Lahad Datu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 09 Sep 2025 01:25:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lahad Datu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Empat rumah terbakar di Kampung Binuang, Lahad Datu https://sabahmedia.com/2025/09/09/empat-rumah-terbakar-di-kampung-binuang-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2025/09/09/empat-rumah-terbakar-di-kampung-binuang-lahad-datu/#respond Tue, 09 Sep 2025 01:25:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80842
Read Time:57 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

LAHAD DATU: Empat buah rumah jenis tidak kekal musnah dalam satu kebakaran di Kampung Binuang 1, Jalan Tungku, petang semalam.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, PKPgB Sumsoa Rashid berkata,
pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.59 petang melalui talian MERS999 sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dengan kekuatan 16 anggota digerakkan ke lokasi.

“Anggota bomba tiba di tempat kejadian jam 3.12 petang. Kebakaran melibatkan empat rumah tidak kekal dengan sebuah daripadanya musnah sepenuhnya.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan kaedah defensive, bersumberkan air daripada jentera dan perigi berhampiran.

“Rumah pertama terbakar 100 peratus, rumah kedua terbakar 10 peratus, rumah ketiga terbakar 20 peratus, manakala rumah keempat terbakar 30 peratus,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau memaklumkan, operasi berjaya dikawal jam 3.53 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada 4.45 petang.

Menurut beliau, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut manakala punca kebakatan serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Turut membantu operasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan dua anggota dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) seramai tiga anggota.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/09/empat-rumah-terbakar-di-kampung-binuang-lahad-datu/feed/ 0 80842
Serbuan dadah di Lahad Datu: Tiga penjawat awam antara lima ditahan https://sabahmedia.com/2025/07/30/serbuan-dadah-di-lahad-datu-tiga-penjawat-awam-antara-lima-ditahan/ https://sabahmedia.com/2025/07/30/serbuan-dadah-di-lahad-datu-tiga-penjawat-awam-antara-lima-ditahan/#respond Wed, 30 Jul 2025 08:24:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78224
Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh Sitti Nor azizah Talata

LAHAD DATU: Tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang masih berkhidmat antara lima lelaki yang ditahan dalam satu serbuan berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah serta senjata berbahaya di Taman Harapan, Jalan Silam pada Isnin (28 Julai).

Penahanan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dalam operasi khas ‘Op Tapis’ sekitar jam 11.30 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail, kelima-lima suspek yang berusia antara 24 hingga 38 tahun ditahan hasil risikan terhadap kegiatan yang dijalankan di sebuah rumah kediaman.

“Tiga daripada suspek adalah penjawat awam iaitu anggota PDRM yang masih dalam perkhidmatan. Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil bagi memastikan integriti pasukan polis sentiasa terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas 0.41 gram syabu, 224 liter cecair ketum, 8.20 liter ubat batuk jenis Dynadryl Syrup dan sebilah pedang samurai dan enam bilah parang.

Dzulbaharin berkata, anggaran keseluruhan nilai rampasan dadah dianggarkan sebanyak RM11,655.40.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. Kelima-lima suspek direman sehingga 2 Ogos 2025 bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggota yang terbabit dalam aktiviti jenayah.

“Tindakan tegas akan diambil tanpa mengira pangkat atau kedudukan. PDRM memandang serius penglibatan penjawat awam khususnya anggota polis dalam kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah,” katanya.

