KWKKR – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 31 Mar 2026 09:13:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png KWKKR – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Menteri KWKKR tinjau HQE II, tekankan peningkatan perkhidmatan kesihatan https://sabahmedia.com/2026/03/31/menteri-kwkkr-tinjau-hqe-ii-tekankan-peningkatan-perkhidmatan-kesihatan/ https://sabahmedia.com/2026/03/31/menteri-kwkkr-tinjau-hqe-ii-tekankan-peningkatan-perkhidmatan-kesihatan/#respond Tue, 31 Mar 2026 09:13:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94056
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KWKKR), Datuk Julita Majungki, meninjau Hospital Queen Elizabeth II (HQE II), di sini, hari ini bagi memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan di negeri ini terus dipertingkatkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong itu berkata, lawatan berkenaan adalah sebahagian daripada komitmen berterusannya untuk menilai sendiri operasi hospital serta memahami keperluan petugas dan pesakit di Sabah.

Menurutnya, lawatan itu merupakan yang kedua daripada keseluruhan 24 hospital di negeri ini, selepas kunjungan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan sebelum ini.

“Ini adalah lawatan kerja yang memang saya rancang bersama pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan pasukan kementerian.

“Daripada 24 hospital di Sabah, ini baru yang kedua saya lawati,” katanya ketika ditemui media.

Julita berkata, lawatan tersebut memberi peluang untuk melihat secara langsung cabaran yang dihadapi termasuk aspek keselesaan pesakit dan kebajikan kakitangan hospital.

“Antara isu yang dikenal pasti adalah kemudahan tempat letak kereta yang perlu diberi perhatian. Ia penting bukan sahaja untuk pesakit, tetapi juga untuk doktor, jururawat dan kakitangan lain,” katanya.

Mengulas mengenai Pusat Jantung Sabah di HQE II, beliau memaklumkan kerja-kerja awal menaik taraf kemudahan sedia ada sedang berjalan lancar.

“Ruang sedia ada sedang dinaik taraf untuk mewujudkan seksyen khas bagi Pusat Jantung Sabah yang lebih moden.

“Secara fizikal, kerja menaik taraf belum memasuki fasa penuh, namun beberapa peringkat sedang dirancang dan dalam proses pelaksanaan,” katanya.

Beliau menegaskan, lawatan seumpama itu penting bagi memastikan setiap fasiliti kesihatan di Sabah dapat beroperasi dengan baik serta menyediakan perkhidmatan yang lebih selesa kepada rakyat.

“Melalui lawatan ini, kita dapat mengenal pasti keutamaan sebenar di lapangan dan menyusun tindakan susulan dengan lebih berkesan,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri KWKKR, Datuk Rina Jainal; Setiausaha Tetap KWKKR, Datuk Maria Chong; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr William Gotulis; serta Pengarah HQE II, Dr Ferro Firdaus Ibrahim.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/31/menteri-kwkkr-tinjau-hqe-ii-tekankan-peningkatan-perkhidmatan-kesihatan/feed/ 0 94056
Wanita Sabah digalak manfaatkan sokongan disediakan KWKKR https://sabahmedia.com/2026/03/09/wanita-sabah-digalak-manfaatkan-sokongan-disediakan-kwkkr/ https://sabahmedia.com/2026/03/09/wanita-sabah-digalak-manfaatkan-sokongan-disediakan-kwkkr/#respond Mon, 09 Mar 2026 03:26:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92895
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Wanita di seluruh Sabah, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman, digalakkan berhubung dengan Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KWKKR) bagi mendapatkan sokongan dan bantuan berkaitan pelbagai isu yang dihadapi.

Menteri KWKKR, Datuk Julita Majungki berkata, kementerian itu sentiasa terbuka kepada wanita yang memerlukan bantuan, panduan atau sokongan dalam menangani cabaran kehidupan.

Menurutnya, Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) yang berada di bawah kementerian tersebut memainkan peranan penting dalam mengendalikan hal ehwal berkaitan wanita serta melaksanakan pelbagai program pemerkasaan.

“Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu, termasuk program pembangunan kepimpinan, keusahawanan serta kesejahteraan keluarga yang bertujuan memperkukuh peranan wanita dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis jamuan makan malam sempena sambutan Hari Wanita yang dianjurkan oleh Bahagian Wanita Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) di Dewan Hakka, di sini, pada Ahad.

