KYS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 02 Mar 2026 01:22:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png KYS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KYS perkukuh ukhuwah Ramadan di Ranau https://sabahmedia.com/2026/03/02/kys-perkukuh-ukhuwah-ramadan-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2026/03/02/kys-perkukuh-ukhuwah-ramadan-di-ranau/#respond Mon, 02 Mar 2026 01:22:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92490
Read Time:59 Second

RANAU: Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) terus mempergiat usaha memperkukuh hubungan bersama komuniti setempat apabila menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Zon Pantai Barat Selatan yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan keakraban.

Program yang diadakan di Masjid Al-Kauthar itu menghimpunkan barisan kepimpinan zon, pengurusan tertinggi KYS serta penduduk sekitar.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan merangkap Pengerusi Perbadanan Pinjaman Sabah Datuk Rusdin Riman.

Dalam ucapannya, beliau memuji komitmen berterusan KYS dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat, khususnya melalui program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan sepanjang Ramadan.

Katanya, pendekatan turun padang dan menyantuni rakyat secara langsung mampu merapatkan jurang antara agensi dan masyarakat.

Majlis berkenaan turut diisi dengan penyampaian sumbangan wang tunai kepada 20 penerima asnaf sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

Selain itu, pihak masjid menerima sumbangan kelengkapan bagi menyokong aktiviti keagamaan setempat.

Acara diteruskan dengan tazkirah Ramadan yang memberi pengisian rohani kepada para hadirin sebelum berbuka puasa bersama-sama.

Usai solat Maghrib dan jamuan, para tetamu menunaikan solat Isyak serta Tarawih secara berjemaah.

Penganjuran majlis ini sekali gus mencerminkan kesungguhan KYS dalam memperkasa pembangunan sosial serta memupuk semangat perpaduan dan kesejahteraan komuniti selaras dengan aspirasi membina masyarakat yang lebih inklusif dan penyayang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/02/kys-perkukuh-ukhuwah-ramadan-di-ranau/feed/ 0 92490
KYS lancar portal pembayaran pinjaman, tawar insentif rebat madani https://sabahmedia.com/2025/03/11/kys-lancar-portal-pembayaran-pinjaman-tawar-insentif-rebat-madani/ https://sabahmedia.com/2025/03/11/kys-lancar-portal-pembayaran-pinjaman-tawar-insentif-rebat-madani/#respond Tue, 11 Mar 2025 01:42:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70154
Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) melancarkan Portal Pembayaran Balik Pinjaman dalam usaha meningkatkan kemudahan kepada peminjam bermula bulan ini.

Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar Khan Bahadar berkata, portal itu berfungsi sebagai platform maklumat bagi peminjam yang telah menamatkan pengajian selain menawarkan akses kepada maklumat pembayaran.

Selain itu katanya, portal berkenaan turut memberi maklumat tentang insentif rebat, polisi pinjaman, soalan lazim, serta saluran perhubungan dengan KYS.

Datuk Ghulamhaidar

“Untuk maklumat lanjut, portal ini boleh diakses di https://www.yayasansabahgroup.org.my/bppp/index.html.

“Selain itu, orang ramai boleh melayari Facebook KYS-Kumpulan Yayasan Sabah, atau menghubungi talian 011-33181088 / emel [email protected] untuk keterangan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu, Gulamhaidar  berkata, KYS turut menawarkan Insentif Rebat Madani kepada peminjam pinjaman pengajian selama tiga bulan bermula April depan.

Katanya, inisiatif itu membolehkan peminjam yang melunaskan baki pinjaman secara sekaligus menikmati rebat sebanyak 30 peratus daripada jumlah baki pinjaman mereka.

Menurutnya lagi, program itu diperkenalkan sebagai tanda keprihatinan KYS dalam meringankan beban peminjam serta menggalakkan penyelesaian pinjaman secara penuh.

“Ia juga sebagai penghargaan kepada peminjam yang konsisten membuat bayaran, sehingga membolehkan KYS mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah sebanyak RM6.6 juta setahun bagi dua tahun berturut-turut yakni 2023 dan 2024.

“Seperti kaedah sedia ada, pembayaran boleh dibuat melalui Maybank2u bagi pelanggan Maybank, serta JomPAY dan perkhidmatan telegraf bagi bank lain.

“KYS turut menyediakan alternatif lain seperti Arahan Tetap Bank, draf bank, cek, pembayaran tunai atau Kad Debit di kaunter di Menara Tun Mustapha, Teluk Likas, serta di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Kinabalu,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/11/kys-lancar-portal-pembayaran-pinjaman-tawar-insentif-rebat-madani/feed/ 0 70154
Pengurusan KYS komited dalam aspek keselamatan, kesihatan pekerjaan di tempat kerja https://sabahmedia.com/2024/08/13/pengurusan-kys-komited-dalam-aspek-keselamatan-kesihatan-pekerjaan-di-tempat-kerja/ https://sabahmedia.com/2024/08/13/pengurusan-kys-komited-dalam-aspek-keselamatan-kesihatan-pekerjaan-di-tempat-kerja/#respond Mon, 12 Aug 2024 22:33:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58939
Read Time:47 Second

Kota Kinabalu: Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) sentiasa menekankan kepentingan aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di tempat kerja.  