Beliau turut menyeru masyarakat agar terus menyalurkan maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah bagi membantu usaha membanteras jenayah di daerah Lahad Datu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/30/serbuan-dadah-di-lahad-datu-tiga-penjawat-awam-antara-lima-ditahan/feed/ 0 78224
Pantai Timur akan dapat manfaat besar daripada pelaburan POIC Lahad Datu https://sabahmedia.com/2025/02/28/pantai-timur-akan-dapat-manfaat-besar-daripada-pelaburan-poic-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2025/02/28/pantai-timur-akan-dapat-manfaat-besar-daripada-pelaburan-poic-lahad-datu/#respond Fri, 28 Feb 2025 04:38:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69548
Read Time:2 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Pantai Timur, khususnya Lahad Datu, akan mendapat manfaat besar berikutan pelancaran tiga pelaburan di Palm Oil Industrial Cluster (POIC) atau Kluster Industri Minyak Sawit Lahad Datu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Hasil dari kesan limpahan yang akan dibawa oleh ketiga-tiga pelaburan ini kepada POIC Lahad Datu adalah sangat besar. Dari perspektif negeri yang lebih luas, pelaburan baharu ini menjawab hasrat kami untuk memajukan pantai timur Sabah sebagai kawasan pertumbuhan ekonomi baharu melalui perindustrian,” katanya.

Hajiji berkata demikian pada majlis pelancaran Terminal Penyimpanan Minyak Neptune dan Penapisan di POIC, Lahad Datu, serta Pertukaran Dokumen Antara POIC Sabah Sdn Bhd dan TS Asia, Jetama Sdn Bhd dan Legenda Biomass Sdn Bhd di Hotel Hyatt Regency di sini hari ini.

Teks ucapan Ketua Menteri disampaikan Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun.

Menurut Hajiji, perindustrian dalam pelbagai bentuk telah menjadi tumpuan di bandar-bandar Pantai Timur Sabah seperti Lahad Datu, Sandakan, dan Tawau, tetapi aktiviti perindustrian yang semakin giat dan kehadiran pelabuhan yang komprehensif di POIC Lahad Datu menandakan usaha bersepadu untuk menyerlahkan potensi ekonomi pantai timur.

Katanya, usaha bersama Jetama Sdn Bhd dengan POIC Sabah untuk memperkenalkan sistem modular penyahgaraman bagi menghasilkan air industri adalah yang pertama bagi Sabah.

“Kemudahan modular inovatif ini boleh memproses kedua-dua air laut dan air payau, dengan kapasiti harian awal sebanyak 500,000 liter, dan mampu mencapai sehingga 4 juta liter sehari.

“Dalam menangani cabaran bekalan air di Sabah, pelaburan Jetama membuka jalan untuk sumber tambahan air industri, yang membolehkan untuk mengalihkan air boleh diminum dari sistem berkenaan untuk penggunaan domestik dan komersial,” katanya.

Bagi pelaburan Legenda Biomass di POIC Lahad Datu, Ketua Menteri yakin akan satu kejayaan dalam ‘waste to wealth” atau sisa biojisim ini dengan menghasilkan pelbagai jenis produk daripada biokimia, produk berasaskan karbon, tenaga hijau dan baja bio.

“Saya gembira kerana terdapat kemajuan sejak Dasar Biojisim Kelapa Sawit Negeri berkuatkuasa tahun lalu,” katanya.

Hajiji juga mengalu-alukan kompleks penyimpanan bahan api, dengan rancangan untuk aktiviti penyulingan masa depan oleh TS Asia Green Infrastructure, yang mengulangi keyakinan Sabah terhadap potensi masa depan sektor ini.

“Adalah baik untuk mengetahui rancangan TS Asia untuk menyewa 110.12 ekar untuk fasa awal pelaburan, dengan penyediaan untuk 300 ekar tambahan.

“Dengan itu, dianggarkan sehingga 3,500 pekerjaan akan diwujudkan, di mana sejumlah besar akan menjadi pekerja mahir. Ini adalah signifikan dalam menyerap bilangan tenaga kerja terlatih yang semakin meningkat di kalangan belia Sabah,” katanya.

Tambah beliau, TS Asia juga akan menyumbang kepada pengukuhan usaha Malaysia ke arah membangunkan pekerja yang berkemahiran dalam sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).

“Kami yakin perniagaan TSA akan mendorong aktiviti pengangkutan yang lebih besar di kawasan ini dan penggunaan menyeluruh infrastruktur pelabuhan dalam taman industri POIC Lahad Datu.

