Lajim ukin – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 29 Aug 2021 09:46:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lajim ukin – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lajim Seorang Pemimpin Yang Baik, Sentiasa Fikirkan Rakyat- Isnin https://sabahmedia.com/2021/08/29/lajim-seorang-pemimpin-yang-baik-sentiasa-fikirkan-rakyat-isnin/ https://sabahmedia.com/2021/08/29/lajim-seorang-pemimpin-yang-baik-sentiasa-fikirkan-rakyat-isnin/#respond Sun, 29 Aug 2021 10:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5472
Read Time:1 Minute, 12 Second

BEAUFORT: Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin disifatkan sebagai seorang pemimpin yang sentiasa memikirkan tentang rakyat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias.

Perkara itu diakui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Isnin Aliasnih yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga mereka tabah.

“Allahyarham saya anggap sebagai seorang guru dalam karier politik saya, beliau pernah berpesan untuk teruskan perjuangan dan terus jaga rakyat.  Pemergian beliau juga amat dirasai terutama rakyat Klias yang pernah diwakilinya lebih 30 tahun.

“Hari ini, beliau meninggalkan kami dan kami berasa sangat sedih dan berdukacita kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang baik, yang sentiasa memikirkan pasal rakyat,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Isnin yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, sehingga akhir hayat Allahyarham terus berjuang untuk rakyat bagi memastikan semuanya untuk keselesaan kawasan dan juga rakyat.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan Allahyarham dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam urusan pengkebumian Allahyarham,” katanya.

Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital KPJ, Kota Kinabalu, Sabah jam 6.23 pagi tadi dan jenazahnya disemadikan di kampung halamannya di Kampung Kebatu, Beaufort.

Sepanjang hayatnya, Lajim pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Parlimen Beaufort dan Dewan Undangan Negeri Klias, selain pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kerajaan Persekutuan antaranya Timbalan Menteri Pengangkutan serta Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/29/lajim-seorang-pemimpin-yang-baik-sentiasa-fikirkan-rakyat-isnin/feed/ 0 5472
Mahu Perjuangan PERKIS Diteruskan – Samin Ongki https://sabahmedia.com/2021/08/29/mahu-perjuangan-perkis-diteruskan-samin-ongki/ https://sabahmedia.com/2021/08/29/mahu-perjuangan-perkis-diteruskan-samin-ongki/#respond Sun, 29 Aug 2021 08:48:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5469
Read Time:1 Minute, 37 Second

BEAUFORT: “Allahyarham mahu Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS) yang beliau asasnya diteruskan,” kata Naib Presiden PERKIS Samin Ongki.

Katanya, pertubuhan itu diasaskan sendiri oleh Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin pada 21 Februari tahun lalu.

Tambahnya, Allahyarham juga mahu PERKIS melaksanakan aktiviti dakwah dan keagamaan di negeri ini.

“Hari ini kita kehilangan seorang pemimpin yang cukup istimewa dan disayangi oleh semua rakyat.  Allahyarham pernah berpesan kepada kami ahli PERKIS supaya meneruskan aktiviti dakwah dan keagamaan di Sabah.

“Diakhir hayatnya juga, Allahyarham sempat melancarkan PERKIS bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada 4 April lalu,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Samin yang juga Pesuruhjaya Majlis Dakwah Negara (MDN) Sabah berkata, Allahyarham juga pernah menggerakkan satu Tabung Kemanusian Palestin bersama jawatankuasa PERKIS.

Katanya, Tabung Kemanusiaan itu turut dilancarkan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif pada 20 Mei yang lalu.

“Hasil kerjasama dan sumbangan pelbagai pihak, tabung itu berjaya mengumpulkan sebanyak lebih kurang RM120,000 dan hasil kutipan akan disampaikan oleh Timbalan Presiden PERKIS Abdul Sani Marif kepada kerajaan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Samin turut mengakui Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang sangat istimewa kepada masyarakat daerah Beaufort.

“Saya adalah sahabat karib Allahyarham sejak berpuluh tahun, beliau pernah melantik saya sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS).

“Sesungguhnya Allahyarham sangat istimewa dalam masyarakat Beaufort dan masyarakat Bisaya khasnya.  Beliau pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),” katanya.

Pagi tadi, bekas Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin disahkan meninggal dunia pada jam 6.23 pagi di Hospital Pakar KPJ.

Perkara itu disahkan anaknya Mohd Azman Lajim.

Sabah Media sebelum ini melaporkan Allahyarham ditidurkan selepas keadaan kesihatannya dikatakan merosot akibat dijangkiti virus COVID-19.

Beliau dikatakan mendapat jangkitan itu selepas satu lawatan kerja di Kudat pada 12 Ogos lalu.

