Ladang buaya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 13 Jan 2026 06:01:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ladang buaya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ladang ternakan buaya di Penampang beroperasi secara sah – Sammy https://sabahmedia.com/2026/01/13/ladang-ternakan-buaya-di-penampang-beroperasi-secara-sah-sammy/ https://sabahmedia.com/2026/01/13/ladang-ternakan-buaya-di-penampang-beroperasi-secara-sah-sammy/#respond Tue, 13 Jan 2026 05:59:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89634
Read Time:57 Second

PENAMPANG: Tular di media sosial sebuah ladang ternakan buaya yang beroperasi di kawasan Penampang, mendorong sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menjalankan pemeriksaan susulan bagi menilai kesahihan maklumat yang tersebar.

Seorang anggota polis menjalankan pemeriksaan di ladang penternakan buaya di kawasan Penampang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton, berkata pemeriksaan itu dijalankan susulan penularan satu video klip berdurasi kira-kira satu minit yang memaparkan habitat buaya dan menimbulkan kebimbangan orang awam.

Menurutnya, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di sebuah ladang penternakan buaya di daerah ini.

“Hasil pemeriksaan mendapati ladang berkenaan beroperasi secara sah dan memiliki lesen penternakan serta lesen jual beli daging buaya yang dikeluarkan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, video klip yang tular itu dipercayai dirakam di kawasan berhampiran sebuah ladang penternakan buaya berlesen yang beroperasi secara sah.

Sehubungan itu, Sammy menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam serta sentiasa menyebarkan maklumat yang tepat dan bertanggungjawab.

Tambahnya, IPD Penampang akan terus komited dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah ini sentiasa terpelihara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/13/ladang-ternakan-buaya-di-penampang-beroperasi-secara-sah-sammy/feed/ 0 89634