“Aktiviti pengangkutan dan logistik yang semakin meningkat adalah pertanda baik dengan rancangan Sabah untuk membina Akademi Maritim BIMP-EAGA untuk melatih tenaga kerja yang diperlukan dalam industri maritim dan mempromosikan disiplin regulasi dalam sektor maritim di kawasan ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/28/pantai-timur-akan-dapat-manfaat-besar-daripada-pelaburan-poic-lahad-datu/feed/ 0 69548
JIM Sabah tahan 24 PATI dalam Operasi Penguatkuasaan di rumah setinggan Lahad Datu https://sabahmedia.com/2024/11/27/jim-sabah-tahan-24-pati-dalam-operasi-penguatkuasaan-di-rumah-setinggan-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2024/11/27/jim-sabah-tahan-24-pati-dalam-operasi-penguatkuasaan-di-rumah-setinggan-lahad-datu/#respond Wed, 27 Nov 2024 04:44:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64492
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Seramai 24 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah ditahan dipercayai melakukan kesalahan iaitu tiada dokumen pengenalan diri Seksyen 6 (1) (c) dalam satu Operasi Penguatkuasaan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah.

Operasi Penguatkuasaan dijalankan pada Selasa (26 Nov) bertempat di kawasan rumah setinggan daerah Lahad Datu bermula pada tengah malam dan berakhir pada jam 4:00 pagi tadi. (27 Nov)

Operasi ini dijayakan dengan kekuatan seramai 63 orang pegawai daripada Ibu Pejabat Imigresen Kota Kinabalu, Pejabat Imigresen Lahad Datu, Pejabat Imigresen Tawau dan Pejabat Imigresen Sandakan.

Turut serta dalam operasi ini ialah Jafri Embok Taha, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) bersama Basri Othman, Pengarah Bahagian Operasi daripada Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Pengarah JIM Sabah Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata tindakan penguatkuasaan ini diambil susulan daripada aduan awam berhubung warga asing yang dipercayai tiada dokumen pengenalan diri.

“Seramai 53 orang telah diperiksa dalam operasi ini. Daripada jumlah yang diperiksa ini, seramai 24 orang PATI telah ditahan yang dipercayai melakukan kesalahan iaitu tiada dokumen pengenalan diri Seksyen 6 (1) (c),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sitti Saleha, PATI yang ditahan terdiri daripada warganegara Filipina iaitu seramai 16 orang lelaki dewasa, empat orang perempuan dewasa, dua orang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Manakala warganegara Indonesia seramai seorang lelaki dewasa.

“Kesemua yang ditahan berumur di antara 5 bulan hingga 55 tahun terdiri daripada 19 orang lelaki dan lima perempuan.

“Tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Tawau untuk siasatan dan tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata, kesukaran akses ke kawasan setinggan dengan keadaan struktur rumah yang tidak teratur serta berlumpur menyukarkan anggota penguatkuasa dalam menjalankan operasi.

“Selain itu, kawasan rumah setinggan tersebut yang berbukit-bukau juga memberi kesukaran kepada kenderaan penguatkuasa untuk memasuki kawasan tersebut.

“Namun operasi telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang- undang negara seperti di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut mengingatkan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang PATI atau sebarang maklumat yang boleh membantu JIM dalam melaksanakan penguatkuasaan supaya tampil menyalurkan maklumat tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/27/jim-sabah-tahan-24-pati-dalam-operasi-penguatkuasaan-di-rumah-setinggan-lahad-datu/feed/ 0 64492
KKM rancang kembangkan khidmat Pakar Oftalmologi ke Lahad Datu tahun depan https://sabahmedia.com/2024/10/10/kkm-rancang-kembangkan-khidmat-pakar-oftalmologi-ke-lahad-datu-tahun-depan/ https://sabahmedia.com/2024/10/10/kkm-rancang-kembangkan-khidmat-pakar-oftalmologi-ke-lahad-datu-tahun-depan/#respond Thu, 10 Oct 2024 10:22:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61978
Read Time:2 Minute, 9 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PENAMPANG: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang akan mengembangkan perkhidmatan Pakar Oftalmologi ke Lahad Datu pada tahun 2025.