Julita berkata, JHEWA turut menyediakan pelbagai bentuk perkhidmatan sokongan termasuk bantuan guaman secara percuma kepada wanita yang menghadapi isu keluarga tetapi tidak mampu mendapatkan khidmat guaman.

“Wanita di bandar mahupun di luar bandar seharusnya mempunyai akses yang sama kepada sokongan dan bantuan. Sekiranya terdapat isu atau perkara yang ingin dibangkitkan kepada kerajaan negeri, mereka amat dialu-alukan untuk berhubung dengan kementerian atau jabatan berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kementerian yang diterajuinya tidak terhad kepada mana-mana kelompok masyarakat, sebaliknya berkhidmat untuk seluruh rakyat Sabah.

“Kementerian yang saya terajui hari ini sebenarnya telah lama diwujudkan, namun pada penggal ini kerajaan negeri membuat keputusan untuk menamakan semula kementerian ini sebagai Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat bagi mencerminkan dengan lebih jelas fokus serta tanggungjawabnya.

“Dan kementerian ini bukan hanya untuk satu kelompok masyarakat sahaja. Ia adalah kementerian untuk seluruh rakyat Sabah dan kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin berhubung dengan kami berkaitan hal ehwal wanita, kesihatan serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Julita berkata, KWKKR kini menyelia tiga bidang utama iaitu wanita, kesihatan dan kesejahteraan rakyat yang masing-masing memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

Beliau menambah kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama dengan pertubuhan masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sektor swasta bagi memastikan usaha memperkasa wanita dapat dilaksanakan secara berterusan.

Turut hadir, Presiden FCAS Tan Sri TC Goh dan Ketua Bahagian Wanita FCAS Haw Yong Sai.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/09/wanita-sabah-digalak-manfaatkan-sokongan-disediakan-kwkkr/feed/ 0 92895
KWKKR perkukuh pemantauan dan pengurusan situasi tibi di Sabah https://sabahmedia.com/2026/02/22/kwkkr-perkukuh-pemantauan-dan-pengurusan-situasi-tibi-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/02/22/kwkkr-perkukuh-pemantauan-dan-pengurusan-situasi-tibi-di-sabah/#respond Sun, 22 Feb 2026 13:04:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92057
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR) Sabah terus memperkukuh pemantauan dan pengurusan situasi tuberkulosis (tibi) di negeri ini bagi memastikan kesihatan awam sentiasa terkawal.

Menterinya, Datuk Julita Majungki, berkata kementerian itu sentiasa memantau perkembangan semasa dan mengambil langkah proaktif dalam menangani penularan penyakit berjangkit berkenaan.

“Kita menyelaras rapat dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bagi memperkukuh pemantauan serta memastikan akses berterusan kepada perkhidmatan pencegahan, pengesanan dan rawatan kepada rakyat.

“Orang ramai dinasihatkan supaya kekal bertenang, berwaspada serta segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami gejala seperti batuk berpanjangan melebihi dua minggu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar mengamalkan kebersihan pernafasan yang baik dan memastikan pengudaraan mencukupi di kediaman atau tempat kerja sebagai langkah pencegahan.

Sementara itu, Julita turut melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Tandek dan SMK Tandek 2, Kota Marudu pada Sabtu susulan kejadian banjir akibat hujan berterusan.

Katanya, PPS beroperasi dengan baik hasil penyelarasan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta kerjasama pelbagai agensi berkaitan.

Beberapa kampung termasuk Kampung Beliajung, Kampung Tandek dan Kampung Marasinsim terjejas, dengan operasi menyelamat dan pemindahan dilaksanakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pihak polis. Keluarga yang terjejas dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Keadaan cuaca dilaporkan semakin stabil dengan paras air menunjukkan trend penurunan dan setakat ini tiada laporan kematian atau kecederaan.

Tambah Julita, kementeriannya akan terus memantau perkembangan semasa dan memastikan bantuan serta sokongan kepada komuniti terjejas disalurkan secara berterusan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/22/kwkkr-perkukuh-pemantauan-dan-pengurusan-situasi-tibi-di-sabah/feed/ 0 92057