Sepanjang ditidurkan, keadaan bekas Ahli Parlimen Beaufort itu dilaporkan stabil namun masih bergantung dengan alat bantuan pernafasan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/29/mahu-perjuangan-perkis-diteruskan-samin-ongki/feed/ 0 5469
Jenazah Allahyarham Lajim Ukin Selamat Dikebumikan https://sabahmedia.com/2021/08/29/jenazah-allahyarham-lajim-ukin-selamat-dikebumikan/ https://sabahmedia.com/2021/08/29/jenazah-allahyarham-lajim-ukin-selamat-dikebumikan/#respond Sun, 29 Aug 2021 06:42:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5450
Read Time:1 Minute, 25 Second

BEAUFORT: Jenazah bekas Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin yang meninggal dunia pagi tadi pada usia 66 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kebatu Beaufort kira-kira jam 1.30 petang tadi.

Jenazah yang tiba di tanah perkuburan pada 12.45 tengah hari itu turut diiringi beberapa ahli keluarga terdekat.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Isnin Aliasneh; ADUN Lumadan Ruslan Muharam; Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah Datuk Matbali Musah dan Pesuruhjaya Majlis Dakwah Negara (MDN) Sabah Samin Ongki.

Sementara itu, isteri Allahyarham, Datin Seri Normilah Siong merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas iringan doa kepada beliau dan keluarga atas pemergian allahyarham.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas kesihatan yang terlibat termasuk pihak hospital swasta sepanjang allahyarham mendapatkan rawatan disitu.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital KPJ selepas disahkan positif COVID-19 ketika mendapatkan rawatan kerana kurang sihat selepas kembali daripada lawatan kerja di Kudat, pada 12 Ogos lalu.

Allahyarham meninggal pada jam 6.23 pagi tadi di Hospital KPJ selepas dimaklumkan oleh pihak hospital kepada isterinya, Normilah mengenai berita itu.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Parlimen Beaufort dan Dewan Undangan Negeri Klias, selain pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kabinet Persekutuan antaranya Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/29/jenazah-allahyarham-lajim-ukin-selamat-dikebumikan/feed/ 0 5450
Lajim Ukin Meninggal Dunia Akibat COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/08/29/lajim-ukin-meninggal-dunia-akibat-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/08/29/lajim-ukin-meninggal-dunia-akibat-covid-19/#respond Sun, 29 Aug 2021 00:25:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5431
Read Time:33 Second

KOTA KINABALU : Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Datuk Seri Lajim Ukin disahkan meninggal dunia pada jam 6.23 pagi tadi.

Perkara itu disahkan anaknya,Mohd Azman Lajim ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

“Betul, Datuk meninggal pada jam 6.23 pagi tadi dan ketika ini beliau masih di hospital KPJ untuk tujuan prosedur,” katanya.

Jenazah bekas Ahli Parlimen Beaufort itu akan dibawa pulang ke Kampung Kebatu Beaufort untuk dikebumikan.

Selasa lalu, Sabah Media melaporkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu ditidurkan selepas keadaan kesihatannya merosot akibat jangkitan COVID-19.

Dalam tempoh itu, beliau dilaporkan stabil namun masih bergantung kepada babntuan pernafasan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/29/lajim-ukin-meninggal-dunia-akibat-covid-19/feed/ 0 5431
Berita Kematian Lajim Ukin Disahkan Palsu https://sabahmedia.com/2021/08/24/berita-kematian-lajim-ukin-disahkan-palsu/ https://sabahmedia.com/2021/08/24/berita-kematian-lajim-ukin-disahkan-palsu/#respond Tue, 24 Aug 2021 14:20:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5199
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Mesej tular kononnya Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Datuk Seri Lajim Ukin telah meninggal dunia adalah palsu.

Perkara itu disahkan Pegawai Khasnya Ismail Norazman lewat petang tadi menerusi hantaran di Facebooknya.

“Saya menerima berita yang ditularkan di media sosial mengatakan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia telah tiada. Beliau kini masih dalam keadaan stabil walaupun kritikal selepas ditidurkan sejak petang tadi jam 2pm.

“Sebaran berita itu adalah palsu,”katanya.

Ismail turut berharap mesej yang tular itu dihentikan dan sebaran berita tidak sahih tidak dikongsi.

“Bersama kira mendoakan kesembuhan Datuk Seri Panglima melawan COVID-19 yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pakar KPJ,” katanya.

Terdahulu, petang tadi, Lajim mula ditidurkan kira-kira jam 2 petang di Hospital Pakar KPJ Sabah selepas disahkan positif COVID-19 pada 12 Ogos lalu.

Keadaan kesihatan Lajim mula merosot sejak semalam dan pihak hospital mengambil keputusan untuk memasang alat bantuan pernafasan seterusnya ditidurkan pagi tadi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/24/berita-kematian-lajim-ukin-disahkan-palsu/feed/ 0 5199
Bekas Ahli Parlimen Beaufort Ditidurkan Akibat COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/08/24/bekas-ahli-parlimen-beaufort-ditidurkan-akibat-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/08/24/bekas-ahli-parlimen-beaufort-ditidurkan-akibat-covid-19/#respond Tue, 24 Aug 2021 10:49:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5176
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU : Bekas Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin mula ditidurkan kira-kira jam 2 petang tadi di Hospital Pakar KPJ Sabah selepas disahkan positif COVID-19 pada 12 Ogos lalu.

