Labuan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 17 Jan 2024 02:56:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Labuan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pelarasan Tarif Air Baharu Di Semenanjung, Labuan mulai 1 Feb – SPAN https://sabahmedia.com/2024/01/17/tarif-air-domestik-naik-22-sen-setiap-meter-padu-mulai-1-feb-span/ https://sabahmedia.com/2024/01/17/tarif-air-domestik-naik-22-sen-setiap-meter-padu-mulai-1-feb-span/#respond Wed, 17 Jan 2024 02:49:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48084
Read Time:1 Minute, 39 Second

KUALA LUMPUR – Pelarasan tarif air akan dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif bagi pengguna kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa mulai 1 Februari ini.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkata, pelarasan tarif air domestik melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.

“Kenaikan ini masih rendah dan tidak dapat menampung kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air sebanyak RM1.75 bagi setiap meter padu berdasarkan rekod sebenar 2022,” kata SPAN dalam satu kenyataan, hari ini.

“Manakala tarif air akan dikaji semula setiap tiga tahun untuk memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.

“Pelarasan tarif air bagi kategori domestik tidak lagi boleh ditangguhkan agar tidak menjejaskan kemapanan industri perkhidmatan air dalam jangka masa panjang.

“Pelaksanaan tarif air ini berdasarkan keperluan dan permintaan Kerajaan Negeri namun Kerajaan Persekutuan melalui SPAN akan memantau secara dekat bagi memastikan
penambahbaikan perkhidmatan air dilaksanakan selaras dengan kenaikan tarif berkenaan,” kata SPAN.

Menurut kenyataan itu, langkah itu mencerminkan kos bekalan air sangat penting bagi membolehkan operator meningkatkan tahap perkhidmatan dalam membekalkan air berkualiti secara berterusan.

“Melalui semakan tarif ini, operator air lebih bersedia untuk membuat pelaburan berterusan bagi membangunkan infrastruktur sistem bekalan air.

“Ini termasuk membina atau menaik taraf loji rawatan air, membuat penggantian paip usang, melaksanakan penyenggaraan secara berkala dan menangani aduan dengan lebih cekap.

“Ia demi menjamin kelangsungan perkhidmatan bekalan air dan sekali gus memenuhi ekspektasi pengguna,” katanya SPAN.

Katanya, bagi meminimumkan impak kenaikan ke atas bil air bulanan rakyat, operator bekalan air di negeri masing-masing disaran untuk meneruskan inisiatif sedia ada.

“Mereka disarankan memberi bantuan kepada pengguna domestik secara bersasar seperti pemberian rebat kepada golongan B40,” katanya.

SPAN turut menyeru semua pengguna untuk bersama-sama mengamalkan penggunaan air secara berhemat.

Antaranya menggunakan produk cekap air di bawah Skim Pelabelan Produk Cekap Air oleh SPAN;

“Pengguna juga disaran memeriksa dan membaiki sebarang kebocoran paip dan pili air di premis masing-masing.

“Pengguna juga digalakkan memasang sistem penuaian air hujan dan penggunaan air kitar semula sebagai sumber air alternatif untuk kegunaan bukan minuman,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/17/tarif-air-domestik-naik-22-sen-setiap-meter-padu-mulai-1-feb-span/feed/ 0 48084
99 Peratus Pengguna Di Sabah Dan Labuan Tidak Terjejas Pelarasan Tarif Elektrik https://sabahmedia.com/2023/12/27/99-peratus-pengguna-di-sabah-dan-labuan-tidak-terjejas-pelarasan-tarif-elektrik/ https://sabahmedia.com/2023/12/27/99-peratus-pengguna-di-sabah-dan-labuan-tidak-terjejas-pelarasan-tarif-elektrik/#respond Wed, 27 Dec 2023 01:42:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47197
Read Time:1 Minute, 13 Second

PUTRAJAYA, Sejumlah 561,000 atau 99 peratus pengguna domestik di Sabah dan Labuan tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2024, demikian menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).

ST dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan pada 13 Dis lepas telah bersetuju supaya pelarasan tarif elektrik di bawah pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) dilaksanakan secara penyasaran semula subsidi bagi pengguna di Sabah dan Labuan untuk tempoh berkenaan.

