kwsp – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 01 Mar 2025 06:58:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kwsp – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional, Simpanan Shariah – KWSP https://sabahmedia.com/2025/03/01/kadar-dividen-6-30-peratus-bagi-simpanan-konvensional-simpanan-shariah-kwsp/ https://sabahmedia.com/2025/03/01/kadar-dividen-6-30-peratus-bagi-simpanan-konvensional-simpanan-shariah-kwsp/#respond Sat, 01 Mar 2025 06:58:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69625
Read Time:34 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur:  Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM10.19 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Zulqarnain Onn berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan agihan bagi 2024 adalah RM73.24 bilion.

Beliau berkata bagi tahun berakhir 31 Dis 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat 11 peratus daripada RM66.99 bilion yang direkodkan 2023.

“Jumlah ini adalah selepas mengambil kira turun nilai kos ke atas ekuiti tersenarai bagi tahun tersebut,” katanya pada KWSP 2024: Taklimat Dividen di sini, pada Sabtu. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/01/kadar-dividen-6-30-peratus-bagi-simpanan-konvensional-simpanan-shariah-kwsp/feed/ 0 69625
60 peratus tenaga buruh di Sabah belum daftar ahli KWSP https://sabahmedia.com/2024/07/18/60-peratus-tenaga-buruh-di-sabah-belum-daftar-ahli-kwsp/ https://sabahmedia.com/2024/07/18/60-peratus-tenaga-buruh-di-sabah-belum-daftar-ahli-kwsp/#respond Thu, 18 Jul 2024 09:34:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57711
Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 60 peratus atau 1.3 juta daripada 2.3 juta tenaga buruh di negeri ini belum berdaftar sebagai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengarah Wilayah KWSP Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Mohd Fadil Sarehan berkata, mereka yang belum berdaftar adalah berisiko tidak memiliki simpanan untuk persaraan.

Katanya, jumlah itu dipengaruhi oleh tahap literasi kewangan dalam kalangan rakyat Sabah yang masih rendah selain rakyat turut mempunyai persepsi salah terhadap KWSP termasuk cabaran geografi serta infrasktuktur.

Justeru, pihaknya mempunyai mandat besar bagi memastikan rakyat khususnya di negeri ini mempunyai kesedaran mengenai kepentingan simpanan persaraan dan memiliki simpanan persaraan kelak.

“Kami di KWSP mempunyai satu mandat besar dimana kita mahu pastikan rakyat di Malaysia khususnya di Sabah ini mempunyai simpanan masa mereka bersara dan ini sesuatu yang perlu kita sama-sama usahakan.

“Ini adalah bagi memberi kesedaran kepada mereka untuk mempunyai dana persaraan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri ‘State Media Engagement Sabah Chapter’ oleh KWSP di sini semalam.

Fadil berkata, pihaknya turut menyeru orang ramai yang tidak bermajikan namun bekerja sendiri dan mempunyai pendapatan untuk membuat caruman atau simpanan secara sukarela bagi kegunaan selepas bersara.

“Kaedah kita menyimpan secara sukarela ini semudah seperti kita guna kedai atas talian.  Maknanya kita pilih berapa kita mahu ‘transfer’.

“Keduanya, bila kita menyimpan secara sukarela ini, dia tidak terikat dari segi undang-undang, masa inilah anda boleh simpan berapa nilai jumlah berbanding dengan caruman secara ‘paksa’,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/18/60-peratus-tenaga-buruh-di-sabah-belum-daftar-ahli-kwsp/feed/ 0 57711
KBSS Sedia Menjadi Rakan Strategik KWSP https://sabahmedia.com/2022/04/07/kbss-sedia-menjadi-rakan-strategik-kwsp/ https://sabahmedia.com/2022/04/07/kbss-sedia-menjadi-rakan-strategik-kwsp/#respond Thu, 07 Apr 2022 07:40:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14023
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Sabah sedia menjadi Rakan Strategik kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Sabah dalam program I – Saraan ataupun lebih dikenali sebagai caruman sukarela.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata, kementeriannya menyambut baik cadangan yang diusulkan oleh KWSP Sabah untuk menjadi salah satu rakan strategik.

