Labuan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 19 Dec 2025 08:12:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Labuan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Yayasan PETRONAS bawa keceriaan Krismas kepada 100 keluarga di Labuan https://sabahmedia.com/2025/12/19/yayasan-petronas-bawa-keceriaan-krismas-kepada-100-keluarga-di-labuan/ https://sabahmedia.com/2025/12/19/yayasan-petronas-bawa-keceriaan-krismas-kepada-100-keluarga-di-labuan/#respond Fri, 19 Dec 2025 08:11:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88591
Read Time:54 Second

LABUAN: Yayasan PETRONAS menyantuni 100 keluarga di Labuan sempena sambutan Krismas menerusi Program Uplifting Lives dengan menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas dan biskut perayaan, hasil kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan.

Majlis penyerahan sumbangan berlangsung hari ini di dewan pejabat JKM Labuan, melibatkan pengagihan barangan keperluan asas dan biskut perayaan kepada 20 penerima. Selebihnya, seramai 80 penerima lagi mengambil sumbangan masing-masing di pejabat jabatan berkenaan pada hari yang sama.

Penyerahan sumbangan disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Chemicals Methanol Sdn Bhd, Hiffani M. Jalil bersama Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan, Maradona Lawrence.

Turut hadir ialah Pengurus Kanan Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan, Nellie Ramiza Busu serta Penolong Pengarah Jabatan Sosioekonomi Perbadanan Labuan, Luqman Hakim.

Menerusi inisiatif ini, PETRONAS meneruskan komitmennya dalam menyokong pendidikan, memperkukuh daya tahan komuniti serta memacu kemajuan sosioekonomi, selaras peranannya sebagai rakan tenaga yang prihatin dan komited untuk memberi kembali kepada masyarakat serta menyumbang secara bermakna kepada pembangunan jangka panjang komuniti setempat.

Program Uplifting Lives dilaksanakan sepanjang tahun di seluruh Malaysia bersempena sambutan perayaan utama termasuk Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Gawai dan Kaamatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/19/yayasan-petronas-bawa-keceriaan-krismas-kepada-100-keluarga-di-labuan/feed/ 0 88591
Lebih 60,000 pengguna nikmati bekalan elektrik lebih stabil di Sabah, Labuan https://sabahmedia.com/2025/07/14/lebih-60000-pengguna-nikmati-bekalan-elektrik-lebih-stabil-di-sabah-labuan/ https://sabahmedia.com/2025/07/14/lebih-60000-pengguna-nikmati-bekalan-elektrik-lebih-stabil-di-sabah-labuan/#respond Mon, 14 Jul 2025 09:56:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77297
Read Time:2 Minute, 57 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Lebih 60,434 pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kini menikmati bekalan elektrik yang lebih stabil dan efisien hasil pelaksanaan tujuh projek tenaga bernilai lebih RM260 juta oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Fadillah semasa lawatannya di PMU Kota Kinabalu.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata projek-projek berkenaan dilaksanakan menerusi inisiatif Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) bagi memperkukuh infrastruktur tenaga serta menjamin kelestarian bekalan elektrik di negeri ini.

Menurut Fadillah, kesemua projek yang telah siap itu bukan sahaja meningkatkan keupayaan sistem sedia ada, malah menyediakan asas penting untuk pembangunan ekonomi menerusi rangkaian grid yang lebih kukuh dan menyeluruh, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa menyempurnakan sesi penyerahan rasmi projek-projek berkenaan dalam lawatan PETRA Skuad Sabah 2025 ke Pencawang Masuk Utama (PMU) 132/33kV Kota Kinabalu (KKBU) hari ini, yang merupakan antara komponen utama di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10).

PMU KKBU kini memberi manfaat kepada kira-kira 11,452 pengguna di kawasan Tanjung Aru dan sekitar ibu negeri, dengan pembinaan kemudahan suis berpenebat gas 132kV dan 33kV (GIS) serta pemasangan transformer 132/33/11kV bagi menggantikan sistem lama 66/11kV yang telah usang dan tidak lagi mempunyai alat ganti. Projek ini turut menyokong pembinaan jajaran kabel baharu 33kV ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), sekaligus meningkatkan kebolehpercayaan bekalan elektrik ke kawasan strategik berkenaan.