Perkara itu disahkan isteri beliau Datin Seri Normilah Siong ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Katanya, keadaan kesihatan Lajim mula merosot sejak semalam dan pihak hospital mengambil keputusan untuk memasang alat bantuan pernafasan seterusnya ditidurkan pagi tadi.

“Hari ini masuk hari ke-13 dia sudah rasa macam tidak kuat, doktor suruh dia rehat. Pagi tadi, saya ada menghubungi pihak hospital dan telah dimaklumkan bahawa beliau (Lajim) akan dipasangkan ventilator  (alat bantuan pernafasan).

“Selepas saya bercakap dengan doktor yang merawat,dia sempat membuat panggilan video bersama anak-anak.  Saya mohon doakan kesembuhan beliau,” katanya.

Normilah berkata, Lajim sebelum disahkan positif sempat mengikuti rombongan lawatan kerja Ketua Menteri di Kudat.

Katanya, selepas pulang dari Kudat, beliau mula merasa tidak sihat dan dibawa menjalani ujian saringan COVID-19 di Hospital Gleanagles pada sebelah malam.

“Selepas itu beliau disahkan positif wabak COVID-19 dan mula menjalani kuarantin di Hospital Pakar KPJ pada keesokkan hari sehingga sekarang.

“Semasa dikuarantin keadaan kesihatan beliau tidak menunjukkan sebarang kemajuan hingga menyebabkan keputusan diambil untuk menidurkannya pada hari ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/24/bekas-ahli-parlimen-beaufort-ditidurkan-akibat-covid-19/feed/ 0 5176
Tunggu Sehingga Tempoh Parlimen Tamat Jika Ingin Menukar Kerajaan – Lajim Ukin https://sabahmedia.com/2021/07/04/tunggu-sehingga-tempoh-parlimen-tamat-jika-ingin-menukar-kerajaan-lajim-ukin/ https://sabahmedia.com/2021/07/04/tunggu-sehingga-tempoh-parlimen-tamat-jika-ingin-menukar-kerajaan-lajim-ukin/#respond Sun, 04 Jul 2021 02:55:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2482
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Tindakan menukar kerajaan ketika seluruh negara masih berdepan pandemik COVID-19 dilihat sebagai tidak wajar selain tidak menjamin masalah dihadapi negara dapat diselesaikan segera.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Lajim Ukin berkata, semua parti politik disaran supaya menunggu sehingga tempoh Parlimen sekarang tamat pada 2023 jika mahu menukar kerajaan sedia ada.

“Tempoh itu sudah tidak lama lagi kerana hanya berbaki kira-kira setahun setengah saja lagi.  Langkah itu lebih baik berbanding mengambil tindakan menukar kerajaan ketika seluruh negara masih berdepan pandemik COVID-19.

“Saya berpandangan dalam keadaan sekarang sepatutnya wakil rakyat perlu melihat yang mana keutamaan mereka, sama ada mahu mendapatkan jawatan atau rakyat. Rakyat pasti akan menilai apa yang wakil rakyat lakukan untuk mereka, tidak kiralah sama ada wakil rakyat pembangkang atau kerajaan,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kemungkinan ada usaha untuk menukar kerajaan apabila Parlimen bersidang dalam masa terdekat berikutan titah Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini yang menzahirkan pandangan supaya Parlimen segera bersidang.

Sebelum ini, kerajaan menjelaskan bahawa sidang khas Parlimen akan diadakan sebelum 1 Ogos depan dan perkara itu akan diputuskan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan.

Ahli politik veteran Sabah itu berkata, pertukaran kerajaan pada masa sekarang hanya menyebabkan banyak masa untuk menangani isu pandemik COVID-19 terbuang kerana perlu membentuk semula Kabinet dan pelbagai jawatankuasa berkaitan.

“Kita juga kena ingat, bolehkah selesai masalah kalau tukar kerajaan? Banyak lagi perlu difikir, lantik itu ini..bagi saya tunggu saja pilihan raya, tidak lama lagi, setahun setengah saja lagi,” katanya.

Lajim yang juga bekas Ahli Parlimen Beaufort berkata, persidangan khas Parlimen sebelum 1 Ogos depan perlu dimanfaat sepenuhnya untuk membahaskan perkara berkaitan darurat, sekatan pergerakan, vaksin COVID-19, perbelanjaan kerajaan dan lain-lain perkara penting yang berkaitan.

Katanya, ramai rakyat keliru mengenai bila sepatutnya Parlimen boleh bersidang berikutan kenyataan bercanggah yang disuarakan pelbagai pihak berhubung perkara itu.

“Saya sendiri tidak faham kenapa ada perbezaan pendapat dalam kalangan pakar undang-undang, ada yang kata tunggu Perdana Menteri, ada kata Yang di-Pertuan Agong lebih berkuasa dalam tempoh darurat.

“Semua keliru dan saya pun keliru kerana mengikut kebiasaan, persidangan Parlimen hanya boleh diadakan selepas diberikan notis sekurang-kurangnya 28 hari, tidak boleh notis 24 jam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/04/tunggu-sehingga-tempoh-parlimen-tamat-jika-ingin-menukar-kerajaan-lajim-ukin/feed/ 0 2482