“Berdasarkan kepada penyasaran semula subsidi ini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM161.70 juta subsidi bagi meminimumkan impak surcaj ICPT sepanjang tempoh pelaksanaan ini,” menurut kenyataan itu. 

ICPT merujuk kepada satu mekanisme di bawah Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) yang membolehkan kos bahan api diselaraskan setiap enam bulan berdasarkan turun naik harga global bahan api.

Dengan pelaksanaan ICPT itu, pengguna domestik (tarif DM) dengan penggunaan elektrik sebanyak 1,500 kilowatt-jam (kWj) dan ke bawah tidak dikenakan sebarang surcaj.

Bagi pengguna domestik (tarif DM) dengan penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj akan dikenakan surcaj pada kadar 7.21 sen/kWj, manakala pengguna bukan domestik turut dikenakan surcaj pada kadar 7.21 sen/kWj.

Sementara itu, pengecualian surcaj ICPT dikekalkan kepada pengguna bukan domestik kategori tarif voltan rendah (tarif CM1 dan ID1) yang terdiri daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Pengecualian surcaj ICPT turut diberikan kepada pengguna bukan domestik yang terdiri daripada operator air dan pembetungan dalam kategori tarif voltan rendah (tarif CM1 dan ID1),” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA 

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/27/99-peratus-pengguna-di-sabah-dan-labuan-tidak-terjejas-pelarasan-tarif-elektrik/feed/ 0 47197
Beberapa cadangan dikemuka, hasrat jadikan Labuan sebuah Smart City – Anifah https://sabahmedia.com/2023/12/07/beberapa-cadangan-dikemuka-hasrat-jadikan-labuan-sebuah-smart-city-anifah/ https://sabahmedia.com/2023/12/07/beberapa-cadangan-dikemuka-hasrat-jadikan-labuan-sebuah-smart-city-anifah/#respond Thu, 07 Dec 2023 10:34:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46185
Read Time:3 Minute, 9 Second

LABUAN: Pengerusi Perbadanan Labuan Merangkap Ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri Anifah Aman berhasrat untuk menjadikan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai sebuah smart city atau bandar pintar dalam masa yang terdekat.

“Selaras dengan aspirasi YAB Perdana
Menteri, kami telah pun melancarkan Digital ID pada minggu lalu sebagai salah satu inisiatif digitalisasi kerajaan.

“Untuk menuju ke arah era digitalisasi, kita perlukan beberapa inisiatif yang akan mengubah lanskap pembangunan Labuan terlebih dahulu.

“Justeru, saya ingin menyampaikan beberapa cadangan yang boleh mentransformasikan Labuan menjadi setanding dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan yang lain,” katanya semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia di Dewan Konvensyen, Kompleks Ujana Kewangan Labuan pada Khamis (7 Nov).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor (dua kiri) bersama Senator Tan Sri Anifah Aman (kanan) semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra di Labuan pada Khamis.

Antara cadangan inisiatif yang dikemukakan, Anifah berkata, pertama, adalah pemerkasaan Jawatankuasa Eksekutif Perancang Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, jawatankuasa ini bertujuan untuk mengawalselia, merancang, menyelaras dan menasihati mengenai perkara berkaitan pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Pengerusi Jawatankuasa ini adalah YAB Perdana Menteri sendiri selaku Menteri yang bertanggungjawab ke atas Wilayah Persekutuan Labuan.

“Namun, YAB Perdana Menteri boleh
mewakilkan kuasa Pengerusinya dan saya harap kuasa itu diwakilkan kepada Perbadanan Labuan.

“Ini kerana Pengerusi dari Perbadanan Labuan lebih mudah mendapat akses untuk mengetahui masalah, keadaan dan keperluan rakyat Labuan dan dapat memberikan input kepada Jawatankuasa dengan lebih cepat,” katanya.

Cadangan kedua, Anifah berkata, faedah cukai sebanyak 3 peratus dipanjangkan kepada lebih banyak jenis perniagaan bagi menarik minat pelabur sama ada dari dalam atau luar negara.

“Syarikat-syarikat kewangan “offshore” di Labuan hanya membayar cukai sebanyak 3 peratus manakala syarikat lain di Labuan membayar cukai sehingga 24 peratus seperti yang termaktub dalam Akta Percukaian 1967.