“Kementerian saya amat mengalu-alukan usaha ini memandangkan ianya amat bermanfaat khususnya untuk para atlit sukan dan kaum belia,” kata Ellron.

Melihat kepada keperluan serta jasa dan pengorbanan para atlet, usaha ini juga dilihat merupakan satu langkah baik bagi menjamin masa depan golongan atlet sukan terutamanya mereka sudah bersara.

“Saya menyokong penuh usaha ini kerana melihat kolaborasi ini juga merupakan satu peluang untuk kita ketengahkan I- Saraan kepada atlet-atlet sukan, memandangkan ada dalam kalangan yang sudah bersara tidak mempunyai simpanan masa depan yang tetap bagi menjamin hidup mereka” tambah Ellron.

Untuk merealisasikan hasrat itu, Ellron berkata kementeriannya akan mewujudkan satu jawatankuasa di peringkat kementerian serta akan mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan wakil persatuan-persatuan sukan di negeri Sabah untuk membincangkan keperluan caruman ini kepada para atlet sukan.

I-Saraan merupakan satu program dibawah KWSP telahpun dilancarkan pada tahun 2018 adalah satu inisiatif bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap serta pekerja sektor ekonomi gig untuk menerima khas melalui caruman sukarela bagi tujuan persaraan.

“Melalui I-Saraan, ahli akan mendapat dividen tahunan sehingga 15% setahun atau sehingga jumlah maksimum RM250 setahun. Selain itu mereka turut diberikan insentif khas serta pelepasan cukai dan bantuan kematian” kata Sabarudin @ Sabree Hassan selaku Ketua Cawangan KWSP Sabah.

Beliau turut menambah amaun caruman sukarela sehingga maksimum RM60000 setahun dan para ahli boleh mencarum pada bila-bila masa.

Terdahulu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin menerima kunjungan hormat daripada pihak KWSP Sabah yang diketuai oleh Ketua Cawangan Sabarudin @Sabree Hassan, Ketua Caruman dan Kewangan, Peter @ Awang Damit Mahmud, Timbalan RAS KWSP Sabah, Mohd Rusdi Md Nasir dan Timbalan Ketua Caruman, Paul Sibining dan Kewangan KWSP di Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Wisma MUIS.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/07/kbss-sedia-menjadi-rakan-strategik-kwsp/feed/ 0 14023
42,097 Wanita Dapat Manfaat BAIDURI Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/03/01/42097-wanita-dapat-manfaat-baiduri-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/03/01/42097-wanita-dapat-manfaat-baiduri-di-sabah/#respond Tue, 01 Mar 2022 08:41:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12620
Read Time:2 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Seramai 42,097 wanita mendapat manfaat bagi inisiatif Bantuan eKasih Dana Caruman i-SURI atau BAIDURI yang membabitkan peruntukan sejumlah lebih RM2.5 juta.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, BAIDURI yang diperkenalkan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Belanjawan 2022 adalah bukti keprihatinan kerajaan dalam membantu golongan wanita di negeri ini.

Katanya, ia adalah bantuan Kerajaan Negeri dalam bentuk dana awal caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara one-off berjumlah RM60 seorang kepada wanita dalam kategori e-Kasih yang disasarkan.

“Inisiatif ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf  sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

“Dengan melaksanakan inisiatif BAIDURI ini kerajaan negeri telah memberi peluang wanita e-Kasih ini mendapat manfaat sebanyak RM480 seorang daripada Kerajaan Persekutuan melalui KWSP.

“Saya berharap pelaksanaan inisiatif ini memberi peluang kepada golongan wanita terutama sekali suri rumah untuk menceburi bidang perniagaan dan membantu mereka menikmati keselamatan sosial yang berkualiti selain meningkatkan keselamatan kewangan seperti yang dinikmati oleh ahli KWSP yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Inisiatif Bantuan e-Kasih Dana Caruman i-SURI (BAIDURI) di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Shahelmey Yahya; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Sarul Bahiyah Abu dan Peguam Besar Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof.

