Kunjungan Hormat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 29 Sep 2023 10:29:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kunjungan Hormat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ketua Menteri terima kunjungan hormat SLS https://sabahmedia.com/2023/09/29/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-sls/ https://sabahmedia.com/2023/09/29/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-sls/#respond Fri, 29 Sep 2023 10:27:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42748
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Rombongan SLS diketuai presidennya Roger Chin untuk memberi maklumat terkini tentang inisiatif Persatuan dan cadangan perkongsian dengan Kerajaan Negeri mengenai pembaharuan undang-undang negeri.

Roger memberi taklimat kepada Hajiji, antara lain, mengenai perkhidmatan Bantuan Guaman SLS, yang mana ahlinya memberi sumbangan secara sukarela kepada masyarakat di Sabah.

Beliau juga bercakap mengenai sokongan SLS kepada Pusat Timbang Tara Antarabangsa Borneo dan Pengantaraan (BICAM) dan Persidangan Undang-undang Komanwel akan datang yang mana
SLS merancang untuk mengadakan.

Roger turut berkongsi bahawa SLS membantu pasukan undang-undang negara dalam memerangi anugerah timbang tara kepada waris Kesultanan Sulu.

Roger berkata, SLS mempunyai rancangan untuk melawat beberapa negara dan menawarkan perkhidmatan undang-undang dengan menyokong Kerajaan Negeri menarik pelabur asing ke Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/29/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-sls/feed/ 0 42748
Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat Duta Besar Brazil Ke Malaysia https://sabahmedia.com/2023/03/08/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-duta-besar-brazil-ke-malaysia/ https://sabahmedia.com/2023/03/08/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-duta-besar-brazil-ke-malaysia/#respond Wed, 08 Mar 2023 08:15:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30520
Read Time:25 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Brazil ke Malaysia, TYT Ary Norton de Murat Quintella di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang di antara negara Brazil dan Malaysia amnya dan Sabah khususnya.

Ary Norton yang tertarik dengan keindahan Gunung Kinabalu, kecantikan pantai dan pulau di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Hajiji turut mengiring Ary Norton meninjau keindahan pemandangan dari tingkat 33 Menara Kinabalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/08/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-duta-besar-brazil-ke-malaysia/feed/ 0 30520
Ketua Menteri terima kunjungan hormat Nik Nazmi & Fadhlina Sidek https://sabahmedia.com/2023/02/25/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-nik-nazmi-fadhlina-sidek/ https://sabahmedia.com/2023/02/25/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-nik-nazmi-fadhlina-sidek/#respond Sat, 25 Feb 2023 08:24:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30010
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.

Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan bagi mengukuhkan jalinan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan kementerian khususnya dalam aspek pembangunan sumber asli dan alam sekitar.

Nik Nazmi berada di Sabah atas lawatan kerja bagi meninjau perkembangan terkini.beberapa projek dan inisiatif di bawah NRECC di negeri ini.

Turut hadir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, Ketua Setiausaha NRECC, Dato’ Rosli Isa, Setiausaha Bahagian Kanan (Bekalan Elektrik), Mareena Mahpudz dan Setiausaha Bahagian (Pembangunan), Hamsha Injau.

Hajiji menerima kunjungan hormat dari Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek (kiri).

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan daripada Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek dan rombongan terdiri daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Pkharuddin Ghazali dan Timbalan Pengarah (menjalankan tugas Pengarah Pendidikan Sabah), Mohd Zaini Yanin.

Hadir sama Armizan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/25/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-nik-nazmi-fadhlina-sidek/feed/ 0 30010
Isteri Ketua Menteri terima kunjungan hormat AJK Alumni UIAM https://sabahmedia.com/2023/02/13/isteri-ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-ajk-alumni-uiam/ https://sabahmedia.com/2023/02/13/isteri-ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-ajk-alumni-uiam/#respond Mon, 13 Feb 2023 10:11:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29489
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Datuk Juliah Salag menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Negeri Sabah (IIUM Alumni Sabah Chapter) di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, hari ini.

Alumni UIAM diketuai oleh Naib Presidennya, Fazilah Musa memberi penerangan kepada Juliah tentang program “Seminar Peranan Wanita Dalam Membangun Malaysia Madani” yang akan diadakan pada bulan Mac ini di Kota Kinabalu.

Program itu yang diadakan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia akan dirasmi oleh Juliah.

Juliah yang mengalu-alukan penganjuran seminar itu yakin ia dapat membantu
memberi kefahaman kepada masyarakat khususnya para wanita mengenai slogan
Malaysia Madani.

Katanya, wanita perlu diberi pendedahan tentang konsep Malaysia Madani dan bagaimana peranan mereka untuk sama- sama menyumbang dalam membangunkan
sebuah negara yang berkonsepkan Malaysia Madani.

Turut hadir ialah bendahari alumni, Rohayu Mohd.Deroh, Dayang Fauziah Datu Ibrahim (Biro Pendidikan), Sarimah Mohd.Yusof (Biro Kebajikan) dan Roslan Idris (Biro Sukan).