“Sekiranya faedah ini dipanjangkan kepada perniagaan-perniagaan lain, nescaya ramai pelabur akan membuka perniagaan di Labuan kerana mendapat insentif yang “competitive”,” katanya.

Manakala cadangan ketiga, beliau berkata, sebahagian daripada hasil kewangan yang diperolehi oleh Kerajaan di Labuan diberi kepada Labuan bagi tujuan pembangunan.

“Sebagai makluman, Labuan International Business and Financial Centre (Labuan IBFC) telah menyumbang lebih Dari RM1
billion hasil kewangan kepada kerajaan,” ujarnya.

Bagi cadangan keempatnya, adalah penyediaan Taman Pertanian Kekal untuk membantu usahawan muda serta menjamin keselamatan makanan.

“Ini boleh menjadi model perniagaan
startup untuk diceburi usahawan-usahawan muda, sekali gus akan mendatangkan manfaat kerana dapat menyelesaikan masalah pengangguran di samping menyediakan food security kepada penduduk Labuan.

“Untuk makluman umum, kadar pengangguran di Labuan adalah yang kedua tertinggi di Malaysia iaitu 7.2 peratus.
(Pegangguran tertinggi adalah di Sabah sebanyak 7.5 peratus)

“Sungguhpun begitu, gross domestic product (GDP) per capita Labuan adalah yang kedua tertinggi di Malaysia, selepas Kuala Lumpur iaitu RM85,560.

“Apa yang kita minta hanyalah RM5 juta daripada RM100 juta insentif modal pembiayaan startup yang diumumkan Dalam Belanjawan 2024 untuk perniagaan berkaitan keselamatan makanan, alam sekitar dan kemasyarakatan,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Anifah turut menggesa kepada Kerajaan Persekutuan supaya mempertimbangkan pembinaan Jambatan yang menghubungkan Labuan dan Sabah.

“Pembinaan jambatan tersebut akan menyediakan ease of logistics dan akan memudahkan urusan keluar masuk ke Labuan tanpa perlu bergantung kepada masa-masa yang ditetapkan oleh Perkhidmatan bot, feri dan kapal Terbang.

“Contohnya sekiranya terdapat kecemasan kronik yang memerlukan kepakaran tertentu pada waktu malam, rakyat Labuan dapat ke Sabah dengan lebih mudah tanpa perlu bergantung kepada perkhidmatan feri yang tidak beroperasi pada sebelah malam.

“Pembinaan jambatan ini juga akan mengurangkan kos perniagaan kerana kos pengangkutan akan menurun. Ini akan mengurangkan harga barang yang memanfaatkan rakyat Labuan malah ramai peniaga daripada kawasan serantau akan turut berminat melabur dan membuka perniagaan di Labuan,” tambahnya.

Anifah berkata, sekiranya cadangan-cadangan ini dilaksanakan, beliau percaya Labuan akan terus membangun dengan pesat.

“I believe the people of Labuan will remember your contribution for generations to come,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/07/beberapa-cadangan-dikemuka-hasrat-jadikan-labuan-sebuah-smart-city-anifah/feed/ 0 46185
Anifah Gesa Kerajaan Pertimbang Bina Jambatan Hubung Labuan – Sabah https://sabahmedia.com/2023/12/04/anifah-gesa-kerajaan-pertimbang-bina-jambatan-hubung-labuan-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/12/04/anifah-gesa-kerajaan-pertimbang-bina-jambatan-hubung-labuan-sabah/#respond Mon, 04 Dec 2023 13:12:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46098
Read Time:59 Second

Kuala Lumpur —  Ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri Anifah Aman memohon kerajaan untuk mempertimbangkan pembinaan jambatan Wilayah Persekutuan Labuan bagi menghubungkan pulau itu dengan Sabah.

Ini kerana katanya, pembinaan jambatan itu bukan sahaja dapat memudahkan akses ke pulau berkenaan bahkan berupaya menggerakkan industri pelancongan di Labuan.

“Saya juga memohon agar Kerajaan mempertimbangkan pembinaan jambatan yang menghubung Sabah dengan Labuan.

“Pembinaan jambatan ini akan menyediakan ‘ease of access’ yang boleh menggerakkan industri pelancongan kerana penduduk Sabah, Sarawak dan Negara Brunei mudah tiba ke Labuan.

