Lama – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 15 Nov 2025 10:26:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lama – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga DUN di Beluran saksikan persaingan calon lama dan baharu https://sabahmedia.com/2025/11/15/tiga-dun-di-beluran-saksikan-persaingan-calon-lama-dan-baharu/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/tiga-dun-di-beluran-saksikan-persaingan-calon-lama-dan-baharu/#respond Sat, 15 Nov 2025 10:24:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85958
Read Time:1 Minute, 31 Second

Oleh J. Evachel John

BELURAN: Sebanyak 24 calon disahkan bertanding bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Beluran pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17.

Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roger Appolonius, di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Serbaguna Beluran selepas semua borang pencalonan diterima dalam tempoh yang ditetapkan.

Kesemua calon terdiri daripada calon baharu serta figura yang sudah dikenali ramai, menjadikan persaingan kali ini menarik untuk diperhatikan.

Bagi DUN Telupid, seramai sembilan calon bertanding bagi merebut sokongan pengundi, manakala Sugut menyaksikan pertandingan tujuh penjuru. DUN Labuk pula mencatatkan lapan calon.

Berikut adalah senarai penuh calon bagi setiap DUN:

Barisan DUN Telupid

N.47 TELUPID

  1. Jonnybone J Kurum – Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
  2. Jamin Bin Jamri – Perikatan Nasional (PN)
  3. Simah Binti Matusip – Parti Warisan Sabah (Warisan)
  4. Pagrios @ Petrus Bin Zabang – Parti Bangsa Malaysia (PBM)
  5. Michel Alok – Parti Impian Sabah (PIS)
  6. Felix Joseph Saang – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko)
  7. Nilis Joseph – Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)
  8. Jikmariya Binti Muran – Parti Solidariti Tanah Airku (Star)
  9. Benedict Asmat – Barisan Nasional of Malaysia (BN)
Barisan DUN Sugut

N.48 SUGUT

  1. Rosely Bin Lajun – Parti Impian Sabah (PIS)
  2. Dr Ronald Kiandee – Perikatan Nasional (PN)
  3. Roger Bin Langgau – Bebas (Kunci)
  4. Aspah Abdullah Sani – Parti Warisan Sabah (Warisan)
  5. Hassan Bin Mentiak – Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS)
  6. Mohammad Arifin Bin Pachuk – Barisan Nasional Of Malaysia (BN)
  7. Datuk James Ratib – Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
Barisan calon DUN Beluran

N.49 LABUK

  1. Marx Henry Lim – Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)
  2. Asmad Bin Nasir – Perikatan Nasional (PN)
  3. Nuralizah Lee Abdullah – Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri)
  4. Joseph Bin Emus – Parti Impian Sabah (PIS)
  5. Samad Bin Jambri – Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
  6. Norfadzlina Binti Ramsah – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko)
  7. Yusoflatif Bin Mustapah – Barisan Nasional of Malaysia (BN)
  8. Japar Bin Awang – Parti Warisan Sabah (Warisan)
]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/tiga-dun-di-beluran-saksikan-persaingan-calon-lama-dan-baharu/feed/ 0 85958
Penduduk gembira menerima vaksin dos pertama setelah sekian lama menunggu giliran https://sabahmedia.com/2021/07/23/penduduk-gembira-menerima-vaksin-dos-pertama-setelah-sekian-lama-menunggu-giliran/ https://sabahmedia.com/2021/07/23/penduduk-gembira-menerima-vaksin-dos-pertama-setelah-sekian-lama-menunggu-giliran/#respond Fri, 23 Jul 2021 08:41:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3474
Read Time:1 Minute, 10 Second

RANAU: Majoriti daripada 1,155 orang penerima imunisasi vaksin bagi suntikan dos pertama Covid-19 di Pusat Pemberian  Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau iaitu pada 21 Julai hingga 22 Julai 2021 adalah warga pendidik daripada sekolah rendah dan menengah daerah Ranau.

Salah seorang kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Abin Kenyon berkata, kebanyakan mereka yang hadir sebenarnya sudah lama mendaftar menerusi aplikasi Mysejahtera dan  menunggu untuk menerima  suntikan dos pertama namun, bersabar menunggu giliran yang  ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pejabat Kesihatan Daerah.

“Kita sedar dengan keperluan vaksinasi itu, namun tepaksa bersabar menunggu giliran bila tarikh  yang bakal ditetapkan”, kata Abin.

“Saya lama sudah mendaftar tetapi lambat terima tarikh untuk menerima suntikan dos pertama”, kata Sangkui Sandor, 73, dari Kg Bundu Tuhan dengan semangat beliau hadir ke pusat vaksinasi memakai baju ala-tradisi suku kaum Dusun.

Manakala, seorang lagi warga emas, Maunah  Iwod 76, dari Kg Mumpait turut berasa bangga kerana berjaya mengambil suntikan dos pertama pada hari tersebut.

Sementara itu Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan daerah Ranau, selaku Pegawai  Penyelaras PPV itu, Dr.Edwaider Koimin, mengharapkan kepada penduduk yang sudah mendapat tarikh dan jadual untuk di vaksinasi agar datang ke PPV yang ditetapkan untuk menerima suntikan bagi mengekang penularan Covid-19.

“Saya juga mengharapkan kepada mereka yang menerima suntikan dos pertama dan dos kedua supaya terus kekal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” jelas Dr Edwaider.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/23/penduduk-gembira-menerima-vaksin-dos-pertama-setelah-sekian-lama-menunggu-giliran/feed/ 0 3474