Laksana – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 18 Apr 2024 05:37:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Laksana – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 RM450,000 peruntukan laksana projek pembangunan asas luar bandar – Masiung https://sabahmedia.com/2024/04/18/rm450000-peruntukan-laksana-projek-pembangunan-asas-luar-bandar-masiung/ https://sabahmedia.com/2024/04/18/rm450000-peruntukan-laksana-projek-pembangunan-asas-luar-bandar-masiung/#respond Thu, 18 Apr 2024 05:37:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52714
Read Time:1 Minute, 3 Second

TONGOD: Empat kampung di Mukim Karamuak di sini memperolehi peruntukan RM450,000 untuk melaksanakan projek pembangunan asas luar bandar.

Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah mengumumkan peruntukan itu semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Kuala Karamuak, kelmarin.

Menurutnya, jumlah itu diagihkan menerusi peruntukan Dewan Undangan Negeri bagi membaikpulih tiga dewan masyarakat.

“Antaranya Dewan Kampung Kuala Karamuak dan Tenaga Baru masing-masing diperuntukkan RM150 ribu, manakala RM100 ribu lagi digunakan bagi menyelenggara dewan terbuka Kampung Karamuak Dalam.

“Selebihnya, RM50 ribu digunakan membina tandas awam dan pondok Team Aki Karamuak bagi mengawal kumpulan gajah liar di kawasan itu,” jelasnya.

Terdahulu, Jawatankuasa Bencana Alam Negeri turut meluluskan peruntukanRM800,000 untuk membekalkan tangki air kepada penduduk terjejas bekalan air di seluruh daerah Tongod termasuk perkampungan dalam Mukim Karamuak.

Menurut Masiung, setiap kampung yang terjajas kemarau akan memperolehi 10 buah tangki yang diletakkan pada satu tempat membolehkan penduduk mengambil air yang dibekalkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Masiung yang juga Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) turut memaklumkan bahawa kesemua projek-projek asas luar bandar berkenaan akan dilaksanakan bermula awal bulan Mei depan.

Lebih 300 penduduk dari pelbagai kaum dan agama di mukim itu hadir memeriahkan Majlis Aidilfitri berkenaan yang dianjurkan bersama Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagian Kuamut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/18/rm450000-peruntukan-laksana-projek-pembangunan-asas-luar-bandar-masiung/feed/ 0 52714
SESB laksana Projek IPD khas, meter prabayar untuk setinggan di Tawau https://sabahmedia.com/2024/02/24/sesb-laksana-projek-ipd-khas-meter-prabayar-untuk-setinggan-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2024/02/24/sesb-laksana-projek-ipd-khas-meter-prabayar-untuk-setinggan-di-tawau/#respond Sat, 24 Feb 2024 07:16:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50026
Read Time:1 Minute, 0 Second

TAWAU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan melaksanakan projek IPD khas dengan meter prabayar untuk pembekalan elektrik kepada kawasan penempatan setinggan di daerah ini.

Projek IPD ini didapati amat berkesan setelah dilaksanakan di kawasan penempatan setinggan di Kampung Forest, Sandakan pada bulan Oktober 2023 sehingga kejadian gangguan bekalan elektrik, vandalisma dan kualiti voltan rendah di kawasan sekitar kini adalah minima.

Selain itu, pelaksanaan projek IPD di Kampung Forest, Sandakan juga membuktikan bahawa projek ini adalah ‘jawapan’ kepada isu penyambungan haram yang amat merugikan SESB
kerana tidak dapat mengutip hasil penggunaan elektrik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar, pihaknya telahpun mengenalpasti beberapa kawasan setinggan yang sesuai untuk projek IPD khas ini
termasuklah di Kampung Hidayat, Tawau.

Baru-baru ini, pihak SESB telahpun memulakan proses awal tinjauan bagi mendapatkan maklumat dan skop untuk melaksanakan projek ini.

Cadangan pelaksanaan projek ini kemudiannya akan diusulkan kepada pihak Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah (ECoS) bagi tujuan untuk mendapatkan lesen IPD dan kadar tarif jualan.