Hajiji berkata, antara manfaat yang lain dengan inisiatif BAIDURI ini ialah memberi perlindungan kehidupan luas kepada wanita, bukan setakat simpanan persaraan, tetapi kemudahan lain seperti bantuan hilang upaya, bantuan kematian serta pengeluaran caruman pada usia 50, 55 dan 60 tahun.

Katanya, inisiatif baharu ini diperkenalkan khusus untuk Isteri Kepada Ketua Isi Rumah (KIR) atau KIR Wanita yang berdaftar dengan e-Kasih.

Mengulas lanjut, Hajiji berkata kerajaan GRS prihatin terhadap pembangunan wanita, malah dalam belanjawan setiap tahun golongan itu tidak terkecuali untuk mendapat peruntukan khas demi untuk memperkasakan wanita di negeri ini.

“Kerajaan Negeri amat mengiktiraf sumbangan dan peranan wanita bukan saja dalam sesebuah keluarga tetapi juga sebagai nadi kepada pembangunan masyarakat serta negara. Peranan mereka dalam pembangunan negeri adalah amat signifikan.

“Sebab itu, bagi menghargai sumbangan besar kaum wanita, Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM17.61 juta untuk pelaksanaan program pembangunan wanita, dalam Belanjawan 2022,” katanya.

Katanya, kesejahteraan wanita akan  terus dibantu terutama mereka yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19.

Beliau turut meminta semua wanita agar sentiasa peka terhadap setiap perubahan, memanfaatkan peluang yang disediakan, menimba seberapa banyak ilmu dalam apa juga program yang dilaksanakan kerajaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/01/42097-wanita-dapat-manfaat-baiduri-di-sabah/feed/ 0 12620
ADUN Kuala Penyu Laksana Program Bantu Golongan Wanita Berstatus e-Kasih https://sabahmedia.com/2021/10/26/adun-kuala-penyu-laksana-program-bantu-golongan-wanita-berstatus-e-kasih/ https://sabahmedia.com/2021/10/26/adun-kuala-penyu-laksana-program-bantu-golongan-wanita-berstatus-e-kasih/#comments Tue, 26 Oct 2021 09:15:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7928
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu Datuk Limus Jury bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sabah akan melaksanakan program membantu golongan wanita berstatus e-Kasih.

Katanya, mereka yang terlibat akan dibantu mencarum dalam program yang dikenali sebagai i-Suri KWSP khususnya golongan wanita di kawasan Kuala Penyu.

“Hari ini saya menerima kunjungan daripada Ketua Seksyen Caruman  dan Kewangan KWSP Sabah Peter @ Awang Damit Mahmud dan mereka telah memberikan taklimat ringkas operasi pejabat KWSP Sabah dan insentif khas kepada golongan wanita.

“Ini termasuklah perlindungan kewangan untuk suri rumah melalui caruman i-Suri KWSP. Sejajar dengan visi untuk membantu warga Kuala Penyu, saya secara prinsipnya bersetuju sepenuhnya terhadap cadangan kolaborasi antara KWSP Sabah bersama saya selaku ADUN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Ketua Seksyen Caruman  dan Kewangan KWSP Sabah Peter @ Awang Damit Mahmud di pejabatnya disini hari ini.

Limus yang juga ADUN Kuala Penyu berkata, program itu mensasarkan golongan wanita berstatus e-Kasih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu.

Katanya, menerusi program itu, pihaknya akan membantu golongan sasar dari segi modal pemula bagi membolehkan mereka mendapat pelbagai insentif yang telah disediakan pihak kerajaan melalui KWSP.

“Menurut rekod di KWSP Sabah, terdapat kira-kira 946 peserta sekitar daerah Kuala Penyu dan Menumbok akan mendapat manfaat jangka panjang untuk program ini.

“Mudah-mudahan program yang sangat baik ini segera dapat dilaksanakan. Saya telah meminta pihak KWSP agar dapat menyegerakan perlaksanaannya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/26/adun-kuala-penyu-laksana-program-bantu-golongan-wanita-berstatus-e-kasih/feed/ 1 7928