KYS dalam satu kenyataan berkata, ia bertujuan bagi melindungi para pekerja daripada berlakunya kemalangan, kecederaan, dan pendedahan kepada bahan berbahaya  dengan mengenal pasti dan mengurangkan hazard di tempat kerja.

Dalam hal ini, seramai 47 orang Pegawai Perhubungan KKP dilantik sebagai pemberi maklumat berkaitan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Selain itu, pegawai dilantik juga bertanggungjawab membantu melaksanakan pemeriksaan di pejabat masing-masing sekiranya terdapat sebarang kemalangan yang berlaku.

Penyampaian jaket keselamatan kepada Pegawai Perhubungan KKP tersebut disempurnakan Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar Khan Bahadar di sini semalam dalam satu majlis di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha.

Dalam majlis sama, dua buah kerusi roda turut diserahkan Gulamhaidar untuk ditempatkan masing-masing sebuah di Kaunter Keselamatan Menara Tun Mustapha dan sebuah lagi di Kaunter Keselamatan Wisma Innoprise untuk kegunaan semasa kecemasan. –SABAH MEDIA / FOTO KYS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/13/pengurusan-kys-komited-dalam-aspek-keselamatan-kesihatan-pekerjaan-di-tempat-kerja/feed/ 0 58939
44 Kanak-Kanak Taska,Tadika KYS Terima Sijil Pendidikan Prasekolah https://sabahmedia.com/2022/03/16/44-kanak-kanak-taskatadika-kys-terima-sijil-pendidikan-prasekolah/ https://sabahmedia.com/2022/03/16/44-kanak-kanak-taskatadika-kys-terima-sijil-pendidikan-prasekolah/#respond Wed, 16 Mar 2022 13:33:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13072
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : Seramai 44 orang kanak-kanak dari empat buah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) milik Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) berjaya menerima sijil pendidikan prasekolah.

Antara Taska dan Tadika yang terlibat adalah Taska Ria, Taska Kristal Ria, Tadika Kodidik dan Tadika Ria.

KYS dalam satu kenyataan berkata, semua kanak-kanak itu diraikan pada Majlis Penyampaian Sijil Kanak-Kanak yang bertemakan We Are Stars di Bangunan Tadika Ria, Kompleks Ibu Pejabat KYS disini hari ini.

Majlis yang diadakan itu turut mematuhi serta mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pada majlis itu juga seramai enam pelajar turut mendapat sijil cemerlang.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada kanak-kanak prasekolah yang telah berjaya menamatkan sesi persekolahan di prasekolah sehingga mendapat pengiktirafan dan penghargaan.

“Semoga kanak-kanak ini akan menjadi insan yang cemerlang untuk masa hadapan sejajar dengan tunggak matlamat KYS untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan mempunyai kredibiliti tinggi.

“KYS turut merakamkan ucapan tahniah kepada para guru dan ibu bapa atas sokongan dan dedikasi mereka dalam mendidik serta memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak tersebut,” menurut kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/16/44-kanak-kanak-taskatadika-kys-terima-sijil-pendidikan-prasekolah/feed/ 0 13072
58 Keluarga Mangsa Kebakaran Terima Sumbangan KYS https://sabahmedia.com/2022/02/25/58-keluarga-mangsa-kebakaran-terima-sumbangan-kys/ https://sabahmedia.com/2022/02/25/58-keluarga-mangsa-kebakaran-terima-sumbangan-kys/#respond Fri, 25 Feb 2022 07:56:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12539
Read Time:43 Second

TAWAU : Seramai 58 ketua keluarga yang terlibat dengan kebakaran di Kampung Lorong Sungai Buaya pada 8 Januari lalu menerima sumbangan daripada Kumpulan Yayasan Sabah (KYS).

Majlis penyerahan sumbangan itu disampaikan Pembantu Menteri Kewangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan.

Hadir sama pada majlis penyerahan itu, Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd Datuk Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar.

Gulamhaidar berkata, KYS telah menyerahkan sumbangan berupa keperluan harian termasuk barangan elektrik kepada semua ketua keluarga yang terlibat.

“Kami berharap dengan sumbangan yang disalurkan ini akan dapat meringankan beban mangsa terlibat khususnya mereka yang mempunyai anak-anak kecil.

“KYS amat bersimpati terhadap mangsa bencana yang terjejas dan mendoakan agar mereka tabah dalam menghadapi ujian yang amat sukar ini,” katanya.

