lajim – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 29 Aug 2021 05:55:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png lajim – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemergian Lajim Satu Kehilangan Besar – Bung https://sabahmedia.com/2021/08/29/pemergian-lajim-satu-kehilangan-besar-bung/ https://sabahmedia.com/2021/08/29/pemergian-lajim-satu-kehilangan-besar-bung/#respond Sun, 29 Aug 2021 05:55:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5447
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin menyifatkan pemergian bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Lajim Ukin pagi tadi sebagai satu kehilangan besar buat rakyat negeri ini khususnya penduduk rakyat di kawasan Beaufort.

Beliau berkata, berita pemergian Allahyarham Lajim juga sangat mengejutkan yang beliau anggap sebagai sahabat rapat sejak bersama-sama berada di barisan kepimpinan tertinggi SANYA satu ketika dahulu.

“Allahyarham merupakan sahabat rapat saya pernah bersama dalam kepimpinan persatuan dan parti Umno sebagai ahli majlis tertinggi pemergian beliau hari ini , saya kehilangan seorang sahabat yang baik ,saya bersama keluarga dan kepimpinan UMNO Sabah merakamkan ucapan takziah kepada Datin Seri Normilah Siong serta seluruh ahli keluarga Allahyarham.

“Sesungguhnya Allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat di negeri ini khususnya di kawasan Parlimen Beaufort sepanjang khidmat beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias dan Ahli Parlimen Beaufort ” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Bung sumbangan Allahyarham dalam pembangunan di negeri ini juga tidak boleh dinafikan melalui beberapa jawatan yang pernah beliau sandang dimana selain menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah sebelum ini, Allahyarham juga pernah menjadi Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Menteri Pertanian, Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan di peringkat Pusat.

” Kita mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dikumpulkan bersama hambaNya yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran syurga” katanya

Lajim menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.20 tadi di Hospital Pakar KPJ setelah dirawat lebih dua minggu di hospital berkenaan dimana Allahyarham disahkan positif COVID-19 pada 12 Ogos lepas. Beliau meninggalkan seorang balu dan 7 orang anak.

Jawatan terakhir beliau ialah Pengerusi Ekesutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Jenazah beliau dibawa balik ke kampung halaman Kampung Kebatu, Beaufort untuk dikebumikan. Mengiringi jenazah Allahyarham isteri beliau Datin Seri Normilah Siong, anak -anak Allahyarham serta ahli keluarga yang lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/29/pemergian-lajim-satu-kehilangan-besar-bung/feed/ 0 5447
Penghantaran Bekalan Vaksin COVID-19 Ke Sabah Perlu Sentiasa Mencukupi Agar PICK Berjalan Lancar https://sabahmedia.com/2021/07/24/penghantaran-bekalan-vaksin-covid-19-ke-sabah-perlu-sentiasa-mencukupi-agar-pick-berjalan-lancar/ https://sabahmedia.com/2021/07/24/penghantaran-bekalan-vaksin-covid-19-ke-sabah-perlu-sentiasa-mencukupi-agar-pick-berjalan-lancar/#respond Sat, 24 Jul 2021 07:33:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3508
Read Time:1 Minute, 12 Second

BEAUFORT : Kerajaan pusat perlu memastikan penghantaran bekalan vaksin COVID-19 ke negeri ini sentiasa mencukupi bagi memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Sabah berjalan lancar.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Lajim Ukin berkata, bekalan vaksin yang cukup juga mampu melancarkan pemberian vaksin di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Sebelum ini Sabah menjadi antara negeri terendah dalam peratusan penerimaan vaksin berbanding negeri lain berikutan kekurangan bekalan vaksin yang dihantar ke negeri ini. 

“Justeru, saya meminta kerajaan pusat untuk segera menghantar bekalan vaksin dengan secukupnya ke Sabah dan menghantar bekalan dengan jumlah yang sama rata seperti negeri ini,” katanya.

Beliau berkata kepada Sabah Media selepas mengadakan lawatan dan tinjauan pemberian vaksin di PPV Dewan Pa’ Musa Beaufort disini pagi tadi.

Lajim yang juga Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, pemberian vaksin yang lancar kepada rakyat di negeri ini akan mampu membantu mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat.

“Sehingga semalam sahaja, seramai lebih sejuta dari populasi penduduk di Sabah sudah mendaftar sebagai penerima vaksin di negeri ini.