Turut disiapkan ialah Projek Sambungtara 132kV Labuan–Sipitang (Fasa 1 – Pakej 2) bernilai RM34.92 juta, yang merangkumi penaiktarafan PMU Beaufort ke 275kV dan pembinaan menara talian sepanjang tujuh kilometer dari PMU Megalong ke sempadan Sidumin untuk sambungan ke Lawas, Sarawak. Projek ini siap pada 2 September 2024 dan kini menunggu penyempurnaan sambungan oleh Sarawak Energy pada September 2025. Ia bakal membolehkan 30 megawatt tenaga diimport dari Sarawak, dengan kapasiti penghantaran mencecah 500 megawatt melalui jaringan ASEAN Power Grid.

Di Ranau, projek Pembahagi Utama (PPU) 33/11kV bernilai RM31.3 juta yang siap sepenuhnya pada 15 Mac 2024 telah menyambungkan kawasan itu ke grid elektrik Sabah. Ia mengurangkan kebergantungan kepada stesen janakuasa diesel berkapasiti 18 megawatt, memberikan persekitaran lebih bersih dan mengurangkan keperluan subsidi diesel kepada 15,620 pengguna di kawasan berkenaan.

Projek PPU Batu Sapi pula bernilai RM30.02 juta dan mula beroperasi pada 13 Disember 2024. Ia menggantikan sistem agihan lama serta meningkatkan kecekapan agihan kuasa dari Stesen Janakuasa Batu Sapi ke kawasan sekitar Sandakan, termasuk Karamunting, Bokara dan Kampung Istimewa, memberi manfaat kepada kira-kira 4,744 pengguna.

Sementara itu, Projek Protection On-Line Monitoring bernilai RM42 juta pula melibatkan pemasangan kabel gentian optik dasar laut sepanjang 15 kilometer dari Menumbok ke Tanjung Aru, Labuan. Siap pada 5 Februari 2024, ia memperkukuh sistem perlindungan talian dari PMU Beaufort ke PMU Rancha-Rancha.

Di Universiti Malaysia Sabah (UMS), PMU 132/33/11kV bernilai RM50.011 juta mula beroperasi sepenuhnya pada 12 Ogos 2024. Projek ini meningkatkan kapasiti beban dari 93.51 megawatt kepada 131.60 megawatt dan mengurangkan kadar gangguan bekalan (SAIDI) di kawasan sekitarnya. Lebih 5,000 pengguna menerima manfaat secara langsung, termasuk Hospital UMS yang kini turut disokong oleh PMU tersebut.

Satu lagi projek penting ialah Sistem Pengukuhan 11kV Labuan bernilai RM6.3 juta yang siap pada 9 November 2024. Ia melibatkan penaiktarafan sistem perlindungan di PPU Rancha-Rancha dan meningkatkan keupayaan sistem menyokong pembangunan baharu di wilayah tersebut.

Fadillah berkata, pelaksanaan tujuh projek ini membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam memperkukuh sistem tenaga di Sabah dan Labuan serta memastikan penyampaian perkhidmatan tenaga yang lebih berkualiti kepada rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/14/lebih-60000-pengguna-nikmati-bekalan-elektrik-lebih-stabil-di-sabah-labuan/feed/ 0 77297
Tujuh remaja lelaki ditahan, kes curi motosikal di Labuan https://sabahmedia.com/2024/08/08/tujuh-remaja-lelaki-ditahan-kes-curi-motosikal-di-labuan/ https://sabahmedia.com/2024/08/08/tujuh-remaja-lelaki-ditahan-kes-curi-motosikal-di-labuan/#respond Thu, 08 Aug 2024 13:24:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58722
Read Time:3 Minute, 6 Second

LABUAN: Polis Labuan berjaya memberkas tujuh remaja lelaki disyaki terlibat dalam kes curi motosikal di perumahan Taman Mutiara, Kampung Sungai Bedaun dekat sini sekitar antara Jun dan Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, terdapat tiga laporan polis berkaitan kehilangan tiga buah motosikal pelbagai jenis ditempat yang berhampiran sama iaitu di perumahan Taman Mutiara, Kg Sg Bedaun pada 17 Jun 2024 antara jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Katanya, perbezaan masa laporan diterima dipercayai kerana masa yang disedari oleh pemilik kenderaan tersebut berbeza-beza sebaliknya kejadian kecurian dipercayai berlaku pada masa yang serentak.