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, pada tahun ini ataupun tahun 2025 depan Pakar Oftalmologi Kebangsaan akan cuba untuk memfokuskan untuk meningkatkan lagi jumlah perkhidmatan terutama sekali di Sabah dan juga di Sarawak.

“Dan juga pada tahun hadapan sekurang-kurangnya kita akan membuka, menghantar Pakar Oftalmologi ke Lahad Datu dan juga Sri Aman.

“Ini adalah sangat-sangat penting terutama sekali yang berleluasa kita dapati adalah kesihatan mata ini agak tidak begitu baik di kalangan masyarakat luar bandar disebabkan oleh akses perkhidmatan yang terhad berbanding dengan perkhidmatan-perkhidmatan Oftalmologi yang terdapat di hospital-hospital besar kita di bandar-bandar besar di Sabah, Sarawak dan juga di Semenanjung Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2024 di ITCC di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Lukanisman berkata, berdasarkan maklumat yang ada berkenaan tentang Pegawai Optometri yang ditempatkan di hospital daerah kini mempunyai 24 penjawatan dan juga untuk klinik kesihatan ada tiga penjawatan.

Tambah beliau, manakala untuk pakar mata, buat masa ini ada penempatan di Hospital Queen Elizabeth, Hospital Wanita Kanak-kanak Sabah di Likas, Hospital Tawau, Sandakan dan juga Keningau.

“Sebab itu pada tahun 2025, kami merancang untuk meluaskan perkhidmatan di Hospital Lahad Datu itu bermaksud kita ada pakar-pakar kita di hospital-hospital besar.

“Apa yang berlaku di Lahad Datu ketika ini adalah kita menghantar pakar kita sebagai visiting specialist, jadi untuk tahun 2025, Insya Allah kita akan dapat menghantar pakar kita untuk ditempatkan di Lahad Datu,” katanya.

Selain itu, Lukanisman berkata pihak KKM juga mengalu-alukan peranan komuniti khususnya kepada Lions Club dan juga Rotary Clubs yang juga turut memberi sumbangan membantu pihak KKM.

“Ini merupakan salah satu perkara yang ingin kita tekankan di dalam kertas putih kesihatan juga penglibatan masyarakat ataupun swasta adalah sangat ditekankan di mana mereka boleh membantu dari sudut sumbangan-sumbangan yang boleh membantu kami di KKM untuk lebih dapat bergerak jauh lagi ke kawasan-kawasan pendalaman.

“Sudah pasti aktiviti literasi akan kita perluaskan terutama sekali berkenaan tentang kepentingan penglihatan kepada masyarakat.

“Kita kena sedar bahawa penyakit mata ataupun rambun ataupun blindness ini bukan hanya terhad kepada golongan warga emas ataupun golongan kanak-kanak tetapi adalah di peringkat produktiviti negara.

“Maksudnya masyarakat dewasa yang memerlukan penglihatan yang baik dan juga jika penglihatan terjejas, ini akan menjejaskan produktiviti ataupun tugas-tugas seharian dan juga produktiviti ini sangat diperlukan dalam perkembangan ekonomi semasa,” jelasnya.