“Ini menunjukkan sambutan rakyat terhadap pentingnya menerima vaksin amat tinggi.  Bagi mereka yang belum mendaftar, segeralah mendaftar agar kita boleh melawan pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Terdahulu, dalam lawatan ke PPV Dewan Pa’ Musa, Lajim turut menyampaikan sumbangan makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan yang bertugas di PPV berkenaan.

Beliau turut berpuas hati dengan kelancaran proses pemberian vaksin kepada penerima di PPV berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/24/penghantaran-bekalan-vaksin-covid-19-ke-sabah-perlu-sentiasa-mencukupi-agar-pick-berjalan-lancar/feed/ 0 3508
200 Kotak Air Mineral Disumbangkan Kepada Penduduk Terkesan PKPD https://sabahmedia.com/2021/07/21/200-kotak-air-mineral-disumbangkan-kepada-penduduk-terkesan-pkpd/ https://sabahmedia.com/2021/07/21/200-kotak-air-mineral-disumbangkan-kepada-penduduk-terkesan-pkpd/#respond Wed, 21 Jul 2021 08:50:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3388
Read Time:1 Minute, 2 Second

BEAUFORT: Sebanyak 200 kotak air mineral disumbangkan kepada penduduk Kampung Rancangan Klias disini yang terkesan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sumbangan air mineral yang disumbangkan Pengerusi Eksekusif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Datuk Seri Lajim Ukin itu disampaikan melalui Pegawai Perhubungan (Tugas-Tugas Khas) Jumaat Abd Rahim kepada wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Rancangan Klias Chicknah Sadim.

Lajim berkata, sumbangan peribadi yang disalurkan itu adalah bagi membantu meringankan beban penduduk terkesan akibat pelaksanaan PKPD yang dilaksanakan selama 14 hari sejak 13 Julai lalu.

“Saya amat memahami situasi penduduk khususnya yang terkesan dengan PKPD kerana mereka mungkin sukar untuk mendapatkan bekalan terutama dari segi makan dan minum selain tidak dapat bekerja dalam tempoh berkenaan.

“Selain itu, bekalan air bersih yang sering kali terputus juga akan memberi kesan kepada penduduk untuk mendapatkan air khususnya bagi kegunaan minum seharian.  Justeru, dengan adanya sumbangan ini sedikit sebanyak mampu menampung keperluan harian penduduk ketika PKPD sekarang,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Beaufort itu turut meminta penduduk setempat agar sentiasa mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi membantu memutuskan rantaian COVID-19.

Terdahulu, Kampung Rancangan Klias dikenakan PKPD selama 14 hari bermula 13 Julai lalu sehingga 26 Julai ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/21/200-kotak-air-mineral-disumbangkan-kepada-penduduk-terkesan-pkpd/feed/ 0 3388
Cadang Buka Zon, Daerah Catat Angka Kes Rendah, Buka Operasi Perniagaan Namun SOP Perlu Terus Dipatuhi https://sabahmedia.com/2021/07/02/cadang-buka-zon-daerah-catat-angka-kes-rendah-buka-operasi-perniagaan-namun-sop-perlu-terus-dipatuhi/ https://sabahmedia.com/2021/07/02/cadang-buka-zon-daerah-catat-angka-kes-rendah-buka-operasi-perniagaan-namun-sop-perlu-terus-dipatuhi/#respond Fri, 02 Jul 2021 09:05:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2383
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Datuk Seri Lajim Ukin menyokong tindakan Kerajaan Sabah membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi pada pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama yang bermula Isnin lalu.

Katanya, meskipun terdapat kelonggaran, sebahagian besar Standard Operasi Prosedur (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sebelum ini masih dilaksanakan.

 “Bagi AIM khususnya di Sabah, kita akan mengikut kepada SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) namun saya difahamkan kerajaan negeri telah memohon untuk mendapat kelonggaran dalam beberapa aktiviti sosial dan ekonomi.

“Saya juga ada bertemu dengan Ketua Menteri (Datuk Seri Hajij Noor) beberapa hari lalu dan mencadangkan agar zon atau daerah yang tidak mencatatkan kes tinggi, kawasan berkenaan perlu dibenarkan beroperasi seperti perniagaan dengan SOP yang ketat,”katanya.

Katanya, cadangan berkenaan juga turut dikemukakan kerajaan negeri kepada MKN bagi pertimbangan dan pelaksanaan di Sabah.