“Ketibaan pelancong-pelancong asing daripada luar negara juga akan membawa ‘cash flow’, dan dijangka akan memberi kesan yang positif kepada ekonomi Labuan, ” katanya semasa membahaskan usul di Dewan Negara hari ini.

Dalam pada itu, Anifah yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan menyeru Kerajaan Persekutuan supaya mempertimbangkan Labuan sebagai Kluster ‘startup’ dan inovasi.

Tambah beliau, ia dilihat mampu menyokong pembangunan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC), yang turut menerima manfaat daripada pengecualian cukai kepada entiti yang aktiviti kewangan dan perdagangan Islam.

Justeru Anifah berharap kerajaan dapat mempertimbang perkara itu berikutan perkembangan perniagaan ‘startup’ yang semakin berkembang di Malaysia, bagi membolehkan Sabah, Labuan, dan Sarawak mendapat manfaat dari sudut sokongan dan bantuan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/04/anifah-gesa-kerajaan-pertimbang-bina-jambatan-hubung-labuan-sabah/feed/ 0 46098
Masalah bekalan air di Labuan sukar tarik pelabur – Anifah https://sabahmedia.com/2023/11/28/masalah-bekalan-air-di-labuan-sukar-tarik-pelabur-anifah/ https://sabahmedia.com/2023/11/28/masalah-bekalan-air-di-labuan-sukar-tarik-pelabur-anifah/#respond Tue, 28 Nov 2023 12:39:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45812
Read Time:2 Minute, 23 Second

KUALA LUMPUR: Masalah bekalan air yang membelenggu rakyat Labuan dan memeritkan lagi keadaan itu sudah lama berlaku namun tidak ada tindakan drastik dilakukan walaupun ia terletak di bawah Menteri Wilayah Persekutuan yang silih berganti, kata Ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri Anifah Aman.

“Labuan adalah pulau yang cantik, apa yang dibentangkan ini saya setuju ulasan-ulasan tentang kuasa, biasiswa, akaun bank sangat bagus didengar tapi untuk rakyat Labuan ia tiada makna apa-apa, tidak ada ertinya kalau air tidak ada.

“Sekarang yang pelik sangat, Labuan dulu Menteri Wilayah Persekutuan beberapa menteri, KSU juga jadi Pengerusi Perbadanan Labuan tapi Labuan punya masalah air sangat simple (mudah) satu, maintenance (penyelenggaraan) paip yang bocor sudah 30-40 tahun, kedua, peruntukan, kalau tiada peruntukan tidak boleh buat maintenance, kalau kita tidak boleh buat maintenance rakyat yang menderita,” tegasnya ketika berucap membahas akta Rang Undang-undang Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023 di Dewan Negara pada Selasa.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa ada pelabur-pelabur yang berpotensi datang ke Labuan tetapi tidak jadi melabur disebabkan masalah air dan bekalan elektrik tidak mencukupi.

“Saya sekarang dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan, saya ingin menjemput pelabur, three Fortune 500 companies datang jadi kita bagi taklimat dia tanya itu ini, kita tidak boleh sembunyi kenyataan yang sebenar bahawa air dan tenaga letrik ini tidak mencukupi di Labuan, so they told me “thank you very much” and left… jadi bagaimana kita hendak memajukan Labuan kalau kemudahan asas air dan letrik tidak ada?

“Tapi semua yang bagus kita dengar macam kita diibaratkan macam kita budak-budak kecil ini menangis dikasi gula-gula (candy) sampai bila kita nak dikasi candy saja, sampai bila budak-budak menangis saja?,” luahnya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut mempelawa pemimpin-pemimpin untuk datang ke Labuan dan melihat sendiri keperitan hidup rakyat Labuan dengan masalah yang dihadapi.

“Datang ke labuan dan tengok keperitan rakyat Labuan baru kita mengerti, kalau kita tidak ke Labuan, kita berucap di Dewan yang mulia ini kita menjawab soalan-soalan tapi penderitan rakyat Labuan tidak dirasai oleh pemimpin-pemimpin maka tidak ada ertinya semua ini.