Turut hadir pada majlis itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Asits Sanna.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/10/kkm-rancang-kembangkan-khidmat-pakar-oftalmologi-ke-lahad-datu-tahun-depan/feed/ 0 61978
Malaysia Mahu Berbaik Dengan Semua Negara – Anwar https://sabahmedia.com/2024/09/12/malaysia-mahu-berbaik-dengan-semua-negara-anwar/ https://sabahmedia.com/2024/09/12/malaysia-mahu-berbaik-dengan-semua-negara-anwar/#respond Thu, 12 Sep 2024 07:17:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60501
Read Time:2 Minute, 14 Second

BERNAMA

LAHAD DATU — Sebagai sebuah negara merdeka dan bebas, Malaysia berhak menentukan apa yang terbaik untuk negara dan rakyatnya, termasuk dalam menjalin hubungan dengan negara-negara lain di seluruh dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain, sambil menegaskan bahawa Malaysia mahu berbaik dengan semua negara. 

Perdana Menteri, yang baru pulang dari lawatan kerja ke Rusia baru-baru ini, juga berkata bahawa pertemuannya dengan Presiden Vladimir Putin bertujuan mengukuhkan hubungan baik antara Kuala Lumpur dan Moscow, selain mahukan Rusia meningkatkan import minyak sawit dari Malaysia.

“Saya jumpa dengan Presiden Putin dan orang tanya macam mana, Malaysia ini tak semena-mena nak berbaik dengan Rusia, apa kata Amerika, apa kata Eropah. Kita adalah negara bebas dan merdeka, kita putuskan apa terbaik untuk negara kita.

“Kita harus berbaik (dengan semua negara), tetapi jangan ada negara hendak tekan kita,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Segalanya Felda di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, dan Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Anwar berkata negara-negara seperti India, China, Mesir dan Belanda merupakan antara pengimport besar minyak sawit negara ini, justeru beliau berusaha memastikan negara terlibat meningkatkan import komoditi tersebut.

“Sekarang kita minta Rusia, sebab itulah kita pergi dan berkawan dengan mereka, China setuju tambah import kelapa (minyak) sawit. Saya jumpa Perdana Menteri India (Narendra Modi) baru-baru ini…dia pun kata saudara Anwar kita akan meningkatkan import (minyak sawit) ke India,” katanya.

Perdana Menteri berkata beliau mengunjungi negara-negara tersebut untuk meningkatkan perdagangan dan mempromosikan sektor pelancongan di Malaysia, termasuk di Sabah, Sarawak, Langkawi, dan Pulau Pinang, yang mempunyai keindahan alam semulajadi yang diiktiraf antara terindah di dunia.

Ini juga bertujuan menarik pelancong dari Rusia, kerana setakat ini hanya sekitar 100,000 pelancong Rusia datang ke Malaysia, berbanding antara 5 hingga 10 juta pelancong melawat Turkiye setiap tahun,” kata Anwar.

Perdana Menteri juga berkata beliau telah dijemput Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi untuk mengunjungi negara itu dan melihat kunjungan itu sebagai peluang untuk mengukuhkan hubungan baik antara kedua-dua negara, dan meminta supaya Mesir meningkatkan import minyak sawit Malaysia.

“Ini peluang saya minta dia beli kelapa (minyak) sawit lebih. Insya-Allah saya akan pergi dan akan sampaikan salam orang Lahad Datu serta Sabah kepada Presiden (El-Sisi). Saya akan beritahu penduduk di sini yang tanam kelapa sawit dan minta mereka beli lebih banyak nanti,” katanya.

Anwar juga merancang untuk menceritakan kepada El-Sisi tentang keindahan Lahad Datu dan Sabah, yang merupakan destinasi pelancongan utama di timur Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/12/malaysia-mahu-berbaik-dengan-semua-negara-anwar/feed/ 0 60501
Penjara Lahad Datu mampu kurangkan isu kesesakan prospek  https://sabahmedia.com/2024/09/11/penjara-lahad-datu-mampu-kurangkan-isu-kesesakan-prospek/ https://sabahmedia.com/2024/09/11/penjara-lahad-datu-mampu-kurangkan-isu-kesesakan-prospek/#respond Wed, 11 Sep 2024 01:31:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60456
Read Time:2 Minute, 5 Second

Lahad Datu: Kompleks Penjara Lahad Datu di sini yang mampu menampung sehingga 1,500 orang banduan dilihat mampu mengurangkan isu kesesakan penjara sedia ada di negeri ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, kompleks itu menunjukkan bukti serta komitmen kerajaan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam dapat dipelihara.

