Ladang Sawit – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 04 Oct 2021 13:14:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ladang Sawit – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: Dua Kluster Baharu Direkod Melibatkan Pekerja Ladang Sawit https://sabahmedia.com/2021/10/04/covid-19-dua-kluster-baharu-direkod-melibatkan-pekerja-ladang-sawit/ https://sabahmedia.com/2021/10/04/covid-19-dua-kluster-baharu-direkod-melibatkan-pekerja-ladang-sawit/#respond Mon, 04 Oct 2021 13:14:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7176
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini merupakan kluster jenis tempat kerja yang melibatkan pekerja di ladang sawit.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster tersebut iaitu Kluster Sungai Tabulion, Kinabatangan dan Kluster Sandau Sawit, Kinabatangan.

Katanya, Kluster Sungai Tabulion, Kinabatangan dikesan berlaku di tempat kerja iaitu di Ladang Sawit Malbumi Gedau, Kinabatangan.

“Kes indeks merupakan pekerja pembersihan, wanita, 52, bukan warganegara yang mula bergejala pada 17 September 2021, didapati positif COVID-19 pada 28 September 2021 setelah ujian saringan bergejala RTK AG dibuat di Hospital Duchess of Kent,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Sementara itu, aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati, seramai 62 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes positif dalam kluster ini sebanyak 63 kes.

Manakala Kluster Sandau Sawit, Kinabatangan yang juga merupakan kluster tempat kerja iaitu di kilang sawit di daerah Kinabatangan.

Menurut Masidi, kes indeks adalah pemandu kilang lelaki, 30, warganegara Indonesia yang dikesan positif COVID-19 melalui RTK AG di Klinik Mabello Paris Kinabatangan pada 29 September 2021 untuk tujuan saringan tempat kerja.

“Seterusnya aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati, seramai 27 orang kontak sosial, pekerja telah didapati positif COVID-19.

“Setakat hari ini, terdapat 28 kes positif dalam kluster ini termasuk 25 kes baharu yang dilaporkan,” jelasnya.

“Susulan kes tersebut, siasatan dan persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di kedua-dua lapangan kluster terlibat untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain,” ujar Masidi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/04/covid-19-dua-kluster-baharu-direkod-melibatkan-pekerja-ladang-sawit/feed/ 0 7176
COVID-19: Lagi Kluster Melibatkan Pekerja Ladang Sawit Direkodkan Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/09/13/covid-19-lagi-kluster-melibatkan-pekerja-ladang-sawit-direkodkan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/09/13/covid-19-lagi-kluster-melibatkan-pekerja-ladang-sawit-direkodkan-di-sabah/#respond Mon, 13 Sep 2021 14:27:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6289
Read Time:47 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu kluster jenis tempat kerja melibatkan pekerja ladang sawit di Daerah Kinabatangan.

Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster tersebut adalah Kluster Ladang Desa Jerocco 2 , Kinabatangan melibatkan kluster jenis tempat kerja di ladang sawit dalam Daerah Kinabatangan.

Katanya, kes indeks merupakan penyelia ladang, lelaki, warganegara Indonesia, 39, yang disahkan positif COVID-19 oleh klinik panel ladang setelah bergejala sejak 01 September 2021. Dengan keputusan RTK AG positif grading 100%, kes indeks telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut.

“Walau bagaimanapun, aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati 54 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan positif COVID-19.

“Setakat hari ini, 55 kes positif direkodkan dan semuanya adalah kes baharu yang dilaporkan,” jelas Masidi.

“Dalam pada itu, siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/13/covid-19-lagi-kluster-melibatkan-pekerja-ladang-sawit-direkodkan-di-sabah/feed/ 0 6289
COVID-19: Satu Kluster Tercetus Dari Tempat Kerja Ladang Sawit https://sabahmedia.com/2021/09/01/covid-19-satu-kluster-tercetus-dari-tempat-kerja-ladang-sawit/ https://sabahmedia.com/2021/09/01/covid-19-satu-kluster-tercetus-dari-tempat-kerja-ladang-sawit/#respond Wed, 01 Sep 2021 14:02:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5669
Read Time:34 Second

KOTA KINABALU: Satu kluster jenis tempat kerja direkodkan hari ini iaitu Kluster Sawit Kinabatangan 2.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, yang juga selaku Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Sawit Kinabatangan 2 adalah kluster jenis tempat kerja yang berlaku di ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan.

Katanya, kes indeks merupakan lelaki, warga Indonesia, 19, tanggungan seorang pekerja ladang tersebut, bergejala sejak 18 Ogos 2021, disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag) dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan pada 23 Ogos 2021 untuk rawatan lanjut.

Setakat hari ini, seramai 124 orang telah disaring dan 124 kes positif dalam kluster ini termasuk 122 kes baharu yang dilaporkan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/01/covid-19-satu-kluster-tercetus-dari-tempat-kerja-ladang-sawit/feed/ 0 5669