kundasang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 23 May 2026 07:32:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kundasang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kundasang berpotensi jadi hab pengeluaran bawang merah negara https://sabahmedia.com/2026/05/23/kundasang-berpotensi-jadi-hab-pengeluaran-bawang-merah-negara/ https://sabahmedia.com/2026/05/23/kundasang-berpotensi-jadi-hab-pengeluaran-bawang-merah-negara/#respond Sat, 23 May 2026 07:31:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97192
Read Time:1 Minute, 54 Second

KUNDASANG: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) terus memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara menerusi pembangunan Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah MARDI di Kundasang yang berpotensi menjadi antara hab pengeluaran bawang merah strategik negara menjelang 2030.

Komitmen itu dizahirkan menerusi lawatan kerja Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin ke projek berkenaan di Kampung Mesilou bagi meninjau perkembangan pelaksanaan pengeluaran benih bawang merah bersama usahawan tani bimbingan MARDI.

Lawatan itu sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan memperkasa industri bawang merah tempatan melalui penghasilan benih berkualiti tinggi, peningkatan produktiviti serta pengurangan kebergantungan terhadap import bawang.

Dalam kenyataan media hari ini, Chan berkata beliau turut diberikan taklimat mengenai kemajuan projek termasuk penggunaan varieti bawang merah MARDI iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3 yang dibangunkan khusus untuk menyokong pengeluaran bawang tempatan secara lebih mampan dan kompetitif.

Beliau turut melawat kawasan tanaman bawang serta Rumah Pengeringan dan Penyimpanan Benih Bawang Merah yang dibangunkan MARDI sebagai infrastruktur sokongan bagi memastikan pengeluaran benih dapat dilaksanakan secara konsisten dan memenuhi standard kualiti ditetapkan.

Kemudahan bernilai RM523,000 itu berfungsi sebagai pusat pengendalian, pengeringan dan penyimpanan benih sebelum diedarkan ke Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Inisiatif itu selaras dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan import bawang sebanyak 30 peratus menjelang 2030 selain memastikan industri bawang negara terus relevan, mampan dan berdaya saing.

Projek pengeluaran benih bawang merah itu dilaksanakan bersama usahawan bimbingan MARDI, Shahrizal Denci yang mula terlibat dalam program berkenaan pada 2024.

Sepanjang dua musim penanaman terdahulu, beliau berjaya menghasilkan 20 metrik tan bawang merah di kawasan seluas lima ekar.

Seiring perkembangan projek, kawasan penanaman kini diperluaskan secara berperingkat sehingga mencapai 40 ekar menjelang 2030 dengan sasaran pengeluaran keseluruhan sehingga 200 metrik tan.

Pembangunan berskala besar itu dijangka mampu meningkatkan bekalan bawang merah tempatan sekali gus mengurangkan kebergantungan negara terhadap import bawang.

Selain memperkukuh pengeluaran benih tempatan, projek berkenaan turut menjadi model kerjasama strategik antara kerajaan, institusi penyelidikan dan komuniti tani dalam membangunkan ekosistem industri bawang merah yang lebih moden, berdaya tahan dan bernilai tinggi.

MARDI akan terus komited memperkasa pembangunan teknologi pertanian, pemindahan inovasi serta sokongan teknikal kepada komuniti tani bagi memastikan industri bawang merah tempatan terus berkembang secara mampan dan menyumbang kepada agenda sekuriti makanan negara.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Ketua Pengarah MARDI, Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/23/kundasang-berpotensi-jadi-hab-pengeluaran-bawang-merah-negara/feed/ 0 97192
Kundasang berpotensi jadi destinasi pelancongan rekreasi berasaskan alam https://sabahmedia.com/2026/01/05/kundasang-berpotensi-jadi-destinasi-pelancongan-rekreasi-berasaskan-alam/ https://sabahmedia.com/2026/01/05/kundasang-berpotensi-jadi-destinasi-pelancongan-rekreasi-berasaskan-alam/#respond Mon, 05 Jan 2026 03:26:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89248
Read Time:1 Minute, 8 Second