“Pada kita, mana-mana negeri yang tidak ada jangkitan seperti Perlis, mereka patut dibenarkan untuk membuka operasi perniagaan atau aktiviti lain namun SOP perlu juga dipatuhi.

“Sama juga seperti Sabah, jika sebuah daerah itu merekodkan angka kes tinggi, penduduk daerah berhampiran adalah tidak dibenarkan untuk masuk kerana kita mempunyai Sekatan Jalan Raya (SJR),”katanya.

Terdahulu, kelmarin Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan peralihan fasa PPN akan dibuat mengikut negeri.

Beliau antara lain menyifatkan pelanjutan Fasa Pertama PPN tidak adil bagi negeri yang berjaya mencapai nilai ambang bagi setiap indikator peralihan fasa seperti ditetapkan dalam PPN.

Bagaimanapun beliau menafikan dakwaan Perlis, Kelantan dan Terengganu akan beralih ke Fasa Kedua PPN, selain menegaskan sebarang pengumuman mengenainya perlu dikeluarkan MKN.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/02/cadang-buka-zon-daerah-catat-angka-kes-rendah-buka-operasi-perniagaan-namun-sop-perlu-terus-dipatuhi/feed/ 0 2383
AIM Beri Penangguhan Bayaran Balik Selama 2 Bulan https://sabahmedia.com/2021/07/02/aim-beri-penangguhan-bayaran-balik-selama-2-bulan/ https://sabahmedia.com/2021/07/02/aim-beri-penangguhan-bayaran-balik-selama-2-bulan/#respond Fri, 02 Jul 2021 08:11:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2377
Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) hari ini mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman selama dua bulan membabitkan seramai 378,507 peminjam yang dikenali sebagai Sahabat AIM bermula Jun lalu.

Pengerusi Eksekutif AIM Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pengeculian pembayaran yang akan berakhir pada penghujung Julai itu nanti adalah berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menerusi fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 29 Jun lalu.

“Dengan penangguhan sehingga penghujung bulan Julai ini, AIM telah memberi penangguhan bayaran kepada Sahabat AIM selama lapan minggu bermula 1 Jun lalu.

“Untuk rekod AIM sebelum ini telah memberi pengecualian bayaran balik salama 16 bulan secara automatik kepada semua Sahabat ketika PKP 1.0 dilaksanakan tahun lalu. Ia kemudian disusuli penangguhan bersasar sehingga Oktober 2020 yang membabitkan seramai 12,568 Sahabat AIM,” katanya dalam sidang media disini hari ini.

Lajim berkata, penangguhan itu diberikan kepada mereka yang layak dan benar-benar terkesan penangguhan masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini.

Katanya, selain penangguhan bayaran balik pinjaman, AIM turut menangguhkan semua mesyuarat pusat, perjumpaan pusat khas dan kutipan bagi Skim Pembiayaan Ikhtiar, Simpanan Tabung Kumpulan, Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) dan Tabung Khairat Hutang.

“Pada masa sama, AIM turut menangguhkan pembentangan permohonan bagi Skim Pembiayaan Ikhtiar, pengeluaran Tabung Kumpulan, tuntutan Tabung Khairat Hutang, penjadualan semula pembiayaan dan pembentangan untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman.

“Namun AIM membenarkan kutipan balik bayaran Skim Pembiayaan Ikhtiar melalui kaedah bukan tunai atau e-bayaran,”katanya.

Sementara itu, Lajim berkata AIM turut memperkenalkan lapan Pakej Ransangan Ekonomi AIM, selain menyediakan pelbagai insentif lain termasuk penangguhan tambahan, program kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dan bengkel atau kursus secara digital untuk Sahabat AIM.

“Bagi memastikan kebajikan Sahabat AIM terbela, AIM juga memberi bantuan bekalan makanan asas yang setakat ini memberi manfaat kepada seramai 20,700 keluarga menerusi Program Bakul Kasih AIM.

“AIM sesungguhnya amat prihatin terhadap kesusahan yang dialami Sahabat AIM dan atas sebab itu kita berusaha untuk melaksanakan program pasaran produk Sahabat AIM secara dalam talian supaya dapat menjangkau pasaran yang lebih luas dan mereka dapat terus berniaga tanpa melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, AIM juga sedang merangka pelan pemulihan pendapatan Sahabat AIM bagi membantu mereka bangkit semula daripada situasi sukar sepanjang PKP.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/02/aim-beri-penangguhan-bayaran-balik-selama-2-bulan/feed/ 0 2377