Kurangkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 25 Jan 2024 08:27:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kurangkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan sasar kurangkan 80 peratus rakyat miskin tegar di Sabah https://sabahmedia.com/2024/01/25/kerajaan-sasar-kurangkan-80-peratus-rakyat-miskin-tegar-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/01/25/kerajaan-sasar-kurangkan-80-peratus-rakyat-miskin-tegar-di-sabah/#respond Thu, 25 Jan 2024 08:21:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48491
Read Time:2 Minute, 52 Second

TUARAN: Kerajaan Negeri menyasarkan mengurangkan bilangan isi rumah miskin
tegar di Sabah diantara 70 hingga 80 peratus dalam tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, berdasarkan statistik, Sabah mempunyai lebih 22 ribu Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar.

Beliau berkata, menerusi pelbagai usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan
termasuk Program Menoktahkan Miskin Tegar Di Negeri Sabah, kerajaan yakin dapat mengurangkan kadar KIR miskin tegar di Sabah.

“Dengan pengembelingan semua pihak melibatkan Kerajaan Negeri dan Persekutuan menerusi jabatan dan agensinya serta GLC Kerajaan dan sektor swasta yang menyediakan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif, insyaallah dalam tahun ini atau
mungkin tahun hadapan, kita berharap boleh mengurangkan sekurang-kurangnya 70 hingga 80 peratus rakyat miskin tegar di Sabah”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Penyertaan Agensi Pemberi Bantuan Bagi Program Menoktahkan Miskin Tegar Di Negeri Sabah dan Penyerahan Surat Pelantikan Inisiatif MYSMJA Kerja di Shangri- La Rasa Ria Tuaran pada Khamis.

Katanya, bantuan yang diberikan termasuklah bantuan pekerjaan, pendidikan, kebajikan, perumahan dan keusahawanan.

“Kita bagi keutamaan kepada anak-anak dari KIR miskin tegar supaya diambil bekerja di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan, syarikat milik kerajaan dan juga pelabur-pelabur yang datang melabur dan membuka kilang di Sabah diwajibkan untuk mengambil anak -anak dari senarai eKasih miskin tegar bekerja.

“Kita telah minta kepada mereka supaya memastikan peluang pekerjaan ini dapat dinikmati oleh mereka yang dalam kategori miskin tegar.

“Nama-nama KIR miskin tegar ini telah diselaraskan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan dihantar kepada syarikat-syarikat, jabatan dan agensi kerajaan serta GLC kerajaan, supaya mereka diberi peluang untuk bekerja”, katanya.

“Itulah sasaran kita. Kalau boleh semua kita bagi peluang, pekerjaan dan juga berniaga disamping bantuan lain terus daripada kerajaan. Kita kena buat ini. Bagi kita, inilah antara cara untuk menyelesaikan dan menoktahkan miskin tegar”, tegasnya.

Menyentuh Majlis Penyerahan Surat Penyertaan Agensi Pemberi Bantuan Bagi
Program Menoktahkan Miskin Tegar Di Negeri Sabah dan Penyerahan Surat Pelantikan Inisiatif MYSMJA Kerja, Hajiji berkata, ia merupakan manifestasi kerjasama semua agensi kerajaan khususnya agensi pemberi bantuan dalam penyaluran bantuan kepada golongan miskin tegar, untuk memastikan tahap ekonomi mereka dapat ditingkatkan dan seterusnya mengeluarkan mereka dari golongan miskin tegar.

Pada majlis itu, Hajiji menyerahkan surat penyertaan kepada 27 agensi pemberi
bantuan terdiri daripada 10 buah Kementerian Negeri Sabah, sembilan Agensi Kerajaan Negeri, tujuh Agensi Kerajaan Persekutuan dan satu pemain industri.

Menurut Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Program Rintis Menoktahkan Miskin Tegar di Daerah Tuaran yang melibatkan sebanyak 974 KIR miskin tegar telah diprofilkan, bagi fasa awal program MySMJ Kerja: Industri, Syarikat SBH Kibing Solar Sdn Bhd telah memberikan komitmen untuk melantik seramai 200 Ketua Ahli Isi Rumah dan ahli-ahli isi rumah untuk bekerja di daerah Kota Kinabalu dan Kudat.

Sebagai permulaan kepada kerjasama ini, setakat ini seramai 71 orang pekerja baharu
dari kalangan miskin tegar telah dilantik oleh SBH Kibing Solar Sdn Bhd dan proses pelantikan pekerja ini masih berjalan.

Selain itu, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) juga komited memberikan pekerjaan kepada 12 golongan miskin tegar untuk ditempatkan di enam sekolah agama negeri di daerah Tuaran.

Untuk bantuan kebajikan, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) juga telah memberikan komitmen dalam penyaluran bantuan kebajikan kepada 263 KIR.