Sementara itu, cadangan pelaksanaan projek IPD ini telahpun dikongsikan dengan Ahli
Parlimen P.190 Tawau, Datuk Lo Su Fui semasa lawatannya ke Kampung Hidayat, Tawau bersama-sama dengan Pengerusi SESB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau pada 22 Februari 2024.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/24/sesb-laksana-projek-ipd-khas-meter-prabayar-untuk-setinggan-di-tawau/feed/ 0 50026
UPSI laksana program pemindahan ilmu dalam pendidikan alternatif di Sabah https://sabahmedia.com/2023/10/31/upsi-laksana-program-pemindahan-ilmu-dalam-pendidikan-alternatif-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/10/31/upsi-laksana-program-pemindahan-ilmu-dalam-pendidikan-alternatif-di-sabah/#respond Tue, 31 Oct 2023 08:52:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44460
Read Time:2 Minute, 29 Second

SEPANGGAR: Kumpulan penyelidik daripada Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengambil inisiatif menjalankan aktiviti program pemindahan ilmu yang berfokus kepada Perantis Tenaga Pengajar Sukarelawan dan Komuniti Sekolah Alternatif di Sabah.

Program yang berlangsung selama seminggu bermula pada 24 sehingga 30 Oktober 2023 ini dijalankan di Pusat Pengajian Pascasiswazah, UMS dan Sekolah Alternatif Teluk Layang, Sepanggar dengan kerjasama daripada Persatuan Produksi Teater dan Pengurusan Kesenian Sabah (STAGE Production), Persatuan Pelajar Pascasiswazah (PSA), UMS dan Eva Foster Enterprise.

Menurut kenyataan media UPSI hari ini, program pemindahan ilmu ini dijalankan secara berfasa, bermula daripada Fasa I dengan pelaksanaan webinar wacana ilmu tentang topik Dramatika Kreatif sebagai Didik Hibur, kemudian diikuti oleh fasa II dengan pelaksanaan Bengkel Didik Hibur bersama Perantis Sukarelawan dan Komuniti Sekolah Alternatif serta fasa III melibatkan program Simulasi Didik Hibur Bersama Murid-Murid Sekolah Alternatif Negeri Sabah.

Ketiga-tiga fasa pelaksanaan program ini saling berkaitan untuk mendapatkan gambaran besar tentang matlamat dan tujuan ilmu yang dipindahkan kepada khalayak komuniti sekolah alternatif di negeri ini.

Komuniti ini dipilih berdasarkan hasil dapatan tinjauan awal yang dilakukan terhadap sistem pendidikan alternatif yang berpusatkan kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran improvisasi dalam menangani kadar buta huruf pelajar-pelajar di sekolah ini.

Sebagai sebuah institusi terkemuka di Malaysia yang terkenal dengan komitmennya terhadap kecemerlangan pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut mengambil langkah penting dalam menangani keperluan pendidikan alternatif di negeri Sabah.

Dengan tumpuan pada penyediaan pendidikan berkualiti dalam pengajaran dan pembelajaran, UPSI telah mengiktiraf permintaan untuk pendekatan pendidikan alternatif di Sabah dan berazam untuk memenuhi keperluan ini selari dengan hasrat penubuhan sekolah ini ditubuhkan.

Para peserta program dipecahkan kepada dua kumpulan pelaksanaan yang berbeza di mana, dalam program Fasa II, modul pendekatan didik hibur diaplikasikan terus kepada tenaga pengajar sukarelawan yang terdiri daripada pelajar program Seni Kreatif, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (AsTiF), Ahli Persatuan Pelajar Pascasiswazah, UMS dan ahli daripada persatuan-persatuan kemanusiaan di sekitar Sepanggar melibatkan 50 orang penyertaan keseluruhannya. Seterusnya program diteruskan lagi pada Fasa III dengan melibatkan simulasi pengajaran dan pembelajaran terus kepada komuniti Sekolah Alternatif Teluk Layang yang melibatkan modul pendekatan didik hibur: 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) yang dijalankan ke atas 39 orang murid di sekolah tersebut.

Projek ini yang ahlinya terdiri daripada Amsalib Pisali selaku ketua penyelidik di bantu oleh Mohamad Naquiddin Tajul Ariffin, Dr. Nor Shuradi Nor Hashim dan Dr. Fara Dayana Muhd. Jufry mengambil langkah ini kerana melihat prospek ini sebagai satu usaha murni yang membuktikan ahli akademik dan universiti awam terutamanya UPSI mengambil berat akan permasalahan dasar dalam menjana perkembangan pendidikan bukan sahaja di Semenanjung Malaysia, tetapi Sabah khususnya.

Projek ini mendapat peruntukan di bawah Geran Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Program-KTP) yang telah diharap dalam penyelidikan agar komuniti atau kelompok sasar menerima manfaat daripada hasil penyelidikan ini.