“Manakala pada 26 Julai 2024 jam lebih kurang 11.30 pagi pihak polis telah menerima satu lagi laporan kehilangan motosikal yang dilaporkan oleh pemilik kenderaan berlaku ditempat yang sama.

“Dalam tempoh lebih kurang sebulan, empat kehilangan motosikal pihak polis terima yang berlaku ditempat yang sama.

“Kesemua laporan telah dibuka siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu kecurian kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan laporan itu, Mohd Hamizi berkata, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi membanteras dan mengesan suspek dalam kejadian ini.

“Seterusnya pada 14 Julai 2024, bertempat di kawasan semak Kg Sg Bedaun, jam lebih kurang 5.00 petang hasil maklumat awam, pihak polis telah berjaya menemui semula sebuah motosikal yang dilaporkan hilang pada 17 Jun 2024.

“Pada 27 Julai 2024 jam lebih kurang 4.30 pagi, pasukan polis telah berjaya menahan dua remaja lelaki berumur 15 tahun serta merampas sebuah motosikal.

“Hasil siasatan dan
semakan ke atas motosikal tersebut mendapati motosikal yang dirampas adalah motosikal yang dilaporkan hilang pada 26 Julai 2024,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut ke atas remaja tersebut telah berjaya membawa kepada tangkapan
lima lagi remaja lelaki berumur 14 hingga 18 tahun pada 28 keesokkan harinya 28 Julai 2024.

Katanya, dengan tertangkapnya tujuh remaja lelaki tersebut pihak polis telah berjaya menemui semula dua buah motosikal lagi yang di laporkan hilang pada 17 Jun 2024.

“Ini bermakna empat kejadian kecurian dalam tempoh masa sebulan telah berjaya diselesaikan,” jelasnya.

Beliau berkata, semua suspek yang terlibat berjaya ditahan manakala semua motosikal yang dicuri berjaya ditemui semula.

“Kejayaan ini juga atas bantuan Unit Selam Pasukan Polis Marin dan Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, dua buah motosikal telah berjaya dijumpai semula disembunyikan dengan cara dibuang di dalam sebatang sungai berhampiran tempat kejadian. Penemuan ini berjaya setelah dipandu arah oleh suspek yang terlibat,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, modus operandi yang digunakan dalam kejadian ini adalah mengambil kesempatan semasa penghuni sedang tidur dan mengesan motosikal yang tiada menggunakan kunci leher atau kunci tambahan serta menolak motosikal tersebut ke blok yang kosong untuk disembunyikan.

“Cara menghidupkan motosikal tersebut dengan menggantikan tempat kunci enjin yang baru dibeli di kedai sekitar Labuan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kesemua tangkapan telah menjalani pemeriksaan air kencing dan semua didapati tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah.

“Untuk makluman, empat remaja yang ditangkap merupakan masih pelajar sekolah manakala tiga orang lagi sudah tidak bersekolah.

“Siasatan telah lengkap dijalankan dan telah dimajukan kepada pejabat peguam negara.

“Enam suspek telah dituduh di mahkamah pada hari ini dibawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan atas kesalahan menghapuskan sebuah kenderaan motor yang membawa hukuman pemenjaraan tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari tujuh tahun manakala seorang lagi akan dijadikan saksi pendakwaan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memastikan kenderaan yang ditinggalkan berada dalam keadaan berkunci selain inisiatif memasang kunci tambahan pada kenderaan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya sentiasa peka dan mengambil kira kawasan selamat dan mudah dilihat sebelum meninggalkan kenderaan.

“Ibubapa terutamanya perlu mengambil tanggungjawab bersama memantau dan mengambil tahu aktiviti anak-anak di luar rumah bagi mengelakkan mereka terlibat dengan apa-apa perbuatan jenayah,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/08/tujuh-remaja-lelaki-ditahan-kes-curi-motosikal-di-labuan/feed/ 0 58722
SESB pantau kestabilan bekalan elektrik di Labuan – Adrian https://sabahmedia.com/2024/06/26/sesb-pantau-kestabilan-bekalan-elektrik-di-labuan-adrian/ https://sabahmedia.com/2024/06/26/sesb-pantau-kestabilan-bekalan-elektrik-di-labuan-adrian/#respond Wed, 26 Jun 2024 07:55:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56558
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memantau kestabilan bekalan elektrik ke Wilayah Persekutuan (W.P) Labuan disebabkan gangguan bekalan gas di pulau itu berikutan penutupan oleh Petronas.

