PUTATAN: Golongan wanita diminta menjadikan pemeriksaan kesihatan sebagai amalan baharu bagi meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda berkata, golongan wanita perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berskala sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi membolehkan perkembangan kesihatan mereka dipantau.
Menurut beliau, golongan wanita perlu menjaga kesihatan dari awal termasuk melakukan pemeriksaan payudara bagi mengekang kelewatan aspek perawatan.
“Kanser payudara tidak boleh dipandang remeh kerana penyakit itu merupakan pembunuh utama wanita dengan risiko lima kali ganda kepada wanita yang mempunyai sejarah iaitu ibu atau adik beradik perempuan sebagai penghidap kanser payudara.
“Melalui pemeriksaan berkala, seseorang wanita itu bukan sahaja dapat mengesan lebih awal sebarang kemungkinan kanser malah mendapatkan rawatan awal yang amat penting dalam menyelamatkan nyawa mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Bengkel Pemantapan Pentadbiran anjuran Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah di Platinum Hotel Putatan baru-baru ini. Bengkel dua hari dihadiri 14 orang peserta.
Hadir sama Presiden Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah, Lawrence Libur Imui, Pengerusi Penganjur Tinah Norjana serta 17 orang penyelaras daripada seluruh Sabah.
Beliau berkata, golongan paling tinggi berisiko menghidap penyakit ini adalah kumpulan umur 40 hingga 49 tahun dan 50 hingga 59 tahun.
Katanya, sikap tidak ambil tahu, pengetahuan yang cetek mengenai kanser serta lewat mendapatkan rawatan menjadi punca kepada peningkatan kadar kematian dalam kalangan wanita di negeri ini.
“Kanser menjadi punca utama kematian dan kecacatan yang memberi kesan kepada lebih daripada 14 juta orang setiap tahun dan statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan kira-kira 100 ribu rakyat menderita kerana kanser,” katanya.
Redonah berharap setiap anggota masyarakat dan agensi kerajaan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu Kementerian Kesihatan dengan menganjurkan kempen kesedaran mencegah kanser payudara.
Sehubungan itu, beliau berkata, amat penting bagi kaum wanita mengawasi kesihatan diri dengan menjalani pelbagai jenis pemeriksaan kesihatan, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga keluarga.
Jelasnya adalah amatlah malang kealpaan kaum wanita dalam menjaga kesihatan ini, akan berakhir dengan tragedi yang paling buruk.
“Perubahan cara hidup dan persekitaran yang dialami masyarakat negara ini di samping bertambahnya bilangan penduduk yang telah lanjut usia dikatakan adalah antara penyebab utama peningkatan penyakit kanser dan ini termasuk kanser pangkal rahim ini,” katanya.
]]>PUTRAJAYA: Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil maklum bahawa satu kandungan di media sosial Facebook dan Twitter telah tular berkaitan rakaman video sekumpulan pelajar sedang membuli rakannya.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pihak MARA memandang serius berkaitan isu tersebut dan akan melaksanakan siasatan terperinci terhadap video yang tular.
“Saya telah mengarahkan pihak pengurusan MARA untuk menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes berkenaan dan kita tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku buli seperti yang tular di media sosial hari ini.”
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media susulan penularan kandungan video membabitkan pelajar sebuah sekolah berasrama hari ini.
Tambah Mahdzir, tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar yang terlibat berdasarkan peruntukan dan peraturan sedia ada di peringkat pengurusan MARA, jika video yang tular adalah benar.
Pihak MARA juga tegas Mahdzir, tidak sesekali memberi ruang kepada sebarang tindakan atau perbuatan salah laku yang menyalahi etika kemanusiaan.
Selain tidak akan berkompromi terhadap pihak yang melakukan sebarang salah laku atau perbuatan yang menyalahi undang-undang, peraturan dan tata etika di mana-mana premis seliaan kami pada bila-bila masa.
]]>10 Jun 2021
Normimie Diun
KOTA KINABALU: Ahli politik Phillip Among mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melakukan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan terhadap dua wanita di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis.(10 Jun)
Philip, yang diwakili peguam Marcel Jude, mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.
Menurut kertas pertuduhan, Philip pada 17 April, jam 11 malam di ruang tamu Capsule Inn, Asia City,menggunakan kekerasan jenayah hendak mencabul kehormatan seorang wanita.
Dia juga dituduh melakukan kesalahan yang sama pada orang kedua pada jam 3.30 petang, 2 petang, 9.45 malam dan 10 malam pada 19 Mei, di lokasi yang berbeza.
Mahkamah menetapkan 14, 21, 22 Julai, untuk pengurusan kes sebelum perbicaraan.
Dia juga diberikan ikat jamin sejumlah RM8, 000 untuk setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan.
Mahkamah memerintahkan agar pasport tertuduh dirampas oleh pihak pendakwaan, agar tertuduh melapor diri ke balai polis sebulan sekali dan membatasi untuk berbicara dengan mangsa atau saksi-saksi sehingga kes selesai.
Phillip membayar ikat jamin pada hari yang sama.
]]>