KUNDASANG: Keunikan landskap semula jadi serta persekitaran yang masih terpelihara menjadikan Kundasang antara lokasi berpotensi tinggi untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi berasaskan alam semula jadi.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Johari Suhaimin berkata, penganjuran sukan lasak seperti pacuan empat roda (4×4) di daerah itu membuka ruang kepada pengunjung dan peserta untuk merasai sendiri pengalaman rekreasi luar yang menggabungkan aktiviti lasak dengan keindahan alam sekitar.

“Acara 4×4 yang dianjurkan di kawasan ini memberi peluang kepada peserta dan pengunjung untuk menikmati keindahan alam semula jadi.

“Selain itu, peserta sambil menjalani aktiviti mencabar yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kundasang New Year Super Novice 4×4 Challenge 2026 di sini baru-baru ini.

Johari berkata, kehadiran peserta serta pengunjung turut memberi impak positif kepada ekonomi setempat, khususnya kepada pengusaha kecil, peniaga tempatan dan komuniti sekitar.

Pada masa sama, beliau menegaskan kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar agar aktiviti pelancongan berasaskan alam dapat diteruskan tanpa menjejaskan flora dan fauna di kawasan berkenaan.

“Keseimbangan antara pembangunan pelancongan dan pemeliharaan alam semula jadi perlu diberi keutamaan supaya Kundasang kekal sebagai destinasi pelancongan yang lestari untuk generasi akan datang,” katanya.

Menurutnya lagi, penganjuran program sukan dan rekreasi berasaskan alam seperti itu juga diharap dapat diperkasakan pada masa hadapan dengan penglibatan lebih meluas, sekali gus memperkukuh kedudukan Kundasang sebagai antara destinasi pelancongan sukan utama di negeri ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/05/kundasang-berpotensi-jadi-destinasi-pelancongan-rekreasi-berasaskan-alam/feed/ 0 89248
GRS nafi dakwaan calon bebas wakili gabungan itu di DUN Kundasang https://sabahmedia.com/2025/11/28/grs-na%ef%ac%81-dakwaan-calon-bebas-wakili-gabungan-itu-di-dun-kundasang/ https://sabahmedia.com/2025/11/28/grs-na%ef%ac%81-dakwaan-calon-bebas-wakili-gabungan-itu-di-dun-kundasang/#respond Fri, 28 Nov 2025 01:15:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87244
Read Time:1 Minute, 6 Second

RANAU  : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menafikan dakwaan wujud calon bebas yang mewakili gabungan itu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) ke-17.

Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata, gabungan itu hanya diwakili oleh Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam untuk bertanding mempertahankan kerusi DUN Kundasang.

“GRS sebulat suara memberi sokongan penuh kepada Dr Joachim, dan sebarang dakwaan bahawa calon bebas bertanding atas nama GRS adalah tidak benar serta boleh mengelirukan pengundi,”‘katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Titian Harmoni Bersama Calon GRS di Dewan Serbaguna Kg. Viha Lobou Baru di sini.

Masidi yang juga calon DUN Karanaan berkata, semua ahli dan jentera GRS telah diarahkan untuk bekerja keras membantu kempen Dr Joachim bagi memastikan kemenangan calon gabungan itu dalam pilihan raya yang dijadual berlangsung esok.

Beliau turut mengingatkan pengundi agar tidak terpengaruh dengan sentimen emosi atau rasa tidak puas hati terhadap individu tertentu sehingga sanggup menggadaikan kepentingan parti dan kerajaan.

“Jangan kerana marah kepada calon, kita hancurkan parti dan kerajaan. Parti dan kestabilan kerajaan jauh lebih penting daripada individu,” tegasnya.