Operator Sistem Grid Sabah dan W.P Labuan, Ir. Adrian Mosigil berkata gangguan bekalan gas di pulau itu secara langsung menghentikan bekalan gas ke Stesen Janakuasa Patau-Patau milik SESB.

“SESB telah mendapat makluman mengenai penutupan Gas Receiving Terminal 1 (GRT1) mililk Petronas di pulau itu bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja senggaraan,” katanya dalam satu kenyataan media pasa Rabu.

Penutupan itu bermula pada 26 Jun, 2024 sehingga 2 Julai, 2024.

Menurut beliau walaupun kapasiti penjanaan ke Grid Sabah akan terjejas, SESB akan memastikan rizab marjin penjanaan adalah mencukupi untuk mengelakkan catuan bekalan di pulau itu.

SESB Zon Labuan telah menerima makluman tersebut dan akan berada dalam tunggu sedia bagi memastikan kestabilan bekalan kepada pengguna.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/26/sesb-pantau-kestabilan-bekalan-elektrik-di-labuan-adrian/feed/ 0 56558
Che Engku Suhaimi Pengarah Maritim Malaysia Sabah, Labuan baharu https://sabahmedia.com/2023/07/18/che-engku-suhaimi-pengarah-maritim-malaysia-sabah-labuan-baharu/ https://sabahmedia.com/2023/07/18/che-engku-suhaimi-pengarah-maritim-malaysia-sabah-labuan-baharu/#respond Tue, 18 Jul 2023 08:03:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38494
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Mantan Ketua Staf Bahagian Operasi Laut, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik telah dilantik sebagai Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang baharu berkuatkuasa 10 Julai lalu.

Pelantikan Che Engku Suhaimi bagi
menggantikan Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah
yang kini mengisi jawatan sebagai Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.

Majlis Serah Terima Tugas berkenaan telah disaksikan oleh Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
di sini hari ini.

Saiful Lizan dalam ucapannya berkata, momentum yang telah
dihasilkan oleh pengarah sebelum ini perlu diteruskan.

Justeru beliau berharap agar Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi dapat meneruskan pencapaian cemerlang Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sekaligus membawa organisasi ini ke peringkat yang lebih tinggi serta terus komited dan bersiap siaga dalam apa jua keadaan.

“Maritim Malaysia Sabah dan
Wilayah Persekutuan Labuan mempunyai cabaran besar berikutan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terletak pada kawasan geografi yang istimewa berbanding negeri-negeri lain dengan jumlah 492 pulau pada keluasan 84,003 kilometer persegi sepanjang persisir pantai 1,440 kilometer termasuk ESSCOM,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut berharap Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi yang kini menerajui Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan memantapkan lagi operasi agensi ini dalam usaha memastikan keselamatan perairan negara khususnya perairan negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan
Labuan aman serta terkawal.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/18/che-engku-suhaimi-pengarah-maritim-malaysia-sabah-labuan-baharu/feed/ 0 38494
Bila telur jadi buruan di Labuan https://sabahmedia.com/2022/12/03/bila-telur-jadi-buruan-di-labuan/ https://sabahmedia.com/2022/12/03/bila-telur-jadi-buruan-di-labuan/#respond Sat, 03 Dec 2022 00:26:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=25750
Read Time:2 Minute, 4 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

LABUAN: Telur kini menjadi antara barang buruan dalam kalangan pembeli di pulau bebas cukai ini kerana kesukaran mendapatkan bahan mentah ini biarpun selepas ketiadaan sekatan pergerakan akibat COVID-19.

Kebimbangan mengenai kekurangan bekalan telur di seluruh negara dibangkitkan selepas jumlah pembelian bagi pembeli dihadkan oleh peniaga dan gambar rak kosong di pasar raya besar dan pasar raya tersebar di sini.

Walaupun banyak kedai sudah pulih daripada kesan pandemik dan mampu memastikan barangan memenuhi rak, telur masih sukar ditemukan kerana peniaga bergelut untuk memenuhi permintaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan Dr Larry David berkata kekurangan bekalan itu berikutan eksport telur dari Sabah yang terhad ke pulau ini dan kerana peningkatan dalam permintaan.

“Kami telah meminta bekalan satu juta telur sebulan dan diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah November tahun lepas tetapi untuk rekod kami hanya menerima 750,000 telur daripada pembekal.