Katanya, ia juga dilengkapi dengan kemudahan teknologi moden selaras dengan fungsinya sebagai institusi penjara kategori maksimum yang boleh menempatkan prospek dalam pelbagai kategori.

“Justeru, pengoperasian penjara ini dapat membantu mengurangkan isu kesesakan penjara yang dialami institusi penjara lain khususnya di Sabah seperti penjara pusat di Kota Kinabalu, Penjara Tawau, Penjara Sandakan dan pusat koreksional Labuan.

“Selain itu, ia juga dilihat langkah positif dalam meningkatkan kualiti penahanan dengan menitik beratkan aspek layanan kepada prospek sepanjang menjalani hukuman dengan kemudahan yang disediakan. 

“Saya juga difahamkan bahawa kompleks ini telah diwartakan sebagai Pusat Pemulihan Akhlak Lahad Datu dan Pusat Pemulihan Khas Lahad Datu yang dijangka akan menampatlan tahanan dalam masa terdekat ini,

“Justeru peranan penjara ini bukan sahaja sebagai agensi pelaksana hukuman semata-mata tetapi ianya telah ditransformasikan kepada institusi pemulihan bagi persediaan prospek sebelum mereka kembali semula ke dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penjara Lahad Datu yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di sini, semalam.

Shamsul berharap, dengan kemudahan yang lengkap pada Penjara Lahad Datu akan mampu memperbaiki akhlak prospek dan kembali kepada masyarakat dengan berguna.

“Penjara Lahad Datu juga kini dilihat sebagai satu transformasi penjara lama ke penjara yang paling moden di Malaysia, ia dilengkapi dengan sistem keselamatan elektronik bersepadu, ia juga merupakan salah satu mercu tanda di daerah Lahad Datu khususnya dalam aspek pembangunan infrastruktur keselamatan komuniti.

“Besarlah harapan kita bahawa dengan kemudahan yang lebih baik prospek akan dapat peluang kedua untuk memperbaiki diri melalui program pemulihan di dalam dan di luar penjara setelah kembali ke pangkuan masyarakat bagi individu yang berguna dan seterusnya mampu untuk menjana pendapatan kepada negeri dan tentunya kepada negara ini.

“Perkara ini selaras dengan hala tuju Jabatan Penjara sebagai pusat pembangunan peradaban budaya kemanusiaan yang menekankan kepada pemulihan berimpak tinggi bagi mengembalikan insan perkasa untuk menjadi warga negara yang patuh kepada undang-undang dari segi rohani dan jasmani,” katanya.

Hadir sama, Isteri kepada Tun Juhar, Toh Puan Norlidah R.M Jasni, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib dan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, Datuk Seri Nordin Muhamad.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/11/penjara-lahad-datu-mampu-kurangkan-isu-kesesakan-prospek/feed/ 0 60456
Tun Juhar tiba di LD rasmi Masjid Tungku, Penjara https://sabahmedia.com/2024/09/08/tun-juhar-tiba-di-ld-rasmi-masjid-tungku-penjara/ https://sabahmedia.com/2024/09/08/tun-juhar-tiba-di-ld-rasmi-masjid-tungku-penjara/#respond Sun, 08 Sep 2024 12:53:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60359
Read Time:27 Second

Lahad Datu :  Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin tiba di Lapangan Terbang Lahad Datu pada jam 5.40 petang tadi bagi menghadiri beberapa acara rasmi di daerah ini.

Tun Juhar yang diiringi oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ruslan Muharam dijadual akan merasmikan Masjid Daerah Kecil Tungku, esok dan Penjara Lahad Datu pada Selasa.