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag menerima surat jemputan merasmi Majlis Apresiasi Murid semasa menerima kunjungan hormat rombongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tuaran di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, Kota Kinabalu hari ini. – Foto ihsan JKM

Sementara itu, Juliah turut menerima kunjungan hormat daripada rombongan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tuaran
yang diketuai oleh Guru Besarnya, Mohamad Juin@ Mohd Nauli @Moli. SK Pekan Tuaran dan PIBG menjemput Juliah merasmikan Majlis Apresiasi Murid yang akan diadakan pada 16 Februari 2023 di Dewan Sri Sulaman, Tuaran.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/13/isteri-ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-ajk-alumni-uiam/feed/ 0 29489
Hajiji terima kunjungan hormat dua Timbalan Menteri Persekutuan dari Sabah https://sabahmedia.com/2022/12/27/hajiji-terima-kunjungan-hormat-dua-timbalan-menteri-persekutuan-dari-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/12/27/hajiji-terima-kunjungan-hormat-dua-timbalan-menteri-persekutuan-dari-sabah/#respond Tue, 27 Dec 2022 09:17:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27011
Read Time:38 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada dua Timbalan Menteri Persekutuan dari Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu, pada Selasa.

Mereka ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

Ini adalah kunjungan hormat pertama mereka kepada Hajiji selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri dalam Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua menteri berkenaan telah memberi taklimat kepada Hajiji mengenai program yang akan dilaksanakan oleh mereka dan kementerian masing-masing dalam
membantu pembangunan negeri Sabah.

Hajiji yang mengalu-alukan pelantikan Mustapha dan Chan, yakin kedua-dua
pemimpin ini mampu membawa lebih banyak pembangunan kepada rakyat dan negeri ini mengikut kementerian masing-masing, termasuk melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Persekutuan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/27/hajiji-terima-kunjungan-hormat-dua-timbalan-menteri-persekutuan-dari-sabah/feed/ 0 27011
Hajiji Terima Kunjungan Hormat MCCC-YEC Cawangan Sabah https://sabahmedia.com/2022/03/31/hajiji-terima-kunjungan-hormat-mccc-yec-cawangan-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/03/31/hajiji-terima-kunjungan-hormat-mccc-yec-cawangan-sabah/#respond Thu, 31 Mar 2022 15:07:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13723
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Dewan Perniagaan Cina Malaysia -Jawatankuasa Usahawan Muda (MCCC-YEC) Cawangan Sabah (Malaysia Chinese Chamber of Commerce – Young Entrepreneurs Committee (MCCC-YEC) Sabah Branch) di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.

MCCC-YEC Sabah diketuai oleh pengerusi baharunya, Ar.James Wong Kein Peng.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi, Shawn Tan, Naib Pengerusi, Wong Oi Yee dan Lim Eng Ming, Bendahari, Terrance Sak Yaw San, Setiausaha Agung, Yee Tsai Yiew dan ahli jawatankuasa lain.

Hajiji berharap golongan professional termasuk usahawan muda dapat bersama-sama membantu Kerajaan Negeri GRS-BN menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Sokongan dan penglibatan usahawan muda dan professional amat penting dan dialu-alukan dalam membantu usaha kerajaan membangunkan negeri Sabah.

“Golongan muda perlu terlibat secara langsung dalam merealisasikan Hala Tuju SMJ kerana SMJ adalah untuk rakyat dan Negeri”, katanya.

James dan jawatankuasanya juga menzahirkan sokongan kepada Hajiji dan Kerajaan Negeri diatas usaha gigih dan komitmen menjayakan Hala Tuju SMJ dan membangun negeri Sabah.

James dipilih menerajui MCCC-YES Cawangan Sabah dalam pemilihan baru-baru ini menggantikan Datuk Dexter Lau yang dilantik sebagai mentor/penasihat.

James Wong Kein Peng, merupakan anak kepada Ar. Francis Wong yang mempunyai sejarah perkhidmatan awam yang panjang dengan MPKK dan DBKK sepanjang tempoh perkhidmatannya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/31/hajiji-terima-kunjungan-hormat-mccc-yec-cawangan-sabah/feed/ 0 13723
Hajiji Terima Kunjungan Hormat Tengku Zafrul https://sabahmedia.com/2022/02/14/hajiji-terima-kunjungan-hormat-tengku-zafrul/ https://sabahmedia.com/2022/02/14/hajiji-terima-kunjungan-hormat-tengku-zafrul/#respond Mon, 14 Feb 2022 05:07:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12187
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini. (14 Feb)

Deligasi Zafrul terdiri daripada Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Zakiah Jaafar, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Datin Rashidah Mohd Sies, Pengarah Belanjawan Negara, Datuk Johan Mahmood Merican dan Pengarah Unit LAKSANA, Dato Shahrul Nazri Dato Abdul Rahim.

Menurut Hajiji, pertemuan ini memberi ruang untuk membincangkan secara terperinci hal-hal mengenai ekonomi Sabah pasca COVID-19 sekali gus memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus menyokong inisiatif-inisiatif berkaitan kebajikan dan pembangunan Sabah.

“Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Kementerian Kewangan atas komitmen dan perhatian terhadap pembangunan ekonomi negeri ini.

“Semoga kunjungan ini akan mengeratkan lagi hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat,”katanya.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Rusdin Riman.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/14/hajiji-terima-kunjungan-hormat-tengku-zafrul/feed/ 0 12187