dan pinjaman kepada 2,823 orang pelajar baharu dan yang sedang belajar. Saya yakin dengan dana terkumpul TPNS akan dapat meringankan bebanan kewangan Kumpulan Yayasan Sabah,” katanya ketika merasmikan Malam Anugerah Kumpulan Yayasan Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Selasa.

Ketua Menteri turut berasa bangga kerana Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) mencatatkan kadar kebolehpasaran graduan lebih kurang 98 peratus manakala University
College Sabah Foundation (UCSF) sebanyak 75 peratus pada tahun 2022.

“Banyak bantuan atau inisiatif yang diberikan kerajaan bagi membangunkan agenda pendidikan di negeri ini. Inisiatif ini membuka sinar baharu kepada penduduk khususnya golongan B40 untuk memastikan anak mereka dapat pendidikan hingga ke peringkat universiti.

“Pemberian Biasiswa, Dermasiswa dan Bantuan Pelajar Negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri untuk memberi peluang kepada anak watan Sabah melanjutkan pengajian dan latihan ke peringkat lebih tinggi. Untuk tujuan tersebut, sebanyak RM57 juta diperuntukkan pada tahun ini.

“Dalam pada itu, usaha Yayasan Sabah yang komited melindungi khazanah yang terkandung di kawasan konservasi di bawah seliaan kumpulan berkenaan, perlu terus dipertingkatkan. Usaha ini sejajar dengan komitmen Kerajaan Negeri Sabah akan sentiasa memastikan pelaksanaan pembangunan sosial dan ekonomi menjamin kelestarian alam sekitar dapat dikekalkan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Ketua Menteri turut meminta pihak pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah perlu terus berusaha agar aktiviti perniagaan anak-anak syarikat akan terus menghasilkan keuntungan sekali gus dapat menggandakan pembayaran dividen kepada ICSB (Innoprise Corporation Sdn Bhd).

“Hampir semua sektor yang diceburi telah mencatatkan pulangan yang lebih baik pada tahun 2022. Keuntungan sebelum cukai dijangka melebihi RM412 juta.Tahniah kepada anak-anak syarikat berkaitan perladangan kelapa sawit dan penjanaan kuasa elektrik yang merupakan penyumbang utama kepada prestasi yang memberangsangkan ini.

“Pemulihan keuntungan oleh anak-anak syarikat di sektor pelancongan dan kayu balak turut memberi kesan kepada prestasi baik ini. Saya dimaklumkan berdasarkan pemantauan berterusan terhadap anak-anak syarikat pada tahun 2022 telah menghasilkan rekod pembayaran dividen kepada ICSB berjumlah RM253.18 juta,” katanya.

Beliau mahu pihak pengurusan terus memberi perhatian dalam perancangan masa hadapan
mereka, antaranya memastikan Kumpulan Yayasan Sabah ditadbir secara efisien dari segi kos; mentranformasikan anak-anak syarikat yang rugi melalui usaha sama dimana wang pelaburan akan disuntik oleh rakan kerjasama dan mengewangkan (monetise) aset-aset Kumpulan Yayasan Sabah yang tidak diusahakan seperti tanah dan perhutanan.

Menambah nilai dan pulangan atas anak-anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah melalui penyenaraian di bursa saham; berkolaborasi dengan organisasi dari dalam dan luar negara
yang mempunyai kepentingan bersama; pemantauan berterusan anak-anak syarikat untuk mempastikan prestasi yang baik agar pembayaran dividen yang maksima dapat dilakukan.

Pelaksanaan Projek Pembangunan Pavillion Habour City, Jesselton Waterfront Sdn Bhd dan Lok Kawi Resort City; memastikan hasil tunai (cash entitlements) dari projek pembangunan bersama dapat diterima dengan secepat mungkin; dan melaksanakan beberapa projek pembangunan hidroelektrik baharu di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti.

Hadir sama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir; Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar serta Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Jasnih Daya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/08/95-peratus-inisiatif-smj-kumpulan-yayasan-sabah-telah-dilaksanakan/feed/ 0 29208
Kumpulan Yayasan Sabah mulakan Program Penanaman Bahan Mentah https://sabahmedia.com/2022/12/05/kumpulan-yayasan-sabah-mulakan-program-penanaman-bahan-mentah/ https://sabahmedia.com/2022/12/05/kumpulan-yayasan-sabah-mulakan-program-penanaman-bahan-mentah/#respond Mon, 05 Dec 2022 08:09:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=25839
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU : Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pusat Kraftangan Sabah (PKS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dalam memastikan bekalan rantaian bahan mentah yang mampan sempena Program Penanaman Bahan Mentah (2023-2026) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Isnin.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin Madingkir.

Menandatangani bagi pihak Kumpulan Yayasan Sabah ialah Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar dan disaksikan oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Hanafiah Diman, manakala MTIB diwakili oleh Ketua Pengarah, Kamaruzaman Othman dan disaksikan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC), Farydatul Nazly Mohd. Zin.

Datuk Abidin berkata, program anjuran PKS di bawah Program Khas Anak Negeri Sabah (PKAN) akan mengurangkan permintaan terhadap hutan asli kita sebagai sumber bahan mentah, memastikan daya maju jangka panjang bahan mentah seperti buluh dan rotan, yang merupakan komoditi penting dalam industri kraftangan.

“Program penanaman akan dijalankan di kawasan Konsesi Yayasan Sabah dengan penglibatan masyarakat setempat,” katanya semasa berucap pada majlis itu.

Menurut Datuk Abidin, Kumpulan Yayasan Sabah telah menjalin hubungan kerjasama dengan agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi seperti Jabatan Perhutanan Sabah,
Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Jabatan Pertanian Sabah dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Sabah) untuk menyediakan kepakaran dan khidmat nasihat strategik bernilai tinggi bagi memastikan keberkesanan program tersebut.

“MTIB akan menyediakan perundingan teknikal mengenai pemilihan spesies, teknik penanaman, pembajaan dan rawatan; menjalankan kajian dan penyelidikan mengenai bahan, produk, mesin dan peralatan; dan memberi pengiktirafan kepada peserta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 berdasarkan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT),” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, limpahan sumber asli Sabah mesti digunakan secara mampan untuk menjana pendapatan dan pertumbuhan ekonomi negeri dalam sektor perindustrian.

“Justeru, program ini dijangka dapat memperkukuh pertumbuhan ekonomi, mengembangkan sektor huluan dan hiliran serta menghasilkan bahan eksport yang ketara yang mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara kita.

“Kumpulan Yayasan Sabah akan terus mempelbagaikan usahanya untuk membangunkan inisiatif yang mampan demi memperkasakan pengusaha industri kayu tempatan kita,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/05/kumpulan-yayasan-sabah-mulakan-program-penanaman-bahan-mentah/feed/ 0 25839