kursus burung sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 15 Nov 2023 02:06:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kursus burung sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 20 peserta sertai kursus kemahiran memerhati burung, pemuliharaan alam sekitar https://sabahmedia.com/2023/11/15/20-peserta-sertai-kursus-kemahiran-memerhati-burung-pemuliharaan-alam-sekitar/ https://sabahmedia.com/2023/11/15/20-peserta-sertai-kursus-kemahiran-memerhati-burung-pemuliharaan-alam-sekitar/#respond Wed, 15 Nov 2023 02:06:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45223
Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Seramai 20 peserta telah menyertai kursus kemahiran memerhati burung dan pemuliharaan alam sekitar di kawasan sub urban bandaraya Kota Kinabalu awal bulan ini.

Kursus yang diadakan bertempat di Pusat Pelancongan Edu-Kolosunan Kampung Kolosunan Inanam selama tiga hari dua malam itu dianjurkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Taman-Taman Sabah (TTS).

Peserta terlibat terdiri daripada kalangan komuniti Kampung Kolosunan, Kampung Babagon Toki, Kampung Binaung Baru, Homestay Desa Cinta Kobuni Inanam dan Homestay Darau Wetland.

Pakar burung, Alim Biun berkata, kawasan ini yang juga merupakan zon penampan (buffer zone) Rizab Biosfera Banjaran Crocker mempunyai potensi besar untuk dijadikan sebagai salah satu pusat memerhati burung di negeri ini.

Beliau turut percaya burung-burung yang ditemui boleh mencapai lebih daripada 100 spesis.

Dalam pada itu Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie berkata, selain sesi taklimat yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada TTS, sesi latihan amali turut diadakan di sekitar laluan rentis hutan di kampung tersebut.

Katanya, hasil daripada latihan amali yang dibuat selama lima jam dalam tempoh kursus ini diadakan, lebih kurang 84 spesis burung telah ditemui dan 12 daripadanya adalah spesis endemik, manakala tiga spesis pula adalah burung pengembara.

Majlis perasmian penutupan kursus ini telah diadakan pada 5 November lalu dan disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri Sabah Peto Galim.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/15/20-peserta-sertai-kursus-kemahiran-memerhati-burung-pemuliharaan-alam-sekitar/feed/ 0 45223