Tambah beliau, pilihan raya kali ini bukan soal mencari siapa yang lebih baik secara peribadi, sebaliknya adalah untuk memastikan GRS terus diberi mandat mentadbir kerajaan demi menjamin kestabilan politik dan kelangsungan pembangunan di Sabah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/28/grs-na%ef%ac%81-dakwaan-calon-bebas-wakili-gabungan-itu-di-dun-kundasang/feed/ 0 87244
Dr. Joachim yakin pertahan Kundasang, teruskan pembangunan https://sabahmedia.com/2025/11/23/dr-joachim-yakin-pertahan-kundasang-teruskan-pembangunan/ https://sabahmedia.com/2025/11/23/dr-joachim-yakin-pertahan-kundasang-teruskan-pembangunan/#respond Sun, 23 Nov 2025 06:46:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86791
Read Time:1 Minute, 54 Second

RANAU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi DUN Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, kekal optimis menghadapi saingan 10 penjuru, sambil menekankan pengalaman dan rekod kejayaan sebagai asas kepimpinan.

“Manifesto kami ringkas, realistik dan memberi kesinambungan kepada pembangunan sedia ada untuk manfaat rakyat Kundasang,” katanya pada Majlis Mirumo-Rumo Masyarakat PDM Kaingaran dan PDM Timbua, pada Sabtu (22 November).

Dr. Joachim berkata fokusnya adalah memperkukuh pembangunan fizikal, ekonomi dan kebajikan rakyat sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17 pada 29 November ini.

Beliau menekankan potensi Kundasang sebagai destinasi pelancongan utama di Sabah, terkenal dengan keindahan alam semula jadi, cuaca sejuk serta peluang pelancongan ekologi, termasuk sungai besar yang sesuai untuk aktiviti rekreasi.

Selain itu, pembangunan infrastruktur bukan hanya tertumpu di pekan utama tetapi turut meliputi perkampungan terpencil bagi memastikan akses kemudahan asas kepada semua penduduk. Jalan dari Pekan Ranau ke kampung-kampung besar telah dinaik taraf, sementara pembangunan diteruskan ke Kaingaran termasuk pusat kesihatan dan sekolah.

“Penduduk DUN Kundasang tersebar luas, jadi pembangunan mesti menyeluruh supaya semua pihak mendapat manfaat,” jelas Dr. Joachim.

Sepanjang lebih 20 tahun mewakili kawasan ini, beliau mencatat beberapa pencapaian penting antaranya memperluas bekalan elektrik ke kawasan pedalaman dan membina loji rawatan air untuk memenuhi keperluan asas rakyat. Projek naik taraf jalan raya turut memudahkan pengangkutan hasil pertanian, sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk secara semula jadi.

Bagi golongan belia, Dr. Joachim menekankan peluang membuka tanah sendiri dan menyertai aktiviti ekonomi tempatan sebagai langkah membina masa depan mampan.

Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan untuk menyokong pembangunan projek belia dan infrastruktur yang boleh dimanfaatkan seluruh masyarakat.

Pelancongan turut menjadi fokus utama. Beberapa zon sungai dipelihara dan dibangunkan sebagai tarikan pelancongan, manakala projek jambatan gantung dirancang untuk memudahkan akses penduduk kawasan terpencil.

Beliau memberi jaminan setiap peruntukan dan projek pembangunan diagihkan secara adil mengikut keperluan kawasan dan sumber yang tersedia, dengan pendekatan realistik dan berperingkat bagi memastikan pelaksanaan berkesan.

Dr. Joachim dilihat sebagai calon pilihan untuk meneruskan legasi pembangunan di Kundasang.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat N.36 Kundasang, Ustaz Nordin Adzmain Abdul Salam; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dounis Sani; Ketua Daerah, OKK Dominic Ghanie; Pemaju Mukim Timbua; Handdy Jaidi; Ketua Anak Negeri, Aini Tampig; pemimpin-Pemimpin setempat, Ketua-ketua adat serta Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/23/dr-joachim-yakin-pertahan-kundasang-teruskan-pembangunan/feed/ 0 86791
Penduduk DUN Kundasang mahu GRS kekal demi pembangunan berterusan https://sabahmedia.com/2025/11/22/penduduk-dun-kundasang-mahu-grs-kekal-demi-pembangunan-berterusan/ https://sabahmedia.com/2025/11/22/penduduk-dun-kundasang-mahu-grs-kekal-demi-pembangunan-berterusan/#respond Sat, 22 Nov 2025 04:32:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86659
Read Time:1 Minute, 55 Second