“Saya berterima kasih ini pertama kali Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan menyediakan peruntukan RM1.1 bilion untuk Kelantan, Sabah, termasuk Labuan. Terima kasih banyak-banyak. Sekurang-kurangnya ada cahaya di hujung terowong.

“Tapi lagi penting, pastikan ada duit semua, kita laksana dengan baik. Dan saya harap kalau ikut tender, pastikan tender terbuka, jangan ada campur tangan politik, dapatkan kontraktor yang terbaik supaya masalah air Labuan, mungkin 100 peratus tak dapat diselesaikan, tapi ada perbezaan,” tambah beliau.

Persidangan Dewan Rakyat 13 Oktober lepas meluluskan rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 654) yang bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh integriti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023 itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 25 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/28/masalah-bekalan-air-di-labuan-sukar-tarik-pelabur-anifah/feed/ 0 45812
Tambahan Program Jualan Rahmah di Sabah, Sarawak dan Labuan – Armizan https://sabahmedia.com/2023/11/05/tambahan-program-jualan-rahmah-di-sabah-sarawak-dan-labuan-armizan/ https://sabahmedia.com/2023/11/05/tambahan-program-jualan-rahmah-di-sabah-sarawak-dan-labuan-armizan/#respond Sun, 05 Nov 2023 06:02:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44748
Read Time:2 Minute, 0 Second

BEAUFORT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menambah jumlah pelaksanaan Program Jualan Rahmah (PJR) di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi bulan November dan Disember 2023.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, selain peningkatan jumlah pelaksanaan, KPDN juga akan memastikan penawaran bekalan ayam ditambah dengan harga jualan rahmah pada kadar diskaun di antara 10 hingga 30 peratus.

“Pendekatan ini diambil sebagai salah satu strategi intervensi untuk
membolehkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mendapat akses kepada bekalan jualan ayam pada harga yang berpatutan.

“Pelaksanaan pendekatan ini akan ditumpukan di kawasan-kawasan yang dilaporkan mempunyai isu penjualan harga yang agak tinggi di pasaran setempat,” katanya semasa menghadiri Program Jualan Rahmah di Perkarangan Masjid Jamik Kampung Kebatu Kebidang di sini, hari ini.

Beliau berkata, pendekatan ini juga adalah sejajar dengan usaha untuk menangani sebarang isu berbangkit berkaitan kadar harga ayam susulan pengumuman penamatan langkah sementara penetapan harga kawalan bagi ayam bermula 1 November 2023.

“Langkah penetapan harga kawalan sementara berkenaan dilaksanakan bermula bulan Februari 2022 disebabkan harga yang terlalu tinggi
pada masa tersebut yang melibatkan pemberian subsidi kepada penternak.

“Untuk rekod, penetapan harga kawalan sementara ayam super sebelum 1 November 2023 bagi Negeri Sabah melibatkan dua harga iaitu RM12.00/kg bagi
Pantai Barat dan RM12.30/kg bagi Pantai Timur.

“Di Sarawak, penetapan harga
kawalan sementara ayam super sebelum ini adalah berbeza mengikut daerah dengan kadar di antara RM10.80/kg hingga RM13.90/kg. Sementara itu, harga kawalan ayam super bagi Labuan adalah RM12.30/kg,” jelasnya.

Menurut Armizan, dengan penamatan langkah penetapan harga kawalan sementara bermula
1 November 2023, KPDN telah melaksanakan pemantauan harian setakat 4 November 2023 di pelbagai premis di seluruh negara.

“Bagi Sabah, hasil pemantauan mendapati harga ayam super di pasaran adalah di antara RM11.49/kg hingga RM13.90/kg. Di Sarawak penawaran harga di pasaran adalah di antara RM8.90/kg hingga RM18.90/kg.

“Sementara itu, harga ayam super di pasaran Labuan adalah di antara RM9.00/kg hingga RM13.90/kg,” katanya.

Justeru, KPDN meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan kepada kementerian sekiranya mempunyai aduan, boleh berhubung terus melalui saluran berikut:

i. WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000;
ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my;
iii. Call Centre 1-800-886-800;
iv. E-mel [email protected];
v. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN;
vi. Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245,

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/05/tambahan-program-jualan-rahmah-di-sabah-sarawak-dan-labuan-armizan/feed/ 0 44748