Sebelum ini Labuan menerima dua juta telur setiap bulan dan satu juta itu sebenarnya masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan yang meningkat di sini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Pengurus Bataras Sdn Bhd Elfriene Aguinaldo berkata mereka menerima dua kali penghantaran berjumlah 3,000 bekas setiap satu berisi 30 butir telur daripada pelbagai gred (A,B,C dan gred telur premium) setiap minggu.

“Daripada 3,000 itu sekurang-kurangnya 30 peratus akan disalurkan kepada cawangan kami di Kompleks Ujana Kewangan dan bakinya untuk mengisi rak kami untuk kedai kek yang merupakan pelanggan tetap dan pengguna yang datang terus.

Bekalan telur boleh bertahan dalam sehari setelah tiba, kami mengalami masalah bekalan bagi semua gred telur … kami sedang bekerja keras untuk mengatasinya dan memohon maaf di atas sebarang kesulitan,” katanya yang menguruskan pasar raya besar terbesar di Labuan itu.

Aguinaldo berkata harga satu bekas telur untuk Gred A ialah RM15.30 (RM14.70 sebelum ini), Gred B RM15 (RM14.40 sebelum ini) dan RM14.70 (RM14.10 sebelum ini) bagi setiap bekas untuk Gred C, meningkat antara RM0.40 dan RM0.60.

“Melihat kepada kenaikan permintaan telur, kuota bekalan telur kepada Bataras seharusnya ditingkatkan,” kata beliau.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan Junaidah Arbain berkata bekalan telur tidak berubah biarpun harga meningkat.

“Jumlah bekalan kekal stabil dalam beberapa bulan lepas di tengah-tengah sedikit kenaikan harga tetapi ia masih tidak melebihi harga siling,” katanya.

Beliau berkata terdapat aduan daripada orang ramai di atas harga telur yang tinggi tetapi hanya melibatkan gred premium yang bukan dalam kawalan KPDNHEP. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/03/bila-telur-jadi-buruan-di-labuan/feed/ 0 25750
DUN Sabah : Kembalikan Labuan Kepada Sabah https://sabahmedia.com/2022/03/22/dun-sabah-kembalikan-labuan-kepada-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/03/22/dun-sabah-kembalikan-labuan-kepada-sabah/#respond Tue, 22 Mar 2022 09:51:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13349
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Sabah dicadang memulakan rundingan dengan Kerajaan Pusat untuk mengambil semula Pulau Labuan bagi mengembalikan persempadanan asal negeri ketika pembentukan Malaysia pada 1963.

Cadangan itu dibahas bekas Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Yong Teck Lee pada sesi perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau yang juga Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) berkata, pengembalian Labuan kepada Sabah perlu selepas penyerahan pulau itu pada 1984 sebagai Wilayah Persekutuan kedua selepas Kuala Lumpur, gagal mencapai matlamat digariskan melalui persetujuan kerajaan Sabah ketika itu.

“Ada lima matlamat penyerahan Labuan kepada Persekutuan iaitu untuk integrasi, keselamatan, mempercepatkan pembangunan, sebagai pusat persidangan antarabangsa dan pusat perniagaan…semua gagal.

“Kalau jambatan Labuan-Sabah nanti menjadi kenyataan, kita juga perlu melalui pos Imigresen untuk melalui jambatan itu ke Labuan, jadi ada baiknya Labuan dikembalikan kepada Sabah supaya jadi macam dulu,” katanya.

Beliau berkata, penyerahan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan kira-kira 38 tahun lalu berlaku selepas DUN Sabah meluluskan pindaan Perlembagaan negeri pada 8 Mac 1984.

Katanya, Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tan Sri Harris Salleh adalah individu yang bertanggungjawab merealisasikan penyerahan Labuan melalui siri perbincangan dengan Kerajaan Pusat pada masa itu.

“Tan Sri Harris dulu adalah orang yang mahu Labuan diserahkan kepada Persekutuan tetapi sekarang dia juga mahu Labuan dikembalikan kepada Sabah.

“Saya tahu Kerajaan Persekutuan tidak terus bersetuju kalau kita tuntut Labuan dikembalikan kepada Sabah sekarang, tetapi kita boleh buka jalan. Tuntutan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) juga selepas 12 tahun barulah diberi perhatian,” katanya.