Oleh Normimie Diun / foto Sabah Media/ Yusof Mohamad/ Zainal Zamzuri

RANAU: Majoriti penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang mahu kesinambungan pentadbiran kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diteruskan pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17 pada 29 November ini.

Dr.Joachim bersama penduduk Kampung Pugi.

Tinjauan Sabah Media di Kampung Gunsapou dan Kampung Pugi mendapati rata-rata penduduk memilih untuk bersama GRS kerana pelbagai kemudahan asas yang telah dibawa ke kawasan mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dr Joachim beramah mesra dengan penduduk Kampung Pugi.
Rukimin (kanan) ucap terima kasih kepada calon GRS Dr Joachim semasa lawatan di Kampung Gunsapou.

Ketua Kampung Gunsapou, Rukimin Sambalik, 60, berkata beliau melihat perubahan ketara apabila pelbagai projek dinaik taraf termasuk jambatan, jalan raya, mini dewan, surau, rumah penjaga surau serta pewartaan tanah seluas 45 ekar untuk kampung itu.

“Selepas melihat semua pembangunan ini, saya tidak pergi ke mana-mana lagi selain GRS yang benar-benar membawa kemajuan ke kampung kami. Terima kasih kepada GRS, khususnya YAB Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan mantan Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun yang banyak membantu rakyat di kawasan ini,” katanya.

Rambanu

Seorang lagi penduduk Gunsapou, Rambanu Matinggi, 60, turut menzahirkan rasa penghargaan atas kemudahan yang disediakan kerajaan.

Di Kampung Pugi, Jail Kandayon, 61, berkata beliau menyokong GRS kerana parti itu jelas membawa pembangunan yang amat diperlukan penduduk.

Jail

“Saya sokong kerajaan GRS kerana saya nampak GRS dapat bantu kawasan ini, terutama dari segi jalan raya. Itu keutamaan kami. Banyak kemudahan lain yang kami mahu, tapi bagi saya, biarlah jalan raya didahulukan. Terima kasih kepada YAB Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, saya harap beliau terus memperjuangkan pembangunan di kawasan kami,” katanya.

Seorang lagi penduduk kampung itu, Christer Jail, 33, berharap GRS kekal sebagai kerajaan agar pembangunan di Kundasang dapat diteruskan.

Christer (kanan) dan Shamsudin

“Kami mahu GRS kekal memerintah supaya pembangunan di tempat kami dapat diteruskan, berterusan dan semakin maju,” katanya.

Bagi Shamsudin Bani, 36, GRS diyakini mampu mencapai kejayaan pada PRU DU Sabah ke-17, sekali gus memastikan pembangunan lebih pesat di Kundasang.

Suhail

Sementara itu, Suhail Jaudin, 28, berkata sokongannya kepada GRS berpaksikan rekod pentadbiran yang telah menyediakan kemudahan jalan raya dan pembangunan lain untuk penduduk setempat.

“Tentunya kami mahu GRS terus memerintah kerana sudah nampak hasilnya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/22/penduduk-dun-kundasang-mahu-grs-kekal-demi-pembangunan-berterusan/feed/ 0 86659
Latihan perubatan rimba perkasa keupayaan penyelamat Gunung Kinabalu https://sabahmedia.com/2025/11/06/latihan-perubatan-rimba-perkasa-keupayaan-penyelamat-gunung-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2025/11/06/latihan-perubatan-rimba-perkasa-keupayaan-penyelamat-gunung-kinabalu/#respond Thu, 06 Nov 2025 02:04:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85057
Read Time:2 Minute, 12 Second

KUNDASANG : Keupayaan pasukan penyelamat dan kakitangan di Gunung Kinabalu dipertingkat ke tahap lebih tinggi melalui pelaksanaan latihan perubatan rimba secara berperingkat hasil kerjasama strategik pelbagai agensi.