Bagi bantuan perumahan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) telah memberikan komitmen dalam bantuan perumahan iaitu Program Rumah Mesra SMJ dan Program Baik Pulih Rumah kepada 377 ketua isi rumah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/25/kerajaan-sasar-kurangkan-80-peratus-rakyat-miskin-tegar-di-sabah/feed/ 0 48491
Keperluan rakyat diutamakan, kurangkan isu politik https://sabahmedia.com/2023/12/30/keperluan-rakyat-diutamakan-kurangkan-isu-politik/ https://sabahmedia.com/2023/12/30/keperluan-rakyat-diutamakan-kurangkan-isu-politik/#respond Sat, 30 Dec 2023 09:09:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47315
Read Time:2 Minute, 5 Second

TUARAN: Pembangunan dan kemajuan diberi keutamaan selepas menerajui kerajaan, dengan pelbagai dasar dan pembangunan dibawa demi manfaat rakyat di negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, berkata walaupun ada pihak tertentu yang tidak menyukai malah selalu mengkritiknya, tetapi mereka hanya pandai bercakap.

“Saya tidak melayan perkara yang membuang masa untuk dijawab atau bercakap politik saja. Sebaliknya, saya terus fokus menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan demi manfaat rakyat.

“Sebab itu sebenarnya, saya amat menyukai program seperti ini kerana perjumpaan secara santai sebegini membolehkan saya bertemu dengan rakyat khususnya di daerah Tuaran.

“Saya tahu bila dilantik menjadi ketua menteri, tanggungjawab saya semakin besar berbanding sebelum ini. Saya kena berfikir untuk kepentingan satu Sabah. Namun ini bukan halangan untuk saya tidak bertemu rakyat di kawasan,” katanya.

Hajiji dan isteri, Datin Seri Juliah Salag (tiga kiri) diiringi Ketua Kampung Pandamai merangkap Pengerusi Penganjur, Sylvia Belinggi (empat kiri) menyempurnakan upacara memotong kek pada Majlis Perasmian Santuni Rakyat Sempena Sambutan Hari Natal 2023, Gabungan Kampung BBKWDP (Batangan, Barus, Korompitut, Wokok, Dungang 1, Dungang 2 dan Pandamai) di Dewan Terbuka Sapai Teo, Kampung Dungang, Tuaran pada Sabtu.Foto ihsan JKM Sabah

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Santuni Rakyat sempena Sambutan Hari Natal Gabungan Kampung BBKWDP 2023 (Batangan, Barus, Korompitut, Wokok, Dungang 1, Dungang 2 dan Pandamai) di Dewan Terbuka Sapai Teo, Kampung Dungang, Tuaran di sini pada Sabtu.

Hadir sama isteri Ketua Menteri, Datin Seri Datuk Juliah Salag.

Sebab itu katanya, apabila ada masa lapang, beliau paling suka majlis seperti ini dan kesibukan bukan alasan untuk tidak bertemu dengan rakyat khususnya di Tuaran dan kawasannya di Sulaman.

“Walau tidak kerap berjumpa tetapi jiwa dan perasaan saya begitu dekat dengan rakyat di daerah ini. Justeru, jika ada keperluan, maklumkan kepada saya, jangan segan atau malu,” katanya.

Mengenai majlis itu, Hajiji berkata program rumah terbuka setiap perayaan seperti Krismas boleh merapatkan hubungan antara rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Katanya, majlis seperti itu juga dapat merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

“Perayaan seperti inilah yang telah membentuk masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah termasuk di Tuaran, hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu padu walaupun dalam kepelbagaian bangsa dan kepercayaan agama.

“Inilah tradisi yang kita warisi dari nenek moyang kita dan inilah keistimewaan negeri Sabah. Tidak timbul masalah berkaitan agama atau kaum, malah ada yang bersaudara walau berbeza agama.

“Contohnya anak-anak saya, mereka ada sepupu yang beragama kristian. Tetapi semua itu tidak menghalang untuk kita hidup dalam suasana harmoni,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/30/keperluan-rakyat-diutamakan-kurangkan-isu-politik/feed/ 0 47315
Kurangkan subsidi secara berperingkat – David https://sabahmedia.com/2023/10/30/kurangkan-subsidi-secara-berperingkat-david/ https://sabahmedia.com/2023/10/30/kurangkan-subsidi-secara-berperingkat-david/#respond Mon, 30 Oct 2023 10:59:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44420
Read Time:34 Second

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah David Chan berkata, kerajaan sepatutnya mengurangkan subsidi secara berperingkat untuk memastikan pengguna atau orang ramai tidak mengalami kesan yang mendadak.

Katanya, ayam dan telur adalah makanan menjadi pilihan pengguna kerana ia merupakan sumber protein tinggi yang masih murah berbanding makanan lain seperti daging lembu dan kambing, serta sayur-sayuran menggunakan sistem terapung.

“Namun ayam dan telur penting kepada golongan B40 kerana mereka tidak mampu untuk membeli makanan mahal dan sekurang-kurangnya mereka boleh mendapatkan subsidi makanan berprotein tinggi seperti ayam dan telur sebagai makanan berkhasiat harian mereka,“ katanya

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media mengenai subsidi ayam dihentikan berkuat kuasa 1 November ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/30/kurangkan-subsidi-secara-berperingkat-david/feed/ 0 44420