Lagi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 09 Dec 2021 14:15:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lagi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: Lagi Kluster Baharu Di Sabah Libatkan Institusi Pendidikan https://sabahmedia.com/2021/12/09/covid-19-lagi-kluster-baharu-di-sabah-libatkan-institusi-pendidikan/ https://sabahmedia.com/2021/12/09/covid-19-lagi-kluster-baharu-di-sabah-libatkan-institusi-pendidikan/#respond Thu, 09 Dec 2021 14:15:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9674
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Satu lagi kluster baharu dilaporkan hari ini melibatkan institusi pendidikan selepas semalam di daerah Tuaran dan kini di daerah Ranau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster baharu tersebut yang diberi nama Kluster Debut Timbua di daerah Ranau berpunca daripada seorang guru lelaki yang dikesan positif melalui Saringan Kendiri.

“Siasatan dan saringan lanjut dikalangan kontak rapat mendapati seramai 31 orang lagi telah dijangkiti. Kesemua pesakit telah diasingkan dan dirawat sewajarnya.

“Antara lokaliti yang terlibat dengan kluster ini ialah Asrama SMK Timbua, Kuarters SMK Timbua dan Kuarters SMA Mohd Ali,” kata Masidi dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 329 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 236,375 kes. Selain tiga kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu kes di Kota Kinabalu, Kota Marudu dan Tuaran.

Bagaimanapun, bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 325 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 226,655 orang. Manakala 1,164 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 575 orang di hospital, 579 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, lapan orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara dan dua (2) orang di fasiliti swasta.

Daerah Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 73 kes diikuti Tuaran 32 kes, Penampang 31 kes dan Ranau 23 kes.

Secara perbandingan, 15 daerah mencatatkan peningkatan kes harian berbanding kes semalam tetapi dengan dua daerah menunjukkan peningkatan yang agak tinggi iaitu Kota Kinabalu meningkat 20 kes dan Penampang 11 kes manakala 11 daerah mencatatkan penurunan dengan tiga daripadanya penurunan dua angka iaitu Tuaran -23 kes, Beaufort -13 kes dan Ranau -11 kes.

Menurut Masidi lagi, hampir 97% daripada pesakit hari ini berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2, seorang pesakit dalam Kategori 3, dua orang pesakit dalam Kategori 4 dan tidak ada pesakit dalam Kategori 5 pada hari ini. Tujuh pesakit lagi masih dalam penilaian lanjut JKNS.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/09/covid-19-lagi-kluster-baharu-di-sabah-libatkan-institusi-pendidikan/feed/ 0 9674
COVID-19: Lagi Kluster Baharu Sabah Libatkan Kilang Sawit https://sabahmedia.com/2021/11/25/covid-19-lagi-kluster-baharu-sabah-libatkan-kilang-sawit/ https://sabahmedia.com/2021/11/25/covid-19-lagi-kluster-baharu-sabah-libatkan-kilang-sawit/#respond Thu, 25 Nov 2021 12:36:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8880
Read Time:40 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini iaitu Kluster Sawit Biru, Kinabatangan merupakan kluster jenis tempat kerja.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster tercetus dari tempat kerja melibatkan sebuah kilang sawit di Kinabatangan.

“Kes indeks merupakan seorang wanita bukan warganegara berumur 41 tahun bekerja sebagai pembersihan di kilang sawit berkenaan.

“Beliau didapati positif COVID-19 setelah menjalani ujian saringan RTK-Ag di klinik swasta di Lahad Datu pada 22 November 2021 dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya,” katanya.

Susulan kes tersebut, aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapatiseramai 13 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan telah didapati positif COVID-19 dan telah di kuarantin serta diberi rawatan yang sesuai.

Manakala jumlah kumulatif kes positif untuk kluster ini adalah seramai 14 orang.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/25/covid-19-lagi-kluster-baharu-sabah-libatkan-kilang-sawit/feed/ 0 8880
COVID-19: Lagi Kluster Tempat Kerja, 9 Lokaliti dikenakan PKPD https://sabahmedia.com/2021/08/13/covid-19-lagi-kluster-tempat-kerja-9-lokaliti-dikenakan-pkpd/ https://sabahmedia.com/2021/08/13/covid-19-lagi-kluster-tempat-kerja-9-lokaliti-dikenakan-pkpd/#respond Fri, 13 Aug 2021 15:11:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4585
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Terdapat satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Donggongon, Penampang, Kota Kinabalu yang dikategorikan sebagai kluster tempat kerja menerusi kes positif yang berlaku di sebuah premis badan berkanun di Daerah Penampang.

Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks dari kluster tersebut merupakan pembersih pejabat, wanita, 46, yang disahkan hasil saringan bergejala dengan keputusan positif (RTK-Ag) di sebuah klinik swasta pada 04 Ogos 2021.

Katanya, selain satu lagi kes dikesan pada tarikh sama, pertambahan kes dalam kalangan kontak rakan sekerja direkodkan pada 11 Ogos dengan 12 kes, 12 Ogos pula satu kes diikuti tujuh kes pada 13 Ogos 2021 melibatkan rakan sekerja dari daerah Putatan dan Kota Kinabalu.

Secara kumulatif, kluster ini mencatat 22 kes termasuk lapan kes baharu pada hari ini hasil saringan terhadap 40 kontak.

Dalam perkembangan lain, sembilan lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 15 Ogos 2021 hingga 28 Ogos 2021 iaitu tiga lokaliti di Kota Kinabalu, Kampung Pulutan, Manggatal, Kg Mansiang, Menggatal dan Tapak Bina Hyatt Centric, manakala dua lokaliti di Beaufort, Kg Brunei, Membakut dan Rumah Kongsi Tapak Bina Prima, Lumat, Kg Rancangan Kalabakan, Kalabakan, Kampung Mangaris 2, Kota Marudu, Kampung Contoh, Putatan dan Lorong Mat Salleh Bt.2, Jalan Apas, Tawau.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/13/covid-19-lagi-kluster-tempat-kerja-9-lokaliti-dikenakan-pkpd/feed/ 0 4585
Lagi Bantuan Sayur dan Ikan untuk Penduduk Kundasang https://sabahmedia.com/2021/06/16/lagi-bantuan-sayur-dan-ikan-untuk-penduduk-kundasang/ https://sabahmedia.com/2021/06/16/lagi-bantuan-sayur-dan-ikan-untuk-penduduk-kundasang/#respond Wed, 16 Jun 2021 09:13:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1362
Read Time:1 Minute, 32 Second

RANAU: Seramai 2,812 orang Ketua Isi Rumah (KIR) yang memerlukan di 40 kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang telah dan akan menerima bantuan makanan percuma samada berupa sayur-sayuran atau ikan.

Daripada jumlah tersebut, 1880 KIR menerima bantuan berupa sayur-sayuran manakala 932 KIR lagi menerima bantuan bekalan ikan.

Bantuan makanan ini diedarkan kepada mereka yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Edaran bantuan makanan tersebut, yang merupakan inisiatif Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang Datuk Dr. Joachim Gunsalam bersama dengan pembekal sayuran dan ikan, berjalan dengan lancar sejak dimulakan pada 6 Jun lalu.

Dr. Joachim berterima kasih kepada semua jentera pentadbiran dalam kawasan yang memggembleng tenaga menjayakan misi edaran bantuan serta setinggi-tinggi penghargaan kepada individu-individu yang bermurah hati menyumbangkan bantuan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin yang juga telah menyumbangkan sayur-sayuran kepada KIR yang memerlukan di DUN Kundasang melalui Pejabat Perhubungan Parlimen.

Penerimaan ikan di DUN berkenaan disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Dr. Joachim, Yubidi Gumpoyo.

Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata lagi, sehingga hari ini edaran bantuan ikan juga masih dijalankan dan melibatkan lapan kampung dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Malinsau, Ranau.

“Edaran bantuan sayur-sayuran dan ikan dikendalikan oleh Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Edaran bantuan sayur-sayuran diagihkan secara menyeluruh iaitu di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Perancangan, Langsat, Pinawantai, Kaingaran, dan Mengkapoh, Naradan (Nawanon).

Walau bagaimanapun, edaran sayur-sayuran masih diteruskan kepada penduduk kampung di PDM Karagasan, Kilanas (Kawiyan), Timbua dan Ulu Sugut.

“Kebanyakan penduduk yang menerima bantuan makanan tersebut adalah mereka yang tinggal jauh dari pekan atau mereka yang tinggal di kawasan pedalaman,” tambahnya lagi.

Kesemua bantuan makanan berkenaan dihantar dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/16/lagi-bantuan-sayur-dan-ikan-untuk-penduduk-kundasang/feed/ 0 1362