Inisiatif itu melibatkan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Taman-Taman Sabah (TTS), Wilderness and Austere Medicine Society Malaysia (WAMS), Wilderness Medicine Special Interest Group (MyCEP) serta Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth.

Program berkenaan memberi tumpuan kepada latihan praktikal pengurusan kecemasan di kawasan terpencil yang jauh daripada fasiliti perubatan, merangkumi modul seperti Wilderness Basic Life Support, Wilderness First Aid, Wilderness Advanced First Aid dan Wilderness First Responder.

Penolong Pengarah Kanan Taman Kinabalu, Justinus Guntabid, berkata peningkatan jumlah pendaki setiap tahun menjadikan latihan ini penting bagi memastikan kesiapsiagaan pasukan penyelamat dan kakitangan taman sentiasa berada pada tahap optimum.

“Kebanyakan kecederaan melibatkan ketegangan otot, terseliuh dan patah tulang. Namun, kami juga berdepan kes serius seperti keletihan melampau, penyakit altitud tinggi, hipotermia, reaksi alahan serta serangan jantung,” jelasnya.

Beliau menambah, sistem perubatan lapangan yang tersusun bukan sahaja mempercepat proses evakuasi tetapi juga berpotensi menyelamatkan nyawa di puncak tertinggi Malaysia itu.

Menurut Doktor Perubatan Rimba WAMS Malaysia, Dr Muhamad Na’im Ab Razak, perubatan rimba memberi tumpuan kepada kecemasan yang berlaku di luar jangkauan hospital, di mana bantuan profesional mungkin mengambil masa berjam-jam untuk tiba.

“Kejayaan misi menyelamat bergantung pada penilaian pesakit, penstabilan awal serta aplikasi prinsip Rawatan Lapangan Berpanjangan,” katanya sambil menegaskan bahawa latihan ini melengkapkan peserta dengan kemahiran penting bagi meningkatkan peluang kelangsungan hidup mangsa di kawasan terpencil.

Sementara itu, Pengarah Program dari UMS, Profesor Madya Dr Fairrul Kadir, mendedahkan bahawa pihak universiti kini membangunkan platform telekonsultasi yang membolehkan pasukan penyelamat di Panalaban atau pos altitud tinggi berhubung terus dengan pakar perubatan kecemasan secara masa nyata.

“Melalui sistem ini, penyelamat boleh menerima panduan rawatan dan sokongan evakuasi segera daripada pakar,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa data daripada Taman-Taman Sabah menunjukkan beberapa jenis kecederaan utama yang menyumbang kepada kesukaran evakuasi dan kematian, dan UMS komited untuk mencari penyelesaian berasaskan penyelidikan serta inovasi teknologi.

Pakar Perubatan Rimba UMS, Profesor Madya Dr Mohammad Hamim, pula menjelaskan projek ini turut memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi membantu keputusan masa nyata dan memperkukuh komunikasi semasa misi menyelamat.

“Masa depan perubatan rimba di Malaysia bergantung pada gabungan antara pengalaman manusia dan sistem pintar — bagi memastikan keselamatan setiap nyawa,” katanya.

Kursus Wilderness Basic Life Support pertama telah dilaksanakan pada 5 November 2025 di Taman Kinabalu, melibatkan 30 peserta terdiri daripada pegawai taman, malim gunung, renjer, penyelamat air serta kakitangan sokongan.

