Lahirkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 06 May 2023 12:17:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lahirkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Usaha lahirkan tenaga mahir AI menerusi TVET https://sabahmedia.com/2023/05/06/usaha-lahirkan-tenaga-mahir-ai-menerusi-tvet/ https://sabahmedia.com/2023/05/06/usaha-lahirkan-tenaga-mahir-ai-menerusi-tvet/#respond Sat, 06 May 2023 12:17:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33906
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Sumber Manusia sedang giat mempersiapkan tenaga mahir dalam penggunaan aplikasi kecerdasan buatan (AI) menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, latihan yang diberikan akan membolehkan mereka menjadi penggendali dalam sektor-sektor yang menggunapakai AI.

“Kita sedang menyediakan tenaga mahir yang dapat mempelajari AI, seperti yang saya sebut dalam satu kenyataan akhbar, AI tidak akan menggantikan pekerja fizikal kerana kita perlukan penggendali.

“Oleh itu, kementerian melalui latihan TVET sedang melatih pelajar-pelajar kita untuk memahami apa itu AI dan bersedia menjadi penggendali kepada sektor-sektor berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pejabat dan Pelancaran Lagu Tema Parlimen Sepanggar Sempena Aidilfitri 2023, di Suria Inanam, hari ini.

Ditanya mengenai persediaan penggunaan AI khususnya di Sabah, Mustapha berkata, usaha perlu diperhebat bagi meningkatkan tahap kesedaran penggunaanya di negeri ini.

“Di Sabah kita perlu tekankan dengan kesedaran mengenai AI terlebih dahulu, kita agak ke belakang dari segi penggunaan dan pelaksanaannya.

“Walaupun sudah bermula, namun kita perlu sebarkan kesedaran yang lebih meluas ke seluruh negeri.

“Kita juga minta agar majikan dan tenaga kerja kita bersedia untuk menerima perubahan ini, jika tidak, kita akan ketinggalan berbanding yang lain,” katanya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah, Datuk Christina Liew dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Peto Galim.

Sambil menzahirkan ucapan tahniah sempena pelancaran Pusat Khidmat Rakyat P.171, Christina berkata, ia penting bagi membolehkan masyarakat menyuarakan sebarang permasalahan yang dialami.

“Ia terbuka kepada semua rakyat, khususnya di Sepanggar, sekiranya ada yang mengalami masalah air, jalan raya dan sebagainya, mereka boleh datang ke sini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/06/usaha-lahirkan-tenaga-mahir-ai-menerusi-tvet/feed/ 0 33906
UMS Dukung Hasrat Kerajaan Lahirkan Ramai Usahawan Berdaya Saing https://sabahmedia.com/2021/12/14/ums-dukung-hasrat-kerajaan-lahirkan-ramai-usahawan-berdaya-saing/ https://sabahmedia.com/2021/12/14/ums-dukung-hasrat-kerajaan-lahirkan-ramai-usahawan-berdaya-saing/#respond Tue, 14 Dec 2021 09:43:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9872
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) komited mendukung hasrat kerajaan bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing pada masa hadapan.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata, ia merupakan fokus yang diberikan penekanan utama di bawah Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015–2025, iaitu Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang.

“Antara inisiatif yang digariskan termasuklah mendedahkan budaya keusahawanan ke dalam sistem pendidikan tinggi negara, serta anjakan minda dan paradigma pelajar UMS daripada bermatlamatkan untuk menjadi pencari kerja (job seeker) kepada pencipta pekerjaan (job creator) apabila mereka telah tamat pengajian kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program APK Virtual Expo kali ke-2, kelmarin.

Program secara dalam talian itu merupakan anjuran Kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK), Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB).

Menurut Taufiq, pencari kerja pada masa kini sangat mencabar kerana graduan harus bersaing dengan pencari kerja berpengalaman yang kehilangan pekerjaan sebelum ini.

“Berbanding graduan universiti, kelebihan mereka ialah pengalaman kerja yang bertahun-tahun sebelum mereka kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik Covid-19.

“Jadi para pelajar APK sekalian, terserah pada anda selepas ini sama ada mahu menjadi pencari kerja, ataupun menjadi pencipta pekerjaan dengan menjadi usahawan yang berpendidikan tinggi,” ujarnya.

Taufiq turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan penganjuran program expo berkenaan.

“Pandemik covid-19 telah membataskan pergerakan fizikal pelajar dalam melaksanakan aktiviti Ekspo APK iaitu penjualan dan promosi yang biasanya dilakukan secara bersemuka sebelum ini.

