kupon paking dbkk – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 22 Mar 2025 14:07:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kupon paking dbkk – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kupon letak kereta tamat tahun lalu disambung sehingga Jun depan https://sabahmedia.com/2024/03/15/kupon-letak-kereta-tamat-tahun-lalu-disambung-sehingga-jun-depan/ https://sabahmedia.com/2024/03/15/kupon-letak-kereta-tamat-tahun-lalu-disambung-sehingga-jun-depan/#respond Fri, 15 Mar 2024 03:32:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51077
Read Time:44 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Kupon letak kereta yang telah tamat tempoh pada tahun lalu akan disambung semula sehingga 30 Jun depan.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pengguna boleh terus menggunakan dan mempamerkan kupon berkenaan sehingga tarikh yang telah ditetapkan.

“Kelonggaran ini dilaksanakan adalah untuk membantu mengurangkan beban pengguna ruang letak kereta di seluruh kawasan di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Pengguna juga dinasihatkan untuk mempamerkan kupon harian atau bulanan yang betul dan sah setiap kali menggunakan ruang letak kereta,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak Bahagian Pengurusan Letak Kereta, DBKK Holdings Sdn Bhd di talian 088-270181/182 atau Hotline WhatsApp 010-56208856.

Sabin berkata, orang awam juga boleh mengunjungi terus pejabat kami di KK Plaza, Lot 1.49 to 1.54, Tingkat 1, Jalan Lapan Belas, Kota Kinabalu, Sabah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/15/kupon-letak-kereta-tamat-tahun-lalu-disambung-sehingga-jun-depan/feed/ 0 51077