Latihan itu merangkumi topik seperti serangan jantung di kawasan rimba, teknik bantuan hayat asas, pengurusan penyakit altitud tinggi, pencegahan hipotermia, serta rawatan kecederaan muskuloskeletal. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/06/latihan-perubatan-rimba-perkasa-keupayaan-penyelamat-gunung-kinabalu/feed/ 0 85057
Program Adat Kerungkapan kukuhkan perpaduan komuniti Kundasang https://sabahmedia.com/2025/07/16/program-adat-kerungkapan-kukuhkan-perpaduan-komuniti-kundasang/ https://sabahmedia.com/2025/07/16/program-adat-kerungkapan-kukuhkan-perpaduan-komuniti-kundasang/#respond Wed, 16 Jul 2025 04:11:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77406
Read Time:1 Minute, 28 Second

RANAU: Pelaksanaan Program Adat Kerungkapan di Kampung Tarawas, Kundasang dilihat mampu memperkukuh perpaduan dalam kalangan penduduk setempat, termasuk mereka yang bukan berasal dari kampung berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, program sebegitu memberi ruang kepada pemimpin dan komuniti untuk bersama-sama membincangkan pembangunan kampung secara harmoni.

“Di sinilah kita dapat berkumpul dan berbincang mengenai hal ehwal kampung secara harmoni. Ia sekali gus mengeratkan silaturahim dan memupuk perpaduan dalam komuniti,” katanya ketika merasmikan Hari Pelaksanaan Adat Kerungkapan di Kampung Tarawas sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Pesta Menuai, di sini, pada Ahad.

Program selama dua hari itu turut melibatkan Kampung Tinaum dan Kampung Mangkapoh.

Sebelum itu, Dr. Joachim serta semua hadirin diberikan taklimat oleh Ketua Daerah (OKK) Dominic Ghanie, yang menjelaskan bahawa “rungkap” berasal daripada bahasa Dusun yang bermaksud ‘orang luar yang bukan berasal dari kampung tersebut’.

Menurutnya, individu dikenali sebagai “orang rungkap” dibenarkan mengusahakan tanah di kampung berkenaan bagi tujuan pertanian, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang kampung.

Sehubungan itu, Dr. Joachim merakamkan penghargaan kepada para peserta rungkap yang diketuai Aliyu Zinin atas penyertaan mereka dalam program berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan pembinaan sebuah dewan mini untuk kegunaan komuniti kampung serta pelaksanaan kerja-kerja pembaikan jalan di Kampung Tarawas dalam masa terdekat.

Program berkenaan turut diserikan dengan perasmian dewan mini di Kampung Mangkapoh serta sambutan Pesta Menuai.

Selain itu, taklimat mengenai Program PANTAS di Kampung Tinaum turut disampaikan oleh Setiausaha Sulit kepada Dr. Joachim, Japili Sami.

Turut hadir, Setiausaha Politik Dr. Joachim, Yubidi Gompoyo; Ketua Daerah OKK Muhasip Roman; Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Dounis Sani; Ketua-ketua Anak Negeri; Wakil Ketua Anak Negeri; Ketua-ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta kakitangan UPPM DUN Kundasang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/16/program-adat-kerungkapan-kukuhkan-perpaduan-komuniti-kundasang/feed/ 0 77406
Hari Raya Riang Ria di Kundasang, pemimpin turun padang sambut bersama rakyat https://sabahmedia.com/2025/04/05/hari-raya-riang-ria-di-kundasang-pemimpin-turun-padang-sambut-bersama-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/04/05/hari-raya-riang-ria-di-kundasang-pemimpin-turun-padang-sambut-bersama-rakyat/#respond Sat, 05 Apr 2025 02:36:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71490
Read Time:1 Minute, 7 Second

RANAU: Suasana penuh kemeriahan menyelubungi Kampung Lobou Baru apabila sambutan Hari Raya Riang Ria peringkat kampung itu diraikan dengan meriah pada 4 April lalu.

Majlis yang berlangsung di balai raya kampung itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Menteri II merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam bersama isteri, Datin Seri Linda Ewit, sekali gus menunjukkan keakraban pemimpin bersama masyarakat setempat.

