lada bara – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 14 Jul 2026 01:26:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png lada bara – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PERISMA Beaufort terima 100 pokok lada bara, rintis projek Kebun Dapur https://sabahmedia.com/2026/07/14/perisma-beaufort-terima-100-pokok-lada-bara-rintis-projek-kebun-dapur/ https://sabahmedia.com/2026/07/14/perisma-beaufort-terima-100-pokok-lada-bara-rintis-projek-kebun-dapur/#respond Tue, 14 Jul 2026 01:08:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99816
Read Time:1 Minute, 29 Second

BEAUFORT: Sebanyak 100 pokok lada bara diserahkan kepada Persatuan Isteri-Isteri Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (PERISMA) Beaufort sebagai permulaan projek perintis Kebun Dapur yang bertujuan menggalakkan penglibatan keluarga kakitangan kerajaan dalam sektor pertanian serta meningkatkan kesejahteraan ekonomi isi rumah.

Penyerahan pokok lada bara itu disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam.

Ruslan berkata, projek tersebut direalisasikan selepas PERISMA mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat ADUN Lumadan kira-kira dua bulan lalu bagi menyatakan hasrat untuk menceburi bidang pertanian.

“Hari ini kita berjaya menunaikan hasrat mereka dengan menyerahkan 100 pokok lada bara untuk ditanam menerusi konsep Kebun Dapur yang diperkenalkan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian.

“Kesemua pokok itu terus ditanam di dalam polibeg yang telah disediakan dan dijangka mula mengeluarkan hasil dalam tempoh kira-kira sebulan,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman peserta program terdahulu, sebanyak 50 pokok lada bara mampu menghasilkan kira-kira enam kilogram hasil setiap bulan.

Justeru, beliau menjangkakan 100 pokok yang diterima PERISMA mampu menghasilkan sekitar 10 hingga 12 kilogram lada bara sebulan, sekali gus berpotensi menjana pendapatan tambahan kepada peserta sekiranya lebihan hasil dipasarkan.

Menurutnya, selain membantu mengurangkan perbelanjaan membeli cili untuk kegunaan harian, projek itu juga boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada keluarga.

“Jika projek ini berjaya, ia boleh dijadikan model perintis untuk diperluaskan kepada kakitangan kerajaan atau isteri-isteri kakitangan kerajaan lain yang sebelum ini kurang terlibat dalam aktiviti pertanian,” katanya.

Ruslan berkata, inisiatif tersebut bukan sahaja menggalakkan budaya bercucuk tanam dalam kalangan masyarakat, malah memberi peluang kepada peserta menikmati hasil tanaman sendiri di samping meningkatkan ekonomi keluarga.

Beliau berharap projek perintis itu akan mendapat sambutan menggalakkan dan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan lebih banyak program Kebun Dapur di negeri ini, khususnya melibatkan komuniti setempat dan keluarga kakitangan kerajaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/14/perisma-beaufort-terima-100-pokok-lada-bara-rintis-projek-kebun-dapur/feed/ 0 99816
Lada bara berpotensi tambah pendapatan isi rumah penduduk https://sabahmedia.com/2026/06/05/lada-bara-berpotensi-tambah-pendapatan-isi-rumah-penduduk/ https://sabahmedia.com/2026/06/05/lada-bara-berpotensi-tambah-pendapatan-isi-rumah-penduduk/#respond Fri, 05 Jun 2026 02:56:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97719
Read Time:1 Minute, 33 Second

BEAUFORT: Tanaman lada bara berpotensi menjadi sumber pendapatan tambahan kepada penduduk khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan selain membantu memperkukuhkan sektor pertanian komuniti di kawasan tersebut.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Ruslan Muharam berkata, tanaman itu mempunyai nilai komersial yang baik dan sesuai diusahakan secara kecil-kecilan oleh masyarakat setempat.

Beliau berkata, usaha memperkenalkan tanaman lada bara kepada penduduk dapat membuka peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan tambahan melalui hasil pertanian yang diusahakan di kawasan sekitar rumah.

“Program seperti ini bukan sahaja membantu meningkatkan pengetahuan peserta dalam bidang pertanian, malah memberi peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan tambahan melalui hasil tanaman yang diusahakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Penyerahan Bibit Lada Bara DUN Lumadan yang berlangsung di Dewan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), Beaufort, di sini pada Khamis.

Dalam program tersebut, hampir 50 peserta menerima bibit lada bara sebagai kumpulan perintis pertama yang akan mengusahakan tanaman berkenaan di kawasan masing-masing.

Selain menerima bibit, para peserta turut diberikan taklimat berkaitan teknik penanaman, penjagaan tanaman serta potensi pasaran lada bara bagi memastikan tanaman yang diusahakan mampu memberikan pulangan yang baik.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, penyertaan peserta dalam program itu merupakan satu permulaan positif ke arah membudayakan pertanian produktif dalam kalangan komuniti setempat.

Beliau berharap peserta yang terlibat dapat menjadi contoh kepada penduduk lain untuk memanfaatkan kawasan sekitar rumah melalui konsep kebun dapur dan tanaman yang mempunyai nilai ekonomi.

“Usaha ini bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kos sara hidup keluarga, malah berpotensi meningkatkan pendapatan sekiranya hasil tanaman dapat dipasarkan secara berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Amanah Raya serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Katanya, kerjasama pelbagai pihak amat penting bagi memastikan lebih banyak program berimpak tinggi dapat dilaksanakan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memperkukuhkan pembangunan sektor pertanian di kawasan Lumadan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/05/lada-bara-berpotensi-tambah-pendapatan-isi-rumah-penduduk/feed/ 0 97719