Sehubungan itu, Teck Lee meminta supaya cadangan berkenaan diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan negeri yang ada sekarang, supaya boleh dijadikan legasi kepada generasi Sabah akan datang.

Beliau turut menyuarakan cadangan supaya kerajaan negeri menggubal enakmen Kad Pengenalan Sabah atau ‘Sabah IC’ untuk membenarkan penggunaan dokumen pengenalan khas rakyat yang lahir atau berasal dari Sabah.

Katanya, dokumen itu bagi membezakan pemegang Mykad dari negeri lain yang dikeluarkan Kerajaan Pusat ketika ini, selain memberi kelebihan kepada pemegangnya untuk menikmati semua keistimewaan sebagai rakyat Sabah.

“Kita sudah kaji ini dan ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan,” katanya. – BERITA HARIAN

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/22/dun-sabah-kembalikan-labuan-kepada-sabah/feed/ 0 13349
Maritim Malaysia Bantu Selamatkan Kru Kapal Rig Sapura https://sabahmedia.com/2022/03/14/maritim-malaysia-bantu-selamatkan-kru-kapal-rig-sapura/ https://sabahmedia.com/2022/03/14/maritim-malaysia-bantu-selamatkan-kru-kapal-rig-sapura/#respond Mon, 14 Mar 2022 08:33:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12989
Read Time:50 Second

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Labuan telah melaksanakan satu bantuan pemindahan kecemasan (MEDEVAC) di perairan Labuan, disini  semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata,  Pusat Operasi Zon Maritim Labuan telah menerima panggilan daripada ejen kapal Rig Sapura Pelaut pada jam 11.35 malam bagi tujuan pemindahan kecemasan seorang pesakit.

“Pusat Operasi Zon Maritim Labuan telah menerima panggilan daripada ejen kapal Rig Sapura Pelaut memaklumkan seorang kru kapal tersebut memerlukan bantuan pemindahan kecemasan ke darat untuk menerima rawatan akibat dari apendiks.

“Bot Kilat 40 telah memberikan bantuan kecemasan bagi memindahkan pesakit berkenaan daripada kapal yang sedang bersauh seterusnya dibawa ke Jeti Zon Maritim Labuan dan diserahkan kepada petugas kesihatan yang telah sedia menunggu di jeti,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Nudin berkata,  sebarang kecemasan di laut, boleh terus disalurkan melalui talian 999 atau hotline Maritim Malaysia di talian 03-89434001 ataupun Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau melalui aplikasi whatsapp di talian 013- 2558539.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/14/maritim-malaysia-bantu-selamatkan-kru-kapal-rig-sapura/feed/ 0 12989
Jerayawara ‘My Destination Sabah & Labuan’ Sasar Tingkatkan Pelancongan Domestik, Bantu Pengendali Pelancongan https://sabahmedia.com/2022/02/25/jerayawara-my-destination-sabah-labuan-sasar-tingkatkan-pelancongan-domestik-bantu-pengendali-pelancongan/ https://sabahmedia.com/2022/02/25/jerayawara-my-destination-sabah-labuan-sasar-tingkatkan-pelancongan-domestik-bantu-pengendali-pelancongan/#respond Fri, 25 Feb 2022 07:21:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12534
Read Time:1 Minute, 59 Second

JOHOR BAHRU:  Tourism Malaysia meneruskan usaha membantu para penggiat industri, khususnya pengendali pelancongan dari Sabah dan Labuan, apabila mempertemukan mereka dengan pembeli berpotensi di Wilayah Selatan dalam program ‘My Destination Sabah & Labuan Meet Johor Roadshow 2022’.

Jerayawara berkonsepkan Business to Business (B2B) itu bertujuan mempromosikan destinasi, produk serta pakej-pakej pelancongan kepada kira-kira 80 wakil agensi pelancongan, jabatan kerajaan dan swasta serta syarikat korporat yang disasarkan menyertai program tersebut.

Inisiatif berkenaan digerakkan oleh Pejabat Tourism Malaysia Sabah selepas menerima sambutan cukup memberangsangkan dalam misi jualan ke Pulau Pinang pada penghujung tahun lalu.

Penganjuran program ini turut mendapat kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Perbadanan Labuan, Persatuan Pelancongan Sabah (STA) serta syarikat penerbangan Malaysia Airlines, MASwings dan AirAsia Berhad.