Sejak 1 Syawal, Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) tidak henti-henti menerima jemputan rumah terbuka dari penduduk sekitar DUN Kundasang.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau mengucapkan terima kasih atas sambutan hangat dan sokongan yang diterima sepanjang kunjungan.

“Sambutan Hari Raya tahun ini amat meriah dan saya gembira dapat meraikannya bersama masyarakat yang berbilang kaum dan agama,” katanya sambil menyatakan bahawa kepelbagaian budaya dan perayaan seperti Krismas, Kaamatan dan Aidilfitri adalah cerminan keharmonian Sabah.

Majlis turut dihadiri pegawai-pegawai dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang, termasuk Setiausaha Sulit dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat yang bersama-sama memeriahkan suasana.

Kehadiran mereka turut mencerminkan sokongan berterusan kepada inisiatif memperkukuh hubungan akar umbi.

Selain menghadiri rumah terbuka, beliau turut berkesempatan menziarahi seorang warga emas yang terlantar sakit di Kampung Naradau.

Kunjungan mesra itu diteruskan ke beberapa kampung lain seperti Semuruh, Pinausuk dan Mesilou, menjadikan sambutan Aidilfitri kali ini bukan sekadar perayaan, tetapi juga manifestasi kepedulian terhadap rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/05/hari-raya-riang-ria-di-kundasang-pemimpin-turun-padang-sambut-bersama-rakyat/feed/ 0 71490
Tujuh bangunan tidak kekal di Kundasang terbakar https://sabahmedia.com/2025/03/14/tujuh-bangunan-tidak-kekal-di-kundasang-terbakar/ https://sabahmedia.com/2025/03/14/tujuh-bangunan-tidak-kekal-di-kundasang-terbakar/#respond Thu, 13 Mar 2025 21:03:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70340
Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak tujuh buah bangunan jenis tidak kekal melibatkan kedai, homestay, rumah sewa serta setor penyimpanan barang musnah dalam kebakaran di Pekan Kundasang malam semalam.

Kejadian itu telah memusnahkan tiga buah kedai runcit dan dua buah homestay jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya.

Turut dilaporkan musnah sepenuhnya dalam kejadian itu adalah sebuah rumah sewa 11 pintu serta sebuah setor penyimpanan barang runcit jenis tidak kekal.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.37 malam.

Menurut kenyataan itu,sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera pemadam segera ke lokasi bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran membabitkan tujuh buah bangunan jenis tidak kekal melibatkan kedai, homestay, rumah sewa serta setor penyimpanan barang terbakar sepenuhnya.

“Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman dan api berjaya dikawal jam 10.09 minit,” menurut kenyataan itu di sini.

Menurut kenyataan itu, tiada mangsa terlibat dilaporkan. 

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di lokasi operasi ditamatkan pada jam 12.52 pagi tadi,” tambah kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/14/tujuh-bangunan-tidak-kekal-di-kundasang-terbakar/feed/ 0 70340
Tanah Runtuh di Kundasang: Rumah Inap Rosak Teruk https://sabahmedia.com/2025/01/16/tanah-runtuh-di-kundasang-rumah-inap-rosak-teruk/ https://sabahmedia.com/2025/01/16/tanah-runtuh-di-kundasang-rumah-inap-rosak-teruk/#respond Thu, 16 Jan 2025 15:23:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67037
Read Time:37 Second

KUNDASANG: Sebuah rumah inap mengalami kerosakan teruk selepas dilanda kejadian tanah runtuh di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 5:32 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 20 kilometer dari balai.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 5:55 petang dan mendapati tanah runtuh telah menyebabkan kerosakan teruk pada sebuah rumah inap.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini. Pasukan bomba turut menasihatkan penduduk sekitar untuk segera berpindah ke kawasan selamat bagi mengelak risiko kejadian susulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seterusnya operasi pemantauan dijalankan di kawasan kejadian dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6:06 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/16/tanah-runtuh-di-kundasang-rumah-inap-rosak-teruk/feed/ 0 67037