Harapan penyelidik bagi projek ini adalah dapat mendedahkan didik hibur sebagai salah satu pedagogi yang berkesan diguna pakai untuk segenap kelompok dan bersifat terbuka, menyeronokkan serta memberikan impak positif kepada murid-murid dan dunia pendidikan di Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/31/upsi-laksana-program-pemindahan-ilmu-dalam-pendidikan-alternatif-di-sabah/feed/ 0 44460
SPRM Sandakan laksana aktiviti Kembara Center Of Sabah & Agenda Penghijauan Malaysia https://sabahmedia.com/2023/10/17/sprm-sandakan-laksana-aktiviti-kembara-center-of-sabah-agenda-penghijauan-malaysia/ https://sabahmedia.com/2023/10/17/sprm-sandakan-laksana-aktiviti-kembara-center-of-sabah-agenda-penghijauan-malaysia/#respond Tue, 17 Oct 2023 11:17:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43775
Read Time:2 Minute, 5 Second

SANDAKAN: Para pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan telah melaksanakan dua aktiviti luar iaitu Kembara Center Of Sabah dan Agenda Penghijauan Malaysia di sekitar daerah Tongod dan Telupid selama dua hari bermula pada 4 hingga 5 Oktober lalu.

Aktiviti pertama, seramai lapan orang pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan telah menyertai ekspedisi kembara merentas hutan ke titik tengah negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai “Centre of Sabah” (CoS) yang terletak dalam kawasan hutan simpan Gunung Tinkar, Tongod pada 4 Oktober lalu.

Pasukan yang diketuai oleh Ketua Cawangan SPRM Sandakan, PPj Geoffrey Tawayan telah berjaya menawan dan menamatkan Kembara Center of Sabah yang berketinggian lebih kurang 600 meter dari paras laut dengan laluan yang hampir separuhnya mempunyai kecuraman lebih 25 darjah sejauh lebih kurang 7 kilometer dalam masa 5 jam.

Program tersebut adalah bersempena dengan penganjuran program pencegahan rasuah oleh SPRM Cawangan Sandakan di Institut Perhutanan Sabah di Telupid.

Di akhir kembara tersebut para pegawai dan kakitangan SPRM Cawangan Sandakan yang berjaya menawan Center of Sabah telah dianugerahkan sijil pendakian daripada Jabatan Perhutanan Sabah.

Sijil pendakian Center of Sabah tersebut telah disampaikan Pegawai Perhutanan Daerah Tongod, Abdul Jamap Ibrahim

Turut serta dalam aktiviti ini ialah Ketua Cawangan SPRM Lahad Datu, PsK Azman Indus.

Manakala aktiviti kedua yang telah dilaksanakan ialah menanam pokok sempena Agenda Penghijauan Malaysia, kempen penanaman 100 juta pokok tahun 2021-2025 peringkat negeri Sabah.

Seramai 15 orang pegawai dan kakitangan SPRM Cawangan Sandakan termasuk Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sabah, PKPj Alexander S. Kunghi, Ketua Cawangan SPRM Sandakan, PPj Geoffrey Tawayan dan Ketua Cawangan SPRM Lahad Datu, PsK Azman Indus telah terlibat dalam aktiviti menanam pokok yang dijalankan pada 5 Oktober lalu.

Ini adalah sebagai menyahut saranan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan serta kualiti hidup selain usaha menambah baik ekosistem dan biodiversiti negara.

Aktiviti ini dijalankan di Tawai Rainforest Camp, Telupid dengan disaksikan oleh para pegawai pejabat Perhutanan Telupid.

Sebanyak 15 pokok dryobalanops aromatica atau dikenali sebagai pokok kapur telah ditanam semasa aktiviti ini.

Terdahulu semasa program pencegahan anti rasuah di Institut Perhutanan Sabah, Telupid, PKPj Alexander, PPj Geoffrey, Psk Azman dan PKPs Suppiah Thevar telah menanam pokok pulai bersama-sama dengan ketua-ketua jabatan lain yang hadir.

Pihak SPRM berharap dengan penyertaan dalam aktiviti ini lebih ramai lagi individu yang dapat menyumbang dalam agenda penghijauan Malaysia dalam usaha untuk memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok dan menyokong komitmen untuk mengekalkan kawasan berhutan dalam negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/17/sprm-sandakan-laksana-aktiviti-kembara-center-of-sabah-agenda-penghijauan-malaysia/feed/ 0 43775