Ketibaan Tun Juhar disambut oleh Timbalan Komisioner Jabatan Penjara, Datuk Ibrisam Abd Rahman; Pegawai Daerah, Firuz Idzualdeen @ Bennety Mohd Dzul; Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos dan beberapa wakil agensi lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/08/tun-juhar-tiba-di-ld-rasmi-masjid-tungku-penjara/feed/ 0 60359
Enam rumah musnah terbakar di Kampung Unta, Lahad Datu https://sabahmedia.com/2024/04/24/enam-rumah-musnah-terbakar-di-kampung-unta-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2024/04/24/enam-rumah-musnah-terbakar-di-kampung-unta-lahad-datu/#respond Wed, 24 Apr 2024 05:33:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53426
Read Time:39 Second

LAHAD DATU: Enam buah rumah musnah terlibat dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Bakawali, Kampung Unta dekat sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.40 pagi tadi (24 April).

“14 anggota bersama 3 jentera dari Balai Bomba Lahad Datu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, mendapati enam buah rumah jenis tidak kekal telah musnah 100 peratus dalam kebakaran itu.

“Pasukan bertindak memadam api menggunakan sumber air sungai yang berdekatan. Operasi pemadaman terkawal pada jam 8.19 pagi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat dilaporkan dalam kebakaran itu.

“Setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11 pagi tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/24/enam-rumah-musnah-terbakar-di-kampung-unta-lahad-datu/feed/ 0 53426
Kanak- kanak 11 tahun maut ditetak rakan bapa tiri di Lahad Datu https://sabahmedia.com/2023/09/24/kanak-kanak-11-tahun-maut-ditetak-rakan-bapa-tiri-di-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2023/09/24/kanak-kanak-11-tahun-maut-ditetak-rakan-bapa-tiri-di-lahad-datu/#respond Sat, 23 Sep 2023 23:40:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42407
Read Time:1 Minute, 30 Second

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki warga asing berusia 11 tahun maut ditetak oleh rakan kepada bapa tirinya dalam kejadian di halaman rumah di perumahan pekerja, Felda Sahabat 30, di sini pada Sabtu (23 Sept).

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner (ACP) Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, kejadian berlaku pada Sabtu, jam lebih kurang 7:30 pagi yang ketika itu, mangsa kanak-kanak tersebut ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya bersama suspek kerana keluar bekerja sebagai pekerja am di ladang kelapa sawit terbabit.

Katanya, siasatan di tempat kejadian menjumpai mayat seorang kanak kanak berusia 11 tahun dalam keadaan berlumuran darah dan terdapat kesan tetakan menggunakan objek tajam yang dipercayai parang pada bahagian belakang kepala, bahagian hadapan dan belakang leher serta putus tapak tangan kiri mangsa.

Sarung parang yang ditemui di lokasi kejadian.Foto ihsan PDRM Lahad Datu

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Rohan Shah berkata, polis kini sedang giat mengesan suspek iaitu seorang lelaki warga asing yang dikenali sebagai Paulus Poka Lolo, berumur 33 tahun, berbangsa Timor / Indonesia dan bekerja sebagai pekerja am ladang sawit, Ladang Felda Sahabat 30, Lahad Datu.

Katanya, suspek merupakan rakan kepada bapa tiri mangsa yang menghilangkan diri selepas kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat.
Motif kejadian masih belum dikenal pasti.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan dan jika disabitkan hukuman boleh dihukum mati,” katanya.

Sehubungan dengan itu, pihak polis memohon kerjasama daripada orang ramai terutamanya masyarakat di sekitar Felda Sahabat, Lahad Datu untuk menyalurkan maklumat bagi mengesan suspek di balai polis berhampiran atau kepada Asisten Superintendan (ASP) Kharuddin Husain, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu
di talian 013-9071709.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/24/kanak-kanak-11-tahun-maut-ditetak-rakan-bapa-tiri-di-lahad-datu/feed/ 0 42407