Lagi Kluster – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 13 Sep 2021 14:27:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lagi Kluster – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: Lagi Kluster Melibatkan Pekerja Ladang Sawit Direkodkan Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/09/13/covid-19-lagi-kluster-melibatkan-pekerja-ladang-sawit-direkodkan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/09/13/covid-19-lagi-kluster-melibatkan-pekerja-ladang-sawit-direkodkan-di-sabah/#respond Mon, 13 Sep 2021 14:27:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6289
Read Time:47 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu kluster jenis tempat kerja melibatkan pekerja ladang sawit di Daerah Kinabatangan.

Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster tersebut adalah Kluster Ladang Desa Jerocco 2 , Kinabatangan melibatkan kluster jenis tempat kerja di ladang sawit dalam Daerah Kinabatangan.

Katanya, kes indeks merupakan penyelia ladang, lelaki, warganegara Indonesia, 39, yang disahkan positif COVID-19 oleh klinik panel ladang setelah bergejala sejak 01 September 2021. Dengan keputusan RTK AG positif grading 100%, kes indeks telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut.

“Walau bagaimanapun, aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati 54 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan positif COVID-19.

“Setakat hari ini, 55 kes positif direkodkan dan semuanya adalah kes baharu yang dilaporkan,” jelas Masidi.

“Dalam pada itu, siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/13/covid-19-lagi-kluster-melibatkan-pekerja-ladang-sawit-direkodkan-di-sabah/feed/ 0 6289
COVID-19: Lagi Kluster Melibatkan Pekerja Ladang Sawit https://sabahmedia.com/2021/09/10/covid-19-lagi-kluster-melibatkan-pekerja-ladang-sawit/ https://sabahmedia.com/2021/09/10/covid-19-lagi-kluster-melibatkan-pekerja-ladang-sawit/#respond Fri, 10 Sep 2021 13:14:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6138
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Satu lagi kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini melibatkan penularan jangkitan COVID-19 pekerja ladang sawit.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata Kluster Sawit Perpaduan, Kinabatangan yang berlaku di tempat kerja iaitu ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan.

Menurut Masidi, les indeks merupakan pekerja kilang, lelaki, berumur 34 tahun, warganegara Indonesia yang dikesan melalui ujian saringan RTK-AG di Hospital Kinabatangan pada 30 Ogos 2021.

“Dalam saringan itu, kes indeks disahkan positif COVID-19 dengan grading 100%, selepas bergejala sejak 26 Ogos 2021 dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Susulan dengan kes tersebut, aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati seramai 90 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan turut dijangkiti Covid-19.

Manakala aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain.

“Setakat hari ini, kluster ini merekodkan 91 kes positif termasuk 82 kes baharu,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/10/covid-19-lagi-kluster-melibatkan-pekerja-ladang-sawit/feed/ 0 6138