laluan kreatif – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 07 Jan 2022 08:30:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png laluan kreatif – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Laluan Kreatif Bakal Tarikan Pelancongan Di Bandar Sandakan https://sabahmedia.com/2022/01/07/laluan-kreatif-bakal-tarikan-pelancongan-di-bandar-sandakan/ https://sabahmedia.com/2022/01/07/laluan-kreatif-bakal-tarikan-pelancongan-di-bandar-sandakan/#respond Fri, 07 Jan 2022 08:30:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10822
Read Time:53 Second

SANDAKAN : Laluan Kreatif yang berkonsep ‘Bringing Memories Back’ bakal menjadi tarikan baharu pelancongan di daerah ini.

Ia merupakan ilham Kementerian Pelancongan, Kebudayaaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) dalam usaha mengindahkan kawasan bangunan lama bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk merakam gambar.

Menterinya Datuk Jafry Arifin berkata, projek laluan membabitkan peruntukan kos sebanyak RM200,000 itu turut memaparkan hasil seni kreatif anak tempatan

“Laluan kreatif itu dapat mengembalikan memori pasar lama Sandakan yang menjadi pusat aktiviti perniagaan masyarakat Sandakan suatu ketika dahulu.

“Pasar lama tersebut telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek Sandakan Harbour Square dan digantikan dengan pasar lebih moden seperti yang ada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau projek berkenaan disini semalam.

Jafry berkata, rupa bangunan lama yang sebelumnya pudar, kini berubah menjadi panorama yang memberikan pesona berbeza.

Katanya, projek lukisan mural juga telah dirancang dan kini dalam proses pelaksanaan bagi mencantikkan lagi laluan kreatif itu.

“KePKAS yakin ia bukan saja memberi nilai tambah kepada produk pelancongan tetapi juga bakal menjadi tumpuan pelancong berswafoto sekaligus membantu mempromosi daerah Sandakan khususnya di media sosial,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/07/laluan-kreatif-bakal-tarikan-pelancongan-di-bandar-sandakan/feed/ 0 10822