Majlis perasmian diadakan di Fraser Place Puteri Harbour, Johor Bahru dan dirasmikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof.

Sebanyak 18 agensi pelancongan, tujuh hotel dan tiga syarikat penerbangan telah dibawakan dari Sabah dan Labuan bagi menawarkan pakej-pakej berbentuk lawatan insentif, program hari keluarga korporat serta pakej pelancongan perniagaan.

Hadir sama Pengurus Pemasaran Lembaga Pelancongan Sabah Tracelynn Peter Jupili; Penolong Pengarah Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan Zunaidah Hamzah; Presiden Persatuan Pelancongan Sabah Tonny Chew; Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Sabah Trecey J Tojuka dan Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan Solehuddin Ahmad.

Turut berlangsung majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara konsortium pelancongan Sabah dan Johor bagi memeterai kerjasama untuk mempromosikan pakej-pakej pelancongan di kedua-dua buah negeri.

Konsortium pelancongan Sabah disertai oleh agensi pelancongan Funholiday Tours & Travel Sdn. Bhd., Travel4You Sdn. Bhd., I-World Travel & Tours Sdn. Bhd. manakala konsortium pelancongan Johor dibentuk menerusi gabungan JSG Holidays Sdn. Bhd., Razi Rafi Explorer Travel & Tours dan Executive Travel & Tours Sdn. Bhd.

Iskandar berkata, penganjuran program tersebut diharap dapat memberikan sokongan kepada para pengendali pelancongan khususnya di Sabah dan Labuan sekali gus berupaya memangkin penyemarakan industri pelancongan domestik.

“Pelbagai pakej menarik ditawarkan bagi menjadikan Sabah dan Labuan sebagai destinasi pelancongan pilihan selain penganjuran acara-acara korporat seperti mesyuarat, seminar, persidangan serta program pengukuhan pasukan (team building) yang mampu menggalakkan percutian terancang dalam norma baharu.

“Selain memfokuskan kepada B2B, pengendali pelancongan dari Sabah dan Labuan turut berpeluang untuk menjalankan aktiviti ‘cross-selling’ di beberapa lokasi pelancongan di Wilayah Selatan apabila dibawa mengikuti lawatan produk sekitar Johor dan Melaka di bawah kelolaan Tourism Johor dan Tourism Melaka,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/25/jerayawara-my-destination-sabah-labuan-sasar-tingkatkan-pelancongan-domestik-bantu-pengendali-pelancongan/feed/ 0 12534
Kegiatan Bom Ikan Digagalkan https://sabahmedia.com/2021/12/24/kegiatan-bom-ikan-digagalkan/ https://sabahmedia.com/2021/12/24/kegiatan-bom-ikan-digagalkan/#respond Fri, 24 Dec 2021 08:32:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10254
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan kegiatan mengebom ikan di perairan Tanjung Wokong disini sekitar jam 11 malam, semalam.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, bot ronda maritim yang sedang dalam rutin operasi telah mengesan sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan di sekitar perairan berkenaan.

“Menyedari kehadiran bot ronda maritim, dua lelaki yang berada di bot pam tersebut nekad terjun ke laut dan berenang ke daratan berhampiran bagi mengelak daripada diperiksa serta ditahan oleh anggota Maritim Malaysia.

“Pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan menemui beberapa fius pembakar, kotak mancis dan beberapa peralatan disyaki digunakan bagi tujuan mengebom ikan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Mohd Rosli berkata, pemeriksaan forensik ke atas perut ikan yang terdapat di atas bot terbabit mendapati organ dalaman ikan tersebut hancur disyaki disebabkan impak daripada aktiviti mengebom.

Katanya, pam bot, hasil tangkapan serta peralatan mengebom ikan dibawa ke Jeti Maritim Sepanggar untuk siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia mengingatkan kepada mana-mana pihak yang melakukan aktiviti mengebom ikan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 26 (menangkap ikan menggunakan bahan letupan, racun dan sebagainya) Akta Perikanan 1985.

“Dan jika didapati bersalah boleh dikenakan denda di bawah seksyen 25(A) dan (B) akta yang sama yang boleh membawa kepada hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi warganegara, manakala bagi rakyat negara asing, denda tidak melebihi RM 6 juta bagi tekong dan RM600,000 bagi setiap kru,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/24/kegiatan-bom-ikan-digagalkan/feed/ 0 10254