“Semua ini tidak mematahkan semangat para pensyarah APK dan pelajar, sebaliknya menjadi pemangkin untuk mereka meneroka kaedah terbaik bagi memastikan Ekspo APK tetap dapat dilaksanakan walau dalam apa cara sekalipun.

“Saya difahamkan aktiviti promosi dan penjualan produk dan perkhidmatan dilaksanakan oleh pelajar yang mengikuti kursus APK secara dalam talian sepenuhnya. Tahniah sekali lagi saya ucapkan,” katanya.

Dengan tema The Digital Transformation of Entrepreneurship as the New Normal, Ekspo APK diadakan selama enam hari sehingga 18 Disember ini.

Lebih 50 vendor telah mengambil bahagian melalui kaedah urus niaga menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan WhatsApp.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/14/ums-dukung-hasrat-kerajaan-lahirkan-ramai-usahawan-berdaya-saing/feed/ 0 9872
Pertandingan PitchBAH Sasar Lahirkan Ramai Usahawan Remaja https://sabahmedia.com/2021/10/19/pertandingan-pitchbah-sasar-lahirkan-ramai-usahawan-remaja/ https://sabahmedia.com/2021/10/19/pertandingan-pitchbah-sasar-lahirkan-ramai-usahawan-remaja/#respond Tue, 19 Oct 2021 02:01:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7647
Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Pertandingan keusahawanan inovatif – Oozes’s Pitch Bah! – disasar untuk melahirkan lebih ramai bakat muda dan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan penduduk tempatan di Sabah.

Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah (SCENIC) merupakan salah satu rakan strategik penganjuran program ini yang disasar untuk menggalakkan golongan remaja melontarkan idea keusahawanan dan menuai hasil pemikiran kreatif mereka.

Sebagai sebuah inisiatif kerajaan, Penolong Rakan Strategik dan Pembina Jenama SCENIC, Norsida Ajhari, berkata pusat berkenaan memainkan peranan penting dalam menggalakkan golongan muda untuk menceburi bidang keusahawanan yang dapat mengukuhkan lagi kemampuan teknologi dan kreativiti mereka.

Katanya, ia selaras dengan salah satu teras utama yang digariskan SCENIC iaitu Keusahawanan Bergerak Inovasi (IDE).

“Sabah merekodkan kadar pengangguran yang tertinggi di Malaysia. Kita yakin bahawa inisiatif Pitch BAH! kita dapat melahirkan lebih ramai bakat muda berkelayakan di peringkat global dan berkemungkinan ditawarkan peluang pekerjaan untuk bekerja di mana-mana syarikat kerana mereka sudah mempelajari semua perincian perniagaan yang merupakan perkara penting apabila memasuki pasaran kerja.

“Melalui pertandingan ini, peserta akan berpeluang untuk menyampaikan idea perniagaan mereka, bertukar idea inovatif dan penyelesaian serta mendapatkan maklum balas daripada pemain industri yang dapat membantu mereka bergerak ke hadapan,” katanya.

Permohonan untuk menyertai pertandingan itu dibuka sehingga 15 November, manakala peserta yang berjaya akan dimaklumkan pada 21 November untuk latihan selanjutnya sebelum ke pertandingan akhir.

Norsida menambah, SCENIC akan membantu untuk mempromosikan program itu melalui platform media sosial dan liputan media selain mengasah bakat yang dilahirkan PitchBah! ke tahap seterusnya menerusi pelbagai inisiatif di bawah SCENIC.

Sementara itu, pengasas Ooze, Precilla Fong, berkata acara itu akan membantu mengeluarkan idea inovatif dan penyelesaian melalui sesi pembentangan yang diadakan.

Ia akan membabitkan mentor yang akan membimbing usahawan remaja melalui sesi latihan secara dalam talian.

“Ketika sesi latihan, usahawan remaja akan mendapat pendedahan tentang perbezaan setiap industri dan bagaimana mereka bekerja, bagaimana untuk menghubung dan menerima maklum balas membina daripada pakar industri,” katanya.

Katanya, bagi penyertaan yang berjaya ke peringkat akhir, penilai akan membuat penilaian pembentangan berasaskan pemberat yang sama berdasarkan kelayakan dan potensi pertumbuhan, selain faktor ‘wow’.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan berkenaan boleh memohon melalui https://www.oozeclub.com/competition.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/19/pertandingan-pitchbah-sasar-lahirkan-ramai-usahawan-remaja/feed/ 0 7647