Pada 8 Januari lalu, sebanyak 58 buah rumah di Kampung Lorong Sungai Buaya musnah akibat kebakaran.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/25/58-keluarga-mangsa-kebakaran-terima-sumbangan-kys/feed/ 0 12539
KYS & SET Memeterai MoU Laksana Usaha Sama Lindungi Hidupan Terancam https://sabahmedia.com/2021/12/10/kys-set-memeterai-mou-laksana-usaha-sama-lindungi-hidupan-terancam/ https://sabahmedia.com/2021/12/10/kys-set-memeterai-mou-laksana-usaha-sama-lindungi-hidupan-terancam/#respond Fri, 10 Dec 2021 07:41:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9692
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) dan Sabah Environmental Trust (SET) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melaksanakan usaha sama sama melindungi dan mengurus spesis terancam di Kompleks Hutan Hujan Lembah Danum – Lembangan Maliau – Kanyon Imbak (DaMaI).

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar berkata, MoU itu bakal menyaksikan usaha terbaharu KYS dan SET dalam memantau dan melindungi hidupan liar terancam yang ada di Kompleks Hutan Hujan DaMaI.

Katanya, menerusi kerjasama itu, kajian akan dilakukan di Lembangan Maliau dan tertumpu kepada spesies tembadau dan gajah.

“Kajian ini akan diterajui oleh ketua penyelidik yang juga merupakan seorang pakar dalam hidupan liar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Saya berharap kajian ini akan dapat membabitkan lebih ramai lagi kakitangan KYS sama ada di peringkat pegawai atau renjer dalam melengkapkan diri mereka dengan kepakaran dan kemampuan, meningkatkan kesedaran serta pengetahuan agar pembangunan kapasiti kakitangan tetap dipertingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangi MoU antara KYS dan SET Pelantikan Khidmat Pakar Perunding Projek Formulasi Pelan Strategik Pengurusan Kawasan Konservasi Pesisiran Pantai Silam (SCCA) di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SET Dr Rahimatsah Amat.

Ghulam berkata, KYS dan SET turut menandatangani dokumen pelantikan khidmat pakar perunding Projek Formulasi Pelan Strategik Pengurusan Kawasan Konservasi Pesisiran Pantai Silam (SCCA) bagi mengukuhkan lagi kolaborasi antara dua pihak.

Katanya, pelan pengurusan strategik ini merangkumi tempoh 10 tahun dari 2023 hingga 2033.

“Selaku konsultan, SET bertanggungjawab untuk mengumpul maklumat, merangka dan menyunting pelan pengurusan strategik tersebut, termasuk mengendalikan ekspedisi saintifik, serta mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan.

“Semoga dengan adanya pelan strategik ini dan kajian terhadap hidupan liar di Kompleks DaMaI, maka usaha memelihara khazanah berharga kita ini akan dapat diteruskan demi manfaat rakyat negeri ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/10/kys-set-memeterai-mou-laksana-usaha-sama-lindungi-hidupan-terancam/feed/ 0 9692
KYS Suntik Dana Kepada UCSF Tampung Pembayaran Gaji Kakitangan https://sabahmedia.com/2021/09/13/kys-suntik-dana-kepada-ucsf-tampung-pembayaran-gaji-kakitangan/ https://sabahmedia.com/2021/09/13/kys-suntik-dana-kepada-ucsf-tampung-pembayaran-gaji-kakitangan/#respond Mon, 13 Sep 2021 05:40:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6232
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) menyuntik sejumlah dana kepada University College Sabah Foundation (UCSF) bagi menampung pembayaran gaji kakitangan universiti berkenaan.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Gulamhaidar @Yusof Khan Bahadar berkata, ia merupakan komitmen KYS selain akan terus mengadakan perbincangan dengan Pengurusan UCSF dalam menangani itu pembayaran gaji kakitangan.

“Berdasarkan keadaan kewangan semasa UCSF dan unjuran kemasukan pelajar baharu pada tahun 2022, UCSF dijangka tidak dapat menampung pembayaran gaji staf sepenuhnya.

“Pengurusan KYS mengambil serius perkara ini dan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik. Ia termasuklah menyuntik sejumlah dana ke UCSF untuk menampung pembayaran gaji staf UCSF,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Gulam berkata, pihaknya berharap agar pengurusan UCSF mengekalkan saluran komunikasi dengan staf sebagai salah satu agenda utamanya, terutama pada masa amat sukar ini.

Katanya, bagi memastikan isu pembayaran gaji kakitangan tidak berlarutan, KYS bersetuju untuk menyelesaikan masalah itu berdasarkan keputusan Tribunal Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

“Pengurusan KYS juga mengarahkan pengurusan UCSF untuk tidak membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan Semakan Kehakiman terhadap keputusan Tribunal JTK.

“Bagi memastikan isu ini tidak berlarutan, pihak pengurusan KYS akan memastikan semua usaha yang akan dirancang dilaksanakan dengan kadar segera demi memastikan agenda pembangunan pendidikan untuk anak-anak Sabah akan terus dilaksanakan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/13/kys-suntik-dana-kepada-ucsf-tampung-pembayaran-gaji-kakitangan/feed/ 0 6232